MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 8, 2009

kisah cinta

raya bakal menjelma tak lama lagi. baju raya dah ready?

bila raya kan (masa bukan raya pun selalu). aku selalu nampak couple pakai baju sedondon dan sekayu. eh.. jangan silap, dulu masa aku kecil-kecil, mama selalu sediakan baju sekayu sedondon untuk aku dan kakak, abang 1 dan abang 2 lah. itu dulu tahun awal 90-an. alaf lepas. dan aku masih kecil.

aku tak kisah sangat (tapi kisah jugak) kalau yang sedondon sewarna secorak sekayu tu orang yang dah kahwin anak 3 atau 4. mungkin pasangan suami isteri ni nak feeling balik waktu bersanding dulu pakai warna sedondon sewarna secorak sekayu. kira aku let go jugak lah, dengan anggapan mereka nak meriahkan dan eratkan hubungan cinta suami isteri. cuma aku cadangkan kepada abang akak yang dah kawin dan nak jogak pakai baju sewarna secorak sekayu sedondon tu, pakai baju warna sama dengan tone warna berlainan atau warna yang sepadan (lain color tapi boleh matching). contoh; isteri pakai baju warna hijau bendera Pas, maka suami boleh lah pakai baju warna putih, sebab putih universal boleh masuk banyak kaler. kan complimen warna baju isteri tu, isteri pakai baju warna hijau, suami pakai baju warna putih (macam bendera pas sungguh lah pulak haih..).

atau, isteri pakai baju warna baby pink, suami tak payah lah nak pakai baju melayu pink jugak (kalau songkok dan stokin pun kaler pink, memang betul sayang bini lah kau bang, sanggup kena kutuk tu). suami boleh pakai warna merah asas. contoh lah. sebab bagi aku pink tu variasi warna merah juga.

cuma aku kesian lah pulak dengan lelaki yang terpaksa pakai baju berwarna feminin kerana pasangan nak jogak kau pakai. (malas nak bising depan mertua kot? maka pakai juga). so kasi variasi2 kalau nak pakai yang matching pun kasi lah tone atau corak lain2. boleh?

bagi pasangan yang masih bertunang. aku cadangkan tak payah lah flash kan korang tu cinta mahligai sejiwa sehati sedondon dengan memakai baju sewarna secorak sekayu (atau lebih teruk pakai baju masa bertunang dulu untuk beraya bersama). cool cool sudah ok. emm... aku tahu korang masih lagi dalam mood manis, kerana baru bertunang beberapa bulan lepas. dan sudah terasa nak feeling bersanding pakai baju warna sama. so sila tunggu the actual nikah day, baru lah nak pakai baju sewarna sekayu tu, boleh? hari raya ni, kalau betul pun nak pakai jugak baju berwarna sedondon sewarna aku rasa baik korang nikah cepat-cepat, cepat sikit korang pakai baju sama warna sekayu secorak tu masa bersanding.

pasangan bercinta. tak payah. sila pakai baju warna lain-lain kalau tak sengaja tu, kira kautim lah kan, kiranya aura cinta korang tu kuat lah>> (konon).

ok. tu baju. apa kisah cinta lagi aku nak kutuk ni?

emm.. pasal monthvesary atau weekvesary atau worse dayvesary. biasanya orang dah kawin dia tak berapa sangat nak menyambut annivesary ni berlebih-lebih. biasalah kan aku rasa orang dah kawin sangat busy dan tak ada masa nak ingat, tarikh jumpa, first date, declare, tunang, nikah, resepsi ke-2 belah pihak, birthday, birthday anak-anak.. bla bla bla(tu belum kira annivesary mertua, ipar duai, birthday mertua). aku rasa ramai juga yang lupa annivesary atau birthday sendiri kan?. especially lelaki. perempuan/isteri/ibu biasanya ingat semua tarikh, kalau ada 5 anak, semua sekali dia ingat tarikh lahir, tempat lahir, tanda lahir.

aku tak berapa gemar nak menghafal tarikh lahir orang ni. kakak aku, dia suka ingat tarikh lahir semua orang, kawan-kawan dia semua dia tahu tarikh lahir. (pelik juga aku, sebab dia kata dia tak suka Sejarah sebab banyak tarikh dan tahun nak ingat). aku kalau nak ingat tarikh lahir pun terhad kepada; kakak, mama, bapa (kadang-kadang lupa juga) dan beberapa orang kawan yang tarikh lahir senang nak ingat e.g. 31 ogos, 1 mei, atau yang sama tarikh dengan birthday aku.

aku tahu ada pasangan bercinta (atau yang dah bertunang) mempunyai kesungguhan untuk mengingat tarikh2 signifikan dalam bercinta. tarikh pertama kali call, sms, dating, bla bla bla. aku rasa cukup lah sekadar merayakan birthday dan ulang tahun annivesary. monthvesary tu bla bla bla.. tak perlu lah. aku rasa lah lah ya. kepada perempuan memang gemar ni bab ulang bulan, ulang hari, ulang tahun ni. kan? lelaki bagaimana? adakah anda berasa selesa untuk mengingati monthvesary percintaan/pertunangan anda?

aku tak tahulah pasangan diluar sana. mungkin mereka beranggapan monthvesary, weekvesary ni sesuatu yang penting dalam perhubungan. err.. kalau tiap2 bulan nak kena ucap selamat monthvesary bertunang/declare kepada tunang/kekasih, tak ke rimas tu.. (rimas eh?tak?).

semua benda ni nampak remeh temeh. tapi ada juga pasangan bermasam muka kerana kekasih terlupa birthday atau annivesary.

2 comments:

Puteri Katak said...

beb, lame giler aku tak bace blog kau.. hahaha.. btw ada 2 komen aku nak kasi :

1. Masa beli baju raya, adik aku suke jugak baju corak songket yg aku berkenan. Maka kaler baju aku same dgn adik aku sebijik sebutir! cume aku bunge bujur, adek aku bunge bulat. Aku terima je la. Walaupun aku rasa mcm dah terlalu tua utk boria begitu. (-_-")

2. Kau pernah berchenta? :)

Sekian.

Jlascanteen said...

2. seriyesli, tak.

eh puteri katak welkam back!