MEH LAH KLIK...

Tuesday, August 25, 2009

Diari Ramadhan Ku

4 Ramadhan

Alhamdullilah berjaya disempurnakan. Penyungkaian, nasi kerabu dan ice lemon tea murah (RM 1.00). roti jala untuk moreh. emm.. lebih kurang saja belanja dengan hari-hari biasa. untuk sahur karang, tak tahu lagi nak makan apa. aku rasa ada jual di kedai yang berdekatan, malas sangat, bancuh milo lah jawabnya.

Tahun ni mencatat juga sejarah aku terawih sendiri-sendiri. selalunya sama ada aku ke surau atau tidak sembahyang terawih. tapi kali ni, aku malas nak ke surau, satu sebab aku kenyang ya hampoon selepas makan, ke-2 sebab surau di kampung kerap kali penuh (Alhamdulillah). nak direnovate untuk besarkan, memang dah seluas-luas tanah wakaf, luas tu juga lah surau, tinggal tempat nak lalu lalang ke ruang solat je yang tinggal. fully utilized.

lepas terawih aku layan Kami The Movie. (aku buat 8 rakaat sahaja, express rakyat). sambil moreh sendiri2 sahaja. semua sendiri2 sekarang ni, sahur, sungkai (buka puasa), terawih, moreh. seems like a sneak peak of my future, if I am not married and live on my own. (kira latihan lah ni).

tadi internet ok. sekarang dah buat balik perangai, aku sekarang ni part 6/11. terpaksalah aku tunggu dia streaming. tak apalah kita tengok sikit2, nanti aku buat review lah.

aku suka berpuasa di rumah bersama keluarga. walaupun aku jenis berat tulang dan perut, aku suka sebab the food and the feeling. disini aku rasa kosong. aku selalu ingat pertama kali aku berpuasa di asrama, KML, masa tu aku beli nasi setapau, air. thats it. merenung dinding kosongku, azan, makan, duduk kejap, solat maghrib, lepas tu ke masjid. bilik aku dekat je dengan masjid. sedih juga. tapi itu hari pertama sebab roomate aku bertebaran merata-rata. hari-hari puasa berikutnya, more fun, sebab aku, man, nel, pergi beli makanan sama2. terawih sama2. since yang 2 tu lelaki, kami makan asing2. jemaahnya sama, dan sudah tentu lah aku solat dengan kaum sejenis. lepas solat baru jumpa, tu pun kejap, sambil beli juadah sahur. kalau nak melepak lama sikit, nanti warden sound. selalu juga lah man dan nel disound, sebab temankan aku melepak di cafe perempuan. bukan kami saja, kawan-kawan lain pun ikut serta. sambil bergurau-gurau. i miss the moment.

sekarang post grad, sunyi sangat. is not like this emptiness is the most dangerous thing in the world. cuma sunyi sepi. nasib baiklah in my case aku buat yang masuk kelas punya dan disertasi (bila entah nak siap haha). walaupun kelas tu relatively sunyi sepi juga. at least aku rasa tak lah se-mesirable kalau aku buat lab penuh.

ok lah nak study map kejap, esok nak cari kedai tayar. haha

2 comments:

araff said...

true jla...i miss that moment toooo

Jlascanteen said...

selalu ingat masa kml dulu bila waktu puasa.