MEH LAH KLIK...

Monday, August 24, 2009

Novel Remaja

puasa2 ni tiba2 aku teringat kepada satu novel remaja yang aku baca dulu-dulu. aku pun sudah tak tahu mana letaknya novel tu. judulnya Biarkan Aku Sendiri tulisan Ali Majood. novel ini kisah remaja yang terjebak dengan dadah.

antara ayat yang aku paling ingat, semasa watak utama (tak ingat pulak namanya apa..) ditanya oleh cikgu nya 'kamu dari mana', watak utama itu menjawab 'dari melawat malaikat riduan cikgu'.. hehe... masa tu watak itu high on ganja lah kiranya.

penutup cerita ini agak baik, kerana akhirnya watak utama yang penagih itu berjaya pulih dan mengetuai barisan pancaragam sekolah. kiranya from junkie to major lah.

satu lagi novel yang aku ingat selalu ialah Anak Kampung tulisan Abdullah Awang. cerita anak kelantan yang sangat menyentuh hati. aku membaca novel ini berulang kali dahulu. sangat mengasyikkan. watak utamanya ialah Adli. yang akhirnya setelah dewasa menjadi seorang ADO.

ada lagi satu novel... aku dah lupa tajuknya. kisah seorang anak gadis OKU, yang berusaha menyelamatkan burung enggang. ahh.. aku dah lupa tajuknya. novel ini aku baca sama waktu dengan masa aku membaca novel Anak Kampung.

novel Banglo Hijau mulanya aku rasa ini cerita hantu. kalau tak silap Banglo Hijau ditulis oleh Othman Puteh (arwah). dan satu lagi novel yang penuh emosi ialah novel Korban Sungai Manggis. yang ni kisah anak yatim piatu miskin yang terainaya. aku menangis baca Korban Sungai Manggis ni dulu.

aku tertanya juga kenapa penerbit drama belum buat drama berdasarkan novel-novel yang menarik ini. aku rasa aku pun kadang kala bosan kerna asyik disogokkan dengan kisah cerita cinta terhalang, cinta orang kaya-kaya, dato', kisah anak tiri dengan keluarga tiri, dato' itu dan ini. paling-paling nak lain sikit, mesti kisah anak derhaka, atau orang Islam yang hidup tak berlandaskan ajaran Islam, lalu mendapat azab. yang ni bagi dengan Rashid Sibir yang buat. mesti penuh emosi tengok. tambahan pula semasa bulan Ramadhan dan Syawal.

emm.. terlencong pulak.

apa pun aku rasa masa remaja ku (sekarang pun remaja juga, cuma dah menginjak alam dewasa sedikit demi sedikit), masa yang aku lebih banyak membaca. al maklumlah, dulu ada astro pun masa aku tingkatan 3. lagipun masa sekolah dulu mana lah aku tahu guna internet sangat, wikipedia? semua rujuk buku atau majalah ya beb. komputer pun tak tahu guna sangat. maka membaca buku lah.

kepada sesiapa yang berasa anak anda sentiasa melekat di depan TV atau PC bermain game atau PS3. maka boleh lah godek2 laman web yang menjual novel-novel remaja yang ku sebutkan diatas. agak menarik untuk dibaca.

p/s: ketika itu aku terlalu muda untuk novel seperti Lagenda Budak Setan.

No comments: