MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 15, 2009

i feel heavy

macam-macam berlaku dalam masa 2-3 hari ni. bukan lah serius sangat. tapi boleh jadi serius. aku rasa macam nak memaki memaki memaki. harus sabar, di bulan Mulia ini. harus 12 kali lebih sabar.

bad or good news?. sebenarnya abstrak aku (and the geng) sudah diterima untuk satu international conference. masalah kami, sama dengan masalah orang lain di planet bumi ini, masalah kewangan. dengan bajet yang mencecah 17 ribu ringgit Malaysia. so sesiapa yang baik hati dan sudi menderma, boleh contact aku melalui blog ini. dengan kadar segera.

aku rasa peluang amat tipis dah untuk pergi ke conference tu kerana masalah kewangan yang meruncing selain masalah politik dan diplomatik. aku hantar abstrak untuk poster, tapi dapat oral (which is good), but... aku tak bersedia ni. dengan cuti raya yang bakal menjelang, even sekarang separuh punggung dah terangkat nak balik bercuti di kampung, tak kan aku nak menulis kertas saintifik tika korang semua sibuk makan rendang, makan kuih bahulu cicah air oren? itu more than enough to make me feel like a total loser.

tapi hasilnya andai kami jadi dan dapat pergi menghadiri sebagai presenter, kami akan berjaya berkongsi pentas dengan beberapa pakar yang memang pakar, dari jepun dan termasuk lah seorang harvard professor (dia dan aku pernah cakap via phone.. hehe.. bragging tak pasal). at least ada juga nak letak dalam iklan mencari kerja kami (a.k.a resume). dan ditambah pula dengan publication. yang sangat penting (atau yang paling penting?).

masalah besar pula, seperti yang aku cakap, kewangan, ke-2, masalah diplomatik, mungkin aku tak pasal2 terpaksa tulis surat dengan jabatan itu dan ini, hubungi pihak kedutaan atas langkah2 keselamatan (oh ya kami bukan nak pergi zimbabwe ya..). pendek kata banyak kerja nak buat. dah lah nak cuti raya ni. ini belum termasuk tempah transport, hotel2, bajet, bla bla bla....

pening. ok dah lah, aku nak sahur dan korek idung sebelum imsak.

2 comments:

nurul khairunie said...

good luck. by the way, kamu pigi mana?

Jlascanteen said...

thanks. pigi indonesia jak pun sebenarnya.