MEH LAH KLIK...

Monday, October 26, 2009

Isnin

macam biasa line sux. biasalah line murah ni kan, nanti langgan 4mbps tidak mampu pula bayar bulan2.

bebalik kepada cerita suam-suam kuku, blog dan duit. aku tidak tahu lah sejauh mana blogger war ni. tapi aku rasa suam suam kuku juga. malas aku nak godek sebiji2 celah bedah blog ni. mana yang aku sempat baca, aku baca.

aku dan partner in crime juga sepanjang hujung minggu lalu juga perbincangan kami penuh dengan kutuk, maki, diskas, etc.. berkenaan celah bedah internet. bukan pasal blog n blogger sahaja, tapi juga termasuk lah forum dan forummer, download, Fb for poweruser, directed link etc etc...

apa pun, internet ini dunia luas yang mengasyikkan (lagha) oleh itu jika diguna kepada yang elok, maka elok lah hasilnya, jika diguna kepada yang buruk, maka buruk lah hasilnya. aku nak tulis panjang lebar pun, blog aku ni bukan ramai sangat nak baca pun, atau masuk dalam kategori blog kuncup. keep on blogging, especially kepada green apple (eh, macam bodek-apa lah yang aku boleh bodek kan...).

...............

apa lagi aku nak karutkan untuk kali ini? oh ya, blog aku memang jarang letak gambar, sebab;

1. aku malas
2. line buruk
3. tiada kamera (cuma kamera hp)
4. aku pemalu (serius lah)
5. aku tak fotogenik.

memang jarang ada gambar aku lawa. nanti muka dah comel, tudung herot. tudung dah comel muka berminyak.... ada saja yang tak kena. so tak payah lah aku nak menyesakkan bit broadband korang. lagipun camwhoring ni tak sesuai dengan orang macam aku. lain lah untuk wanita unik yang ada distinctive personality contoh: suka/obses warna merah/pink/hitam/kelabu/purple bla bla... (unik sangat lah tu konon).


oleh itu, siapa nak hadam segala hal ehwal semasa yang aku nak tulis ni, layan. tak nak, tak payah.

oh yeah, speaking about personality, baru2 ni aku tertengok di Astro rancangan Tangkap Muat. pengacaranya Sarimah Ibrahim. ini rancangan makeover, seronok juga tengok. iya lah untuk orang yang fail bab2 grooming macam aku ni, harus lah timba ilmu grooming sikit2 (baju pun malas aku nak sterika, ini kan pula grooming2 ni.. haih~ malas). pakar andaman dan gaya ada 2 orang, iaitu Rizalman dan Fadli (kot? tak ingat nama dia). kedua2 pun pakar dan glemer lah juga. aku rasa ramai yang pernah dengar 2 orang pakar ni.

Rizalman bagi tip2 menarik. especially macam mana nak rocking baju kurung. i mean, nak menggayakan dengan gaya yang paling sesuai. aku suka pakai baju kurung kalau majlis2 jamuan makan malam. sebab, well aku tak ada duit nak beli dress ni semua, dan mostly semua dress tu nampak ketiak. aku nak pakai dengan tudung, harus aku dituduh zalim. lagipun bukan selalun aku ada dinner party yang formal ni. sesekali saja. oleh itu baju kurung lah. now i know which shoes match with baju kurung. thanks Rizalman.

dan pasal clutch. i like clutch too.. hehe. tapi aku cuma ada satu clutch warna itam. tu pun kakak saya belikan. tak apalah, tak berduit, buat cara tak berduit. kan...

korang boleh lah tengok Tangkap Muat tu, jika berminat.

No comments: