MEH LAH KLIK...

Monday, August 24, 2009

Fahrin Ahmad dan Umie Aida.

malam sabtu aku menonton telemovie melayu di TV3 berjudul, bukan bidadari. emm.. tidak lah mantap sangat ceritanya. oleh kerana yang berlakonnya Fahrin Ahmad, maka ku turuti juga. sebenarnya tak tahu nak nonton apa, haha.. TV 2 menayangkan The Marine (yang 12 juta kali lagi suxx).

pasangan kepada Fahrin ialah Umie Aida. sudah lama juga tak nonton lakonan Umie. emm.. i think the most memorable from Umie was her work in Surah Terakhir, or something lah.. tak ingat sangat tajuk cerita tu. emm.. i never really like Embun. and Salam Taj Mahal... i didnt like the storyline. but i did like Romeo and Juliet.. versi Noor Kadir.

ok back to the story Bukan Bidadari. aku rasa bagus juga cerita ni. endingnya pun tak lah happy ending sangat, tak lah menyakitkan hati sangat, i mean like tergantung but just nice punya tergantung. watak Nafisah (Umie) bercerai dari suami ke2. tapi tidak rujuk dengan watak Husni (Fahrin). anyway, watak husni mengingatkan aku watak fahrin dalam datin dairies.

Fahrin as usual lah muka macam orang dah kawin (in real life he is single but rumors said he is dating someone named Sacha). tapi this time dia bukan lagi suami impian semua wanita like in Salina. dia macam suami yang berselingkuh (indonesian word for curang) dengan wanita lain. yang adding some extra salts to the story, si perempuan ke-2, Sherry tak nak pula kawin dengan si Husni.

ok. tak cukup dengan hormonal Bukan Bidadari, tadi, ada pula telemovie Takdir Tercipta (eh betul kah tajuk ni?) . sama lah juga pasangan lakonan Umie dan Fahrin, juga ditayangkan di tv3. macam biasa konflik suami isteri juga ditonjolkan. kalau dalam Bukan Bidadari berkaitan dengan isu rumahtangga pasangan yang ada anak 3, dalam Takdir Tercipta pula pasal isu suami isteri baru kawin.

isu lapok dalam Takdir Tercipta are; the wife refuse to have sex with her new wedded husband. (tak tahu lah why on earth wayang melayu suka highlight malam pertama thingy in their story, i think kalau dihighlight pun, scene tu jadi separuh masak, since skrip harus dibuat berhati2). ngelected husband. emm.. husband yang ada kesabaran ya hampoon... (yang part ni serius, watak recycle dalam drama Salina) i mean how many wife left for a work the day after the nikah? emm.. to bosses out there please hire this kind of woman.

*divert sikit ke bukan bidadari*isu lapok dalam Bukan Bidadari ada banyak, cuma apasal nak juga bila keluar negara mesti ke england. lepas tu kedai seramik di england tu siap tulis 'selamat datang' di pintu. nasib baik tak nampak plat number coupe suami ke-2 nafisah tu. kantoi kantoi... and nafisah makan sahur sorang2 tapi punya lah selera nak melantak sampai siap hidangan sayur masak lemak, kari bagai.. huhu... and husband ke2 tu.. baca buku teks tebal gila hardcover sambil lepak2 sampai tertidur atas couch/kerusi. haha aku tak rasa such book for free reading. dan aku setuju bila sebaris skrip watak husband ke-2 di tapis. sebab too offensive (subtitle tak pula dia tapis.. apa daaa..) lebih2 lagi bulan Ramadhan ni.

yang seronoknya, pelakon-pelakon dalam Takdir Tercipta ni hampir semua big shots, Umie Aida, Fahrin Ahmad, Azhar Sulaiman, Vanida Imran, Rusdi Ramli, Melissa Maureen Rizal.
tahukan both Vanida and Rusdi are award winning actors. and i loooovvveeeeee Vanida Imran in Perempuan Melayu Terakhir. actually i didnt really get the whole story (ni kena tengok balik ni.. sebab nanti ada tayang di Astro). and the resort in Perempuan Melayu Terakhir tu sangat lah heavenly haven punya cantik. emm.. i am coastal people, so aku selalu anggap pantai itu menarik.

nampaknya secara tak langsung boleh lah dianggap Takdir Tercipta adalah prequel tak sengaja untuk Bukan Bidadari. aku fikir begitu dan rakan jenayahku juga setuju.

so nampaknya hujung minggu ini aku asyik menonton sajian lakonan Fahrin dan Umie. dan semestinya aku tak bersusah payah tengok kedua-dua telemovie semata-mata nak tengok Umie Aida.. =)

p/s: aku suka lakonan arwah Hani Mohsin (Al Fatihah) dan Sidi Oraza (mana dia pergi huh?). and yeah.. Rosyam mungkin kegemaran semua... but not mine

No comments: