MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 8, 2009

Forum

kali ni nak menulis secara rawak.

mula-mula sekali pasal forum. aku ada join 2 forum; MtM dan SF. MtM ni crowd nya lebih spesifik, manakala sf pula crowd rojak. thread kegemaran ialah thread politik. cuma sekadar nak tahu pendapat orang-orang biasa berkenaan dengan isu politik terkini tanah air. (iya mereka tak berminat nak tahu hal ehwal politik korea utara).

mula-mula aku participate juga dengan meriahnya. macam biasa kalau thread politik atau sembang politik mesti lah ada maki hamun, kutuk-kutuk. aku tahu ini sukar nak dielak. ada orang kata kerana dah ghairah nak melontar pendapat, kalah YB dia berhujah (menaip), tu yang terkeluar maki hamun tu.

i think better keep maki hamun, profanity at minimum level. kalau dah memaki macam forum tu kau yang punya, bagus buat blog sendiri. ha maki lah kat situ sampai kena flag.

lepas tu aku jadi pembaca senyap, sekadar menyampuk sekali sekala. kalau ada nak sampuk lah kan. especially kalau orang kutuk my own kind. ok my own kind disini maksudnya, Agama Islam/Muslim, Sabahan, Bumiputra Islam Sabah.

cuma orang bodoh bangang buta tuli saja yang masih menggunakan remarks seperti 'cawat', 'sumpit', 'orang hutan', 'mundur' dan seumpamanya untuk menghina dan merendahkan orang Sabah. bagi aku remarks macam tu setara dengan remarks racist yang lain. ya, kalau kamu masih menghina orang sabah (or our brothers, sarawakian), dengan remarks sedemikian kamu adalah racist. mengaku saja lah.

sekurang-kurangnya orang putih di Afrika selatan masa zaman apartheid (atau mungkin masih sampai sekarang) tu mereka jadi racist, mereka mengaku terang-terang. bukannya jadi racist, tapi bila orang kata kau tu racist kau marah pula.

biasanya yang penyokong Pakatan Rakyat lah yang paling giat memaki sabah dengan racist remarks (note to encik JAS dalam MtM). yeah.. kepada penyokong hardcore PR dari sabah, sila sedar diri, bahawa rakan sebantal sepinggan korang dari PR pusat tu masih menganggap kamu tak seliga dengan mereka. bukan semua, tapi masih ada. so sila berhenti perasan jika kamu masih berharap mereka nak selamatkan kamu dari genggaman koridor kuasa.

kau nak jadi penyokong atau ahli PR sekali pun atau Bn atau parti baru apa jaddah cop kunci, aku tak kisah. political preference ni kisah masing-masing. tapi kalau dah memaki hamun berlebih-lebihan, well.. aku rasa tak sepatutnya lah. apatah lagi yang melibatkan agama, atau hal ehwal peribadi. bincang elok2 tak boleh?

aku rasa (aku rasa saja lah), penyokong PR sangat marah/jaki/dengki/ dengan orang Sabah Sarawak ni sebab Sabah Sarawak were not on their side masa last GE. kan?

ok next up pula bila ada forummer dalam SF yang sesuka hati mengejek agama Islam. dan ini sangat berleluasa. ya.. sangat berleluasa. i can understand lah kalau mereka mengutuk parti politik, tapi mereka mengejek orang Islam dan agama Islam. aku faham kalau mereka benci parti politik. itu politik, tapi jangan lah sampai mengejek agama Islam dan orang Islam.

selain itu name calling juga tak dapat dibendung, menyamakan nama orang dengan nama binatang, sehinggakan mereka sanggup mengutuk anak dan isteri orang lain (dan juga mungkin keturunan dan bangsa sekali kena) .

bagi aku nak kutuk A, sila kutuk A. tak payah nak kutuk anak isteri dia sekali. hanya pengecut with no balls saja yang nak kutuk anak bini orang tak tentu pasal.

memang menyakitkan hati. mereka yang selalu mengejek ni ialah orang yang hanya tahu menuding jari atas kemiskinan dan kemunduran bangsa sendiri. asyik dengkikan kemajuan orang lain tapi enggan berusaha. hanya pandai menjadi cyber knight nak mengutuk itu dan ini. tapi tak sedar dan tidak mahu muhasabah kelemahan diri dan bangsa sendiri. bagaimana dengan kelemahan sendiri?

my 2 cents, kalau korang nak progress, stay away from alcohol. period.

dalam sf ni pula moderator agak bias. aku tak tahu lah kenapa, walaupun sepatutnya mereka natural. well nak buat macam mana. mengejek dan mockery agama bukan saja dalam thread politik tapi juga dalam thread agama.

dan sebab tu aku dah tak kerap masuk forum ni, sebab, banyak komen yang bodoh, nampak bodoh. nak berbicara soal politik tapi gendang nya saja bertalu-talu, hujah nya saja nampak berapi, isi dan fakta ditolak ketepi. yang penting nampak meriah hujah, walaupun pun penuh dengan persepsi yang sempit, dan ramalan rawak yang entah apa rasionalnya. mungkin ramai yang nak jadi ahli politik wannabe? yeah... step away AF, MI, etc.... politic is the new pop culture.

kisah yang mungkin berkaitan, ada orang yang baru tinggal di Sabah, dan sangat kebaruan. yep, because drinking is consider as culture here. dan sudah tentu lebih senang dia meminum beer disini. pity him. sebab dia bodoh. aku pelik dengan orang Islam yang sangat bangga dengan aktiviti meminum arak mereka. aku tahu kamu urban dan mungkin juga liberal. cool cool sudah... ok?.

jadi urban dan liberal mungkin sesuatu yang cool. tapi minum arak sampai mabuk dan muntah diatas meja tu tak cool langsung ok, apatah lagi muntah yang bersememeh dimulut. untuk apa? dijilat anjing?

No comments: