MEH LAH KLIK...

Thursday, October 1, 2009

dan hujan pun turun...

selama beberapa hari (aku tak pasti berapa, sebab aku baru balik) internet telah ditamatkan tempoh perkhidmatannya kerana tak bayar bil. fuuuhhhh... pusing juga aku. sebagai seorang yang gemar menelusuri segala lorong di alam maya, aku sangat tak keruan. aku online guna handphone, dan aku ialah pelanggan Celcom pre paid, maka korang pun tahu bajet topup aku minggu ni terbabas sikit. tapi hari ni dah revive. sebab bil dah setel. nasib baik ada orang nak uruskan. harapkan aku. memang hahaha... beli broadband lah jawabnya.

nak dijadikan kisah, laptop ku yang dah berumur ni tak boleh detect signal wireless di lab, guna kabel pun tak dapat (tak tahu kenapa, malas nak baiki). maka oleh kerana aku nak jimat tadi aku guna kemudahan di library. kemudahan kompite di library ialah kompite minimalis, asal boleh guna internet saja, kau nak menaip pun susah, nak guna spss kena inform kaunter, hatta nak guna MS office pun aku rasa kau kena bagitau kaunter. aku rasa so call makmal kompite dengan 500 biji kompite tu adalah sebuah makmal yang korup. gila, tahun 2009 kompite standard tahun 1998. kecuali dia pakai window xp. pulak tu yang jaga kaunternya pula pemalas, dah elok aku beratur, sampai turn aku, dia boleh keluar makan, dan suruh aku ke next kaunter. memang kau kena maki dengan aku live unplug, cuma volume suara aku je rendah. nasib baik 2-3 orang je yang tengah berurusan tadi.

emm.... apa lagi ya. oh waktu raya tu, apasal Astro kegemaran semua tu menayangkan program sampah?. seriusly, aku suka aznil, tapi rancangan Glamor raya 2009 tu rancangan memalukan bangsa sendiri (bangsa malaysia) atau tak berlebih kalau aku kata memalukan agama sendiri. aku tahu Hari Raya ialah masa untuk bergembira, tapi tak kan lah sampai memalukan diri sendiri dalam tv. korang tengok gaya pakaian mereka yang nak 15 minute (or less) of fame. orang putih kaphir pun tak pakai mengarut macam tu. pakai pakaian merapu dan siyall lepas tu menyanyi2.... semata-mata masuk TV (menyanyi tu kira ok lah kan). and aznil, please stop teasing oversize people. i know seems like you are melawak, tapi dah selalu sangat lah. fat joke ni sekali sekala memang seronok. diulangi, sekali sekala.

lepas tu, dalam glamor raya 2009 tu ada seorang pakcik berpoligami dan memakai bulu2 ala perempuan kabret di songkok tu. aku mula2 tengok, fikir cool juga pakcik ni bawa isteri2 beliau pergi ke astro buat program raya. tapi bila dah nampak macam pakcik ni tersengih menayang di depan tv beliau beristeri ramai. siap beritau salah satu rahsia beliau ialah Kopi (waddahell) Jantan. WTF. err... poligami ni hal serius so tak payah dibuat main. sebab tu aku benci filem Madu 3 sebab menjadikan poligami ni sebagai bahan lawak jenaka. isteri-isteri tu bukan trofi nak ditayang2 dengan riaknya dan berpakaian serba bodoh didalam tv.

lepas tu rancangan terbitan Mawi. drama tv, Rumah baru Bini baru dan Mawi oh Mawi. aku suka channel surfing sebab tu aku tahu segala program yang ditayang di saluran melayu. drama mawi oh mawi, aku jeling kejap, lepas tu aku tekan info, langsung aku tukar. sinopsis pun macam haram. err... Mawi, aku bukan apa, aku tahu kau dah kaya, tapi kau sedar tak bahawa you are so yesterday atau ayat Bruno tapi modified sikit "Mawi is sooo 2006". (yep Bruno dah diharamkan, tapi aku sempat tertengok dvd haramnya, memang patut diharamkan pun). bila kununnya cerita mawi o mawi tu (mengikut sinopsis info) bahawa kisah gadis/perempuan yang masih tergilakan mawi walaupun mawi dah berbini. WTF. Mawi kalau ya pun nak terbitkan rancangan tv, kalau tak berkualiti pun, asalkan tak nampak waddahell, cukuplah.

Astro pulak raya ni agak kedekut. wayang melayu sedap-sedap dia letak dalam Mustika. astro kat rumah tak langgan pakej ni. so tak dapat lah tengok. pandai kau bisnes eh Astro. alangkan ijab dan kabul jadi bisnes, ni kan pula wayang melayu.

secara relatif, aku agak kurang tengok tv raya tahun ni. sebab aku tak berapa sihat, bila aku di rumah aku tidur. tak pun kalau aku rasa sihat, aku tolong2 sikit di dapur (hehehe..), ataubila rasa macam sihat (err ekceli, hari2) berjalan-jalan pergi beraya. jumpa member, serbu rumah member. paksa member menjadi tuan rumah, sebab aku nak datang beraya. al maklumlah, jumpa kawan2 kampung ni nak berkumpul masa hari raya lah.

nanti lah aku cerita pasal raya tahun ni. sebab agak meriah juga. lagipun dalam setahun ni akan ramai member yang kawin (kot?), maka tahun depan tak boleh lah nak berjalan2 dalam crowd yang ramai. biasanya yang dah kawin tak join the crowd lah kan.... dah kawin pergi lah beraya dengan isteri/suami masing2 kan.

p/s: baru beberapa jam yang lalu aku dapat tahu pasal gempa yang kuat tu melalui FB. yang hurikan taufan beberapa hari lalu aku baru tahu semalam dan hari ni. sebab tak ada internet

No comments: