MEH LAH KLIK...

Sunday, August 9, 2009

Gossip Wartawan Melodi

haha... aku ingin mencemar blog ini dengan gossip murahan. yang ini betul punya. tadi kira2 pukul 3 petang aku hantar kawan ke airport kk, KKIA terminal 1. so kebetulan ramai lah juga so called artist and celebrity ada disana, sebab penerbangan ke KL. malas lah juga mau ambil gambar. antara yang aku sempat tengok, Dato' Aziz Satar (n his wife), if i am not mistaken Kak Yan, (azean irdawaty pun ada), dan pelakon kanak2.. (not sure his name, Edrus? Idris?). bukan selalu artist datang KK secara beramai-ramai ni. oleh kerana last night ialah malam FFM 2009, maka ramai lah.

selain dari artis2 tu aku juga terjumpa dengan petugas TV3 dan wartawan. tak lah mereka dalam entourage.. cuma mungkin 3-4 orang. the rest of artist yang aku mention diatas tu humble2 semuanya. baik saja.. macam orang biasa. aku cuma duduk perhati2 (sambil tunggu boarding time).

wartawan melodi ni aku tak tahu sangat namanya... tapi ada 2 orang, ke dua-dua nya lelaki.. satu tu yang berambut panjang, satu lagi berambut balung ayam.. (muka orang asia sangat tak sesuai berfesyen mohican). aku kasi nickname time tu jugak sebagai Mat Bulat. kru Melodi ni dihantar ke airport oleh 2 orang perempuan. (ada lagi kru lain, aku tak kenal lah siapa.. just 2 orang wartawan tu saja aku kenal mukanya). aku fikir mula2 the girls 2 orang tu akan fly sekali dengan Mat Bulat n gang melodi tu. rupanya tidak.

masa nak boarding, mereka bersalam-salam lah dengan perempuan 2 orang tu. lepas tu aku nampak perempuan yang berambut peroxide blonde tu berpeluk dengan si Mat Bulat so si Mat Bulat berbalung ayam ni, sudah peluk erat, cium pula pipi.. (aku ingat sekadar tu saja, ala fesyen orang liberal bersalaman, tak cukup peluk nak cium). pipi sebelah menyebelah dah cium. cium bibir pulak.. Mat Bulat ni nak mengesahkan di depan khalayak dia bukan Gay kot.... haha.. al maklumlah muka Mat Bulat ni ada ala2 natural born gay look. (ermm... disclaimer: i am not lah konservatif sangat.. but cannot tahan lah dengan perangai Mat Bulat tu).

bercium bibir didepan khalayak. bukan lah tak pernah dibuat oleh orang lain. tapi aku syorkan wartawan Melodi tv3 serbu dan terjah kawan-kawan mereka sendiri. kita semua tahu how kurang ajar soalan2 melodi kepada artis. aku ingat lagi, masa wartawan melodi interview M. Rajoli tengah sakit. boleh2 dah pak cik tu sakit, sibuk pula dia tanya soalan peribadi (about M. Rajoli's first wife). weeping lah pak cik tu.. dah lah dia sakit, bertambah sedih pula orang tua tu. apa tak kesian ke?

michelle pulak pernah tanya seorang DJ international tentang gaji dia.. haha.. bodoh punya soalan.. sampai the DJ tu macam tersipu2 pulak.. soalan weird gila punya bodoh. korang pernah jumpa stranger lepas tu tanya gaji. tahu lah kau tu wartawan, sila tanya soalan bijak sikit. supaya kau tak nampak sangat siyall depan tv. buat malu negara.

sekarang kita semua tahu wartawan melodi ni kalau nak memalukan artis memang dia nombor satu. konon nak menyingkap kebenaran. menyingkap kebenaran tu pretext sahaja. sebenarnya nak memalukan orang. kan ada kes2 artis kena bambu cukup kaw dengan wartawan. nah tengok rupanya wartawan melodi sendiri berkelakuan sumbang didepan khalayak, bercium-cium bibir, berpeluk-peluk. hoi Mat Bulat, kau datang KK, jangan lah buat kurang hajar.. cilakak betul kelakuan Mat Bulat berbalung ayam tu.

insaf lah wahai wartawan Melodi, dah lah selalu tanya soalan kurang hajar, suka korek kisah dalam kain orang, last week, terkejut juga kisah orang bergaduh laki bini boleh mereka siarkan sampai 10 minit (or so..). kurang hajar tak kurang hajar tu.. aku dah macam malas nak tengok melodi sekarang ni. kalau aku tengok pun, untuk bikin modal mengutuk kelakuan dan soalan terjah terkutuk melodi tu.

sekarang wartawan melodi, Mat Bulat yang berkelakuan tak senonoh di depan khalayak, terjah jangan tak terjah. nak juga aku tengok macam mana si Mat Bulat ni buat damage control. selalu dia yang tanya soalan2 cilakak. last2 diri sendiri yang bercium mulut macam cilakak. (tak tahu lah kalau perempuan peroxide blonde tu bini nikah mutaah dia, tapi kalau bini pun, hagak hagak lah Mat Bulat woi...).

korang boleh lah click sini untuk tengok muka-muka wartawan melodi. yang aku jumpa bercium mulut tak hengat tu yang Mat Bulat berbalung ayam.. korang pandai2 lah padan kan description dengan gambar dia. tak lalu aku nak tempek gambar Mat Bulat tu di blog ni.

kepada artis2 malaysia jangan takut dengan wartawan hiburan ni. kalau wartawan nak hanjengkan korang, jangan retreat, hanjengkan balik mereka ni.

No comments: