MEH LAH KLIK...

Wednesday, July 1, 2009

layout sudah bertukar / yang urgent

actually i am busy. tapi masih chill chill. tiba2 banyak benda mau kasi selesai. Alhamdullilah dapat sponsor. Thank You.

banyak benda aku mesti buat dalam masa 2 minggu ni
1. buat pasport.
sudah ambil borang. tapi belum hantar, sebab tadi aku selamba datang ambil borang, tapi duit tidak bawa cukup-cukup. kejap lagi aku isi borang. esok awal2 pagi lagi aku bercadang nak pergi imigresen.

level: urgent 5/5 bintang
status: pending

2. beli tiket.
tiket balik sini murah. tiket mau pergi sana aku pening. aku check 3 airlines (garuda air aku tak check, sebab tak nak naik Garuda Air). masalahnya mahal dan transit. mahal gila ok. hentam saja lah labu.
aku harus email kan jadual flight secepat mungkin.

level: urgent 5/5 bintang
status: pending

3. dapat kan vaksin
dengan kekecohan global pandemic sekarang ni, aku consider nak ambil vaksin di hospital kerajaan. tapi tak pasti lagi lah.

level: urgent 3/5 bintang
status: pending dan ragu-ragu, perlu kah? apa vaksin dia nak suntik tu?. suntik? oh tidak... i tak suka.

4. membeli-belah.
banyak gila benda aku nak beli. kan aku ni shabby crappy. kasut hiking, topeng, ehem.. ehem...
tudung. aku bajet MYR 200.00 sahajork.

level: urgent 4/5 bintang
status: ragu-ragu, pening macam mana nak berbelanja lebih nilai untuk wang.

*ceh kepentingan membeli belah lebih tinggi dari mendapatkan vaksin.

5. building stamina
mana tau aku kena memanjat gunung ganang gua, berlari 3 kilometer sehari. aku kena build stamina supaya aku tak nampak crap.

level: urgent 4/5 bintang
status: sudah start minggu lepas.

6. roaming kan handphone, dan segala2 pasal handphone.
aku tak pernah travel alone ok. walaupun dah tua bangka ni, ke kk pun habis orang kampung aku hangkut tolong temankan. so aku kena sentiasa berhubungan dengan orang tersayang, therefore, wajib lah roaming2 ni.

level: urgent 5/5 bintang
status: pending

7. berkemas
aku sekarang praktically live in my suitcase. sebab seminggu aku tidur didalam 3 buah rumah. so ini aku kena buat sikit2. sebab aku berkemas memang lambat, selain barang aku memang berterabur antara 3 buah rumah itu.

level: urgent 3/5 bintang
status: pending kot?

8. tukaran wang
ni kali ke-2 kot aku nak bertukar-tukar wang asing ni. dah check rate minggu lepas. ok lah ratenya itu. emm.. aku ingat nak bawa 10-20 dollar emareka. bajet dalam MYR 1000 sahajork. iyo lah dah agak2 tak banyak duit, buat lah macam tak banyak duit hokeh.

level: urgent 2/5 bintang
status: pending lah jogak....

No comments: