MEH LAH KLIK...

Tuesday, October 20, 2009

apa yang menjengkelkan dalam Facebook (Malaysia).

1. Nama yang entah apa-apa
kepada yang masih nak bernama fancy mengarut (e.g. princess, nottygirl, jejaka hensem, gonjeng drifter) sila ke Myspace atau Friendster. aduh tolonglah, aku bukan lah strict gila sangat nak nama betul kau dalam surat beranak. cukup lah insert nama betul dalam nickname kau, e.g. Nasir achoi, Mikey Rahman. mana lah tahu kau lebih suka guna nama glemer kan. tak kisah guna nama nickname, asalkan nickname tu nickname di alam nyata. dulu aku pakai nickname juga dalam Fb (nickname mengarut juga, tapi memang nama samaran aku dalam online). tapi lepas aku baca artikel pasal Fb menekankan kepada pengguna supaya mengguna nama sebenar, so aku pun letak nama sebenar.

iya aku tahu ada yang perasan glamourama, kononnya letak nama samaran untuk mengelak stalker atau hacker. jangan lah perasan, berapa kerat lah pengguna internet ni nak stalk Fb ngkau. yang penting keep the private things private.

kepada budak2 sekolah/rempit yang nak cari awek tetek, sila ke myspace.

2. gambar yang bajet cun/hensem
ni lagi satu kumpulan perasan dalam Fb. aku pelik lah kenapa lah orang Malaysia (orang putih, lain cerita) ada yang menayang2 cleavage di Fb. ada yang siap buat profile picture lagi. aku tahu kau baru beli web cam dengan high resolution dan masih tak puas beraksi di depan bf masa chat ym tadi. maka kau pun snap gambar pakai baju singlet dengan dada tersembul-sembul dengan web cam. pastu tempek kat profile picture. remember, cleavage showing is not a virtue.

yang lelaki pula, selalu letak gambar dengan spek mata sebesar pipi. nampak murah walaupun spek mata hitam kau tu prada limited edition summer 2009. tapi selalunya spek mata tu pun memang murah. gambar murahan, macam bapak ayam pun ada.

satu lagi gambar pouting. ni gambar profile lah ni selalunya. nak pout2 ni kau bukan saja kena cantik dan langsing dan cantik gila tetapi juga kau perlukan kekayaan harta benda dan real ego. otherwise, flat gila gambar pouting tu. nampak murah.

3. status orang bercinta.
status seperti "i am so in love with my other half", "miss you so much B", "Oh rindunya sama tunang", "makan bersama tunang", "tunang ku yang tercinta ku sangat menyayangimu", etc etc etc. kalau sekali sekala ok lah. kalau dah selalu selalu gila. adui...

iya aku tahu, kau baru bertunang, tunang tinggal jauh (sebab tak kawin lagi, maka tinggal kat rumah mak ayah dia), cool cool sudah lah. tunang itu, tunang ini, sayang, abang.... Public Display of Affection in Fb ni memang buat aku geli.

tak cukup kah dengan mengupload 18 dozens gambar(public) bertunang, gambar berdating, sebagai hebahan kepada pengguna Fb lain?. tak cukup dengan itu upload lagi gambar cincin bertunang sebanyak 13 dozens keping. apa yang kau nak buktikan? cinta sekeras batu sungai? keep private things private. bodo. and yes, i consider romantic relationship as private.

3. gambar-gambar peribadi.
gambar2 bersifat peribadi ni banyak tafsirannya. kalau gambar bercium dengan bf/gf tu nak diupload sebenyak 4 photo albums tak payah lah nak dipublish di newsfeed. sama lah dengan gambar kongsi chivas sebotol, minum 38 orang, tu.

dan juga segala macam gambar peribadi2 yang terlondeh, minum arak (bagi yang tak boleh minum, faham kan maksud aku). korang bukan saja2 nak share kan. tapi nak tunjuk juga keurbanan bebal korang kan? arak dah minum, babi kau dah cuba makan belum?

4. Fb jadi tempat berlagak.
status tak agak2 e.g. "oh i buy new iphone 3gs today". "sipping nice coffee at starbuck", "oh i left my blackberry in my Gucci bag, why didnt i put it in my eeLVee", "yeah sudah tukar kepada rim 17" berwarna emas".

iya tahu kau kaya. cool cool sudah lah. ini sikit2, my iphone this, my starbuck that, my blackberry this, my Gucci that. kau ni agen iklan pro bono kah apa? tu belum lagi dalam published photo yang ambil gambar segala jaddah dalam almari. seluar dalam victoria secret pun nak tayang, abis tu seluar dalam bergetah longgar tu kau tak nak tayang sekali dalam Fb?

btw, apa ada dengan Starbuck ni? sampai ada yang kalau minum di starbuck tu berebut2 nak hapdet status. bukan kopi kat starbuck tu mahal mencekik gila babi punya overprice kah? so apa yang kau bangga sangat minum kopi kapitalis tu? aku kalau orang nak share pasal gambar makanan dan minuman sebagai makanan dan minuman semata-mata, aku tak kisah. tapi kalau tangkap gambar kat Secret Recepie, Starbuck, Dome etc etc... semata2 untuk berlagak makanan tu mahal, lepas tu publish dalam newsfeed, itu menjengkelkan.

5. invitation.
ini tak lah benci sangat tapi masih menjengkelkan. aku biasa kumpul banyak-banyak lepas tu aku delete secara berjemaah. kadang2 ambil masa berminit2 juga nak delete semua sekali. aku suka juga jawab kuiz2 mengarut segala2 ni. tapi agak2 lah kalau nak invite. jangan lah setiap kali jawab kuiz setiap kali tu lah seluruh rakyat dalam friend list kau nak invite.

2 comments:

nurul khairunie said...

okay tiada dalam senarai. hehe.

D'ya Marshmello said...

haha dah biase alami sume kat atas tuu.hnya cakap "sabar jelaa". hehe