MEH LAH KLIK...

Thursday, August 27, 2009

Kami The Movie 2008

berikut adalah ulasan wayang Kami The Movie 2008. aku tidak sempat menonton semasa wayang ini ditayangkan di pawagam, maka aku melihat melalui Youtube. tu pun baru semalam aku ada rasa gerak hati nak tengok. sebab sememangnya aku memang mengikuti siri drama Kami yang ditayangkan di TV 8. ulasan dibuat mengikut watak-watak utama; Abu, Ali, Lin, Adi, Sophie.

Abu
ramai yang berpendapat watak Abu ini lah yang menghidupkan cerita ini. Abu dalam cerita ini mula-mula babak dia dah muncul. sambungan cerita dia di pusat pemulihan (aku teka sahaja). dia bergaduh, mencuri, lari dari pusat pemulihan. Aku tak nampak watak Abu berkembang sangat dari siri drama. sama saja. hubungan Abu dengan Ayahnya juga tidak berubah. sepatutnya dengan tenaga yang ada pada Abu, watak Abu ni boleh banyak benda yang dia buat. lagi satu buku puisi tu... emm.. entah lah. kenapa dalam banyak-banyak buku, buku tu juga lah yang Abu curi.

apa pun tanpa watak Abu, filem ini hambar sehambar-hambarnya. part yang aku suka sudah tentu lah part yang dia mati dan juga part dia melihat gambar baju di bilik Adi. aku dah agak antara Abu atau Ali akan mati. aku lebih suka Ali yang mati.

Ali
watak Ali yang silent tapi vibrate ni, aku rasa watak Ali dalam wayang lebih maju dari watak Ali dalam siri. tapi tak banyak cakap sangat. bahagian yang aku tidak suka ialah, babak babak 'kebetulan' dalam watak Ali. kebetulan dia terjumpa mak dia jalan dengan lelaki lain, kebetulan dia jumpa mak dia minum dengan lelaki lain, kebetulan dia terlebih dahulu terserempak Pak Din yang mencari Abu di tepi tangga, kebetulan dia jumpa Razak yang juga kebetulan sedang minum dengan Boy, kebetulan dia terserempak dengan Boy yang tercungap-cungap lari dari Razak dan geng.

entah kenapa aku lebih suka kalau watak Ali yang mati. dan juga dia ni terjebak dalam pseudo cinta 3 segi. emm.. nak kata cinta 3 segi betul tak juga, sipi-sipi lah. biasalah dalam geng-geng lelaki perempuan, mesti ada ter-jatuh suka antara satu sama lain. cuma tak ada lah adegan declare2. lagipun dalam siri drama sudah clear Ali dan Sophie putus. tapi tak pula Ali pergi mendapatkan cinta Lin (mungkin dia suka yang suka-suka sahaja?). atau juga mungkin Ali concern kerana dia tahu bahaya dadah. Ali bekas penagih, Lin bekas tokan yang jadi tokan semula kerana terpaksa.

Lin

secara umumnya aku bukan peminat Liyana J. tapi watak Lin agak bagus lah, aku rasa dalam semua-semua dia yang paling ok sekali berlakon (Liyana J). aku suka dia dah ada blog, n ada kemajuan dalam dia memajukan diri sendiri (dia nak jadi penulis kan?). dia ni ialah boy magnet. Ali suka dengan dia, Abu pun macam ada hati dengan dia (apa yang Abu bisikkan sebelum dia mati?), dan juga Boy pun suka dengan dia.

secara overall, aku ok dengan watak Lin ni. tapi sayang lah juga, sebab macam ada yang kurang. tak apa.. yang penting aku dah suka. oh yeah, Liyana J, ada baiknya anda menumpukan kepada bidang lakonan dan perfileman, nyanyian? bukan sekarang (sekurang-kurangnya). atau lebih baik jangan. entah mengapa aku teringat dengan watak Pim dalam Castello, sebab macam lebih kurang (aku rasa).

Adi

Adi... emm... aku suka watak Adi. sebab dalam semua-semua, hidup Adi agak normal berbanding dengan yang lain-lain. Ali dari keluarga porak peranda, Sophie tinggal dengan Ibunya (ibu tunggal yang dakwat tandatangan surat cerai belum kering dah sibuk nak tandatangan surat nikah baru). Keluarga Abu asasnya normal, cuma hubungan Abu dengan Ayahnya yang tak berapa nak click, dan semakin teruk. plus Adi comel, dan ada talent terserlah, iaitu mereka pakaian.

apa pun, yang aku suka (dan juga mungkin yang paling aku suka). Penutup yang baik tentang siapakah Vanilla Ice. sebab tu aku suka babak Abu jumpa gambar baju abang dia di bilik Adi. inilah yang dinamakan jodoh pertemuan adalah ditentukan oleh Allah SWT, manusia hanya mampu merancang.

selain dari kisah Adi, Baju, Vanilla Ice, tiada apa apa yang menarik. babak blind date itu sangat expected. aku lebih suka kalau dimasukkan babak Adi dengan Ibunya berkomunikasi dalam bahasa Isyarat.

Sophie.

kita mesti akui, Juliana E memang mempunyai paras wajah yang menarik. watak Sophie adalah sama dengan Kim dalam Keeping Up With the Kardashian. the beautiful one. Sophie juga bijak, sebab dapat tawaran belajar ilmu perubatan di luar negara. ok kat sini ada fishy sikit, mereka ni dah dapat keputusan SPM atau belum? atau adakah Sophie memohon masuk ke Sekolah Perubatan dengan hanya menggunakan keputusan peperiksaan percubaan?. tak tahu university apa? aku dah lupa, malas nak google.

dan Ibu Sophie (ibu tunggal yang dakwat tandatangan surat cerai belum kering dah sibuk nak tandatangan surat nikah baru), seperti yang dijangka takut ditinggalkan bersendirian dan menyembunyikan surat tawaran.

apa pun walaupun watak Sophie lebih kurang sahaja tak menariknya dengan watak Adi. cuma faktor the beautiful one dalam wayang sangat penting. apatah lagi wayang untuk remaja hormonal seperti Kami ini.

tambahan, Boy.
berkesan kerana aku benci dia. tapi bila dia kata dia bisnesmen, jeng jeng jeng. hahaha... mana dorang sadur skrip ni? the scarface? filem 50 cent? sebab memang biasa dalam filem-filem orang putih, pengedar dadah akan anggap diri mereka bisnesman.


umumnya, filem Kami ini boleh lah dikatakan sekadar penyudah untuk drama tv Kami. maksudnya kalau sambung buat drama tak payah buat filem pun boleh. Filem ni juga dapat anugerah dalam FFM 2009. so kira ok lah. kalau nak kasi gred, aku letak gred B.

Filem ni juga menyebabkan kelahiran poser poser yang perasan diri peminat gig atau brit pop atau indie band tumbuh bagai cendawan selepas hujan. tiba-tiba semua minat lagu dari band indie. emm.. lumrah budaya pop, sekejap rock, sekejap pop Siti Nurhaliza, sekejap akademi fantasia, sekejap band indon, sekejap hip hop, sekarang ialah masa band indie (or so call indie).

sampai wartawan melodi sebut muzik bergenre indie. apa jadah? nak cari makan kena ikut arus.

No comments: