MEH LAH KLIK...

Thursday, October 22, 2009

cerita hari-hari semalam.

apa cerita hari ini? ceh, aku kunun2 hangkut jurnal segala paper segala nak menaip lah konon. sekali, pekena internet seround, jadi 5 round. bila nak insaf?. tapi nak pulun juga lah, minggu ni tinggal 2 hari. masih bulih berharap aku akan datang awal esok. harap saja lah. tapi tadi aku rasa agak speedy gonzalez juga aku menaip, sebab terkurung dalam lab sorang2 kan. bosan lah juga, tapi fokus lebih (*bluweek). tak lah menaip straight, sambil mengelamun, godek laptop, masa tu lah nak gatal tangan nak buat hauskeeping file lah, nak clean disk lah, nak customize desktop, macam2. dan sudah tentu break untuk sembahyang dan pergi ke tandas.

masa di lab tu aku pulun pasang lagu2 sebab internet laptop tua aku ni tak boleh connect (nak juga balik rumah, pemalu betul dia). sebagai tribute lah konon pasang lagu boyzone. hari ini asyik2 dengar lagu boyzone, pagi bawa ke pagi. tu dia. aku dah buat memorial post di bawah entry ni. dulu aku sangat suka boyzone, tak percaya tanya lah kakak aku (yang kenal dia lah). yeah, sebelum coldplay, incubus, RHCP, eminem, kanye west, ne-yo, rock star, rnb, hiphop gangster rap, aku suka pop boyband; iaitu boyzone dan westlife. boyzone first lah kan, westlife second.

kenapa aku suka pop boyband? sama saja dengan sebab dan alasan mana2 budak 13 tahun yang menyukai pop boyband semasa tahun 90's-awal 2000's. hensem dan pandai nyanyi (eh.. tak lah sedap sangat, boleh lah tangkap leleh). oh ya, kepada yang masih dalam gelap, jantina aku perempuan.

habis tu kenapa aku agak macam terkesan dengan kematian mengejut stephen atau steo ni? sebab, boyzone lah yang mula2 aku betul2 tahu aku ni boleh minat one particular singer/artist. sebelum tu aku cuma suka lakonan eman manan di tv, dan segala jenis pelakon siri drama swasta yang ada dalam RTM. muzik2 orang putih ni, aku tak tahu, aku tak minat. sekadar dengar... entah tak paham haram. dia sebut/nyanyi "touch your hand' sikit, aku dah rasa benda tu lucah dan menentang adat ketimuran. iya, sebegitu konservatifnya aku dulu.

bila aku dah start suka, ada pula lagu ronan keating "when you say nothing at all". pergh.... ni lagu paling epik dalam hidup aku sebagai seorang 13 tahun. dulu2 masa aku 13 tahun, family belum pasang astro (dah ada kot, cuma kat rumah aku tak ada). yang ada cuma RTM, TV3, Ntv7. masa tu Ntv7 baru2 panas2 lagi, tali pusat baru nak tertanggal. Ntv7 ni konsep urban sikit, so asyik lah tayang video muzik artis luar negara. Ntv7 Malaysia lah MTV pertama ku. masa tu ada juga rancangan MTV syok dan MTV no limits di Tv2 (kot?). pengacara erin malik. tapi seminggu sekali saja. so aku apa lagi menghadap lah Ntv7 nak menunggu video muzik kegemaranku, Ronan Keating "when you say nothing at all". (baru minggu lepas aku layan notting hill on hbo).

ada sekali dihujung minggu, aku sampai tak mandi nak menunggu video muzik Ronan tu. aku dah siap tahu playlist Ntv7, bila ada video muzik 98 degrees, maksudnya aku dah terlepas lagu si Ronan tu. besar pengaruhnya ni dulu. dulu, masa tu zaman dah maju, cuma aku saja masih merangkak keluar dari kepompong ultra konservatif haluan kiri. aku tak tahu apa internet ni. aku pernah dengar 'email', tapi entah apa benda email tu aku tak tahu. so selain dari media cetak (e.g. Mangga dan kemudian Galaxie), cuma ada tv dan radio sebagai hiburan. kalau nak tahu lirik lagu orang putih kena lah belek Galaxie, kalau ada. biasanya aku bukan lah mampu nak beli2 majalah tu setiap isu. oleh kerana semangat nak tahu lirik lagu, aku dengar dan try2 salin. kau bayangkan lah time tu... aku upsr yang BI dapat C ni nak mencuba menjadi telinga orang putih. sekarang senang, pop, dah google tayang lirik lagu, tinggal print. buka youtube, ha bengkak la mata kau melayan segala video muzik dalam tu.

masa tu kalau hujung tahun waktu krismas-tahun baru, rancang tv syok sangat, macam rancangan countdown. dan selalu masa ni Tv akan ulang tayang siaran Party in the park UK. korang google lah apa tu. selalunya Boyzone akan diundang menyanyi sama. macam excited gila lah kalau tengok Party in the park ni, walaupun sekadar ulang siaran di tv, itu pun entah Party in the park tahun bila. lepas tu ada showcase2 boyzone, semua aku tunggu. siap catat tarikh dan masa siaran, tv apa takut termiss. macam tu sekali. walaupun aku cuma beli 1 saja kaset dia, by request.

selain dari muzik, umur 13-15 tahun juga membuka pandangan ku kepada perkara lain. korang pernah tengok rancangan "speak up" di tv3 tak dulu? ni around tahun 2000. pengacaranya 2 beradik, sarah dan shyna. shyna ni aku rasa, shyna zaid yang ada dalam Fb (seorang penyanyi di NY dah sekarang). mereka ni about my age, shyna tua setahun kot.. sarah kakak dia. mereka ni cakap english pergh.... berhabuk. masa tu aku berazam nak juga tahu english. at least, boleh paham tanpa tengok subtitle. and the rest is history. rancangan "speak up" tu agak besar juga impaknya dengan kelas bahasa inggeris aku (aku saja). about sara n shyna, rupa2nya mereka ni half american. so english is printed on half of their tounges. patut lah berhabuk. aku? eh... tak elok rasis2 ok. hehe.

selepas tu sokmo tengok orang putih, masa tu dah layan friends (start aku form 2 kot?), suddenly susan, the naked truth (laku gila si brooke shield kan?), x-files, mr. & mrs. smith (yang ni tak sangat sebab dia label 18pl or pa, aku tak berani tengok selalu2 lagi pun main tengah2 malam), chicago hope (yeah before grey's anatomy there was chicago hope and ER) yang paling lagendary selepas friends ialah ally mc beal. hehehe... sampai aku rasa macam nak jadi lawyer time tu. masa tu label lah 18 sx, sg, aku main redah saja tengok. kecuali yang 18pl kot aku pikir2 lagi.

ya, korang jangan tak tahu, sebelum brad pitt jadi Mr. Smith, ada seorang jejaka tua yang lebih dulu menjadi Mr. Smith, iaitu Scott Bekula (the real Mr. Smith). mrs smith nya aku tak ingat siapa, tapi gojes juga lah, blondie.

oh ya ada satu nama aku tak mention lagi, seorang yang memberi kesan mendalam masa usiaku 13-15 tahun. David Robert Joseph Beckham. nak cerita pasal dia ni, panjang gila kena buat entry lain. dulu mula2 suka muzik, muzik aku lebih kepada Britain (dan Ireland), rancangan Tv america. sekarang, lebih kepada america kot semua2... walaupun kalau korang tanya rock band apa yang aku paling minat di planet bumi, itu ialah Coldplay (walaupun cuma beli 1 kaset saja, a rushblood to the head, the artwork will be featured in Royal Mail's stamp, next year (kot).)

keywords: Boyzone, Ronan Keating, Ntv7, sitcoms orang america, David Beckham, Coldplay.

No comments: