MEH LAH KLIK...

Friday, September 11, 2009

Masalah (awas: entry panjang!)

1. internet.
suka atau benci, aku ada masalah ketagihan internet yang sederhana teruk. aku rasa ada orang yan lebih teruk dari aku (harap-harap lah). internet membuatkan aku asyik, lalai, leka, lagha, ingin tahu, dan sebagainya. selain dari FB, aku menghabiskan berjam-jam masa untuk membaca segala mak nenek dalam blog, dari politik sampai lah si polan punya pembelian terkini di kedai mekap, sampai lah ke skandal artis bercerai berai, berciuman.

kalau boleh, semua link dalam yahoo (muka depan) tu aku nak klik. yahoo news, crappy shitty tu semua nak ambil tahu. apa kaitan entah aku dengan plan kesihatan Obama? bukan aku orang emerika pun. tetap nak menyibuk hokeh. aku bukan lah baca sangat, scanning2 macam tu saja. lepas tu macam bosan, aku lompat link lain pula.

FB, jangan cerita lah, aku ni tinggal dalam FB. kata menyampah, alih2 tetap aku klik juga biru putih bagai warna bintang ehem ehem tu.

2. Makan.
Alhamdulillah dengan rezeki pemberian Allah SWT. semejak ramadhan ni, rezeki makanan melimpah ruah. ya, kepada yang tak tahu, bulan Ramadhan bukan lah bulan berlapar sangat, tapi bulan yang penuh rahmat dan rezeki, terutama makanan.

bagaimana makanan boleh jadi masalah aku? mula-mula sekali, aku cukup makan. masalahnya aku terlebih makan. aku sudah develop satu habit, iaitu melanthak McD selepas pukul 1 pagi sebelum pukul 3 pagi. 2 jam itu adalah waktu genting. kerana aku selalunya melantak.

aku tak suka makan french fries McD, kerana masin. oleh itu selalunya aku tak ambil set. selain itu aku juga tak berapa suka minum coke dipagi-pagi yang hening (kecuali sekali sekala jarang jarang kalau ada post-event lepak). kononnya, aku nak jimat, aku cuma beli a la carte, seketul2. masalahnya burger McD tu kecil2 semuanya (ok, someone is rolling his/her eyes). aku kena makan 2 jenis makanan. biasanya menu wajib ialah Chicken McDeluxe, menu ke-2 tu pilihan mana2 lah. biasanya sama ada beefburger atau bubur ayam. aku tak suka makan ikan, so filet o fish yang kecil tu ditolak ketepi, selain dari burger tu sangat kecil. burger lembu bukan aku tak suka, aku suka makan daging, tapi daging dalam burger McD tu kering. the only real flesh dalam burger Mc D ialah chicken mcdeluxe. betul2 daging ayam dalam nya. bukan daging lembu bercampur kanji yang flattened atau isi ikan yang bersalut bread crumb lebih banyak dari ikan. so chicken mcdeluxe lah pilihan ku.

dalam kering2 tu hari2 tu jugak lah yang aku lanthak.

aku bukan lah sombong berahak atau kebaruan (jakun) nak makan McD tiap2 malam (sebagai juadah pre-sahur). aku nak makan megi pun aku dah tak lalu nak makan, lagipun biasanya aku makan 2 bungkus. jimat memang jimat, tapi aku tak puas (dari segi rasa tastebud, bukan kenyang).

aku pernah cuba, makan mee goreng dari kedai berhampiran. lebih kurang dengan megi juga hasilnya, kenyang pun ala ala manja, puas pun tak berapa sangat (sekali lagi, dari segi rasa). nak pilih option "tak payah makan", aku dah cuba. hasilnya bahaya, boleh pedih ulu hati, gastrik, dan menjejaskan ibadah puasa tu... aku kena makan. pernah juga aku try sahur denga air soya, air sejuk, dan sebiji antasid. hasilnya so-so lah, survive juga, cuma asyik terpikir masa siang tu 'kenapa lah aku tak makan sahur tadi'. menyesal.

yang betul-betul buat aku kenyang dan puas buat masa ini sebagai juadah pre-sahur ialah, McD. 2 hidangan. aku rasa budak shift pukul 1 am di McD tu pun dah suspek aku ni 1 am client. dah lah datang sorang2 (take away, walaupunn ada drive thru, aku prefer masuk kedai, supaya lebih jelas option yang ada, walaupun....), lepas tu boleh siap tanya2 'apa lagi menu yang kamu ada?'. padahal apa yang terpampang depan kaunter tu, itu saja lah dia jual, tak kan adanya, tom yam special berperisa Emerika kat situ.

aku blur nak pilih menu, in the end, aku mesti pilih chicken mc deluxe DAN beefburger (atau bubur ayam). budak kaunter tu mesti dah menyampah tengok aku, tiap2 malam blurr, nak pesan apa.

kenapa McD? ni sajalah kedai fastfood terhampir. aku prefer KFC sebenarnya, tapi jauh sikit lah aku nak jalan. malas. tak berbaloi. kfc atau mc d, kedua2nya pun emerika, tak ada beza sangat lah kan.

ni aku tengah buka yahoo news ni, boleh mereka kata ini. haih... tak cukup kah sumbangan aku kat ekonomi McD ni? dan mereka juga katakan ini. hehe.. yang ikan ni, aku tak ada kena mengena sangat, sebab aku bukan lah peminat filet o fish.

dari segi perberlanjaan, aku banyak habiskan kepada makanan.

3. Malas.
hasil dari kombinasi internet dan makan.

4. berat badan
aku makan, main internet, malas. korang rasa apa hasilnya kepada berat badan aku?

5. aku nak grad cepat.
ni lagi masalah agak BESAR. kalau ada orang tanya bila aku nak habis belajar, aku rasa macam nak maki ok. aku nasihatkan, jangan lah sesiapa menanya soalan sensitip yang sedemikian. korang lepas tanya tak ada apa2 hal, sekadar berbasa basi, atau nak cari topik berbual. yang aku ni? terseksa sikit lah kan (atau terasa).

pernah juga ada kawan tanya aku apa khabar? aku jawab "biasa2 saja, menjadi semakin tua dan bijak (older and wiser).." well bukan lah aku nak kata aku bijak bijak, tapi memang lah sepatutnya semakin tua kita sepatutnya semakin bijak, older and better like wine, kata ppsmi.

lepas tu macam biasa dia tanya 'how's ur study?'. aku jawab lah 'masih dalam progress cuma on slow pace' (sila rujuk 1, 2, 3,). boleh-boleh dia kata 'thats not sound wise to me' (lebih kurang lah dia jawab macam ni) maksudnya; aku tak abis belajar lagi, maka aku tak bijak.

aku tak tahu lah dia ni bodoh atau evil warlock atau saja nak bergurau kasar. tapi bila orang tanya aku pasal study, aku boleh lah jawab seadanya, bila orang persoalkan jawapan aku tu, aku rasa, how am i gonna handle my study, it is not for you to decide. dah aku kata slow pace, slow pace lah. and thats the truth. tak kan lah aku nak kata aku dah viva, sedangkan aku masih struggle menaip. sebab tu aku kata slow pace. lepas tu boleh2 pula dia kata 'not sound wise'. i was like waddajadah kan.

aku bukan lah nak bragging, aku sambung belajar ke hapa. anyone can continue study up to berbelas2 degree, kalau nak dan cukup sumber. so any of you boleh sambung belajar, nak ambil diploma agama, nak ambil law degree lepas dapat Phd sc. boleh, semua tak ada masalah.

cuma, aku tak suka orang yang belum rasa hurdle sambung belajar ni, tiba2 persoalkan itu dan ini. konon yang sambung belajar ni kerana tak dapat kerja lah, kerana mak bapak kaya raya lah, kerana boleh bersenang lenang bla bla bla shitty2...

mungkin ada yang sambung study sebab tak dapat kerja. so? salahkah dia buat macam tu? kalau orang tu sambung study sebab mak bapak dia kaya, so? salahkah? aku dah cakap tadi kan, nak sambung study kena ada 'kemahuan' dan 'sumber yang cukup'. kau nak saja, tak ada sumber, tak boleh jalan ok. percaya lah. berapa orang dah cari jalan lain atau drop out sebab tak ada sumber (especially kewangan). sumber ni termasuklah support pasangan, keluarga.

kalau mak bapak kaya raya pun, tak ada kemahuan. apa kau pikir boleh sambung belajar sekadar menabur wang ringgit? sijil tu kau boleh beli. ilmu kepakaran tu kau kena cari sendiri, belajar sendiri. itu pun tak paham?

option sentiasa ada; kita nak kerja atau nak sambung belajar atau nak kawin sambil belajar atau nak belajar dulu baru kawin atau nak belajar tak kawin kawin. nak kerja, kerja lah, tak ada masalah. masing2 ada priority kan?. terpulanglah kepada pertimbangan masing2. bagi aku, kita pilih satu jalan, dan cuba sedaya upaya finish what we start. kiasu tu, memang kadang2 aku kiasu jugak. tapi aku dah pilih yang ini, oleh itu terima lah baik buruk sepak terajangnya.

yang tiada kena mengena, macam kawan aku tu tadi, tak apa lah kalau kau tak nak support aku sambung belajar. its ok, tapi janganlah judgemental, semata2 aku ni belajar tak abis lagi dan kau sudah bergaji, ber-epf dan berkereta. aku akui, dek kerana kadang2 aku ni kiasu, aku terasa juga nak bergaji, ber-epf dan beli henpon nokia mahal dengan selamba. nak juga tak nak digging duit mak bapak tapi start giving, dan tanya lah mana2 post grad (even undergrad) semua pun nak habis belajar cepat.

even pernah seekor alpha turd kutuk aku dalam blog kata aku ni cuma menumpang rumah mak bapak. i was like, so? mak bapak kau punya rumah kah yang aku tumpang?. habis tu, kalau aku dapat tumpang kesenangan ibu bapa aku kau boleh buat apa? i am not ashamed aku tumpang senang mak bapak. abis tu aku nak tumpang siapa pulak? tak payah tumpang sesiapa biar aku kebulur? sorry, may be it is your style, not mine. sanggup jadi bodoh sombong semata2 kau rasa kau tu pandai berdikari. konon. again, i am not ashamed. even kalau yang kutuk aku menumpang senang ialah saudara mara aku, aku tak peduli, apatah lagi kau yang entah siapa ntah.

jangan kerana kau susah kau nak salahkan orang lain yang nampak (nampak, ya) macam lebih senang dari kau. apa yang aku ada, minta, ni semuanya standard2/biasa2. tak ada lah nak berlebih2 aku nak pakai kasut limited edition mahal tahap nerakha, atau nak pakai baju MNG atau FCUK. apa aku boleh mampu beli dan nak beli, aku beli. apa aku nak makan, aku mampu, aku makan. tak mampu, aku makan lah apa yang aku mampu.

as a female, sudah tentu aku terliur (terliur jak lah kan..) mau beli itu ini. sony vaio pocket tu, masa pc fair, aku sentuh penuh passion ok. tapi tak mampu, maka sampai situ saja lah. dslr kamera, mula2 aku terliur gila sampai nak perabis segala simpanan, lama2 faded away juga nafsu dslr aku tu. kasut charles n keith, dah lama aku tengok, sekadar tengok. dan banyak lagi perkara materialistik remeh temeh. aku tak adanya nak beriya2 nak kata aku ada duit sampai menyeksa diri membeli overprice kopi di starbak tu, lepas tu menipu diri konon2 kopi starbak tu lazzat yang ammat. atau nak memaksa diri meminati kek secret resepi, walaupun sebenarnya bagi aku kek tu terlampau manis. siapa nak beli kopi mahal silakan. tak menepati kemampuan dompet dan tekak ku. aku tak kisah lah juga kalau kau ni asal nak melepak, kena melepak di kedai kopi emerika.

so jangan lah nak memandai2 menentukan wise dengan tak wise hanya kerana aku sambung belajar bukan bekerja macam kau. macam lah aku tak tahu kau ambil dpli tu kerana duit gaji, bukan sebab itu kerja yang kau nak buat. kau prefer kerja banker kan? malam2 boleh kongsi bukak chivas kongsi 38 orang? kau dan aku tahu, kau tak ada kelulusan dan kelayakkan menjadi banker. terpaksa lah kau jadi hipokrit kunun dedicate dengan kerja kau tu walaupun kau dan aku tahu kenapa kau sanggup buat kerja kau tu. at some point, kita akan jadi hipokrit, sedar atau tidak. bagi aku, setiap bulan, bila gaji, maka kau ialah hipokrit. you are lying to yourself but too proud to admit it.

No comments: