MEH LAH KLIK...

Saturday, September 26, 2009

6 hundredsth

firstly, to reader or googler from Oslo, Norway. I wonder how or why do you find your way to my blog. recently i prefer to write in Malay and I dont know even a word of Norwegian. care to leave a comment? i think for the past few months, few people from Norway have been reading this blog.

kepada sesiapa yang masih jumpa blog ini kerana nak cari 'cara mengawet kulit tupai atau tikus atau bangkai'. aku harap korang dapat maklumat dengan artikel yang aku tulis berkenaan dengan perkara berkenaan. (tiba-tiba aku rasa ada guna juga blog aku ni).

kepada yang cari 'biodata monyet capuchin', hahaha. aku tak buat kajian primate atau yang sefamili dengannya. aku tak tahu sangat biodata capuchin. aku rasa artikel aku yang berkaitan dengan capuchin cuma lah tentang review wayang night at the museum. kan?

kepada yang terpaksa menggogle untuk mencari 'ucapan hari raya/lebaran kepada rakan yang berunsur islami korang buat ucapan sendiri, biar ringkas tapi tulus dari hati. kalau korang tulis panjang lebar penuh puitis dan islamik, tapi hanya sekadar copy paste dan forward, tak bermakna sangat ok. cool2 saja. boleh punya.

kepada gossip junkie, maya karin maya karin maya karin, suami maya karin, suami maya karin, suami maya karin, husband maya karin. suami fasha sandha suami fasha, bakal suami fasha sandha. cukup? nak lagi? haha.. kadang-kadang je aku menyibuk hal ehwal artis tempatan ni. korang pergi lah portal gossip lain.

apa pun terima kasih kerana datang ke blog aku. thank you for visiting my blog.
.....................................................
ehem...macam confirm tak jadi je trip ke Jawa buat kali ke-2 ni. tak apa lah, tak ada rezeki pada kali ini. aku was-was nak submit paper (tak taip lagi pun, sibuk beraya), sebab aku tak konfem nak pergi (tak ada bantuan kewangan yang cukup), lagipun aku tak nak mereka publishkan paper aku dalam prosiding tanpa aku hadir ke conference, nanti aku tak boleh re-publish (memang agak memalukan lah kalau aku re-publish paper kan) dalam jurnal yang lebih afdal. eh korang jangan salah sangka pula, meh aku jelaskan. aku punya research bodo-bodo je, tak lah sampai nak menjadikan dunia ini sebuah tempat lebih baik untuk penghuninya, research biasa, cuma research lah juga. di mata aku, research ni layak untuk di publish di jurnal yang berpatutan.

ceh tinggi sungguh cita2 ku walaupun writing masih tunggang langgang. tapi aku rasa penting juga aku nak menyumbang kepada bidang sains, walaupun sumbangan bodoh-bodoh. maka aku rasa aku patut kongsikan hasil research dengan komuniti yang berminat.

risau aku mengenangkan research aku. bab kelas aku dah selesaikan dah. tinggal nak berikan salinan keputusan dengan pihak sponsor saja lagi (supaya duit scholar cepat masuk). cgpa aku dah muktamad dah, alhamdullilah lulus juga. sebab disertation tak termasuk dalam hal ehwal cgpa, cuma sekadar dia letak status lulus, maka aku eligible to graduate. graduate ya tuan-tuan dan puan-puan, aku tak kisah lah konvo tu sangat, nak pakai2 jubah. yang tu lambat sikit pun tak apa.

oh ya... history channel overdose sekarang ni hehe.

No comments: