MEH LAH KLIK...

Thursday, August 27, 2009

Tiada kaviar telur masin pun berguna juga.

Alhamdulillah, ibadah puasa untuk hari ini sudah dilaksanakan. semoga beroleh rahmat disepanjang bulan yang mulia ini.

p/s: aku terlalu asyik dengan internet. sungguh!

Kami The Movie 2008

berikut adalah ulasan wayang Kami The Movie 2008. aku tidak sempat menonton semasa wayang ini ditayangkan di pawagam, maka aku melihat melalui Youtube. tu pun baru semalam aku ada rasa gerak hati nak tengok. sebab sememangnya aku memang mengikuti siri drama Kami yang ditayangkan di TV 8. ulasan dibuat mengikut watak-watak utama; Abu, Ali, Lin, Adi, Sophie.

Abu
ramai yang berpendapat watak Abu ini lah yang menghidupkan cerita ini. Abu dalam cerita ini mula-mula babak dia dah muncul. sambungan cerita dia di pusat pemulihan (aku teka sahaja). dia bergaduh, mencuri, lari dari pusat pemulihan. Aku tak nampak watak Abu berkembang sangat dari siri drama. sama saja. hubungan Abu dengan Ayahnya juga tidak berubah. sepatutnya dengan tenaga yang ada pada Abu, watak Abu ni boleh banyak benda yang dia buat. lagi satu buku puisi tu... emm.. entah lah. kenapa dalam banyak-banyak buku, buku tu juga lah yang Abu curi.

apa pun tanpa watak Abu, filem ini hambar sehambar-hambarnya. part yang aku suka sudah tentu lah part yang dia mati dan juga part dia melihat gambar baju di bilik Adi. aku dah agak antara Abu atau Ali akan mati. aku lebih suka Ali yang mati.

Ali
watak Ali yang silent tapi vibrate ni, aku rasa watak Ali dalam wayang lebih maju dari watak Ali dalam siri. tapi tak banyak cakap sangat. bahagian yang aku tidak suka ialah, babak babak 'kebetulan' dalam watak Ali. kebetulan dia terjumpa mak dia jalan dengan lelaki lain, kebetulan dia jumpa mak dia minum dengan lelaki lain, kebetulan dia terlebih dahulu terserempak Pak Din yang mencari Abu di tepi tangga, kebetulan dia jumpa Razak yang juga kebetulan sedang minum dengan Boy, kebetulan dia terserempak dengan Boy yang tercungap-cungap lari dari Razak dan geng.

entah kenapa aku lebih suka kalau watak Ali yang mati. dan juga dia ni terjebak dalam pseudo cinta 3 segi. emm.. nak kata cinta 3 segi betul tak juga, sipi-sipi lah. biasalah dalam geng-geng lelaki perempuan, mesti ada ter-jatuh suka antara satu sama lain. cuma tak ada lah adegan declare2. lagipun dalam siri drama sudah clear Ali dan Sophie putus. tapi tak pula Ali pergi mendapatkan cinta Lin (mungkin dia suka yang suka-suka sahaja?). atau juga mungkin Ali concern kerana dia tahu bahaya dadah. Ali bekas penagih, Lin bekas tokan yang jadi tokan semula kerana terpaksa.

Lin

secara umumnya aku bukan peminat Liyana J. tapi watak Lin agak bagus lah, aku rasa dalam semua-semua dia yang paling ok sekali berlakon (Liyana J). aku suka dia dah ada blog, n ada kemajuan dalam dia memajukan diri sendiri (dia nak jadi penulis kan?). dia ni ialah boy magnet. Ali suka dengan dia, Abu pun macam ada hati dengan dia (apa yang Abu bisikkan sebelum dia mati?), dan juga Boy pun suka dengan dia.

secara overall, aku ok dengan watak Lin ni. tapi sayang lah juga, sebab macam ada yang kurang. tak apa.. yang penting aku dah suka. oh yeah, Liyana J, ada baiknya anda menumpukan kepada bidang lakonan dan perfileman, nyanyian? bukan sekarang (sekurang-kurangnya). atau lebih baik jangan. entah mengapa aku teringat dengan watak Pim dalam Castello, sebab macam lebih kurang (aku rasa).

Adi

Adi... emm... aku suka watak Adi. sebab dalam semua-semua, hidup Adi agak normal berbanding dengan yang lain-lain. Ali dari keluarga porak peranda, Sophie tinggal dengan Ibunya (ibu tunggal yang dakwat tandatangan surat cerai belum kering dah sibuk nak tandatangan surat nikah baru). Keluarga Abu asasnya normal, cuma hubungan Abu dengan Ayahnya yang tak berapa nak click, dan semakin teruk. plus Adi comel, dan ada talent terserlah, iaitu mereka pakaian.

apa pun, yang aku suka (dan juga mungkin yang paling aku suka). Penutup yang baik tentang siapakah Vanilla Ice. sebab tu aku suka babak Abu jumpa gambar baju abang dia di bilik Adi. inilah yang dinamakan jodoh pertemuan adalah ditentukan oleh Allah SWT, manusia hanya mampu merancang.

selain dari kisah Adi, Baju, Vanilla Ice, tiada apa apa yang menarik. babak blind date itu sangat expected. aku lebih suka kalau dimasukkan babak Adi dengan Ibunya berkomunikasi dalam bahasa Isyarat.

Sophie.

kita mesti akui, Juliana E memang mempunyai paras wajah yang menarik. watak Sophie adalah sama dengan Kim dalam Keeping Up With the Kardashian. the beautiful one. Sophie juga bijak, sebab dapat tawaran belajar ilmu perubatan di luar negara. ok kat sini ada fishy sikit, mereka ni dah dapat keputusan SPM atau belum? atau adakah Sophie memohon masuk ke Sekolah Perubatan dengan hanya menggunakan keputusan peperiksaan percubaan?. tak tahu university apa? aku dah lupa, malas nak google.

dan Ibu Sophie (ibu tunggal yang dakwat tandatangan surat cerai belum kering dah sibuk nak tandatangan surat nikah baru), seperti yang dijangka takut ditinggalkan bersendirian dan menyembunyikan surat tawaran.

apa pun walaupun watak Sophie lebih kurang sahaja tak menariknya dengan watak Adi. cuma faktor the beautiful one dalam wayang sangat penting. apatah lagi wayang untuk remaja hormonal seperti Kami ini.

tambahan, Boy.
berkesan kerana aku benci dia. tapi bila dia kata dia bisnesmen, jeng jeng jeng. hahaha... mana dorang sadur skrip ni? the scarface? filem 50 cent? sebab memang biasa dalam filem-filem orang putih, pengedar dadah akan anggap diri mereka bisnesman.


umumnya, filem Kami ini boleh lah dikatakan sekadar penyudah untuk drama tv Kami. maksudnya kalau sambung buat drama tak payah buat filem pun boleh. Filem ni juga dapat anugerah dalam FFM 2009. so kira ok lah. kalau nak kasi gred, aku letak gred B.

Filem ni juga menyebabkan kelahiran poser poser yang perasan diri peminat gig atau brit pop atau indie band tumbuh bagai cendawan selepas hujan. tiba-tiba semua minat lagu dari band indie. emm.. lumrah budaya pop, sekejap rock, sekejap pop Siti Nurhaliza, sekejap akademi fantasia, sekejap band indon, sekejap hip hop, sekarang ialah masa band indie (or so call indie).

sampai wartawan melodi sebut muzik bergenre indie. apa jadah? nak cari makan kena ikut arus.

Tuesday, August 25, 2009

Diari Ramadhan Ku

4 Ramadhan

Alhamdullilah berjaya disempurnakan. Penyungkaian, nasi kerabu dan ice lemon tea murah (RM 1.00). roti jala untuk moreh. emm.. lebih kurang saja belanja dengan hari-hari biasa. untuk sahur karang, tak tahu lagi nak makan apa. aku rasa ada jual di kedai yang berdekatan, malas sangat, bancuh milo lah jawabnya.

Tahun ni mencatat juga sejarah aku terawih sendiri-sendiri. selalunya sama ada aku ke surau atau tidak sembahyang terawih. tapi kali ni, aku malas nak ke surau, satu sebab aku kenyang ya hampoon selepas makan, ke-2 sebab surau di kampung kerap kali penuh (Alhamdulillah). nak direnovate untuk besarkan, memang dah seluas-luas tanah wakaf, luas tu juga lah surau, tinggal tempat nak lalu lalang ke ruang solat je yang tinggal. fully utilized.

lepas terawih aku layan Kami The Movie. (aku buat 8 rakaat sahaja, express rakyat). sambil moreh sendiri2 sahaja. semua sendiri2 sekarang ni, sahur, sungkai (buka puasa), terawih, moreh. seems like a sneak peak of my future, if I am not married and live on my own. (kira latihan lah ni).

tadi internet ok. sekarang dah buat balik perangai, aku sekarang ni part 6/11. terpaksalah aku tunggu dia streaming. tak apalah kita tengok sikit2, nanti aku buat review lah.

aku suka berpuasa di rumah bersama keluarga. walaupun aku jenis berat tulang dan perut, aku suka sebab the food and the feeling. disini aku rasa kosong. aku selalu ingat pertama kali aku berpuasa di asrama, KML, masa tu aku beli nasi setapau, air. thats it. merenung dinding kosongku, azan, makan, duduk kejap, solat maghrib, lepas tu ke masjid. bilik aku dekat je dengan masjid. sedih juga. tapi itu hari pertama sebab roomate aku bertebaran merata-rata. hari-hari puasa berikutnya, more fun, sebab aku, man, nel, pergi beli makanan sama2. terawih sama2. since yang 2 tu lelaki, kami makan asing2. jemaahnya sama, dan sudah tentu lah aku solat dengan kaum sejenis. lepas solat baru jumpa, tu pun kejap, sambil beli juadah sahur. kalau nak melepak lama sikit, nanti warden sound. selalu juga lah man dan nel disound, sebab temankan aku melepak di cafe perempuan. bukan kami saja, kawan-kawan lain pun ikut serta. sambil bergurau-gurau. i miss the moment.

sekarang post grad, sunyi sangat. is not like this emptiness is the most dangerous thing in the world. cuma sunyi sepi. nasib baiklah in my case aku buat yang masuk kelas punya dan disertasi (bila entah nak siap haha). walaupun kelas tu relatively sunyi sepi juga. at least aku rasa tak lah se-mesirable kalau aku buat lab penuh.

ok lah nak study map kejap, esok nak cari kedai tayar. haha

Monday, August 24, 2009

Novel Remaja

puasa2 ni tiba2 aku teringat kepada satu novel remaja yang aku baca dulu-dulu. aku pun sudah tak tahu mana letaknya novel tu. judulnya Biarkan Aku Sendiri tulisan Ali Majood. novel ini kisah remaja yang terjebak dengan dadah.

antara ayat yang aku paling ingat, semasa watak utama (tak ingat pulak namanya apa..) ditanya oleh cikgu nya 'kamu dari mana', watak utama itu menjawab 'dari melawat malaikat riduan cikgu'.. hehe... masa tu watak itu high on ganja lah kiranya.

penutup cerita ini agak baik, kerana akhirnya watak utama yang penagih itu berjaya pulih dan mengetuai barisan pancaragam sekolah. kiranya from junkie to major lah.

satu lagi novel yang aku ingat selalu ialah Anak Kampung tulisan Abdullah Awang. cerita anak kelantan yang sangat menyentuh hati. aku membaca novel ini berulang kali dahulu. sangat mengasyikkan. watak utamanya ialah Adli. yang akhirnya setelah dewasa menjadi seorang ADO.

ada lagi satu novel... aku dah lupa tajuknya. kisah seorang anak gadis OKU, yang berusaha menyelamatkan burung enggang. ahh.. aku dah lupa tajuknya. novel ini aku baca sama waktu dengan masa aku membaca novel Anak Kampung.

novel Banglo Hijau mulanya aku rasa ini cerita hantu. kalau tak silap Banglo Hijau ditulis oleh Othman Puteh (arwah). dan satu lagi novel yang penuh emosi ialah novel Korban Sungai Manggis. yang ni kisah anak yatim piatu miskin yang terainaya. aku menangis baca Korban Sungai Manggis ni dulu.

aku tertanya juga kenapa penerbit drama belum buat drama berdasarkan novel-novel yang menarik ini. aku rasa aku pun kadang kala bosan kerna asyik disogokkan dengan kisah cerita cinta terhalang, cinta orang kaya-kaya, dato', kisah anak tiri dengan keluarga tiri, dato' itu dan ini. paling-paling nak lain sikit, mesti kisah anak derhaka, atau orang Islam yang hidup tak berlandaskan ajaran Islam, lalu mendapat azab. yang ni bagi dengan Rashid Sibir yang buat. mesti penuh emosi tengok. tambahan pula semasa bulan Ramadhan dan Syawal.

emm.. terlencong pulak.

apa pun aku rasa masa remaja ku (sekarang pun remaja juga, cuma dah menginjak alam dewasa sedikit demi sedikit), masa yang aku lebih banyak membaca. al maklumlah, dulu ada astro pun masa aku tingkatan 3. lagipun masa sekolah dulu mana lah aku tahu guna internet sangat, wikipedia? semua rujuk buku atau majalah ya beb. komputer pun tak tahu guna sangat. maka membaca buku lah.

kepada sesiapa yang berasa anak anda sentiasa melekat di depan TV atau PC bermain game atau PS3. maka boleh lah godek2 laman web yang menjual novel-novel remaja yang ku sebutkan diatas. agak menarik untuk dibaca.

p/s: ketika itu aku terlalu muda untuk novel seperti Lagenda Budak Setan.

Fahrin Ahmad dan Umie Aida.

malam sabtu aku menonton telemovie melayu di TV3 berjudul, bukan bidadari. emm.. tidak lah mantap sangat ceritanya. oleh kerana yang berlakonnya Fahrin Ahmad, maka ku turuti juga. sebenarnya tak tahu nak nonton apa, haha.. TV 2 menayangkan The Marine (yang 12 juta kali lagi suxx).

pasangan kepada Fahrin ialah Umie Aida. sudah lama juga tak nonton lakonan Umie. emm.. i think the most memorable from Umie was her work in Surah Terakhir, or something lah.. tak ingat sangat tajuk cerita tu. emm.. i never really like Embun. and Salam Taj Mahal... i didnt like the storyline. but i did like Romeo and Juliet.. versi Noor Kadir.

ok back to the story Bukan Bidadari. aku rasa bagus juga cerita ni. endingnya pun tak lah happy ending sangat, tak lah menyakitkan hati sangat, i mean like tergantung but just nice punya tergantung. watak Nafisah (Umie) bercerai dari suami ke2. tapi tidak rujuk dengan watak Husni (Fahrin). anyway, watak husni mengingatkan aku watak fahrin dalam datin dairies.

Fahrin as usual lah muka macam orang dah kawin (in real life he is single but rumors said he is dating someone named Sacha). tapi this time dia bukan lagi suami impian semua wanita like in Salina. dia macam suami yang berselingkuh (indonesian word for curang) dengan wanita lain. yang adding some extra salts to the story, si perempuan ke-2, Sherry tak nak pula kawin dengan si Husni.

ok. tak cukup dengan hormonal Bukan Bidadari, tadi, ada pula telemovie Takdir Tercipta (eh betul kah tajuk ni?) . sama lah juga pasangan lakonan Umie dan Fahrin, juga ditayangkan di tv3. macam biasa konflik suami isteri juga ditonjolkan. kalau dalam Bukan Bidadari berkaitan dengan isu rumahtangga pasangan yang ada anak 3, dalam Takdir Tercipta pula pasal isu suami isteri baru kawin.

isu lapok dalam Takdir Tercipta are; the wife refuse to have sex with her new wedded husband. (tak tahu lah why on earth wayang melayu suka highlight malam pertama thingy in their story, i think kalau dihighlight pun, scene tu jadi separuh masak, since skrip harus dibuat berhati2). ngelected husband. emm.. husband yang ada kesabaran ya hampoon... (yang part ni serius, watak recycle dalam drama Salina) i mean how many wife left for a work the day after the nikah? emm.. to bosses out there please hire this kind of woman.

*divert sikit ke bukan bidadari*isu lapok dalam Bukan Bidadari ada banyak, cuma apasal nak juga bila keluar negara mesti ke england. lepas tu kedai seramik di england tu siap tulis 'selamat datang' di pintu. nasib baik tak nampak plat number coupe suami ke-2 nafisah tu. kantoi kantoi... and nafisah makan sahur sorang2 tapi punya lah selera nak melantak sampai siap hidangan sayur masak lemak, kari bagai.. huhu... and husband ke2 tu.. baca buku teks tebal gila hardcover sambil lepak2 sampai tertidur atas couch/kerusi. haha aku tak rasa such book for free reading. dan aku setuju bila sebaris skrip watak husband ke-2 di tapis. sebab too offensive (subtitle tak pula dia tapis.. apa daaa..) lebih2 lagi bulan Ramadhan ni.

yang seronoknya, pelakon-pelakon dalam Takdir Tercipta ni hampir semua big shots, Umie Aida, Fahrin Ahmad, Azhar Sulaiman, Vanida Imran, Rusdi Ramli, Melissa Maureen Rizal.
tahukan both Vanida and Rusdi are award winning actors. and i loooovvveeeeee Vanida Imran in Perempuan Melayu Terakhir. actually i didnt really get the whole story (ni kena tengok balik ni.. sebab nanti ada tayang di Astro). and the resort in Perempuan Melayu Terakhir tu sangat lah heavenly haven punya cantik. emm.. i am coastal people, so aku selalu anggap pantai itu menarik.

nampaknya secara tak langsung boleh lah dianggap Takdir Tercipta adalah prequel tak sengaja untuk Bukan Bidadari. aku fikir begitu dan rakan jenayahku juga setuju.

so nampaknya hujung minggu ini aku asyik menonton sajian lakonan Fahrin dan Umie. dan semestinya aku tak bersusah payah tengok kedua-dua telemovie semata-mata nak tengok Umie Aida.. =)

p/s: aku suka lakonan arwah Hani Mohsin (Al Fatihah) dan Sidi Oraza (mana dia pergi huh?). and yeah.. Rosyam mungkin kegemaran semua... but not mine

Al-Fatihah

Takziah kepada Tuan Haji Wahid dan keluarga diatas pemergian anakanda yang dikasihi. semoga tabah dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

recently from others' blog i read about fatal accident in Perlis, involving uniMAP students. make me feel so sad. i dont know the victims but i do feel sorry. and 2 of the deceases were from sabah and sarawak. most likely they went to KML. i hope the parents and families stay strong to endure this test.

i remember read something on a paper, may be a book synopsis. the text said something more or less like this, 'if you lost your parents, you'll become an orphan, if you lost your spouse you'll become a widower, what you'll become if you lost a child?".

for me, if you lost your child you will never recover...

young souls returned to The Creator, remind us how short this life can be. so be nice, be grateful, and stay in love with your love ones.

my deepest sympathy for those who lost their child and love ones.

Al-Fatihah and RIP.

Friday, August 21, 2009

Ahlan Ya Ramadhan

selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Thursday, August 20, 2009

I want

we always want something we cant get. thats normal. what about we get everything we want but all we want are wrong things? is that normal?

ok, here is my newest wishlist (konon).

1. a camera. i dont know if i can handle or want dslr. it is too expensive, too big, and being me i know my interest on the camera only last for few months. so i guess, the main criterias for my future camera are, 1. affordable 2. satisfying and suit my need 3. i can use it for long time. 4. user friendly
i think i prefer camera with disposable batteries like my dad's canon. because i hate tangled with charger wire, and while i am in the middle of nowhere (i.e. field work, or stuck on the beautiful island) how am i going to recharge my battery? (believe me such thing happened few times before).

i prefer Leica. owh my.. Lomo is good, but Leica? is tempting!. i dont know how these two are different... emm.. but we know Leica will cost me (read: my dad) a fortune.

2. a new laptop.

Dear my Father,
I really want/need a new laptop, can you buy 1 for me?. I always love you.

Thank You,
Your Daughter, me.

3. musical keyboard. i am orang kampung. typical orang kampung like me didnt go to professional musical lesson. i only played melodyhorn when i was in primary, in music class (ada kah lagi kelas muzik sekarang?). therefore i cant read musical notes.

i always have interest to play musical instrument. so i plan to get myself a cheap musical keyboard. i think i can pick up one or 2 beginner skill from youtube. cheap keyboard from nearby supermarket pun boleh. start learning to play by ears (macam terer.. haha).

4. English lesson at British Council.

you read my blog. you know instantly i need English lesson. hopefully i can take TOEFL soon. i need this TOEFL sometime in future.

5. sweet company.
i was so glad yesterday, after quite sometime finally i had lunch with people. real people from lab. usually i eat my lunch alone with my laptop in my room before off to lab. but i had my dinner alone =(.

i dont know how to ask people out. most of the time i just try my luck. but everyone is busy. i dont want to pesting people around. so i think the best company now is my laptop, and internet. so please understand why i am furious whenever the internet is disconnected. thats why i balik kampung every weekend (at least balik putatan) i cannot stand spending my weekend with empty atmosphere. i need real human connection. internet, blogging, facebook are only filling in the void on temporaily basis. all these so called technologies, or whatever will never replace real human's touch.

p/s: khairunie, your blog is cool. i like it. keep on blogging and oh yeah.. clicking and snapping. thank you.

Wednesday, August 19, 2009

gaya bebas

Mula-mula sekali, aku nak bergembira kerana Kahuna dah menulis kembali. sebenarnya dia dah tulis 2-3 post dah. kerana waktu bulan puasa biasanya post-post Kahuna sangat menarik. tambahan lagi jika beliau memasukkan entry makanan dan masak memasak.

Kemarin juga aku terjumpa blog milikan Hanis Zulaikha. ramai yang kata belog dia menarik. emm.. menarik juga. aku selesa membaca belog beliau kerana tak dipenuhi dengan bicara mekap tepung goMAC. apa pun belog beliau cool. saya rasa dia seorang pelajar cum model. dan saya rasa, rasa saya tepat.

saya juga suka blog My Anger. malas nak nyatakan sebab musababnya. terlanjur cerita pasal My Anger. emm.. saya nak kacau-kacau sikit pasal politik, sejak kapan Tok Guru jadi broker sorga?. kita sebagai umat Islam, umat manusia, hendaklah berusaha untuk mendapat pahala dan syurga. maka, tak perlu lah seorang Tok Guru nak tentukan, parti mana masuk neraka, masuk sorga, whatever. btw, I always like Tok Guru. kepada orang-orang di luar sana, jangan lah maki hamun (name calling) Tok Guru, dia pun manusia juga dan boleh berbuat kesilapan.

ok tutup pasal cerita from all around the blog.

emm.. cerita pasal masalah tempatan pulak. aku tak tahu lah apa jenis polisi yang digunapakai sekarang? polisi apa kejaddah? polisi haramjaddah? aku dah penat lah meluah perasaan. aku rasa ini lah dinamakan bila kaduk naik ke junjung. tahu lah kau ada kuasa, tapi emm.. releks boleh tak? polisi itu, ini, ini tak boleh, kena ikut prosedur baru. oh come on...

tahu tak? sedar tak? how lousy we are? with these policies, haha orang jadi bertambah malas, malas nak layan. nasib baik kalau malas nak layan, kalau malas nak kerja, kan kah sudah jadi lousy kuasa 2 kali 14. jangan ingat kita 'this big' lah. kita ni nak keluar dari kepompong lousy pun belum.

i love the place. the sea view... subhanallah. aku tak tahu lah ada berapa tempat di malaysia ni yang ada pemandangan seperti itu, dan buat kan aku rasa nak kerja sana sampai pencen. Opppss... hold on a moment. the policy.

apa kes lah semua ni. i feel like this is the time for me to pull the bigger string. aku dah beritahu dulu, do not cross me the way i dont like. ok lah you may keep the money. simpan lah duit beribu raban tu. bila orang kita nak apply funding dari luar, orang luar kata apa?, "korang punya proposal ni boleh ditampung perbelanjaannya oleh pihak pengurusan dalaman". nak juga aku mencelah, "encheck, kalau lah pihak pengurusan dalaman tu sangat murah hati nak beri kami duit, tak adanya kami susah payah hantar proposal dengan orang luar nak minta funding".

now, like i said, boleh simpan duit tu, buat beli chemicals, lepas tu sedut wasap chemical tu beramai-ramai. biar high dan tipsy semuanya. puas hati. psst it is not YOUR money pun duit tu. dah alang-alang orang tak nak, apa lagi yang nak dibuat? menghanjeng saja lah. tak kan nak menjilat pulak?

tak faham aku. semuanya gantung.
............................................

last week, aku ikut satu majlis perbincangan ehem ehem. seat dalam dewan tak cukup, so aku yang sememangnya datang lambat ni tak lah masuk. after lunch hour aku masuk lah. selit-selit ada juga seat kosong.

secara bidan terjunnya aku diberi tugas untuk jadi tukang catat maklumat semasa sesi soal jawab. aku buat lah bukan susah sangat pun, and helped me to focus with whats going on. me with another friends lah buat kerja2 amal jariah ni. kami pun rasa ok saja nak buat kerja ni. ala.. simple duduk, coret2 apa yang dapat dicoret, al maklum lah jepun cakap inggeris, yang catatnya orang malaysia. senak juga nak perhati butiran perkataannya.

biasa lah kan, bila ada majlis perbincangan ni, ada lah gift, pen, paper bag, goodie bag segala. goodie bag aku tak dapat, sebab tak cukup, and its ok lah, beri lah kepada tetamu yang grand lagi berpangkat tu. masa aku jadi tukang catat pro bono, aku minta lah pen cenderamata, well since aku mencatat, so i think appropriate lah juga aku minta pen tu. the pemberi pen punya lah buat muka Haram tak nak beri pen free tu. siap berkerut2 muka tanya apa hal aku nak pen tu. i said, aku mencatat. dia pun beri lah juga pen secoet tu. pen tu ada reben, jam2 tu juga aku cabut reben tu.

aku bukan lah nak kemaruk dengan PEN. cuma nak cendera kenangan saja. padahal boleh je aku rembat pen tu masa kat kaunter, jangan kan pen itu, pen dan note pad hotel pun hampir jadi mangsa rembatan aku. tapi aku sedar-sedar diri juga lah. hotel grand, tak kan aku nak buat perangai kan.. dah lah aku melantak tak hengat.

aku mampu je nak beli pen sebungkus. since everyone is high on policy thingy right now, i just follow the flow saja. aku pun buat policy aku, dah yuran mahal mencekik, so polisi aku ialah, rembat apa yang boleh rembat. not because i want all things i rembat-ed, just sagu hati for broken heart saja.

as for the person who bermuka masam kerna tak nak bagi cendera mata pen tu. hahaha... apa kau ingat kau besar sangat. i'll spare u for now. kau buat lagi memang kau nak kena. hokeh. sudah lah tu, aku tahu aku ni menganggur kau bekerja, so apa? kau rasa hebat lah?

apa pun aku berjaya merembat satu note pad. bukan hotel punya ya.

Tuesday, August 18, 2009

Blog itu dan aku.

sebenarnya aku pernah jumpa blog ini sebelum-sebelum ini. aku rasa melalui aktiviti melompat-lompat blog yang selalu aku lakukan. dan aku rasa aku ingat macam mana aku terjumpa blog ini pada mula-mula dulu.

pelik atau tidak, aku rasa aku pernah dengar nama si penulis blog ni. bukan dalam internet atau alam maya. surat khabar pun bukan. tapi melalui perbualan organik tanpa teks (sekarang aku sangat menghargai perbualan tanpa teks). mungkin beberapa bulan lalu. itu pun kalau betul ini nama sebenarnya. atau aku keliru. jika di godek-godek, rasanya aku akan terjumpa pangkal cerita.

apa pun aku suka blog ini. terutamanya bahagian tatabahasa Inggeris. belum ku masukkan ke linknya dalam bloghopping. kemudian lah. jangan risau, aku tahu mana nak cari url itu. haha.
.........................................................

Perbualan Tanpa Teks.

percaya atau tidak, aku (sekurang-kurangnya aku) sekarang lebih banyak berbicara dengan teks. kamu bagaimana? ini jenis komunikasi kah? aku selesa bicara dengan teks, pertama kerana ehem ehem. ke-2 kerana aku susah nak maintain eye contact. terutama dengan Boss atau apa-apa yang merujuk kepada seseorang lebih berpangkat dari aku. tapi aku tak suka sms. kerana tak suka menaip hanya dengan menggunakan thumbs.

aku ni sudah besar (dewasa). acapkali juga aku melarikan diri (literally) atau mengelak nak berselisih dengan orang. pemalu kah aku? pelik kah aku? Bila aku mengatakan bahawa aku mahu memakai helmet/topeng paintball ketika berjalan-jalan, supaya tidak dapat dikenalpasti oleh orang yang dikenali. aku maksudkan apa yang aku kata. literally. setakat ini belum lagi. harap-harap tidak.

bila berbicara secara terus, aku ada satu masalah besar (ada masalah lain lagi). bila aku berborak-borak, i dont know how to stop. i want to stop, but i dont know how. maka, perbualan akan meleret. kalau dengan jenis yang laser, sah-sah aku kena halau. which i am ok lah. sebab at least the conversation is stopped. so most of the time i hope the person i talk to is the one who going to terminate the conversation. if not, i only hope a phone call, or someone will knock the door, or walks into the room, and the bloody hell long conversation will be automatically terminated.

aku sedih bila aku bersusah payah untuk log in YM. tapi tiada siapa untuk aku berbicara dengan teks didalamnya. Razman, i always want to talk to you. but other than what we have already said or discussed or chatted, I dont really have thing to say. sorry buddy. macam mana nak lebarkan tajuk perbincangan?. I know, I dont think he has interest to talk about politics. but i can always try Sci Fi. or science. but it makes me sound like geeky from Mars. when i talk about science, i always talk about evolution. of course no guy in this country wants to have casual conversation about evolution thru the phone. susah payah telefon, lepas tu cerita pasal darwin? waddajadah... and, the theory itself is still considered offensive to this side of the world. so how? apa yang aku mahu cerita?

filem? mahu cerita pasal apa? filem holocaust atau filem yang ada gay kissing scene mudah menang oscar? my favourte Sci-fi's? animation? cerita basi betapa aku suka Al Pacino?

muzik? about i start to listen to siti nurhaliza's? or i tune to indo's pop? Razman's music taste is general. i dont think dia ada favourite band or musician. if any, seriously, i dont know about it.

sukan? bola sepak Inggeris?. atau obsesi kemarin tentang david beckham? does Razman minat bola? i know he used to play basketball and canoe. football?

jenaka? poop jokes? political parody?

politik? no no with Razman. he is a decent soul, i refuse to corrupt him with politics.

hal ehwal semasa? emm... ini perbualan kasual. again about what???

alam sekitar? hahaha whenever it is related to science, usually darwin's theory is included. or milankovich's. ada berani?

internet? i have been bugging him for quite sometimes, suruh buka FB. buka FB. and finally dia buka juga. just dia bukan online sekerap aku. so his account is still in hiatus. me different, kalau 1 malam tak buka internet, i feel wierd. kenyang-kenyang menghadap skrin (makan depan laptop).

rancangan masa depan/angan-angan? always ended with the kahwin topic. which i dont like to discuss with male friend. with girls, ok.. sebab memang girls, 50% cakap pasal kawin (yang bujang), 30% pasal shopping, 20% lain-lain. yang kawin, the 50% ialah pasal rumahtangga, anak-anak, keluarga dan cerita dapur-dapur. so with girls, if i refuse to talk about kawin, cintan cintun, i'll miss 50% of conversation.

maka, sekiranya ada apa-apa yang hendak diperkatakan? atau cadangan untuk tajuk perbualan saya bersama kawan. sila teks saya.

Monday, August 17, 2009

Rambling

internet slow ni sekarang ni. tiada mood juga untuk blog. tapi aku sangat lah bosan sekarang. as usual i exactly know where am in going if i bored. tak payah lah menulis panjang lebar pasal tu. blogging and FB keep me company. pathetic. sangat pathetic.

about my study, tadi masa melipat2 kain. i told myself, i'll keep on doing this until i finish what i started or until little voice in me say 'i dont want to do this anymore'. which ever come first. i am always a student in my heart. for now it is really frustrating and eating me alive. i guess i think too much when ever i am doing house chore.

aku tak tahu mau cakap apa. my status now, whenever people ask me when i am going to finish my study, my answer is not something warm. always laced with cold hard words or sometimes vulgar. so better dont ask.

frustrating satu hal, demoralising satu hal. i feel like screaming everyday. i need to keep my sane, think straight.

I am more than you think I am. beware.

Saturday, August 15, 2009

Hi Mr. B.

aku ni padahal berjam-jam saja menghadap internet. tapi blog tak update. ada yang menarik tapi aku tengah jadi tokey gambar sekarang ni. for good old time sake. ok lah, macam ni macam biasa, akan ada pembaca yang berminat untuk mengetahui cara-cara mengawet bangkai (oppss specimen).

aku dah tulis panjang lebar dulu here.
bagaimana cara nak mengawet. aku punya English tak berapa bagus ok. dan aku malas nak merujuk segala buku kamus tatabahasa nahu Inggeris. maka aku tulis tu dalam bentuk Bahasa Malaysia gaya bebas (rojak). aku belum pernah jumpa laman web berbahasa inggeris mahu pun buku berbahasa inggeris tentang cara-cara mengawet binatang/specimen. dah puas aku google. kalau ada nanti akan ku paparkan link diblog ini. its ok, aku suka gak jadi tukang google pro bono.

aku tulis yang panjang lebar dulu tu pun selepas aku masuk kelas mengawet. dan berpandukan buku manual lab yang dikarang oleh pembantu makmal aku. pembantu makmal aku sangat mahir dalam hal ehwal mengawet specimen sampai dia boleh sediakan manual. kau nak tahu macam mana nak belajar, ha kau kena berguru dengan dia lah.

so this is practical and technical matters. anyone can learn how to preserve specimen. all you need to do is learning and practicing. so apa tunggu lagi.. pergi cari tikus sekor, pas tu belajar mengawet. korang pulun baca manual english kah, melayu kah, atau kemboja kah.. kalau kau tak pegang, bunuh, jahit sendiri tikus tu kau tak kan dapat tahu macam mana nak awet jogak.

kalau nak buat report makmal. aku tak kisah korang tiru aku punya entry hazab tu. tapi olahkan ayat tu. if your lab report must be written in English or German or whatevar, just simply translate. free saja aku kasi cara-cara tu... dan aku tak akan buat tatacara mengawet binatang dalam bahasa Inggeris.

selamat mencuba!

Monday, August 10, 2009

Sci-Fi

if you read my previous science or movie labeled postings, you may know I am a fan of movie Planet of The Apes and evolution. actually I study evolution in general and my current field is Taxonomy (which is related to evolution). I think Planet of the Apes is awesome. even I havent watch the original movie, but Mark Whalberg's version is pretty cool to me.

I know this isnt a real science, but sci-fi. anyway, last night I watched Journey to the center of the earth 2008. i dont care much about CGI or technical part. but the story is awesome. I never read Jule Verne's novel. but from wiki, I think it is brilliant.

when the movie was showed on cinema, i thought it was just something like The Mummy's series (because of Brendan Fraser). I was kind of sceptical about this movie. When my lecturer mentioned about this movie while we were discussing about volcanic, continental drift, evolution, and biogeography. I was so in mood to watch the movie. I did last night, and it was great.

I am not really into sci-fi or pop-sci movie, I never like star wars, or star trek, but I think now, Journey to the Center of the Earth is the greatest rival for Planet of the Apes for my most favourite sci-fi movie.

I watched the old version movie of Journey to the centre of the earth. but i didnt like it, actually i didnt finish, lost interest soon after i watched first few minutes.

emm.. another my all time favourite is The Abbys by James Cameron. I always like Ed Hariss, but I think I like him more if he played antagonist character. like the German sniper in Enemy of the Gates. haha.. about The Abbys, I actually believe it, emm.. not the alien part, but the part when Ed Hariss gulped down some kind of liquid that eneable him to breathes in water. I think such kind of liquid is exist, of course this breathing in water idea is merely possible in laboratory controlled condition, too ambitious for real situation like in The Abbys. but who knows... haha.

Venting

I am not allowed to apply for the financial assistance scheme. I'll be just fine and ok if they just stamp my form and reject it (after consideration) later. I dont mind if I dont get the money. but not allowing me to apply is just to harsh. I paid a lot. They ripped me off quite a lot. I am not allowed to apply, why? because I am not doing research?. so what the hell am I doing in my lab? if not research. I have been there since a year ago. the policy is unfair. explain to me why I am not allowed to apply, on what reason?. It is ok to reject my application, but stop me from applying is a marginalisation.

may be their fucking policy is base on, "if she cans afford RM 15000, why should we give her RM 1000". you know what, i wont let this go, becauseI after more than just money. If this is only about RM 1000. I'll just let it go. life is easier without their money. This is about fighting for my right. my right to be treated equal. yes, i demand them to treat me equal.

they have been treating me like step child ever since I enrolled. pushing us (me and peers) here and there, like we are not the legal student who paid the fee. I am registered. This is blatant discrimination. why dont just cut the amount of financial assistance scheme for people like me. why dont have 2 categories of scheme? say like the full research can apply max RM1000, while the non research/non full research can only apply max RM 300 or at least can apply. lagipun yang macam aku ni bukan ramai mana pun.

I gave my heart to them, they waste no time to break it. I wont cry, I just Maki Hamun. actually I plan to do more than just maki hamun. so lets the head roll.....

Sunday, August 9, 2009

Gossip Wartawan Melodi

haha... aku ingin mencemar blog ini dengan gossip murahan. yang ini betul punya. tadi kira2 pukul 3 petang aku hantar kawan ke airport kk, KKIA terminal 1. so kebetulan ramai lah juga so called artist and celebrity ada disana, sebab penerbangan ke KL. malas lah juga mau ambil gambar. antara yang aku sempat tengok, Dato' Aziz Satar (n his wife), if i am not mistaken Kak Yan, (azean irdawaty pun ada), dan pelakon kanak2.. (not sure his name, Edrus? Idris?). bukan selalu artist datang KK secara beramai-ramai ni. oleh kerana last night ialah malam FFM 2009, maka ramai lah.

selain dari artis2 tu aku juga terjumpa dengan petugas TV3 dan wartawan. tak lah mereka dalam entourage.. cuma mungkin 3-4 orang. the rest of artist yang aku mention diatas tu humble2 semuanya. baik saja.. macam orang biasa. aku cuma duduk perhati2 (sambil tunggu boarding time).

wartawan melodi ni aku tak tahu sangat namanya... tapi ada 2 orang, ke dua-dua nya lelaki.. satu tu yang berambut panjang, satu lagi berambut balung ayam.. (muka orang asia sangat tak sesuai berfesyen mohican). aku kasi nickname time tu jugak sebagai Mat Bulat. kru Melodi ni dihantar ke airport oleh 2 orang perempuan. (ada lagi kru lain, aku tak kenal lah siapa.. just 2 orang wartawan tu saja aku kenal mukanya). aku fikir mula2 the girls 2 orang tu akan fly sekali dengan Mat Bulat n gang melodi tu. rupanya tidak.

masa nak boarding, mereka bersalam-salam lah dengan perempuan 2 orang tu. lepas tu aku nampak perempuan yang berambut peroxide blonde tu berpeluk dengan si Mat Bulat so si Mat Bulat berbalung ayam ni, sudah peluk erat, cium pula pipi.. (aku ingat sekadar tu saja, ala fesyen orang liberal bersalaman, tak cukup peluk nak cium). pipi sebelah menyebelah dah cium. cium bibir pulak.. Mat Bulat ni nak mengesahkan di depan khalayak dia bukan Gay kot.... haha.. al maklumlah muka Mat Bulat ni ada ala2 natural born gay look. (ermm... disclaimer: i am not lah konservatif sangat.. but cannot tahan lah dengan perangai Mat Bulat tu).

bercium bibir didepan khalayak. bukan lah tak pernah dibuat oleh orang lain. tapi aku syorkan wartawan Melodi tv3 serbu dan terjah kawan-kawan mereka sendiri. kita semua tahu how kurang ajar soalan2 melodi kepada artis. aku ingat lagi, masa wartawan melodi interview M. Rajoli tengah sakit. boleh2 dah pak cik tu sakit, sibuk pula dia tanya soalan peribadi (about M. Rajoli's first wife). weeping lah pak cik tu.. dah lah dia sakit, bertambah sedih pula orang tua tu. apa tak kesian ke?

michelle pulak pernah tanya seorang DJ international tentang gaji dia.. haha.. bodoh punya soalan.. sampai the DJ tu macam tersipu2 pulak.. soalan weird gila punya bodoh. korang pernah jumpa stranger lepas tu tanya gaji. tahu lah kau tu wartawan, sila tanya soalan bijak sikit. supaya kau tak nampak sangat siyall depan tv. buat malu negara.

sekarang kita semua tahu wartawan melodi ni kalau nak memalukan artis memang dia nombor satu. konon nak menyingkap kebenaran. menyingkap kebenaran tu pretext sahaja. sebenarnya nak memalukan orang. kan ada kes2 artis kena bambu cukup kaw dengan wartawan. nah tengok rupanya wartawan melodi sendiri berkelakuan sumbang didepan khalayak, bercium-cium bibir, berpeluk-peluk. hoi Mat Bulat, kau datang KK, jangan lah buat kurang hajar.. cilakak betul kelakuan Mat Bulat berbalung ayam tu.

insaf lah wahai wartawan Melodi, dah lah selalu tanya soalan kurang hajar, suka korek kisah dalam kain orang, last week, terkejut juga kisah orang bergaduh laki bini boleh mereka siarkan sampai 10 minit (or so..). kurang hajar tak kurang hajar tu.. aku dah macam malas nak tengok melodi sekarang ni. kalau aku tengok pun, untuk bikin modal mengutuk kelakuan dan soalan terjah terkutuk melodi tu.

sekarang wartawan melodi, Mat Bulat yang berkelakuan tak senonoh di depan khalayak, terjah jangan tak terjah. nak juga aku tengok macam mana si Mat Bulat ni buat damage control. selalu dia yang tanya soalan2 cilakak. last2 diri sendiri yang bercium mulut macam cilakak. (tak tahu lah kalau perempuan peroxide blonde tu bini nikah mutaah dia, tapi kalau bini pun, hagak hagak lah Mat Bulat woi...).

korang boleh lah click sini untuk tengok muka-muka wartawan melodi. yang aku jumpa bercium mulut tak hengat tu yang Mat Bulat berbalung ayam.. korang pandai2 lah padan kan description dengan gambar dia. tak lalu aku nak tempek gambar Mat Bulat tu di blog ni.

kepada artis2 malaysia jangan takut dengan wartawan hiburan ni. kalau wartawan nak hanjengkan korang, jangan retreat, hanjengkan balik mereka ni.

Saturday, August 8, 2009

I am moving

dear all, My current address is Facebook.com. I practically live there. Pathetic =(

Thursday, August 6, 2009

Festival Filem Malaysia 2009

baru saya tahu kenapa Mamat Khalid ada di UMS, rupanya akan diadakan Festival Filem Malaysia 2009 di sini. sebenarnya sedang berlangsung, banyak aktiviti (mungkin Mamat terlibat dalam simposium atau seminar atau bengkel berkaitan filem).

famous people from KL are expected to come to KK this weekend. maka jika anda adalah kaki wayang atau penggemar arus pop tempatan boleh lah pergi berhujung minggu di KK. siapa tahu anda mungkin dapat bergesel bahu dengan orang-orang mahsyur (rub shoulder with the famous).

info selanjutnya boleh dilihat di sini

Wednesday, August 5, 2009

Hot

KK is sooo blazing hot. literally. plus with haze, wah... seems like i dont want to leave my berkepam room. because the sun ray is really hot and striking. (apa aku mengarut ni). kapish!. pergh... panas beb panas... mana tak aku melayang menghadap fb, siang bawa ke pagi bawa ke siang ke malam... panas yang amat. nak pergi lunch pun fikir 2 kali. nak start kereta yang di park tempat tanpa bumbung... pergh.. i tell you beb.. seksa gila2.... the heat is really something can easily crack you nerve.

I cashed in my cheque earlier today. Alhamdulilah after months of bureaucracy problems. hopefully everything will be ok after this. financially speaking. another thing done today, i submitted my application for student financial assistance to be signed by boss. dapat tak dapat belakang kira, yang penting minta dulu. mana yang boleh balun, rembat, rembat sepenuhnya. i know step child like me ni most likely tak kan dapat. but who knows kan, rezeki.

pergh... panas lah really panas.

now i dare to say, i fall for Java, at least West Java. ermm.. may be i sound like i am kejakunan. but trully, as much as I want to travel across europe, my first (sponsored) trip to Java was an eye opener. now i really want to explore southeast asia. yes this region. i think that is more realistic travelling goal than europe. yes, i cant afford to travel to europe. but when i check travel agency's website, i think in 2-3 years i can afford to travel around SE region.

friend of mine just came back from his trip to Timor Leste. yes, Timor Leste. me, being a Sabahan, of course i feel sceptical about it. hahaha Timor Leste is not likely a country any Sabahan will choose as a vacation gate away. if you are a sabahan, you will understand why. but from picture he uploaded.. wow.. i think Timor is an exotic place to be explored. Hiking in Timor.. how cool is that. add another notch on my belt. I have already Hiking in Sabah, Hiking in Java, why not Hiking in Timor?

another place that i keep my eyes close beside Java is Cambodia. yes, also trigger by photos uploaded by the same guy who went to Timor. Yes, i would like to go to Cambodia, it is a very historical country, unique, and i think plenty to see and explore there. and from the same travel agency's website, they do have Cambodia package. affordable. i think since i can contact the owner of agency directly via email or phone, i can nego a discount or something. I am a regular reader of his blog. I want to see museums, and of course the Angkor Wat.

back to Java, emm.. actually I am calculating how much will it cost me if I go to Central Java, i think 4d3n trip will be good enough to see Central Java. I know i need more time if i want to explore the province in and out. since i have few contact in Indonesia, so.. emm.. still calculating. (4k is not that much- reality!). emm.. may be i put this plan on hold, until i have real extra money on my side.

what i dont like about package offered in travel agency i mentioned above is the tentative. too many shopping spree tentative. ehem.. i dont fly all the way to Java so i can explore shopping mall. i want to see the people, their culture, what i cannot see here in KK, i mean of course lah kita serumpun. tapi mesti ada kelainannya.

I was lucky, when I went to Bandung, and didnt stuck in factory outlet. I can buy shirt in KK or even in Membakut, and actually i have enough shirt to wear. kenapa malaysian kalau pergi berjalan kena beli ole2 or membeli belah? plenty to see in Bandung. terima kasih lah kepada penaja yang telah arrange excursion yang menarik ke volcano2 around sana.

I like makan2 juga masa jalan2 ni. tapi tu lah.. my throat can gulp down almost everything, but my stomach is sensitive to almost everything jogak.

emm... sangat dalam exploration mood. tapi ironiknya aku tak ikut ekspedisi ke muaya. sebab aku dah pergi 2 kali, and so not in mood nak pergi field sekarang.. baru balik dari workshop, nak pergi field, and lepas tu ada seminar pulak minggu depan.. hush.. penat tu. so better focus on apa nak pakai time seminar minggu depan. but i hope i can join next expedition to kinabalu after raya. hehe.. bcoz my ex big big boss pun bakal join, and my former teachers pun most likely joint, sebab ni kerjasama between my current alma mater and my former.

short term plan.. biar lah aktiviti bersukaria bersama rakan di gunung berhampiran tercapai dulu. lepas tu baru.. 2nd short term plan. aku nak pergi melaka haha.. nak makan cendol and pergi penang nak makan char kuey teow. ha.. yang ini pun dah berapa tahun tak terlaksana sampai sekarang. Labuan? ni another projek berjalan2 bertaraf gajah putih.

so? jauh perjalanan luas pemandangan duit banyak habis. hehe

Tuesday, August 4, 2009

West Java vol 2.

Bogor Botanical Garden
Dutch Cemetery
Lake Situ Patenggang, Mt. Patuha, Bandung
Bogor City
Bogor Botanical Garden

Lake Situ Patenggang

Monday, August 3, 2009

West Java vol.1

i was too lazy to update my blog last week. here some pic taken when i was in West Java. more piccies and update later
Tangkuban Perahu

otw...
Cibodas

Cibodas

Kawah Putih, Mt. Patuha.

Mt. Patuha


Cibodas