MEH LAH KLIK...

Friday, September 4, 2009

Jumaat ialah hujung minggu.

aku tak masuk lab esok.

bagaimana aku terjumpa dengan blog-blog kegemaranku.

1. Kahuna.
mulanya aku terjumpa blog kahuna ni dari pautan blog seorang yang bernama jhaz. pelajar luar negara. aku pelajar dalam negara, so apa kena mengena?. macam ni, dulu masa aku mula2 berblog, aku selalu menyelongkar top blog of the month, link nya ada dalam dashboard. so.. satu masa (masa tu circa beijing olimpik kot?) aku terjumpa blog orang Palestin. dalam blog orang Palestin tu ada komen Jhaz. sekali klik.. orang Malaysia lah... so the rest is history.

dari Kahuna, aku jumpa blog-blog lain. seperti Green Apple.

2. Green Apple.
mantap lah blog ni. kalau korang nak terhibur secara gaya bebas sila baca blog ni. Mantap! korang sila baca. dan aku boleh siap request2 kat FB minta dia update blog (tengok diana, demand tak pembaca kau ni?).

3. Obefiend
aku suka gossip. maka aku baca blog gossip. dalam oh bulan ada lah komen Obe. (macam kes Jhaz dan Kahuna juga). blog ni banyak informasi, kosa kata inggeris yang menarik, dan ada masa lucu juga. paling aku suka entry pasal review filem saving private ryan (kalau korang tanya esok entry mana yang paling aku suka, mesti jawapan dah lain).

tak pernah pula aku terpikir apa yang dia pikir pasal saving private ryan tu. dan aku berjaya menambah pengetahuan dalam jargon.

4. nurul khairunie.
macam mana aku jumpa blog ni, sama juga, aku masuk 1 blog yang dia komen. dia ni newbie dalam senarai kegemaran aku. masih muda dan belajar juga. dia pandai ambil gambar. khairunie, nanti ada rezeki boleh lah kita berjumpa. oh ya.. blogger yang ni tinggal di Sabah.

5. aku tak peduli
mula2 aku jumpa blog ni, aku fikir blog party goer yang suka tempek gambar semata2. aku silap. entry dia menarik selalunya. oh.. sama seperti nurul khairunie, newbie. so dalam minggu ni aku pun menghiburkan diri sendiri membaca arkib blog ini. haha.. sambil tunggu sahur. oh ya... Leica. hehe.. aku suka Leica jogak. bezanya aku tak mampu pun.

6. wawa
blog seorang pelajar perubatan di Jakarta. aku jumpa melalui Kahuna juga (kot?). ini pun lucu. buat entry singkat2 tapi cool!.

7. blog gula kapas funfair (bukan nama sebenar).
aku tak nak lah reveal nama blog itu. nanti boipren dia nampak, jadi gaduh pula. cukup lah untuk mengatakan aku ada love-hate-on-off relationship dengan blog ni. sebab the content sangat bimbo, kadang2 menyampah juga sebab banyak aktiviti perasan cantik dan camwhoring. aku kadang2 sahaja tak suka tapi selalu2 aku masuk juga. tepek mekap tu cik kak, tepek jangan tak tepek. biar berabis duit, asalkan muka macam gula kapas.

8. Lee
aku jumpa.. thru Kahuna jugak. tapi second degree lah, Kahuna-Wenkt-Lee. rakyat malaysia yang tinggal di england berbelas tahun. dia tak tulis blog dalam english. kalau ada jarang-jarang. dari blog ni aku mula belajar pandang manusia as a person first. salam ramadhan Lee>> tiba2 =). dia ni lucu juga. dan selalu melayan komen2 aku.. hehe... sama gak, aku pernah request nak tengok gambar spring di UK. dia ada uploadkan (tak tahu lah kerana request aku atau tak). walaupun tak pernah jumpa, tapi aku rasa Lee ni baik orangnya.

9. cik Senduk
sesuai dengan tema meriahnya. blog cik senduk memang meriah uoll!. lucu, pandai bercerita. aku selalu senyum2 ketawa2 bila baca blog dia. Salam ramadhan cik senduk.

10. marahku
untuk mengetahi hal ehwal politik terkini. macam mana aku jumpa? thru rocky's. dalam banyak-banyak blog socio-politic. yang ni aku paling berkenan.

macam mana aku rating? tak ada skema pemarkahan. sekadar apa yang aku suka saja. blog2 lain ada.. tapi kekerapan mereka mengupdate agak kurang so tak termasuk dalam top 10 biasanya aku suka blog yang buatkan aku ketawa.

kalau blog yang glemer, tapi entry asyik2 pasal mekap, kasut, handbag. aku cepat bosan. sama juga entry2 pasal malam ni minum arak, malam esok minum arak, esok pagi main judi, minum arak judi arak judi. pun aku cepat bosan dengan entry2 macam tu. yang peliknya (tapi benar) blog yang menulis (dan tempek gambar) tentang minum arak, judi, makan dan minum arak ni lah rating agak tinggi. citarasa masing2 kan...

nantilah aku kongsikan blog yang aku pernah gemar sekarang tak lagi. (kalau aku nak lah..)

p/s: seorang yang aku kenal pernah bragging dengan aku pasal dia minum arak. bragging tak tentu pasal, walaupun hakikatnya mungkin dia minum tu cuma sejag beer RM24 dikongsi 8 orang atau sebotol wiski dikongsi 27 orang (wiski cair sebab tambah cola banyak2 maka cukuplah untuk 27 orang). dan ya, dia seorang Islam.

2 comments:

nurul khairunie said...

i really hope that someday, somewhere kita boleh jumpa.

i mean it =)

Jlascanteen said...

ya aku harap pun begitu. =)