MEH LAH KLIK...

Saturday, September 5, 2009

trivia Amerika dalam Bahasa Melayu versi aku.

ok selama ini aku sangka bahawa John F. Kennedy ialah Presiden Amerika termuda sekali kerana terpilih ke Rumah Putih pada umur 43 tahun. aku betul, kerana ada perkataan 'terpilih' atau 'elected'. sebenarnya Presiden Amerika yang termuda sekali ialah Teddy Roosevelt yang menjadi Presiden pada umur 42 tahun. Roosevelt tidak terpilih atau elected menjadi Presiden tapi mengangkat sumpah sebagai Presiden selepas kematian Mckinley.

Ada 4 orang Presiden Amerika yang mati dibunuh semasa dalam jawatan. Lincoln, Garfield, Mckinley dan Kennedy. Ada beberapa percubaan untuk membunuh Presiden Amerika lain, yang aku ingat cuma kes Presiden Reagen. Lincoln dan Garfield dibunuh pada 1800 an (abad ke 19), Mckinley dan Kennedy pada 1900 an (abad ke 20).

pada 1970-an, presiden amerika ialah. Richard Nixon, Gerald Ford, Jimmy Carter, (emm.. Lyndon Johnson bila?). masa ni agak kritikal, sebab emm.. perang dingin dan vietnam kot?

presiden amerika kegemaran aku? i dont have any kot.. but if i have to choose, my answer will be either Lincoln or Kennedy... dua-dua mati kena bunuh.

aku terfikir juga, kalau aku tak belajar biologi adakah aku akan belajar sejarah? i prefer sejarah eropah, tapi sejak the past 2 years, aku lebih kerap cari American history (and pop culture). aku suka, Amerika zaman perang dingin (circa 1960-an, sebab tu aku suka Kennedy kot?) dan aku tak pernah betul-betul faham Konfederate lwn. Persekutuan pada zaman perang saudara (zaman Lincoln).

oh ya, mungkin sebab ni juga thesis aku lambat siap, sebab instead of writing my actual thesis, everytime aku masuk library, aku lebih banyak habis kan masa di rak political science dan history, berbanding rak biologi.

dan benar, aku bosan dan membosankan.

No comments: