MEH LAH KLIK...

Thursday, July 9, 2009

PPSMI

satu lagi wawasan Tun M. malangnya kita tidak mahu memikul beban yang berat. jika memikul beban, bukan berharap beban semakin ringan, tapi berdoalah untuk mendapat tulang belakang yang lebih kuat.

silap faham yang terbesar dalam isu PPSMI ialah ramai yang PPSMI adalah berkenaan Bahasa Inggeris semata-mata. sedangkan tujuannya ialah untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang sains dan matematik. dalam bidang sains dan matematik banyak istilah bukan bahasa melayu yang dimelayukan, disadur.

apa pun oleh kerana masalah perlaksanaan, orang kita pun jenis tak mahu bersusah susah dahulu, cikgu pun malas nak mengasah kebolehan berbahasa Inggeris (disalahkan murid yang kononya tak faham ajaran inggeris itu), maka termansuh lah PPSMI.

dalam belajar kita harus sabar, tak boleh carca marba, tak boleh gentar, tak boleh lekas mengalah, begini lah hasilnya kalau lekas mengalah. separuh jalan. masa terbuang, hasilnya kosong.

PPSMI tidak akan menafikan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu harus dikembangkan oleh kita semua. Tokoh-tokoh bahasa seharusnya menggali semula bahasa Melayu lama supaya istilah lama dapat digunakan semula, terutamanya dalam bidang sains dan matematik. Kembangkan bidang sastera, bukan kah bahasa lebih cepat dipelajari jika banyak kosa kata. bagaimana hendak meningkatkan kosa kata? dengan membaca.

asyik menuding jari menyalahkan bahasa sms, menyalahkan PPSMI tidak akan meningkatkan Bahasa Melayu. perkara yang lebih elok ialah, memperbanyakkan tulisan buku-buku Bahasa Melayu. tidak kira lah dalam bentuk novel cinta jiwang, atau puisi tahap tinggi atau mana-mana antara kedua itu.

berapa ramai yang tahu Tun itu sebenarnya bermaksud Tuan, Sri itu maksudnya cahaya/sinar, dan Lanang itu maksudnya Lelaki? Tokoh bahasa, atau ilmuan, atau tokoh apa-apa bidang ilmu sepatutnya tidak dibelenggu dengan sepak terajang politik. biar politik dengan ahli politik, mereka arif dalam bidang itu. memperjuangkan bahasa tapi dengan ada tangan-tangan politik yang menjadi batu api, sudah tentu tidak akan kemana.

aku sokong PPSMI. PPSMI bukan lah kerja semalaman, ini bukan hikayat siluman dan dewata. PPSMI sekarang akan beransur dimansuhkan. tunggu dan lihat hasilnya, terima lah akibatnya.

No comments: