MEH LAH KLIK...

Friday, October 2, 2009

hari yang paling tak produktif.

hari ini sungguh aku tak aktif, tak ada hasil. aku godek FB sampai tertidur. lagipun cuaca panas di waktu siang, waktu malam; kejap tenang, kejap angin menderu. belum masuk black out segala.

ok lah dah alang2 cerita pasal hal ehwal domestik meh aku nak sentuh sikit (ke banyak?) pasal bekalan elektrik di Sabah atau kata orang Sabah, Karan. Karan di Sabah ni selalu terputus-putus. tempat aku ni kawasan suburb, selalu siang dia blackout 1-3 jam. kalau kat kampung biasanya malam. bayangkan kalau masa waktu kenduri kahwin (standrad kampung aku buat 2 hari 1 malam) tuan rumah kena standby generator, mana lah tahu masa pengantin sibuk berinai karan mati pulak kan.

sebenarnya dah lama dah nak dibuat sebuah jana kuasa di Sandakan. entah siapa lah yang environmental friendly atau political friendly tu yang membantah itu ini. opppsss.... kejap aku tahu pasal keburukkan jana kuasa arang batu, korang tak payah nak mengajar, dan jangan juga nak sibuk cakap pasal EIA, sebab aku ambil paper EIA dan lulus, untuk lulus aku kena menghafal by heart (tak hafal sangat pun, aku sibuk main facebook) segala mak nenek dalam enakmen EIA negeri segala. pendek kata ini bidang sampingan aku. aku rasa NGO yang sibuk membantah2 ni nama jak NGO, tapi political juga. kalau dah durang berpeluk cium dengan orang politik, nah... jadi lah NGOk. mesti ada interest kan.

konon2 ini konspirasi Amnu lah, BN lah.. konspirasi itu ini. membazir wang rakyat, wang rakyat, wang rakyat. tak habis-habis meroyan macam Nuar Berahim. ok, kalau nak ikut betul betul, sebarang aktiviti pembangunan memang ada kesan kepada alam sekitar. apatah lagi aktiviti pembangunan kuasa elektrik ni. tidak lupa juga menelan belanja terlebih besar kalau silap atau buat-buat silap atau korup. dalam forum bukan main hell buat teori itu dan ini. oh yeah.. kawasan yang kunun2 tak boleh di balak di Maliau Basin tu memang ada berlaku pembalakkan haram pun. haram atau berlesen, it is happening. live with it. isu balak ni bukan zaman celik IT ni saja. dari zaman PBS atau pre PBS dulu pun memang isu gila. bezanya orang jak bertukar2 jadi taukey balak atau pencacai pemakan rasuah. mampos!.

korang ni semua (i mean yang konon environmental friendly) terlampau banyak tengok national geografik amerika tu... korang pernah nampak cerita pasal minyak sawit dalam channel travel and living tak silap aku. memang mula2 cerita pasal bad fat, good fat, lepas tu cerita pasal plantation. orang kat plantation akan berkeras cakap plantation ni enhance diversity of species. oh yeah? jawapan aku senang jak... pergi belajar balik statistik. your sampling is not good enough. yang buat biodiversity assessment di plantation tu budak baru belajar. jangan nak kelentong ya adik...

orang amerika (yeah.. emerika jahat, apa2 yang jahat kat dunia ni memang kerja amerika *bluweek) ni shove into our throat yang orang negara dunia ke 3 ni mesti menjaga alam sekitar, jangan ada plantation, jangan ada pertanian, jangan ada stesen jana kuasa, mesti mengawal global warming. supaya kita still live in the dark, primitif, dan mereka boleh start buat dokumentari "Orang Rimba di Borneo" atau "Borneo Gypsies" atau whateverfuck yang mereka nak buat untuk menggambarkan kita ni mundur, muka berkerak, buta hurup, dsb. btw, macam mana kau nak stop atau slow down global warming? macam mana? nak tempek ozone?. planet ni dah beratus ribu juta tahun, menyejuk dan memanas. beribu juta tahun lalu sejuk macam freezer than gradually panas. circle yang natural. sila google lah senang. kepada cikgu sains sekolah, sila banyakkan membaca dan kurangkan main facebook.

kalau kita nak maju (ceh macam YB pulak aku), kita kena lah berkorban. untuk memajukan spesies kita ni iaitu Homo sapien, kita mahu atau tidak mestilah mengorbankan spesies-spesies lain, termasuklah spesies pokok balak, dan mungkin juga untuk keselesaan segerombolan spesies Homo sapien di kawasan bandar-bandar besar menonton astro dan melayari internet, maka sekumpulan Homo sapien minoriti di kawasan pedalaman terpaksa dikorbankan (not bunuh, tapi hidup dorang tercemar lah, tak selesa, terdedah kepada bencana).

ada orang kata, sebab EIA tak lepas lah plant di sandakan tu tak jadi dibuat. aku dalam hati ek eleh... macam tau jak. aku pun tak tahu, tapi more or less whatever decision yang dibuat akan berkait dengan politik, political survival, periuk nasi politik. bukan hal ehwal EIA tak lepas. sebab EIA ni more or less nampak macam besar gabak isunya tapi bila dibandingkan dengan political survival, EIA ni celah gigi jak. atau dalam kata lain bullshit.

yang susah kerajaan lah, tapi memang kerja kerajaan pun mengurus tadbir ni (nak jadi kerajaan, kena terima baik dan buruk ok). nak buat power plant, pembangkang dan NGOk menjerit2 konon2 mencemarkan alam sekitar, penduduk kampung hidup dengan risiko menyedut asap arang batu beracun. tak buat power plant, orang di KK asyik mati karan, taukey kaya dan buncit marah bisnes terganggu, yang professional pulak salahkan kerajaan, orang kampung marah. pembangkang dan NGOk ambil peluang ni nak meroyan, jadi hero jadi champion.

akhirnya, PM umumkan juga, power plant tetap lah akan dibuat. cuma relocate ke felda di Lahad Datu. thanks Datuk PM. kerana memahami kepentingan kolektif (eh.. macam bodek). yang pembangkang tu boleh keep on meroyan atau makan hati. yang environmental friendly konon ni.. nah, aku ada satu soalan jak, "are you willing to jeopardize your own species for the sake of other species?" atau kau ada solution lain. jangan kata buat power plant guna minyak, harga minyak sangat flactuated, kalau taarif karan flactuated kau meroyan juga.

aku sokong jak power plant tu. im sure, tak kan lah nak buat power plant dikawasan yang betul2 sebelah rumah penduduk. at least penduduk harus mintak untuk dipindahkan. yes, ini lah harga pembangunan, not everybody can win at everytime. well ini aku cakap jak lah. the real situation ni aku tak paham. al maklumlah aku bukan orang sandakan. aku rasa orang sandakan pun mengalami masalah mati karan almost everyday and need a solution to the problem kan?. cuma tiada siapa yang volunteer, "eh.. meh sini di kampung kami kamurang buat tu power plant arang batu".

kita semua mahu "biarlah urang di (insert tempat selain kampung sendiri) yang menderita asalkan rumah kita bekaran hari-hari" kan?. so bravo to Felda people in Lahad Datu. Terima Kasih in advance diucapkan kerana sanggup menerima sebuah power plant. the least i can do is thanks them.

panjang juga cerita power plant aku ni. well pendapat kan.

apa lagi, eh.. minggu lepas aku ada tertengok siaran David Letterman, tetamunya Bill Clinton. di Emerika guna Mr. Mr. Clinton ni, macam biasa, dia mau mengubah dunia. dan dia terlibat dalam usaha membantu orang-orang afrika untuk mendapatkan air bersih. kira banyak terlibat dalam charity dan fund rising. Letterman tu bukan lah ramah tamah dengan orang politik, lagi celupar ada. tapi bila Letterman said, "can you believe how smart this guy (Clinton) is" (more or less i forgot the original words). and i am agree with Letterman. Clinton is smart (ok skandal tu lupakan dulu ek..). masa aku dengar hujah2 Clinton bagaimana kita (atau emerikan) boleh membantu orang di Afrika, aku rasa ada benarnya kata Clinton tu. Clinton lebih bijak dari Obama. yang Bini dia tu aku tak tahu, dan tak minat.

nak tambah rencah sikit, Clinton terpaksa membetulkan segala sampah yang ditinggalkan oleh Bush Sr. lepas Clinton pencen, anak Bush pulak buat sampah. tapi ironikly, masa Bush vs. Gore. aku tersokong Bush. kerana insiden Gore dengan Malaysia masa tu. macam haram si Gore ni. sekarang Gore ni kesayangan semua environmentalist and environmentalist wannabe. sebab filem dokumentarinya tak silap aku siap dapat nobel prize. aku dengar, syarikat yang jual kredit karbon tu ialah milik Gore. hahahaha... padan muka korang kena tipu dengan Gore. masa Bush vs. Kerry (bukan anak Jamaludin) aku tersokong Kerry, sehingga lah cikgu english aku bagitau siapa Kerry tu. hehe... start dari tu aku rajin godek internet (main friendster).

dan pilihanraya presiden yang paling aku ikuti ialah Bush vs. Gore. gila kritikal. mereka kata macam Kennedy vs. Nixon. Florida dulu sikit lagi dijual kepada saudagar tebu di Kuba, kerana pening nak kira undi. lepas pilihanraya Bush-Kerry aku tak peduli dah, masa Obama menang, aku hahahaha jak. lucu tengok orang Indonesia bangga dengan Obama.

oh yeah.. in Generation Kill (Tv series), American soldiers in Iraq put bullet into children's heads. bravo Bush, kau memang terkutuk!. i dont care if they kill soldier or police, but they kill children too.

dah dah.. panjang sangat dah ni.

No comments: