MEH LAH KLIK...

Sunday, September 6, 2009

Angel & Demons dan The Happening

hujung minggu ni dipenuhi dengan menonton filem. bukan di pawagam tapi di TV. ok kita mula dengan Angel & Demons.

kalau tengok Angel & Demons ni susah kalau tidak membandingkannya dengan The Da Vinci Code. beza yang aku nampak ialah dalam The Da vinci Code lokasi penggambaran merata-rata. dari Perancis, ke England, ke Scotland. tapi dalam Angel & Demon lokasi tertumpu di Vatikan dan Rom.

Kali ini Langdon (Tom Hanks) diminta untuk membantu penyiasatan tentang serangan bom di Vatikan. ancaman ini beriringan dengan pemilihan Pope baru kerana kematian Pope yang sekarang.

dalam wayang ni banyak dipaparkan prosedur pemilihan Pope. macam pemilihan bermula selepas 14 hari kematian, dipilih oleh ahli kolej kardinal. bla bla bla. yang paling penting memainkan peranan disini ialah peranan Carmelengo Fr. Patrick (Ewan Mcgregor).

Carmelengo ini ialah anak angkat Pope. dia beriya-iya meyakinkan bawaha Katolik sedang menghadapi perang dengan Iluminati. Iluminati ni kira macam sekumpulan saintis yang memang ada sejarah tidak sehaluan dan mempertikaikan gereja.

bom yang digunakan bukan sebarang bom. tapi special made, dibangunkan oleh pihak swiss. projek rahsia ni aku tak paham sangat, al maklum lah fizik. tapi apa yang aku faham ada kaitan dengan teori letusan besar (the big bang theory). bom itu telah dicuri dari makmal salah satu saintisnya sudah terbunuh tinggal seorang lagi, perempuan (aku lupa namanya). kira senjata makan tuan lah ni lebih kurang.

iluminati ni dah culik 4 orang kardinal yang berpotensi untuk dipilih menjadi pope. dan membunuh satu persatu. tapi bukan bunuh biasa-biasa. setiap nya dibunuh mengikut sejarah iluminati tu. disini lah peranan langdon sangat berguna kerana dia pakar sejarah Vatikan.

part yang aku suka.

1. bila Langdon ditanya oleh Carmelengo Patrick, sama ada dia percaya Tuhan atau tidak. kira terkulat kulat juga Langdon. ialah biasanya orang macam dia ni bukan ada agama sangat. tapi dia nak menipu masa tu, dia di dalam pejabat Carmelengo di Vatikan. dalam terkulat-kulat tu dia beri jawapan tak berapa nak konkrit, tapi cukup untuk memuaskan hati Carmelengo. masa ni Langdon nak minta keizinan untuk menelaah arkib vatikan.

2. masa dalam arkib, bila Langdon masih terkial-kial nak baca hidden text dalam buku Galileo, perempuan fizik tu rip off saja the pages. dan dan si Langdon cakap.. "ok what the hell... " (lebih kurang lah ayat dia). dia mencarut dalam arkib Vatikan.

3. masa ketua polis vatikan tu mati. dalam gereja salah seorang kardinal yang diculik digantung dan dibakar. very unexpected. pembunuh upahan tu sikit punya sharp dia seorang bunuh ramai orang kecuali si Langdon. yang somehow boleh meloloskan diri (kalau mati tak jadi lah cerita kan?.

4. nothing romantic between langdon dan perempuan fizik.

5. oleh kerana filem di buat di rom. maka sudah tentunyabanayk lah tempat bersejarah rom yang dinampakkan. kepada peminat senibina gereja, mungkin anda akan suka filem ini. aku ok juga bab2 seni bina ni. walaupun haram aku tak faham. cuma aku tahu nampak historical dan cantik.

6. masa Langdon berusaha memecahkan pintu kaca arkib vatikan. apa punya bodoh polis tu, tak tembak pintu tu awal2. tapi since he is panic and lack of oxygen, kira bukan sesuatu yang mustahil untuk menjadi bodoh ketika itu. so jangan nak berlagak dengan kekurangan oksigen, sangat bahaya.

7. kardinal baggia menghadiahkan buku galileo kepada Langdon.

sebenarnya aku tertanya-tanya.. adakah lokasi filem tu adalah lokasi sebenar. sebab bukan senang nak buat penggambaran dalam arkib vatikan dan chamber pope tu...

yang aku tak suka pulak.

1. Carmelengo tu jahat, too expected lah. walaupun mula2 memang aku agak salah satu kardinal tu yang jahat, dan seorang vatikan official pakai topi pink dan ketua keselamatan tu lah culprit. tapi by the time si carmelengo tu di brand dengan besi, aku dah agak dah. lagipun masa si Langdon mula jumpa brand ke 5 sudah hilang yang membawa simbol papacy. belum dia cakap pun, kita tahu ada musuh dalam selimut.

2. pembunuh upahan kena bunuh. pun more or less expected.

3. yang bab letupan ke udara guna helikopter.. emm.. somehow aku rasa tak logik.

4. aku dah agak juga pihak gereja (especially cardinals) tak akan lepaskan Carmelengo, walaupun kalau kira the cardinals could pardon him (walaupun kesalahan besar gabak). sebab dia dah meracun pope (yang juga bapa dia sendiri). pengkhianatan yang besar lah ni kiranya. bila si Carmelengo tu berlari lari dari keselamatan gereja, aku ingat dia wont surender dan akan terus berlari2. tapi pelik juga orang kuat agama macam dia tu sanggup membunuh diri. bukan tak boleh ke? kardinal tu ada pesan dengan keselamatan "be gentle" so konfem lah kena execute on the spot tak payah pergi mahkamah bagai. cuma si Carmelengo tu dah bakar diri sendiri.

5. macam biasa cover up. aku prefer dia tak dedahkan apa2 langsung. tapi official report dalam berita, Carmelengo dianggap mati sebagai hero kerana berusaha menyelematkan Vatikan dari kena bom. aku rasa sebabnya dorang nak protect their interest, sebab kan si Carmelengo tu ahli vatikan juga.

kalau nak kira lah kan aku lebih suka Angel & Demons berbanding The Da Vinci Code. aku rasa Angel & Demons tu ialah Carmelengo tu sendiri. sebab dia kan talam 2 muka. secara umum aku suka filem history related macam ni.

ok the Happening pulak.

ini lagi satu cliche. macam biasa ada paranormal berlaku. kali ini kisah orang yang teracun dengan sejenis kimia yang tidak diketahui asal usulnya. macam biasa lokasi kegemaran bencana di dalam filem amerika ialah bandar New York. punya besar amerika tu, asyik2 bandar new york juga yang kena dulu. Yankees banyak doas eh? kalau nak lain sikit pun LA.

if not because of mark whalberg macam haram lah juga filem ni. eh silap memang agak haram dah... ini lah pengajaran kepada pembikin filem. jangan syok sendiri yang amat sangat. dia juga tulis filem, dia juga pengarah, dia juga penerbit. nasib baik tukang mekap, tukang jaga lampu bukan dia. macam filem2 kat malaysia ni lah (e.g. Bohsia, cicak man) apa korang ingat korang P. Ramlee?. nasib baik bukan syahmalan juga yang berlakon sekali.

macam biasa kalau filem bencana, tema utama ialah menyelematkan diri. persoalan sampingan siapa mati dulu dan bagaimana. actually masa si cikgu Moore (whalberg) dalam scene mula dia sebagai cikgu sains dalam kelas tu, korang dah tahu dia akan survive dan menjadi hero and everybody need to listen to what he says kalau nak selamat.

kalau filem bencana new york ni, recently yang lain sikit dari lain ialah filem i am legend. even war of the world pun aku rasa somehow entah apa2 cuma skala bajet dia besar, so the filem nampak besar lah kan.

dalam benci2 ni, apa pun ada juga part yang aku suka.

1. hubungan Elliot dan Alma, yang cuma ada sprinkle some salt. macam dorang initially gaduh tapi bukan lah apa sangat. kira macam tergigit lidah saja. sebab si Alma separuh curang pergi keluar dengan lelaki lain. tak lah curang sangat pun. aku namakan kes ini sebagai 'tempted but not there yet'.

2. emm.. yang ke-2 ni aku rasa tak ada kaitan dengan movie sangat. cara cikgu amerika mengajar di amerika (sekurang-kurangnya berdasarkan movie ni). nampak kan.. Elliot tanya soalan dalam kelas, ask for pupils' opinion. dan ada sains projek yang menekan kan prosedur asas dalam sains; tentukan pemboleh ubah, rekabentuk eksperimen, pencerapan data, pencerakinan data, kesimpulan. ini yang tiada dalam sistem kita (kalau ada pun cuma diatas kertas, perlaksanaan tiada). kurang pelontaran idea, kurang praktikal yang sebenar, (ok, off topic!)

the happening ni kesimpulannya tak best.

p/s: perasan tak akhir-akhir ni (sejak puasa) aku asyik mereview movie lama-lama.

No comments: