MEH LAH KLIK...

Tuesday, October 20, 2009

Kucing's cemetery

hari ini, Isnin. Alhamdullilah aku kiranya berpuas hati juga dengan perkembangan hari isnin ku pada kali ini. biasanya hari isnin ialah hari extended weekend. tapi hari ni aku agak aktif, pagi bangun subuh, drive jauh2 merentas trafik, lepas tu kisah2 yang kononnya official. Alhamdullilah, rezeki murah hari ini. Alhamdullilah.

actually hari bermula sedikit horror. masa aku mau keluar pagi2 tadi, ada bangkai kucing didepan pagar rumah. aku park kereta diluar pagar sebab well.. perumahan, car porch cuma muat untuk ehem.. ehem.. buah kereta. memandangkan kereta kancil hep tu kecil2 an aku park diluar sahaja. senang reverse. apa yang aku terkejut, bangkai kucing tu cuma tinggal kepala dan organ2 dalam yang terseret2. badan dia sudah tiada. err... sangat horror, macam kucing penanggalan (sejenis hantu). aku nak pandang pun aku tak lalu, geli dan kesian. mungkin dibawa anjing liar. sebab malam tadi tiada bangkai tu. nasib baik lah tadi aku call orang kampung, kata dah setel dah bangkai tu. aku risau dengan kakak aku saja. dia ni jenis cepat geli geli, tapi syukur lah tak ada apa2. walaupun aku tak suka kucing, aku tak lah benci.

menambahkan horror kucing pada hari isnin, mengikut jiran aku di kf, (aku nomad, tinggal 3 buah rumah seminggu). hujung minggu yang baru ni, ada satu bangkai kucing juga di porch rumah dia. bangkai tu ada kesan cedera ditetak dikepala. tak pasti lah sama ada orang saja letak bangkai kucing tu kat porch atau kucing tu memilih untuk mencari refuge di porch jiran aku lalu menghembus nafas terakhir disana. nasib baik ada pak guard tolong setelkan bangkai tu. kesian ok, kesan tetak tu. walaupun binatang, tapi tetap bernyawa. sedangkan binatang yang menjadi mangsa natural predator pun aku kesian, apatah lagi mangsa kekejaman manusia. setahu aku jiran aku kat belakang rumah ni memang suka kucing, siap belai2, even ada seekor anjing cacat anggota pun menumpang kasih dan makan kat rumah jiran belakang. yang sebelah rumah pun suka juga sedekah sisa makanan dengan kucing2 liar ni. tak tahu lah siapa sampai hati main tetak2 kucing ni.

sebenarnya kucing ni leceh juga lah, sebab kalau nak reverse kereta tu kucing selalu lepak bawah kereta. geram aku. nak redah, takut dapat kucing penyet pula. tak pasal, horror bertimpa2. sebab aku selalu parking tempat tak berbumbung so faham2 lah seksa azab nak paksa kucing tu keluar kalau masa tengahari buta. dan memang waktu tengahari buta lah kucing suka melepak dibawah kereta. nak maki bodoh pun, dah namanya binatang kan. nak redah, kita tak sampai hati.

apa pun aku memang selalu kesian dengan binatang2 jalanan ni. apa nak buat nak tolong pun, aku tak suka nak belai2 binatang. lagipun dulu2 famili aku ada bela kucing2 ni, sekarang pun ada lagi cuma aku tak layan sangat. bukan bela, cuma sekadar bagi tumpang dia lepak kat sekitar kawasan rumah (bukan dalam rumah) dan beri makan. dulu kalau anak kucing or kucing mati aku akan sedih sampai sehari-2, aku rasa pernah anak kucing di attack kucing jantan, cedera parah, aku menangis (senyap2 lah tak kan nak tunjuk ok). siap letak ubat sapu kat anak kucing tu... well.. kucing tu mati. and i am not good in handling death. sedih aku tau. sebab tu aku malas nak layan2 pets ni sebab kalau mati aku akan sedih. walaupun pets itu adalah hanya sekadar seekor ikan emas dalam balang.

aku ni nak cerita pasal lain, alih-alih cerita pasal kematian kucing pula... huish... oleh itu aku bubuh lah tajuk seperti di atas.. (mula-mula aku tak letak sepatah tajuk lagi pun masa tulis draf ni..).

lama juga aku tak memblog kan... aku tidak lah bizi wuzzy, cuma tiada mood mau blogging. ok lah sila klik iklan nuffnang ku. terima kasih.

No comments: