MEH LAH KLIK...

Friday, October 9, 2009

Syukur kepada Allah, hari ini Jumaat.

konfem aku malas ke lab hari ini. kereta aku dah sihat dah. baru saja dihantar tadi. hamboi macam ada delivery kereta2 pula kan. banyak kos juga tu nak perbaik kereta tu. sebenarnya aku dalam mission "Experimental Internet Challenge go Extremo". aku sejak kereta rosak, haram aku nak naik bas. bukan lah apa.. bukannya Bas tu sampai ke pintu foyer jabatan dia hantar. aku kena mendaki bukit lagi. nak nak aku balik lewat petang/malam. bahaya beb...

lagi satu, not so long time ago, i have promised myself, aku dah tak nak menyusahkan tubuh badan nak naik bas dah (patotlah badan dah naik lemak). i have done it enough masa aku belajar dulu. bukan aku nak kata aku tak nak naik bas ever again. cuma buat masa ni, aku nak recover balik pahit maung aku naik bas, jalan kaki time hujan ribut petir, panas terik, malam2, siap tumpang motor stranger yang baik hati (perempuan ya...) sebab nak pergi lab/kelas/library/cari makanan. kisah dulu2 tu aku tahu kalau nak dibandingkan dengan penderitaan orang lain (contoh: anak sakit tak cukup duit pergi hospital) memang celah kuku saja. tapi kesannya dalam diri aku tetap ada. bukan lah trauma, tapi masih berbekas.

sebut zaman dulu2 ni, Bekas pensyarah aku sakit teruk kat hospital sekarang. itu pun aku baru dapat tahu malam tadi. aku godek2 Frenster, dah lama tak godek kan, sebab dah pakai Fb. kat kolum komen akaun kawan aku, ada berbunyi "Prof. tengah sakit teruk tu, kau dah melawat belum, pergi lah melawat cepat". aku dah tak sedap hati. lantas aku sms kawanku si rafiq. dia tak balas, almaklumlah, cikgu rafiq ni kena bangun awal maka dia kena tidur awal.

aku log in balik Fb. sebab dalam Fs tu kalau aku tinggal komen pun berkarat komen tu tak bereply. hantar messege guna Fb,kepada rafiq dan nina, tanya apa kabar Pak (insert nama dia) kami sorang tu (panggil Pak, sebab memang nick dia tu). pagi2 ni bangun2 aku check (memang lumrah aku bangun pagi on kompite minggu ni). Nina balas: Pak (nama dia) memang sakit, shera dgn akak si.tim ada melawat. dah kurus sampai tak kenal. Rafiq balas: kata fitri, memang Prof. sakit teruk. aku tak melawat lagi. (lebih kurang lah reply mereka, aku tak hafal sangat nak quote).

aku tinggalkan nombor phone aku dengan nina. senang nanti punch saja sms, if any update. aku kesian juga kat Prof. masa konvo dulu tak sempat nak jumpa dia. masa tu pun dia dah sakit2 dah. aku plan nak jumpa dia kat hospital. tapi bila nak pergi, kawan kata dia dah discharge. so tak pulak aku nak melawat kat rumah, sebab dia dah lah sakit mestilah family nak privacy.

so kemudian2 lepas bulan2 after konvo, Prof. dah update blog dia balik. aku ikut perkembangan thru blog saja lah. bila lama dia tak update segala benda2 dia kat internet, aku dah tak sedap hati balik. tanya kat kawan2 tak ada reply, atau tak tahu. last week atau minggu ni baru aku tergerak nak buka balik blog-blog dia tu. still hiatus. kat Fb ada akaun, tapi dia tak approve aku. nasib baik aku godek Fs semalam.

kadang2 tertanya2 juga aku, kawan2 aku yang lain memang dah betul2 moving forward dan dah tak peduli kisah yang ada sangkut paut dengan old campus? aku tahu masing2 ada tanggungjawab masing2. tapi bila aku rasa ada yang macam ignore saja kisah kebajikkan ni (orang sakit) aku pula rasa macam terkilan. kan dia tu bekas guru kita.

harap2 Prof. lekas sembuh, dipermudahkan Allah SWT dalam menghadapi ujian getir ini. my prayer also goes to his wife and family.

dalam Fs juga terdapat update kawan yang tiada dalam Fb. ada kawan dah tunang dah, ada dah kawin, macam2 juga. selebihnya tu lebih kurang macam Fb saja.

baru pagi tadi, kawan lama, encik A sms aku. tanya2 khabar. encik A ni memang jarang sms, tapi at least ada juga contact. dia tanya pasal kawan aku, tapi aku lagi lah tak tahu menahu update kawan aku sorang tu. sorry lah A. nanti aku godekkan, aku update lah apa2 yang patut.

life must go on kan... campus tu boleh jadi just a phase, boleh jadi life changing experience.. macam2. aku teremo ingat2 old campus ni, sebabmalam tadi aku baca, my former alma mater is ranked #291 in the world. #2 in country, even beated the apek's uni. tapi country's oldest is ranked much much higher, #180, higher than Reading, Uk. terperosok juga lah. sebab my alma mater, used to be in top 200.

ok lah korang doakan supaya aku lebih rajin diminggu hadapan. "Experimental Internet Challenge Go Extremo" telah berlangsung selama 3 hari (and counting). aku pun dah penat ni nak meneruskan cabaran. tapi the show must go on, sampai aku muntah atau sampai Boss aku call perhambat aku masuk lab balik.

No comments: