MEH LAH KLIK...

Thursday, October 1, 2009

Restoran Getaran Jiwa, Alam Mesra.

Jarang rasanya aku review restoran atau tak pernah. tapi yang ni aku tak bley blah. asyik terpikir. tadi aku balik lab lewat. 8.30 pm baru nak gerak. dengan laparnya lagi. maka, sebelum balik rumah aku singgah tapau makanan. setelah malas nak fikir, aku pergi Restoran Getaran Jiwa, Alam Mesra. saja aku letak nama restoran, selalu kalau aku review mengutuk ni aku rahsiakan nama.

memandangkan aku ialah pelanggan tertipu maka aku dedahkan. nanti ada orang google atau tauke nya sendiri google nama restoran Getaran Jiwa Alam Mesra. maka ini ialah feedback pelanggan yang lapar.

nasi goreng daging RM 6.00. aku tak pasti ini harga sebenar atau aku kena tipu. tapi yang cashier tu cas ialah RM 6.00. portion sangat sikit. sangat sikit, dah lah aku ni jenis yang makan banyak. alangkan McD pun aku bley habis 2 set at 1 time. dan daging yang diguna dalam nasi goreng daging Restoren Getaran Jiwa, Alam Mesra adalah dari jenis daging recycle atau daging yang sudah rosak. aku gigit, rasa pelik, aku asingkan daging tu, aku makan nasi saja. bunyi macam tak bersyukur. bukan lah macam tu. tapi tadi aku bekerja di lab lama juga, lepas tu dengan panas nya lagi, maka sudah tentu dah abis lab aku nak indulge something like proper food. aku tak expect dia nak sedap, tapi cukup lah mengenyangkan atau boleh makan. kalau aku paid RM 6 and had to fish out daging dari nasi tu, sudah tentu aku tak puas hati dan tak kenyang.

aku suka makan daging. aku sejenis maging. maka aku tau rasa daging masuk peti ice 18 bulan, daging segar baru sembelih yang tak masuk peti lagi, daging kerbau dari india, daging kerbau local, daging lembu, daging rusa, daging itik,daging palsu, daging yang recycle dari masakkan lain cuci lepas tu masak balik. so jangan nak kelentong. same thing with udang. aku masa di Selangor dulu, aku surrender nak makan udang. tak mencapai tahap standard udang aku. sekarang aku dah kurang makan udang.

balik kepada cerita nasi goreng daging getaran jiwa tu. dah lah aku fishing out daging tu, lepas tu portion sikit. aku tak kenyang (masih lapar) lepas makan. just nice pun tak rasanya, sekarang aku dah lapar balik. aku tadi beli 2 kepak ayam (sebab memang selalunya portion standard pun aku tak berapa cukup) berharga RM 1.80 each. 2= RM 3.60. kira ok lah rasa ciken wing ni. cuma kecil. nasib baik mahal, kalau harga dia RM 1.30 tadi aku beli 5 atau 8.

sekarang aku dah decide, kalau lapar2 pergi saja Mc D. walaupun Yaudzz dan emerika, yang penting aku tak lapar lepas makan. rasa pun standard. walaupun mahal. of course aku ban Restoran Getaran Jiwa haram jaddah lepas ni.

nak dijadikan cerita, tadi ada sekumpulan horang harab sedang makan kat meja sebelah aku (masa aku tunggu tapau siap). masa tu horang harab ni mereka layan macam best gila, daging lembu masak lada hitam tu punyalah nampak sedap dan gebu-gebu. owh... kalau orang arab datang korang layan baik punya. cilakak betul. kes macam ni selalu lah. orang kita ni, kalau orang asing dia layan macam nak cium tapak kaki orang tu, servis dengan orang sendiri macam haram. padahal aku bayar sama juga, tak ada nya orang arab tu bayar guna riyal atau dollar. korang boleh imagine tak aku punya kecewa bila tengok tapau aku, sedangkan aku sudah terliur dengan daging lembu masak lada hitam tadi.

mentang2 lah aku nampak miskin, dorang layan pun macam nak halau aku dari kedai saja. kurang hajar punya waiter pilak. panthang betul aku, macam lah aku tak bayar makan kat situ. Restoran Getaran Jiwa ni akan di ban untuk makan malam. no more dine at Getaran Jiwa Alam Mesra. kau jangan Getaran Jiwa, satu restoran yang aku ban (juga di Alam Mesra) kerana masak char kuey teow korup macam entah apa2 (penuh dengan sos dan kicap, mee kuey teow nya 3-4 helai lepas tu charge RM 5-6). restoran tu dah tutup kedai ok. out of bussines.

aku pilih nasi over McD sebab nak kenyang tanpa bayar mahal (sebab nasi kan..), rupanya lagi kecewa hati perut aku lagi ada. kepada tauke Restoran Getaran Jiwa Alam Mesra; "Kau nak meniaga atau tipu orang? bagus kau tubuhkan skim ponzi, cilakak". "oh ya sila beli peti ice yang lebih besar dan berteknologi tinggi supaya daging lembu tu tak cepat rosak bahlul".

No comments: