MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 1, 2009

Charlie Wilson's War

Filem Charlie's Wilson War ini sudah lama ditayangkan (2007) apa pun seperti biasa aku cuma sekadar menontonnya melalui saluran wayang di Astro. ini adalah adaptasi dari kisah benar. ok mari terus ke ulasan.

filem ini tentang seorang ahli kongres amerika, Charlie Wilson (Tom Hanks) yang berusaha untuk memberi kelengkapan perang untuk pejuang Afghanistan menentang askar Soviet pada era penghujung perang dingin.

Wilson bukan saja mempunyai kemahiran yang luas dalam bidang rundingan diplomatik malahan beliau juga mempunyai kebolehan menjadi penggoda wanita dan kaki whiskey (aku rasa dia ni ada darah Irish). apa pun kemahiran Wilson dalam kerjanya tidak boleh dinafikan. kerana beliau berjaya menaikkan dana CIA dari 5 juta dollar ke 1 billion dollar dalam usaha beliau membantu Afghanistan berjuang membebaskan tanah air dari jajahan Soviet.

Wilson dibantu oleh rakannya, Puan Herring-Davis (Julia Roberts), seorang aktivis NGO merangkap wanita ke-6 terkaya di Texas yang juga merupakan teman tidur (sekali sekala) kepada Wilson. Puan Herring-Davis mempunyai hubungan persahabatan dengan Presiden Pakistan ketika Zia Ul Haq. Puan Herring-Davis terlebih dahulu pergi ke Pakistan dan mengetahui betapa meruncingnya krisis kemanusiaan yang melanda pelarian perang Afghan. dan Pakistan sebagai negara jiran menerima tempias krisis kemanusiaan ini.

Herring-Davis menggunakan pengaruh (seks-duit) nya ke atas Wilson, dan berjaya meyakinkan Wilson untuk berjumpa dengan Presiden Ul Haq. ketika perjumpaan pertama dengan Presiden, Wilson dengan selambanya meminta dry whiskey didalam Istana Presiden, (how ignorance!). Para penasihat tentera presiden agak berang dengan tindakkan Amerika yang menjual helikopter/senjata perang tanpa radar kepada Pakistan. mereka meluahkan rasa marah yang meluap-luap dengan Wilson. sampaikan Wilson terkulat-kulat, kerana pada umumnya lawatannya ke Istana Presiden adalah bersifat peribadi kerana atas permintaan rakan bersama (mutual friend) mereka, Herring-Davis. tapi macam biasa kalau dah orang politik, hatta majlis cukur jambul cucu pun tetap tetamu akan menyelit2kan hal cerita politik. apatah lagi pertemuan berdepan antara ahli kongres dengan presiden.

dalam terkulat-kulat tu, Wilson bersetuju dengan permintaan Ul Haq untuk melawat khemah perlarian Afghan di Pakistan. disini lah titik tolak yang sangat penting mengapa Wilson sanggup berusaha keras untuk mencari jalan dan dana untuk menyalurkan kelengkapan perang kepada pejuang Afghan.

maka bermulalah kisah dan karenah bagaimana Wilson berusaha mendapatkan dana. agak rumit sampai ke Israel, segala. agak ironik juga kerana Pakisatan negara Islam. tapi itu hal lain. kerana dalam kes ini ialah, misi utama mereka ialah bunuh orang Russia (sila baca era perang dingin). sehinggakan Wilson diejek dalam meeting bahawa dia ialah Ahli Kongres dari Kabul.

dalam cerita ni juga menunjukkan betapa besar peranan CIA dalam misi melawan Soviet di Afghanistan. walaupun kedutaan Amerika di Pakistan agak was-was dan penakut dalam hal ini. (aku beranggap kerana mereka masih dihantui dengan peristiwa Perang Vietnam oleh itu mereka tutup mata malas nak masuk campur sangat). pada mulanya CIA (yang diketuai oleh agen berpengalaman, Gust, lakonan Phillip Hoffman) dengan kekurangan dana memang tak boleh nak buat apa-apa sangat. tapi sekumpulan pakar dari CIA ni lah yang merangka segala strategi dan susun atur. contohnya senjata apa yang sesuai untuk memusnahkan helikopter soviet dan senjata yang digunakan mestilah bukan buatan amerika. siap dengan bajet sekali supaya senang Wilson nak bentang dan bahas ke majlis (ntah pa ntah). etnik Afghan mana yang lebih berpengalaman dalam perang.

macam biasa... akhirnya Afghan menang dalam peperangan menentang Soviet. amerika jugak yang jadi hero kan...
......................................................

suka dan tidak suka.
banyak yang aku suka dalam filem ini. antaranya:

1. lakonan Phillip S. Hoffman. oh my... move away DiCarpio.... Hoffman is the man. watak agen CIA tu sangat lah berkesan pada mata aku. seingat aku, aku cuma pernah tengok 3 filem lakonan hoffman, MI-3, Capote, dan Charlie Wilson's War. semuanya elok-elok. MI-3 tu tak berapa sangat.. tapi watak tu memang aku benci (kira berkesan juga).

2. Tom Hanks. aku suka kalau Tom Hanks berlakon. dia pun nampak comel. portion badan dia dalam filem ini agak real (untuk kaki perempuan dan peminum wiski yang sudah berumur).

3. Julia Roberts. as beautiful as always. walaupun tak banyak sangat scene dia ni. just nice lah. sebab yang initiate pembabitan Charlie Wilson ialah Puan Herring.

4. masa Gust (Hoffman) bergaduh dengan boss di pejabat. siap pecah-pecah cermin. dan bagaimana dia membahas (menjerit) bahawa dia dah jadi agen CIA lama gila, orang nak bunuh dia dah lebih 20 tahun. and.. the best part dia belajar bahasa Finnish 3 tahun. dan masih jawatan dia tak umpph sangat di CIA tu. jerit2, pop! pecah cermin.

5. masa watak pembantu Wilson (amy adam) menjelaskan kepada Herring bahawa dia pegawai pentadbiran wilson bukan pembantu peribadi, semasa Herring suruh dia ambil minuman untuk Herring dan Wilson. lepas tu Herring said, yeah i know, make it two (drinks).. classic!

tidak suka

1. amerika nampak macam heroic sangat. walaupun... panjang lah kisahnya kan.
2. gandingan Hanks-Robert. aku lebih suka separate. berganding ni aku tak rasa tak kena.
3. err... aku tak pasti sejarah sebenar dalam perang Afghan-Russia ni. so kalau filem ni kelentong, maka kelentong lah.
4. bila Herring dalam ucapan opening nya di Pakistan, "Zia tak membunuh Bhutto". terus aku.. like whatever.
5. watak Amy Adam yang agak tempelan.

emm... mungkin sebab aku suka period movie, sejarah, politik. so sebab tu aku suka wayang ni. lepas ni apa lagi? tunggu Nixon dan Milk ditayangkan di star movie?...

No comments: