MEH LAH KLIK...

Friday, October 30, 2009

Diagnosis


suffer from severe addiction to internet. can be treated by installing astro dish compelete with new 17 inches LCD Tv and a DVD player. can be treated but not cured.

=(

picture from google.

Catch me if you can- Review


AWESOME!.

p/s: I'll catch you if I can. even if, I have to go to who-knows-where-Mountrichard.

picture from Google.

Thursday, October 29, 2009

StreamSux.

macam hampir hari2 komplen stremyx. apa nak buat line murahan. nanti kaya esok, langgan line internet terpantas.

nak cerita apa hari ni? tiada yang menarik macam biasa. aku godek2 Fb. log out, sign in. berselang2. join forum2 juga sekali. tapi hari ni semua slow.

macam nak berjalan2 ni. tapi biasalah aku kan kedekut. hehe... oh yeah, one of long standing problem have settled. Now I have my new BSN ATM debit card. before this, I havent replace my 5 years old card. never used it actually. sebab tiba2 macam mau shopping online, beli2 tiket sembunyi2, maka buatlah debit card. boleh buat mobile banking. tapi aku tak faham apa jaddah kah itu.

ramai yang cadangkan Maybank. tapi aku belum tergerak hati nak buka akaun Maybank. hal ini kerana, aku mana ada gaji lagi. maka buat apa aku nak buka akaun bank banyak2. yang kad BSN pun aku tidak guna sangat. cuma mau back up jak tu. aku hari2 guna CIMB, disana lah disalur segala dana supaya aku cukup duit nak beli maknan.

dulu masa pigi Indon aku ada kad CIMB and cash jak (Rp., MYR, USD). so kalau habis cash tu, sah2 lah aku cuma boleh bergantung harap dengan CIMB tu. aku sudah activate awal2. masalahnya CIMB cuma ada cop meps n bankcard. dan nak cari ATM yang ada cop Bankcard, aku rasa cuma ada 2 kot, OCBC dan CIMB niaga. CIMB niaga tu aku tak jumpa pun ATMnya. CIMB aku pun bukan debit card. masa di sana, aku tengok2 banyak bank yang ada cop Plus, Visa. seingat aku, (sebab aku cuma pernah ada kad BSN, CIMB sahaja) BSN ada cop Plus. macam Plus ni kat mana2 ATM ada, dan aku agak lagi mudah lah kot kalau kad aku ada cop Plus.

masa kat Indon aku agak takut2 nak bershopping, cuma sekadar beli yang perlu seperti makanan dan tambang2 angkot, aku rasa aku ada beli 2 key chain kot, benda remeh yang tak berguna sangat. iya lah beli pun sekadar beli nak buat kenangan. sebab aku takut aku run off cash, lepas tu tak jumpa OCBC. risau juga lah kalau jalan2 tak ada credit card, seingat aku mastercard senang guna kat sana. Visa aku tak tahu lah. aku ingat nanti kaya esok, aku nak apply lah kad plastik satu, prefer mastercard lah kot. senang nak bayar2 hotel or bank (kira berhutang lah dulu).

actually ada juga kawan yang dah kerja, gebang pasal beli tiket online. dia gebang macam aku tak tahu how the thing works. aku tak lah pernah beli tiket untuk diri sendiri (sebab aku tiada debit/kredit kad maka ada orang yang akan beli dan bayar untuk aku.), tapi i know how the thing works. aku orang sabah lah, Sabahans do fly frequent. next time nak berlagak, cari lah benda yang aku ala ala blur sikit, macam LPO or buka tender, buka kontrak, nikah kahwin.. etc. etc.

dan kepada yang ada kredit card (classic) tu, kalau dah tahap pernah kena bar, tak payah lah nak pukul canang kau ada kredit kad. aku orang kampung-kampung, but i know how the thing works. jangan malukan diri yang sendiri tu berhutang banyak boleh tak?

Wednesday, October 28, 2009

dear anonymous,

reproduce below is a comment left by anon. in my previous posting here.

Anonymous said...

I'm sorry but I disagree with you on this. I have always known God as Allah in my church since I learnt to speak and that was a long time ago as I'm 21 now. You guys are just making a big hype because you're now only finding out about our religion and that,from the wrong source. If you have akidah, you will not be afraid of us using the name Allah. I believe we have the same God but you Muslims make it seem like our God is different, then how can you confess that Allah is the only God if you don't admit we worship Him as well. Even Nabi Muhammad recognize that Muslims, Christians & Jews worship the same God. You are very ignorant. Don't be afraid of us, learn from us what you'd like to know. Don't jump to conclusions. God Bless.

Dear Anonymous;

It is ok to disagree since we here in vast virtual world are entitle to our opinion, and we can simply cowardly dropped anonymous comment in other's blog. In my previous post, it wasnt really about Christian or Church using 'Allah' in their prayers. It was about me reminding myself and asking my fellow Muslims to re-learn true path of Islam, to really understand the essence of Islam, and eventually to live and die as Muslims.

here is extraction from my previous posting just in case you didnt read it;

apa yang saya nak highlight kan disini bukan lah isu penggunaan perkataan ALLAH SWT semata2 tetapi berkenaan dengan umat Islam mestilah berpegang teguh dengan ajaran Islam dan hukum ALLAH SWT berpegang teguh dengan kitab Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad, Rasullallah SAW. mempersiapkan diri agar dapat mempertahankan akidah dan agama Islam yang suci.

in my personal opinion, God direct translation to Malay is "Tuhan". do you agree? can you deny Joshua Project is exist? can you deny what they do? can you deny Christians Missionary's method to attract the non Christian? by offering shelter, comfort, food, love and then a religion.

can I stop Christians from preaching their religion? NO. can you stop me from asking my fellow Muslims to relearn the true path of Islam? NO. I am not preaching, it is not my place to preach. but as you are, me too is entitle to my opinion. In the post, it was all about reminding myself and my fellow Muslims to stand our ground, to strengthened our faith to Allah SWT, to live and die as a true Muslim, to protect the purity of Islam.

you said, Allah is the same, for Muslim, Christians and all. but according to our akidah, Allah SWT is one and only. but to Christians, you guys have trinity concept which is contradict to Islamic akidah. do you know about this contradiction? see who is ignorant now. the difference is the way we 'treat' our God. do you know about this? for Muslims, Nabi Isa or Jesus is the son of Mariam. but for Christians, you know better i guess, what did your church told you about who is or was Nabi Isa/Jesus? care to share?

for Muslims, "Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan" (Al-Quran; 112:3). if you can question about my akidah as a Muslim, and be ready to be questioned about your faith as a Christian. but I think, I shall leave your faith issues or trinity concept to yourself.

I am not afraid of your church use the word ALLAH. I am not afraid of Christians. Merely mortal we are. what come to my concern is about my fellow Muslims and their faith to Islam. can you stop me from expressing my concern to my dearly Muslims? absolutely not. are you trying to tell me to stop? you better not.

Bagi kamu agama kamu, Bagi ku agama ku. For you, your religion. For me, mine (Al-Quran; 109:6).

p/s: since i am mentioned about religions here, just in case i am wrong, corrections are welcome.

Monday, October 26, 2009

Isnin

macam biasa line sux. biasalah line murah ni kan, nanti langgan 4mbps tidak mampu pula bayar bulan2.

bebalik kepada cerita suam-suam kuku, blog dan duit. aku tidak tahu lah sejauh mana blogger war ni. tapi aku rasa suam suam kuku juga. malas aku nak godek sebiji2 celah bedah blog ni. mana yang aku sempat baca, aku baca.

aku dan partner in crime juga sepanjang hujung minggu lalu juga perbincangan kami penuh dengan kutuk, maki, diskas, etc.. berkenaan celah bedah internet. bukan pasal blog n blogger sahaja, tapi juga termasuk lah forum dan forummer, download, Fb for poweruser, directed link etc etc...

apa pun, internet ini dunia luas yang mengasyikkan (lagha) oleh itu jika diguna kepada yang elok, maka elok lah hasilnya, jika diguna kepada yang buruk, maka buruk lah hasilnya. aku nak tulis panjang lebar pun, blog aku ni bukan ramai sangat nak baca pun, atau masuk dalam kategori blog kuncup. keep on blogging, especially kepada green apple (eh, macam bodek-apa lah yang aku boleh bodek kan...).

...............

apa lagi aku nak karutkan untuk kali ini? oh ya, blog aku memang jarang letak gambar, sebab;

1. aku malas
2. line buruk
3. tiada kamera (cuma kamera hp)
4. aku pemalu (serius lah)
5. aku tak fotogenik.

memang jarang ada gambar aku lawa. nanti muka dah comel, tudung herot. tudung dah comel muka berminyak.... ada saja yang tak kena. so tak payah lah aku nak menyesakkan bit broadband korang. lagipun camwhoring ni tak sesuai dengan orang macam aku. lain lah untuk wanita unik yang ada distinctive personality contoh: suka/obses warna merah/pink/hitam/kelabu/purple bla bla... (unik sangat lah tu konon).


oleh itu, siapa nak hadam segala hal ehwal semasa yang aku nak tulis ni, layan. tak nak, tak payah.

oh yeah, speaking about personality, baru2 ni aku tertengok di Astro rancangan Tangkap Muat. pengacaranya Sarimah Ibrahim. ini rancangan makeover, seronok juga tengok. iya lah untuk orang yang fail bab2 grooming macam aku ni, harus lah timba ilmu grooming sikit2 (baju pun malas aku nak sterika, ini kan pula grooming2 ni.. haih~ malas). pakar andaman dan gaya ada 2 orang, iaitu Rizalman dan Fadli (kot? tak ingat nama dia). kedua2 pun pakar dan glemer lah juga. aku rasa ramai yang pernah dengar 2 orang pakar ni.

Rizalman bagi tip2 menarik. especially macam mana nak rocking baju kurung. i mean, nak menggayakan dengan gaya yang paling sesuai. aku suka pakai baju kurung kalau majlis2 jamuan makan malam. sebab, well aku tak ada duit nak beli dress ni semua, dan mostly semua dress tu nampak ketiak. aku nak pakai dengan tudung, harus aku dituduh zalim. lagipun bukan selalun aku ada dinner party yang formal ni. sesekali saja. oleh itu baju kurung lah. now i know which shoes match with baju kurung. thanks Rizalman.

dan pasal clutch. i like clutch too.. hehe. tapi aku cuma ada satu clutch warna itam. tu pun kakak saya belikan. tak apalah, tak berduit, buat cara tak berduit. kan...

korang boleh lah tengok Tangkap Muat tu, jika berminat.

Friday, October 23, 2009

Tangerine Blue and Sunset Dream

have you read this well said article from Kahuna?. korang klik lah bagi sesiapa yang belum baca. especially blogger. bagus artikel tu, bila pasal blog dan duit ni. ketahuilah banyak indah kabar dari rupa. dulu aku pun ingat boleh rolling ribu2 ringgit dengan blog. sekali hahaha... pendapatan 25 sen seminggu tu, adui, bagus aku kumpul tin aluminium, ada juga 2-3 ringgit.

mula aku blog pun di friendster, sebab.. nak improve english, nak luahkan perasaan, nak kurangkan tekanan, nak belajar menulis, masa tu aku in the middle of my final semester. masa tu banyak sangat kerja, projek, dan sistem belajar dah upgrade sikit iaitu baca nota tak cukup, baca buku teks tak cukup, kena baca journal yang azab aku nak hadam. lepas tu kawan2 selamba2 minta kat kau extract yang kau dapat dari journal2 tu. aku share juga, sebab, well.. aku rasa tak ruginya aku nak share extract tu. tapi ada rasa sikit lah macam upset, sebab penat lelah kita kan, orang datang tuai hasil saja. aku rasa penat masa tu, so i turn to internet lah nak meluahkan segala2. termasuklah kekecewaan aku selepas kertas statistik. basically banyak bekisar tentang aku dan pembelajaran lah masa mula2 tu.

bila buka blog orang, nah dari situ aku tahu kita boleh dapat duit. so pasang angan2 ni. even tadah muka bersengkang mata nak kasi up blog supaya dapat binatang gemilang dari nuffnang. haha. the rest is history. aku berbalik kepada tujuan asal aku buat blog dalam cheap cheap friendster tu. lagipun tak nak lah nampak fake, sebab review produk yang kita terpaksa nak review, sebab mereka ialah client.

tak apa lah, mungkin bukan rezeki di blog. mungkin tempat lain. aku pun tak sabar rasanya nak earn serious money. duit belum ada aku dah pasang angan tinggi2 nak beli itu ini, nak bercuti sana sini. well biasalah kan.
.......................................

actually aku ada 2 helai kertas bahasa jerman nak diterjemah ni. Jerman aku pun dah karat, tinggal nak tertanggal saja. lagipun bila masa aku nak ulangkaji bahasa ke(?) ni. aku pun belajar sekerat sampai level 2 (setahun, 2 kali seminggu). ada lah basic. tapi yang aku cuma boleh translate tadi ialah, "Tumbuhan berwarna hijau zaitun hingga keperangan..." lepas tu aku tak tahu apa jadah lah si Fleisher tu tulis. tengok orang Jerman, tak hadap dia nak tulis buku berjilid2 dalam english. well.. buku si Fleisher tu jilid ke-3 terbit 1908. ada 4 jilid semuanya. masa tu aku agak2 lah kan, english and german were rival. so semangat patriotisme tinggi, tak nak tulis bahasa asing.

iya, tanpa english masih boleh menulis buku sains tebal2 gila beribu2 mukasurat sampai 4 jilid. tak kisah pun, tapi biasalah ada pro ada kontra. bagi anak-anak German nak belajar mungkin senang. tapi circulate buku tu tak jauh, maklumat tip top banyak dalam buku Fleisher tu, tinggal kau nak baca atau tak saja. al malkum lah, baca Bahasa Melayu pun semput (kecuali gossip harian metro) ini kan pula nak hadam bahasa german sebutir sebutir. tengok German, macam tu punya bangga, "kau nak ilmu aku, kau belajar bahasa aku". dia peduli hapa dengan bangsa lain tersedak2 nak translate, sebab dia tahu, orang tetap akan baca buku dia kerana maklumat tu sangat berguna dan mungkin rare. bottom line, bukan nilai bahasa semata2, bukan tentang bahasa mana lebih antarabangsa, tetapi nilai ilmu, ilmu siapa lebih bernilai. jika ilmu tu ilmu rebutan, kau tulis lah bahasa icelandic sekali pun, tetap akan ada non icelandic yang nak belajar ilmu tu akan berusaha baca tulisan tu.

ex-big big big boss/ex classmate aku pernah berkata tentang semangat atau sifat orang putih bagaimana mereka nak meninggalkan belang/nama mereka. buku fleischer tu dated seawal abad ke 19. sekarang dah tahun 2009, tapi buku dia tu masih lagi digunakan. aku bukan anglophile atau westernized. apa yang baik, baik lah, tak kisah dari siapa atau arah mana iya datang.

untuk kes aku, tadi aku dah selongkar semua journal inggeris yang ada. cuma fleischer saja yang ada maklumat yang aku mahu. ada sesiapa yang pandai translate bahasa jerman untuk gugusan botani disini?

Thursday, October 22, 2009

cerita hari-hari semalam.

apa cerita hari ini? ceh, aku kunun2 hangkut jurnal segala paper segala nak menaip lah konon. sekali, pekena internet seround, jadi 5 round. bila nak insaf?. tapi nak pulun juga lah, minggu ni tinggal 2 hari. masih bulih berharap aku akan datang awal esok. harap saja lah. tapi tadi aku rasa agak speedy gonzalez juga aku menaip, sebab terkurung dalam lab sorang2 kan. bosan lah juga, tapi fokus lebih (*bluweek). tak lah menaip straight, sambil mengelamun, godek laptop, masa tu lah nak gatal tangan nak buat hauskeeping file lah, nak clean disk lah, nak customize desktop, macam2. dan sudah tentu break untuk sembahyang dan pergi ke tandas.

masa di lab tu aku pulun pasang lagu2 sebab internet laptop tua aku ni tak boleh connect (nak juga balik rumah, pemalu betul dia). sebagai tribute lah konon pasang lagu boyzone. hari ini asyik2 dengar lagu boyzone, pagi bawa ke pagi. tu dia. aku dah buat memorial post di bawah entry ni. dulu aku sangat suka boyzone, tak percaya tanya lah kakak aku (yang kenal dia lah). yeah, sebelum coldplay, incubus, RHCP, eminem, kanye west, ne-yo, rock star, rnb, hiphop gangster rap, aku suka pop boyband; iaitu boyzone dan westlife. boyzone first lah kan, westlife second.

kenapa aku suka pop boyband? sama saja dengan sebab dan alasan mana2 budak 13 tahun yang menyukai pop boyband semasa tahun 90's-awal 2000's. hensem dan pandai nyanyi (eh.. tak lah sedap sangat, boleh lah tangkap leleh). oh ya, kepada yang masih dalam gelap, jantina aku perempuan.

habis tu kenapa aku agak macam terkesan dengan kematian mengejut stephen atau steo ni? sebab, boyzone lah yang mula2 aku betul2 tahu aku ni boleh minat one particular singer/artist. sebelum tu aku cuma suka lakonan eman manan di tv, dan segala jenis pelakon siri drama swasta yang ada dalam RTM. muzik2 orang putih ni, aku tak tahu, aku tak minat. sekadar dengar... entah tak paham haram. dia sebut/nyanyi "touch your hand' sikit, aku dah rasa benda tu lucah dan menentang adat ketimuran. iya, sebegitu konservatifnya aku dulu.

bila aku dah start suka, ada pula lagu ronan keating "when you say nothing at all". pergh.... ni lagu paling epik dalam hidup aku sebagai seorang 13 tahun. dulu2 masa aku 13 tahun, family belum pasang astro (dah ada kot, cuma kat rumah aku tak ada). yang ada cuma RTM, TV3, Ntv7. masa tu Ntv7 baru2 panas2 lagi, tali pusat baru nak tertanggal. Ntv7 ni konsep urban sikit, so asyik lah tayang video muzik artis luar negara. Ntv7 Malaysia lah MTV pertama ku. masa tu ada juga rancangan MTV syok dan MTV no limits di Tv2 (kot?). pengacara erin malik. tapi seminggu sekali saja. so aku apa lagi menghadap lah Ntv7 nak menunggu video muzik kegemaranku, Ronan Keating "when you say nothing at all". (baru minggu lepas aku layan notting hill on hbo).

ada sekali dihujung minggu, aku sampai tak mandi nak menunggu video muzik Ronan tu. aku dah siap tahu playlist Ntv7, bila ada video muzik 98 degrees, maksudnya aku dah terlepas lagu si Ronan tu. besar pengaruhnya ni dulu. dulu, masa tu zaman dah maju, cuma aku saja masih merangkak keluar dari kepompong ultra konservatif haluan kiri. aku tak tahu apa internet ni. aku pernah dengar 'email', tapi entah apa benda email tu aku tak tahu. so selain dari media cetak (e.g. Mangga dan kemudian Galaxie), cuma ada tv dan radio sebagai hiburan. kalau nak tahu lirik lagu orang putih kena lah belek Galaxie, kalau ada. biasanya aku bukan lah mampu nak beli2 majalah tu setiap isu. oleh kerana semangat nak tahu lirik lagu, aku dengar dan try2 salin. kau bayangkan lah time tu... aku upsr yang BI dapat C ni nak mencuba menjadi telinga orang putih. sekarang senang, pop, dah google tayang lirik lagu, tinggal print. buka youtube, ha bengkak la mata kau melayan segala video muzik dalam tu.

masa tu kalau hujung tahun waktu krismas-tahun baru, rancang tv syok sangat, macam rancangan countdown. dan selalu masa ni Tv akan ulang tayang siaran Party in the park UK. korang google lah apa tu. selalunya Boyzone akan diundang menyanyi sama. macam excited gila lah kalau tengok Party in the park ni, walaupun sekadar ulang siaran di tv, itu pun entah Party in the park tahun bila. lepas tu ada showcase2 boyzone, semua aku tunggu. siap catat tarikh dan masa siaran, tv apa takut termiss. macam tu sekali. walaupun aku cuma beli 1 saja kaset dia, by request.

selain dari muzik, umur 13-15 tahun juga membuka pandangan ku kepada perkara lain. korang pernah tengok rancangan "speak up" di tv3 tak dulu? ni around tahun 2000. pengacaranya 2 beradik, sarah dan shyna. shyna ni aku rasa, shyna zaid yang ada dalam Fb (seorang penyanyi di NY dah sekarang). mereka ni about my age, shyna tua setahun kot.. sarah kakak dia. mereka ni cakap english pergh.... berhabuk. masa tu aku berazam nak juga tahu english. at least, boleh paham tanpa tengok subtitle. and the rest is history. rancangan "speak up" tu agak besar juga impaknya dengan kelas bahasa inggeris aku (aku saja). about sara n shyna, rupa2nya mereka ni half american. so english is printed on half of their tounges. patut lah berhabuk. aku? eh... tak elok rasis2 ok. hehe.

selepas tu sokmo tengok orang putih, masa tu dah layan friends (start aku form 2 kot?), suddenly susan, the naked truth (laku gila si brooke shield kan?), x-files, mr. & mrs. smith (yang ni tak sangat sebab dia label 18pl or pa, aku tak berani tengok selalu2 lagi pun main tengah2 malam), chicago hope (yeah before grey's anatomy there was chicago hope and ER) yang paling lagendary selepas friends ialah ally mc beal. hehehe... sampai aku rasa macam nak jadi lawyer time tu. masa tu label lah 18 sx, sg, aku main redah saja tengok. kecuali yang 18pl kot aku pikir2 lagi.

ya, korang jangan tak tahu, sebelum brad pitt jadi Mr. Smith, ada seorang jejaka tua yang lebih dulu menjadi Mr. Smith, iaitu Scott Bekula (the real Mr. Smith). mrs smith nya aku tak ingat siapa, tapi gojes juga lah, blondie.

oh ya ada satu nama aku tak mention lagi, seorang yang memberi kesan mendalam masa usiaku 13-15 tahun. David Robert Joseph Beckham. nak cerita pasal dia ni, panjang gila kena buat entry lain. dulu mula2 suka muzik, muzik aku lebih kepada Britain (dan Ireland), rancangan Tv america. sekarang, lebih kepada america kot semua2... walaupun kalau korang tanya rock band apa yang aku paling minat di planet bumi, itu ialah Coldplay (walaupun cuma beli 1 kaset saja, a rushblood to the head, the artwork will be featured in Royal Mail's stamp, next year (kot).)

keywords: Boyzone, Ronan Keating, Ntv7, sitcoms orang america, David Beckham, Coldplay.

Wednesday, October 21, 2009

In Loving Memory, Stephen 1976-2009

(the way I want to remember him)

Thank you for made 13 years old me happy.

p/s: Boyzone's by request album was the first cassette I purchased. I was 13.


Tuesday, October 20, 2009

apa yang menjengkelkan dalam Facebook (Malaysia).

1. Nama yang entah apa-apa
kepada yang masih nak bernama fancy mengarut (e.g. princess, nottygirl, jejaka hensem, gonjeng drifter) sila ke Myspace atau Friendster. aduh tolonglah, aku bukan lah strict gila sangat nak nama betul kau dalam surat beranak. cukup lah insert nama betul dalam nickname kau, e.g. Nasir achoi, Mikey Rahman. mana lah tahu kau lebih suka guna nama glemer kan. tak kisah guna nama nickname, asalkan nickname tu nickname di alam nyata. dulu aku pakai nickname juga dalam Fb (nickname mengarut juga, tapi memang nama samaran aku dalam online). tapi lepas aku baca artikel pasal Fb menekankan kepada pengguna supaya mengguna nama sebenar, so aku pun letak nama sebenar.

iya aku tahu ada yang perasan glamourama, kononnya letak nama samaran untuk mengelak stalker atau hacker. jangan lah perasan, berapa kerat lah pengguna internet ni nak stalk Fb ngkau. yang penting keep the private things private.

kepada budak2 sekolah/rempit yang nak cari awek tetek, sila ke myspace.

2. gambar yang bajet cun/hensem
ni lagi satu kumpulan perasan dalam Fb. aku pelik lah kenapa lah orang Malaysia (orang putih, lain cerita) ada yang menayang2 cleavage di Fb. ada yang siap buat profile picture lagi. aku tahu kau baru beli web cam dengan high resolution dan masih tak puas beraksi di depan bf masa chat ym tadi. maka kau pun snap gambar pakai baju singlet dengan dada tersembul-sembul dengan web cam. pastu tempek kat profile picture. remember, cleavage showing is not a virtue.

yang lelaki pula, selalu letak gambar dengan spek mata sebesar pipi. nampak murah walaupun spek mata hitam kau tu prada limited edition summer 2009. tapi selalunya spek mata tu pun memang murah. gambar murahan, macam bapak ayam pun ada.

satu lagi gambar pouting. ni gambar profile lah ni selalunya. nak pout2 ni kau bukan saja kena cantik dan langsing dan cantik gila tetapi juga kau perlukan kekayaan harta benda dan real ego. otherwise, flat gila gambar pouting tu. nampak murah.

3. status orang bercinta.
status seperti "i am so in love with my other half", "miss you so much B", "Oh rindunya sama tunang", "makan bersama tunang", "tunang ku yang tercinta ku sangat menyayangimu", etc etc etc. kalau sekali sekala ok lah. kalau dah selalu selalu gila. adui...

iya aku tahu, kau baru bertunang, tunang tinggal jauh (sebab tak kawin lagi, maka tinggal kat rumah mak ayah dia), cool cool sudah lah. tunang itu, tunang ini, sayang, abang.... Public Display of Affection in Fb ni memang buat aku geli.

tak cukup kah dengan mengupload 18 dozens gambar(public) bertunang, gambar berdating, sebagai hebahan kepada pengguna Fb lain?. tak cukup dengan itu upload lagi gambar cincin bertunang sebanyak 13 dozens keping. apa yang kau nak buktikan? cinta sekeras batu sungai? keep private things private. bodo. and yes, i consider romantic relationship as private.

3. gambar-gambar peribadi.
gambar2 bersifat peribadi ni banyak tafsirannya. kalau gambar bercium dengan bf/gf tu nak diupload sebenyak 4 photo albums tak payah lah nak dipublish di newsfeed. sama lah dengan gambar kongsi chivas sebotol, minum 38 orang, tu.

dan juga segala macam gambar peribadi2 yang terlondeh, minum arak (bagi yang tak boleh minum, faham kan maksud aku). korang bukan saja2 nak share kan. tapi nak tunjuk juga keurbanan bebal korang kan? arak dah minum, babi kau dah cuba makan belum?

4. Fb jadi tempat berlagak.
status tak agak2 e.g. "oh i buy new iphone 3gs today". "sipping nice coffee at starbuck", "oh i left my blackberry in my Gucci bag, why didnt i put it in my eeLVee", "yeah sudah tukar kepada rim 17" berwarna emas".

iya tahu kau kaya. cool cool sudah lah. ini sikit2, my iphone this, my starbuck that, my blackberry this, my Gucci that. kau ni agen iklan pro bono kah apa? tu belum lagi dalam published photo yang ambil gambar segala jaddah dalam almari. seluar dalam victoria secret pun nak tayang, abis tu seluar dalam bergetah longgar tu kau tak nak tayang sekali dalam Fb?

btw, apa ada dengan Starbuck ni? sampai ada yang kalau minum di starbuck tu berebut2 nak hapdet status. bukan kopi kat starbuck tu mahal mencekik gila babi punya overprice kah? so apa yang kau bangga sangat minum kopi kapitalis tu? aku kalau orang nak share pasal gambar makanan dan minuman sebagai makanan dan minuman semata-mata, aku tak kisah. tapi kalau tangkap gambar kat Secret Recepie, Starbuck, Dome etc etc... semata2 untuk berlagak makanan tu mahal, lepas tu publish dalam newsfeed, itu menjengkelkan.

5. invitation.
ini tak lah benci sangat tapi masih menjengkelkan. aku biasa kumpul banyak-banyak lepas tu aku delete secara berjemaah. kadang2 ambil masa berminit2 juga nak delete semua sekali. aku suka juga jawab kuiz2 mengarut segala2 ni. tapi agak2 lah kalau nak invite. jangan lah setiap kali jawab kuiz setiap kali tu lah seluruh rakyat dalam friend list kau nak invite.

Kucing's cemetery

hari ini, Isnin. Alhamdullilah aku kiranya berpuas hati juga dengan perkembangan hari isnin ku pada kali ini. biasanya hari isnin ialah hari extended weekend. tapi hari ni aku agak aktif, pagi bangun subuh, drive jauh2 merentas trafik, lepas tu kisah2 yang kononnya official. Alhamdullilah, rezeki murah hari ini. Alhamdullilah.

actually hari bermula sedikit horror. masa aku mau keluar pagi2 tadi, ada bangkai kucing didepan pagar rumah. aku park kereta diluar pagar sebab well.. perumahan, car porch cuma muat untuk ehem.. ehem.. buah kereta. memandangkan kereta kancil hep tu kecil2 an aku park diluar sahaja. senang reverse. apa yang aku terkejut, bangkai kucing tu cuma tinggal kepala dan organ2 dalam yang terseret2. badan dia sudah tiada. err... sangat horror, macam kucing penanggalan (sejenis hantu). aku nak pandang pun aku tak lalu, geli dan kesian. mungkin dibawa anjing liar. sebab malam tadi tiada bangkai tu. nasib baik lah tadi aku call orang kampung, kata dah setel dah bangkai tu. aku risau dengan kakak aku saja. dia ni jenis cepat geli geli, tapi syukur lah tak ada apa2. walaupun aku tak suka kucing, aku tak lah benci.

menambahkan horror kucing pada hari isnin, mengikut jiran aku di kf, (aku nomad, tinggal 3 buah rumah seminggu). hujung minggu yang baru ni, ada satu bangkai kucing juga di porch rumah dia. bangkai tu ada kesan cedera ditetak dikepala. tak pasti lah sama ada orang saja letak bangkai kucing tu kat porch atau kucing tu memilih untuk mencari refuge di porch jiran aku lalu menghembus nafas terakhir disana. nasib baik ada pak guard tolong setelkan bangkai tu. kesian ok, kesan tetak tu. walaupun binatang, tapi tetap bernyawa. sedangkan binatang yang menjadi mangsa natural predator pun aku kesian, apatah lagi mangsa kekejaman manusia. setahu aku jiran aku kat belakang rumah ni memang suka kucing, siap belai2, even ada seekor anjing cacat anggota pun menumpang kasih dan makan kat rumah jiran belakang. yang sebelah rumah pun suka juga sedekah sisa makanan dengan kucing2 liar ni. tak tahu lah siapa sampai hati main tetak2 kucing ni.

sebenarnya kucing ni leceh juga lah, sebab kalau nak reverse kereta tu kucing selalu lepak bawah kereta. geram aku. nak redah, takut dapat kucing penyet pula. tak pasal, horror bertimpa2. sebab aku selalu parking tempat tak berbumbung so faham2 lah seksa azab nak paksa kucing tu keluar kalau masa tengahari buta. dan memang waktu tengahari buta lah kucing suka melepak dibawah kereta. nak maki bodoh pun, dah namanya binatang kan. nak redah, kita tak sampai hati.

apa pun aku memang selalu kesian dengan binatang2 jalanan ni. apa nak buat nak tolong pun, aku tak suka nak belai2 binatang. lagipun dulu2 famili aku ada bela kucing2 ni, sekarang pun ada lagi cuma aku tak layan sangat. bukan bela, cuma sekadar bagi tumpang dia lepak kat sekitar kawasan rumah (bukan dalam rumah) dan beri makan. dulu kalau anak kucing or kucing mati aku akan sedih sampai sehari-2, aku rasa pernah anak kucing di attack kucing jantan, cedera parah, aku menangis (senyap2 lah tak kan nak tunjuk ok). siap letak ubat sapu kat anak kucing tu... well.. kucing tu mati. and i am not good in handling death. sedih aku tau. sebab tu aku malas nak layan2 pets ni sebab kalau mati aku akan sedih. walaupun pets itu adalah hanya sekadar seekor ikan emas dalam balang.

aku ni nak cerita pasal lain, alih-alih cerita pasal kematian kucing pula... huish... oleh itu aku bubuh lah tajuk seperti di atas.. (mula-mula aku tak letak sepatah tajuk lagi pun masa tulis draf ni..).

lama juga aku tak memblog kan... aku tidak lah bizi wuzzy, cuma tiada mood mau blogging. ok lah sila klik iklan nuffnang ku. terima kasih.

Tuesday, October 13, 2009

Camwhoring is not photography.

eh... aku tak berapa ada mood nak update blog. tak lah sibuk sangat, cuma malas, kot. apa ya, oh, i had a blast masa my 24th bday. aku bukan jenis yang sambut bday, cuma kebetulan masa tu hujung minggu. kawan2 aku dari kampung pula dengan semangat juang yang tinggi nak melawat aku disini. kebetulan juga ada pesta tamu gadang. maka kami pun kira buat gathering. memang mereka tak ada niat nak sambut bday aku pun. dah tengah hari baru mereka ingat bday aku. tak apa aku tak kecil hati. terima kasih kerna dalam lupa2 tu mereka bagi juga aku hadiah. hehehe... dan juga hari tu aku dah nickname geng kami Meet Babu Jijah. actually mereka known as Geng Karas. tapi aku dah buat sedikit rebranding. ala kamu buat economic and finance dulu kan.. mesti tau ni rebranding2 ni

sehari 2 ni aku rasa macam nak enroll balik college. ceh.. apa jenis kiasu aku ni?. after my 24th bday ni macam aku terbuka hati nak buat Law. mesti orang yang paling gembira di planet bumi ini ialah bapa aku. panjang cerita nya tu... tak apa lah nanti aku cerita, kalau aku nak cerita ya.

tak apa kita buat perlahan-lahan. set up priority. dan priority sekarang ialah bercanda dengan lebih meriah, belajar apa aku nak belajar, dan Grad. penat aku nak pikir pasal M.Sc. ni.

Saturday, October 10, 2009

10.X.2009

Today I have 2 news, happy and sad.

1. first, happy news, earlier today, from news feed in FB, My cousin, welcome their 3rd baby. the newborn is a girl and my cousin and his wife already have a designated name for their newborn. The initial name is of course Dayang, to acknowledge our Brunei lineage. The 2nd name is Terra, which meaning is Soil or Earth, and of course she has 3rd name, i am not sure the spelling, but something sound very girly, like erisya or something alike. nothing official yet, but i am glad they consider 'Terra' as name of their princess. Terra is not only a girly name, the meaning is also reflecting the origin of human, from 'soil'. It is a beautiful name and tagged with humbling meaning.

2. around 8 pm today, I recieved sms from my friend Jazreen. The content of the forwarded messege was very sad, but i wasnt shocked. Our former teacher and Professor, passed away at 7 pm. not long after that, i recieved another same forwarded messege from Nina. I forwarded the sad news to our fellow friends, not everyone, but I am sure the messege is circulated among us. I am not sure where was Arwah, at home or hospital. He had been very ill for the last few days, my friend even described his condition was very heartbreaking to everyone.

i dont know much detail about his illness. but from friends, they said, he was suffered from cancer. for former students like us, he will be forever remembered as a teacher, a botanist and a passionate taxonomist. Good bye Pak Din, thank you for everything, we will miss you. Al-Fatihah.




screenshot from his weblog. Pak Din posed with his flower, the Rafflesia. Rest in Peace, Sir. Al-Fatihah.

Friday, October 9, 2009

Syukur kepada Allah, hari ini Jumaat.

konfem aku malas ke lab hari ini. kereta aku dah sihat dah. baru saja dihantar tadi. hamboi macam ada delivery kereta2 pula kan. banyak kos juga tu nak perbaik kereta tu. sebenarnya aku dalam mission "Experimental Internet Challenge go Extremo". aku sejak kereta rosak, haram aku nak naik bas. bukan lah apa.. bukannya Bas tu sampai ke pintu foyer jabatan dia hantar. aku kena mendaki bukit lagi. nak nak aku balik lewat petang/malam. bahaya beb...

lagi satu, not so long time ago, i have promised myself, aku dah tak nak menyusahkan tubuh badan nak naik bas dah (patotlah badan dah naik lemak). i have done it enough masa aku belajar dulu. bukan aku nak kata aku tak nak naik bas ever again. cuma buat masa ni, aku nak recover balik pahit maung aku naik bas, jalan kaki time hujan ribut petir, panas terik, malam2, siap tumpang motor stranger yang baik hati (perempuan ya...) sebab nak pergi lab/kelas/library/cari makanan. kisah dulu2 tu aku tahu kalau nak dibandingkan dengan penderitaan orang lain (contoh: anak sakit tak cukup duit pergi hospital) memang celah kuku saja. tapi kesannya dalam diri aku tetap ada. bukan lah trauma, tapi masih berbekas.

sebut zaman dulu2 ni, Bekas pensyarah aku sakit teruk kat hospital sekarang. itu pun aku baru dapat tahu malam tadi. aku godek2 Frenster, dah lama tak godek kan, sebab dah pakai Fb. kat kolum komen akaun kawan aku, ada berbunyi "Prof. tengah sakit teruk tu, kau dah melawat belum, pergi lah melawat cepat". aku dah tak sedap hati. lantas aku sms kawanku si rafiq. dia tak balas, almaklumlah, cikgu rafiq ni kena bangun awal maka dia kena tidur awal.

aku log in balik Fb. sebab dalam Fs tu kalau aku tinggal komen pun berkarat komen tu tak bereply. hantar messege guna Fb,kepada rafiq dan nina, tanya apa kabar Pak (insert nama dia) kami sorang tu (panggil Pak, sebab memang nick dia tu). pagi2 ni bangun2 aku check (memang lumrah aku bangun pagi on kompite minggu ni). Nina balas: Pak (nama dia) memang sakit, shera dgn akak si.tim ada melawat. dah kurus sampai tak kenal. Rafiq balas: kata fitri, memang Prof. sakit teruk. aku tak melawat lagi. (lebih kurang lah reply mereka, aku tak hafal sangat nak quote).

aku tinggalkan nombor phone aku dengan nina. senang nanti punch saja sms, if any update. aku kesian juga kat Prof. masa konvo dulu tak sempat nak jumpa dia. masa tu pun dia dah sakit2 dah. aku plan nak jumpa dia kat hospital. tapi bila nak pergi, kawan kata dia dah discharge. so tak pulak aku nak melawat kat rumah, sebab dia dah lah sakit mestilah family nak privacy.

so kemudian2 lepas bulan2 after konvo, Prof. dah update blog dia balik. aku ikut perkembangan thru blog saja lah. bila lama dia tak update segala benda2 dia kat internet, aku dah tak sedap hati balik. tanya kat kawan2 tak ada reply, atau tak tahu. last week atau minggu ni baru aku tergerak nak buka balik blog-blog dia tu. still hiatus. kat Fb ada akaun, tapi dia tak approve aku. nasib baik aku godek Fs semalam.

kadang2 tertanya2 juga aku, kawan2 aku yang lain memang dah betul2 moving forward dan dah tak peduli kisah yang ada sangkut paut dengan old campus? aku tahu masing2 ada tanggungjawab masing2. tapi bila aku rasa ada yang macam ignore saja kisah kebajikkan ni (orang sakit) aku pula rasa macam terkilan. kan dia tu bekas guru kita.

harap2 Prof. lekas sembuh, dipermudahkan Allah SWT dalam menghadapi ujian getir ini. my prayer also goes to his wife and family.

dalam Fs juga terdapat update kawan yang tiada dalam Fb. ada kawan dah tunang dah, ada dah kawin, macam2 juga. selebihnya tu lebih kurang macam Fb saja.

baru pagi tadi, kawan lama, encik A sms aku. tanya2 khabar. encik A ni memang jarang sms, tapi at least ada juga contact. dia tanya pasal kawan aku, tapi aku lagi lah tak tahu menahu update kawan aku sorang tu. sorry lah A. nanti aku godekkan, aku update lah apa2 yang patut.

life must go on kan... campus tu boleh jadi just a phase, boleh jadi life changing experience.. macam2. aku teremo ingat2 old campus ni, sebabmalam tadi aku baca, my former alma mater is ranked #291 in the world. #2 in country, even beated the apek's uni. tapi country's oldest is ranked much much higher, #180, higher than Reading, Uk. terperosok juga lah. sebab my alma mater, used to be in top 200.

ok lah korang doakan supaya aku lebih rajin diminggu hadapan. "Experimental Internet Challenge Go Extremo" telah berlangsung selama 3 hari (and counting). aku pun dah penat ni nak meneruskan cabaran. tapi the show must go on, sampai aku muntah atau sampai Boss aku call perhambat aku masuk lab balik.

Thursday, October 8, 2009

my day

today is sooo gloomy. not just the weather but also me. adui... meh tengok2 gadget.

Wednesday, October 7, 2009

Pwned -500.

kereta masuk workshop esok. maka tiada kereta lah kan. sekurang-kurangnya untuk 2 hari. steering ada masalah, bearing pecah.. entah, aku tak faham. tapi yang pasti RM500 harganya. RM500 ya tuan2 dan puan2. harga sebiji Lumix. maka dengan ini operasi Lumix ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga bulan depan.

aku sibuk sikit ni. aku habiskan masa (termasuk mengelamun, pergi tandas, break sembahyang, kemas2) 4++ jam sehari di lab. kenapa tak buat 8 jam? oh.. aku ada penyakit suka main internet. aku rasa ramai yang menghidap penyakit ni. another 10 jam aku tidur, 3 jam hal2 lain (mandi, laundry, sembahyang makan), selebihnya, internet internet internet. kalau aku dapat cut down masa aku dengan internet, maka ada peluang aku buat lab 8 jam. itu pun belum tentu aku tahan duduk melepak menjadi seekor nerd dalam lab selama 8 jam (hoh, melepak 8 jam main internet tu boleh pulak).

sekarang ni aku rajin balik masuk forum2 al maklumlah musim by election, panas sikit forum2 tu. kalau tak melepek bosan isu nya. paling2 pun diahorrea ngutuk amnu. rajin juga aku godek2 laman web lain, FB sudah mesti. tapi FB ni masa ada geng2 aku suka juga main comment olympic dalam tu. kalau masa sorang2 bosan, nak main game pun bosan.

pening aku sekarang ni. nak kata masalah aku besar Gabak, tak juga. masalah chill chill saja. tapi i dont know how far i can take it. aku cuma iya, angguk, ermmm, diam kan diri, ngaku salah orang lain sebagai salah aku, salah aku sebagai salah aku, tadah telinga disindir (maki balik dalam hati), tahan geram, orang lain yang keliru pun salah aku juga, dan sebagainya. ALLAH SWT saja yang tahu, kadang2 hati ini ingin jadi lebih rebel dari rebel. tapi orang kata, jangan ikut hati kan..

being me, aku jenis yang kalau aku tak nak tu maka tak nak lah. nanti mulut aku kata 'ya', perlakuan aku tetap 'tak'. perhambat lah suruh masuk lab pukul 9 pagi, berbuih lah mulut. kalau dah time tu aku nak tidur, aku belasah tidur. sebab kalau aku masuk lab pun tetap aku nguap2 setiap 2 minit tengok jam, menunggu lunch time, bukan untuk makan saja, malahan untuk balik tidur. thats why i dont want to be a RA. sebab RA kena punch card, jadi kuli batak, GAJI CIPUT (banyak juga kadang2 tapi lambat lah), lepas tu mengaku segala bukan kesilapan diri sebagai kesilapan sendiri, jadi punching bag. i did apply once, but tidak dapat. dats it dats all. lagipun bila kita minta duit geran (atau mengharap duit geran), people start treating you like shit. dengan alasan "aku bayar gaji kau guna geran aku".

aku ni budak baru belajar. tapi aku tak belajar macam budak pandai dan rajin. aku tak belajar macam budak cina pengampu nak markah tinggi. aku belajar bila aku nak belajar. dan kerap aku salah. alangkan pakar lagi expert boleh contradict dengan paper sendiri, ini kan pula aku yang hanya baca paper orang.

itu belum lagi masalah domestik. haih.. malas nak cerita masalah yang ni. i am not the top gun, but i know how this thing work. i know the suppose pace, i know the suppose duration, i know. i just know. in this race, i am left far behind not because i dont run. because i cant run with ankle tied to the lamp post.

dengan siapa aku nak cerita kisah lame ni? dengan blog ni lah. lantak lah siapa nak baca, baca. tak nak sudah. terasa, terasa. apa aku kisah.

i warn eh... do not treat me the way i dont like, i'll make you pay for it. may be not today, but someday. seriously, me alone will never hurt you. but in war we know, it is not about me and you, it is about who we know.

i did once, make you dropping your jar and raising your eyebrows at the same time. i can do it again, if i want to.

Sunday, October 4, 2009

pelajar perubatan

pelajar perubatan universiti andalas siyall mana masuk tv 3 tadi tu. owh... kelas dan studi kau saja yang kau risaukan ahh? di Padang Sumatra tu gempa bumi, bencana alam, orang ramai jadi mangsa cedera, tiada air, makanan. si mamat dokter siyall tadi dalam tv 3 tu boleh2 risaukan tentang bila boleh resume study.

ini mau jadi dokter? belas kasihan sedikit pun tiada dalam hati. yang dia tahu pentingkan diri, mau dapat sijil medik, mau bergelar dokter. cilakak punya orang.

Friday, October 2, 2009

hari yang paling tak produktif.

hari ini sungguh aku tak aktif, tak ada hasil. aku godek FB sampai tertidur. lagipun cuaca panas di waktu siang, waktu malam; kejap tenang, kejap angin menderu. belum masuk black out segala.

ok lah dah alang2 cerita pasal hal ehwal domestik meh aku nak sentuh sikit (ke banyak?) pasal bekalan elektrik di Sabah atau kata orang Sabah, Karan. Karan di Sabah ni selalu terputus-putus. tempat aku ni kawasan suburb, selalu siang dia blackout 1-3 jam. kalau kat kampung biasanya malam. bayangkan kalau masa waktu kenduri kahwin (standrad kampung aku buat 2 hari 1 malam) tuan rumah kena standby generator, mana lah tahu masa pengantin sibuk berinai karan mati pulak kan.

sebenarnya dah lama dah nak dibuat sebuah jana kuasa di Sandakan. entah siapa lah yang environmental friendly atau political friendly tu yang membantah itu ini. opppsss.... kejap aku tahu pasal keburukkan jana kuasa arang batu, korang tak payah nak mengajar, dan jangan juga nak sibuk cakap pasal EIA, sebab aku ambil paper EIA dan lulus, untuk lulus aku kena menghafal by heart (tak hafal sangat pun, aku sibuk main facebook) segala mak nenek dalam enakmen EIA negeri segala. pendek kata ini bidang sampingan aku. aku rasa NGO yang sibuk membantah2 ni nama jak NGO, tapi political juga. kalau dah durang berpeluk cium dengan orang politik, nah... jadi lah NGOk. mesti ada interest kan.

konon2 ini konspirasi Amnu lah, BN lah.. konspirasi itu ini. membazir wang rakyat, wang rakyat, wang rakyat. tak habis-habis meroyan macam Nuar Berahim. ok, kalau nak ikut betul betul, sebarang aktiviti pembangunan memang ada kesan kepada alam sekitar. apatah lagi aktiviti pembangunan kuasa elektrik ni. tidak lupa juga menelan belanja terlebih besar kalau silap atau buat-buat silap atau korup. dalam forum bukan main hell buat teori itu dan ini. oh yeah.. kawasan yang kunun2 tak boleh di balak di Maliau Basin tu memang ada berlaku pembalakkan haram pun. haram atau berlesen, it is happening. live with it. isu balak ni bukan zaman celik IT ni saja. dari zaman PBS atau pre PBS dulu pun memang isu gila. bezanya orang jak bertukar2 jadi taukey balak atau pencacai pemakan rasuah. mampos!.

korang ni semua (i mean yang konon environmental friendly) terlampau banyak tengok national geografik amerika tu... korang pernah nampak cerita pasal minyak sawit dalam channel travel and living tak silap aku. memang mula2 cerita pasal bad fat, good fat, lepas tu cerita pasal plantation. orang kat plantation akan berkeras cakap plantation ni enhance diversity of species. oh yeah? jawapan aku senang jak... pergi belajar balik statistik. your sampling is not good enough. yang buat biodiversity assessment di plantation tu budak baru belajar. jangan nak kelentong ya adik...

orang amerika (yeah.. emerika jahat, apa2 yang jahat kat dunia ni memang kerja amerika *bluweek) ni shove into our throat yang orang negara dunia ke 3 ni mesti menjaga alam sekitar, jangan ada plantation, jangan ada pertanian, jangan ada stesen jana kuasa, mesti mengawal global warming. supaya kita still live in the dark, primitif, dan mereka boleh start buat dokumentari "Orang Rimba di Borneo" atau "Borneo Gypsies" atau whateverfuck yang mereka nak buat untuk menggambarkan kita ni mundur, muka berkerak, buta hurup, dsb. btw, macam mana kau nak stop atau slow down global warming? macam mana? nak tempek ozone?. planet ni dah beratus ribu juta tahun, menyejuk dan memanas. beribu juta tahun lalu sejuk macam freezer than gradually panas. circle yang natural. sila google lah senang. kepada cikgu sains sekolah, sila banyakkan membaca dan kurangkan main facebook.

kalau kita nak maju (ceh macam YB pulak aku), kita kena lah berkorban. untuk memajukan spesies kita ni iaitu Homo sapien, kita mahu atau tidak mestilah mengorbankan spesies-spesies lain, termasuklah spesies pokok balak, dan mungkin juga untuk keselesaan segerombolan spesies Homo sapien di kawasan bandar-bandar besar menonton astro dan melayari internet, maka sekumpulan Homo sapien minoriti di kawasan pedalaman terpaksa dikorbankan (not bunuh, tapi hidup dorang tercemar lah, tak selesa, terdedah kepada bencana).

ada orang kata, sebab EIA tak lepas lah plant di sandakan tu tak jadi dibuat. aku dalam hati ek eleh... macam tau jak. aku pun tak tahu, tapi more or less whatever decision yang dibuat akan berkait dengan politik, political survival, periuk nasi politik. bukan hal ehwal EIA tak lepas. sebab EIA ni more or less nampak macam besar gabak isunya tapi bila dibandingkan dengan political survival, EIA ni celah gigi jak. atau dalam kata lain bullshit.

yang susah kerajaan lah, tapi memang kerja kerajaan pun mengurus tadbir ni (nak jadi kerajaan, kena terima baik dan buruk ok). nak buat power plant, pembangkang dan NGOk menjerit2 konon2 mencemarkan alam sekitar, penduduk kampung hidup dengan risiko menyedut asap arang batu beracun. tak buat power plant, orang di KK asyik mati karan, taukey kaya dan buncit marah bisnes terganggu, yang professional pulak salahkan kerajaan, orang kampung marah. pembangkang dan NGOk ambil peluang ni nak meroyan, jadi hero jadi champion.

akhirnya, PM umumkan juga, power plant tetap lah akan dibuat. cuma relocate ke felda di Lahad Datu. thanks Datuk PM. kerana memahami kepentingan kolektif (eh.. macam bodek). yang pembangkang tu boleh keep on meroyan atau makan hati. yang environmental friendly konon ni.. nah, aku ada satu soalan jak, "are you willing to jeopardize your own species for the sake of other species?" atau kau ada solution lain. jangan kata buat power plant guna minyak, harga minyak sangat flactuated, kalau taarif karan flactuated kau meroyan juga.

aku sokong jak power plant tu. im sure, tak kan lah nak buat power plant dikawasan yang betul2 sebelah rumah penduduk. at least penduduk harus mintak untuk dipindahkan. yes, ini lah harga pembangunan, not everybody can win at everytime. well ini aku cakap jak lah. the real situation ni aku tak paham. al maklumlah aku bukan orang sandakan. aku rasa orang sandakan pun mengalami masalah mati karan almost everyday and need a solution to the problem kan?. cuma tiada siapa yang volunteer, "eh.. meh sini di kampung kami kamurang buat tu power plant arang batu".

kita semua mahu "biarlah urang di (insert tempat selain kampung sendiri) yang menderita asalkan rumah kita bekaran hari-hari" kan?. so bravo to Felda people in Lahad Datu. Terima Kasih in advance diucapkan kerana sanggup menerima sebuah power plant. the least i can do is thanks them.

panjang juga cerita power plant aku ni. well pendapat kan.

apa lagi, eh.. minggu lepas aku ada tertengok siaran David Letterman, tetamunya Bill Clinton. di Emerika guna Mr. Mr. Clinton ni, macam biasa, dia mau mengubah dunia. dan dia terlibat dalam usaha membantu orang-orang afrika untuk mendapatkan air bersih. kira banyak terlibat dalam charity dan fund rising. Letterman tu bukan lah ramah tamah dengan orang politik, lagi celupar ada. tapi bila Letterman said, "can you believe how smart this guy (Clinton) is" (more or less i forgot the original words). and i am agree with Letterman. Clinton is smart (ok skandal tu lupakan dulu ek..). masa aku dengar hujah2 Clinton bagaimana kita (atau emerikan) boleh membantu orang di Afrika, aku rasa ada benarnya kata Clinton tu. Clinton lebih bijak dari Obama. yang Bini dia tu aku tak tahu, dan tak minat.

nak tambah rencah sikit, Clinton terpaksa membetulkan segala sampah yang ditinggalkan oleh Bush Sr. lepas Clinton pencen, anak Bush pulak buat sampah. tapi ironikly, masa Bush vs. Gore. aku tersokong Bush. kerana insiden Gore dengan Malaysia masa tu. macam haram si Gore ni. sekarang Gore ni kesayangan semua environmentalist and environmentalist wannabe. sebab filem dokumentarinya tak silap aku siap dapat nobel prize. aku dengar, syarikat yang jual kredit karbon tu ialah milik Gore. hahahaha... padan muka korang kena tipu dengan Gore. masa Bush vs. Kerry (bukan anak Jamaludin) aku tersokong Kerry, sehingga lah cikgu english aku bagitau siapa Kerry tu. hehe... start dari tu aku rajin godek internet (main friendster).

dan pilihanraya presiden yang paling aku ikuti ialah Bush vs. Gore. gila kritikal. mereka kata macam Kennedy vs. Nixon. Florida dulu sikit lagi dijual kepada saudagar tebu di Kuba, kerana pening nak kira undi. lepas pilihanraya Bush-Kerry aku tak peduli dah, masa Obama menang, aku hahahaha jak. lucu tengok orang Indonesia bangga dengan Obama.

oh yeah.. in Generation Kill (Tv series), American soldiers in Iraq put bullet into children's heads. bravo Bush, kau memang terkutuk!. i dont care if they kill soldier or police, but they kill children too.

dah dah.. panjang sangat dah ni.

Thursday, October 1, 2009

Restoran Getaran Jiwa, Alam Mesra.

Jarang rasanya aku review restoran atau tak pernah. tapi yang ni aku tak bley blah. asyik terpikir. tadi aku balik lab lewat. 8.30 pm baru nak gerak. dengan laparnya lagi. maka, sebelum balik rumah aku singgah tapau makanan. setelah malas nak fikir, aku pergi Restoran Getaran Jiwa, Alam Mesra. saja aku letak nama restoran, selalu kalau aku review mengutuk ni aku rahsiakan nama.

memandangkan aku ialah pelanggan tertipu maka aku dedahkan. nanti ada orang google atau tauke nya sendiri google nama restoran Getaran Jiwa Alam Mesra. maka ini ialah feedback pelanggan yang lapar.

nasi goreng daging RM 6.00. aku tak pasti ini harga sebenar atau aku kena tipu. tapi yang cashier tu cas ialah RM 6.00. portion sangat sikit. sangat sikit, dah lah aku ni jenis yang makan banyak. alangkan McD pun aku bley habis 2 set at 1 time. dan daging yang diguna dalam nasi goreng daging Restoren Getaran Jiwa, Alam Mesra adalah dari jenis daging recycle atau daging yang sudah rosak. aku gigit, rasa pelik, aku asingkan daging tu, aku makan nasi saja. bunyi macam tak bersyukur. bukan lah macam tu. tapi tadi aku bekerja di lab lama juga, lepas tu dengan panas nya lagi, maka sudah tentu dah abis lab aku nak indulge something like proper food. aku tak expect dia nak sedap, tapi cukup lah mengenyangkan atau boleh makan. kalau aku paid RM 6 and had to fish out daging dari nasi tu, sudah tentu aku tak puas hati dan tak kenyang.

aku suka makan daging. aku sejenis maging. maka aku tau rasa daging masuk peti ice 18 bulan, daging segar baru sembelih yang tak masuk peti lagi, daging kerbau dari india, daging kerbau local, daging lembu, daging rusa, daging itik,daging palsu, daging yang recycle dari masakkan lain cuci lepas tu masak balik. so jangan nak kelentong. same thing with udang. aku masa di Selangor dulu, aku surrender nak makan udang. tak mencapai tahap standard udang aku. sekarang aku dah kurang makan udang.

balik kepada cerita nasi goreng daging getaran jiwa tu. dah lah aku fishing out daging tu, lepas tu portion sikit. aku tak kenyang (masih lapar) lepas makan. just nice pun tak rasanya, sekarang aku dah lapar balik. aku tadi beli 2 kepak ayam (sebab memang selalunya portion standard pun aku tak berapa cukup) berharga RM 1.80 each. 2= RM 3.60. kira ok lah rasa ciken wing ni. cuma kecil. nasib baik mahal, kalau harga dia RM 1.30 tadi aku beli 5 atau 8.

sekarang aku dah decide, kalau lapar2 pergi saja Mc D. walaupun Yaudzz dan emerika, yang penting aku tak lapar lepas makan. rasa pun standard. walaupun mahal. of course aku ban Restoran Getaran Jiwa haram jaddah lepas ni.

nak dijadikan cerita, tadi ada sekumpulan horang harab sedang makan kat meja sebelah aku (masa aku tunggu tapau siap). masa tu horang harab ni mereka layan macam best gila, daging lembu masak lada hitam tu punyalah nampak sedap dan gebu-gebu. owh... kalau orang arab datang korang layan baik punya. cilakak betul. kes macam ni selalu lah. orang kita ni, kalau orang asing dia layan macam nak cium tapak kaki orang tu, servis dengan orang sendiri macam haram. padahal aku bayar sama juga, tak ada nya orang arab tu bayar guna riyal atau dollar. korang boleh imagine tak aku punya kecewa bila tengok tapau aku, sedangkan aku sudah terliur dengan daging lembu masak lada hitam tadi.

mentang2 lah aku nampak miskin, dorang layan pun macam nak halau aku dari kedai saja. kurang hajar punya waiter pilak. panthang betul aku, macam lah aku tak bayar makan kat situ. Restoran Getaran Jiwa ni akan di ban untuk makan malam. no more dine at Getaran Jiwa Alam Mesra. kau jangan Getaran Jiwa, satu restoran yang aku ban (juga di Alam Mesra) kerana masak char kuey teow korup macam entah apa2 (penuh dengan sos dan kicap, mee kuey teow nya 3-4 helai lepas tu charge RM 5-6). restoran tu dah tutup kedai ok. out of bussines.

aku pilih nasi over McD sebab nak kenyang tanpa bayar mahal (sebab nasi kan..), rupanya lagi kecewa hati perut aku lagi ada. kepada tauke Restoran Getaran Jiwa Alam Mesra; "Kau nak meniaga atau tipu orang? bagus kau tubuhkan skim ponzi, cilakak". "oh ya sila beli peti ice yang lebih besar dan berteknologi tinggi supaya daging lembu tu tak cepat rosak bahlul".

rOcktober is Today

eh dah masuk bulan rOcktober rupanya. Gembira dan takut. kerana.... naskah tesis tak siap lagi, dah overdue ni. haisyh..... more update later. nak cari kupon Oktoberfest kejap.

dan hujan pun turun...

selama beberapa hari (aku tak pasti berapa, sebab aku baru balik) internet telah ditamatkan tempoh perkhidmatannya kerana tak bayar bil. fuuuhhhh... pusing juga aku. sebagai seorang yang gemar menelusuri segala lorong di alam maya, aku sangat tak keruan. aku online guna handphone, dan aku ialah pelanggan Celcom pre paid, maka korang pun tahu bajet topup aku minggu ni terbabas sikit. tapi hari ni dah revive. sebab bil dah setel. nasib baik ada orang nak uruskan. harapkan aku. memang hahaha... beli broadband lah jawabnya.

nak dijadikan kisah, laptop ku yang dah berumur ni tak boleh detect signal wireless di lab, guna kabel pun tak dapat (tak tahu kenapa, malas nak baiki). maka oleh kerana aku nak jimat tadi aku guna kemudahan di library. kemudahan kompite di library ialah kompite minimalis, asal boleh guna internet saja, kau nak menaip pun susah, nak guna spss kena inform kaunter, hatta nak guna MS office pun aku rasa kau kena bagitau kaunter. aku rasa so call makmal kompite dengan 500 biji kompite tu adalah sebuah makmal yang korup. gila, tahun 2009 kompite standard tahun 1998. kecuali dia pakai window xp. pulak tu yang jaga kaunternya pula pemalas, dah elok aku beratur, sampai turn aku, dia boleh keluar makan, dan suruh aku ke next kaunter. memang kau kena maki dengan aku live unplug, cuma volume suara aku je rendah. nasib baik 2-3 orang je yang tengah berurusan tadi.

emm.... apa lagi ya. oh waktu raya tu, apasal Astro kegemaran semua tu menayangkan program sampah?. seriusly, aku suka aznil, tapi rancangan Glamor raya 2009 tu rancangan memalukan bangsa sendiri (bangsa malaysia) atau tak berlebih kalau aku kata memalukan agama sendiri. aku tahu Hari Raya ialah masa untuk bergembira, tapi tak kan lah sampai memalukan diri sendiri dalam tv. korang tengok gaya pakaian mereka yang nak 15 minute (or less) of fame. orang putih kaphir pun tak pakai mengarut macam tu. pakai pakaian merapu dan siyall lepas tu menyanyi2.... semata-mata masuk TV (menyanyi tu kira ok lah kan). and aznil, please stop teasing oversize people. i know seems like you are melawak, tapi dah selalu sangat lah. fat joke ni sekali sekala memang seronok. diulangi, sekali sekala.

lepas tu, dalam glamor raya 2009 tu ada seorang pakcik berpoligami dan memakai bulu2 ala perempuan kabret di songkok tu. aku mula2 tengok, fikir cool juga pakcik ni bawa isteri2 beliau pergi ke astro buat program raya. tapi bila dah nampak macam pakcik ni tersengih menayang di depan tv beliau beristeri ramai. siap beritau salah satu rahsia beliau ialah Kopi (waddahell) Jantan. WTF. err... poligami ni hal serius so tak payah dibuat main. sebab tu aku benci filem Madu 3 sebab menjadikan poligami ni sebagai bahan lawak jenaka. isteri-isteri tu bukan trofi nak ditayang2 dengan riaknya dan berpakaian serba bodoh didalam tv.

lepas tu rancangan terbitan Mawi. drama tv, Rumah baru Bini baru dan Mawi oh Mawi. aku suka channel surfing sebab tu aku tahu segala program yang ditayang di saluran melayu. drama mawi oh mawi, aku jeling kejap, lepas tu aku tekan info, langsung aku tukar. sinopsis pun macam haram. err... Mawi, aku bukan apa, aku tahu kau dah kaya, tapi kau sedar tak bahawa you are so yesterday atau ayat Bruno tapi modified sikit "Mawi is sooo 2006". (yep Bruno dah diharamkan, tapi aku sempat tertengok dvd haramnya, memang patut diharamkan pun). bila kununnya cerita mawi o mawi tu (mengikut sinopsis info) bahawa kisah gadis/perempuan yang masih tergilakan mawi walaupun mawi dah berbini. WTF. Mawi kalau ya pun nak terbitkan rancangan tv, kalau tak berkualiti pun, asalkan tak nampak waddahell, cukuplah.

Astro pulak raya ni agak kedekut. wayang melayu sedap-sedap dia letak dalam Mustika. astro kat rumah tak langgan pakej ni. so tak dapat lah tengok. pandai kau bisnes eh Astro. alangkan ijab dan kabul jadi bisnes, ni kan pula wayang melayu.

secara relatif, aku agak kurang tengok tv raya tahun ni. sebab aku tak berapa sihat, bila aku di rumah aku tidur. tak pun kalau aku rasa sihat, aku tolong2 sikit di dapur (hehehe..), ataubila rasa macam sihat (err ekceli, hari2) berjalan-jalan pergi beraya. jumpa member, serbu rumah member. paksa member menjadi tuan rumah, sebab aku nak datang beraya. al maklumlah, jumpa kawan2 kampung ni nak berkumpul masa hari raya lah.

nanti lah aku cerita pasal raya tahun ni. sebab agak meriah juga. lagipun dalam setahun ni akan ramai member yang kawin (kot?), maka tahun depan tak boleh lah nak berjalan2 dalam crowd yang ramai. biasanya yang dah kawin tak join the crowd lah kan.... dah kawin pergi lah beraya dengan isteri/suami masing2 kan.

p/s: baru beberapa jam yang lalu aku dapat tahu pasal gempa yang kuat tu melalui FB. yang hurikan taufan beberapa hari lalu aku baru tahu semalam dan hari ni. sebab tak ada internet