MEH LAH KLIK...

Wednesday, July 8, 2009

Appreciate his music, and just let him go.

asyik cerita 'hari ini' jak aku 2-3 post kebelakang kan. ok lah cerita pasal semalam lah. upacara peringatan Micheal Jackson telah dilakukan secara besar-besaran. aku tak tengok, cuma dapat live feed dari Kaka.

bila tadi pagi, aku buka radio (aku tiada favourite channel, selalu tukar2, tapi selalunya hitz.fm lah), ada diulangsiar ucapan anak perempuan Jackson, Paris, lepas tu terus diputar lagu You are not alone. entah kenapa aku sangat lah feeling mendengar lagu tu sambil memandu, sememangnya memang lagu favourite aku lah You are not alone. sedih sampai macam nak termengalir air mata. kejap tadi, masa balik dari beli makanan, ada siarkan lagu yang dinyanyikan semasa upacara peringatan (dari Jeniffer Hudson), pun aku masih terasa sedih sikit-sikit.

aku ni memang, bila orang meninggal lepas tu anak dia masih kecil-kecil (anak Jackson tak lah kecil sangat, tapi masih anak-anak kan..) lagi aku bertambah tersentuh, dalam skala 20-30 kali lebih dari aku tersentuh hati yang biasa2. sah-sah lah Jackson tu bukan 2-3 pupu aku pun. tapi secara umumnya aku begitu. mungkin sebab tu juga aku sangat tak suka tengok rancangan Bersamamu. sedih saja tengok orang susah, bapa lari, anak tak pergi sekolah. walaupun rancangan ni boleh memberikan kesedaran supaya kita lebih bersyukur.

apa pun tak usah lah diriuhkan kenapa upacara peringatan Jackson tu siap ada nyanyi mengikut majlis orang kristian. lagipun ahli keluarga Jackson kebanyakkannya beragama kristian, cuma seorang abangnya saja yang Islam. biar lah keluarga Jackson mendoakan anak mereka mengikut cara mereka. nak dibincangkan berlebihan pun, Jackson dah masuk minggu dah dia meninggal. itu lah bagi aku, just let him go.

kalau betul lah Jackson tu Islam, aku doakan rohnya dicucuri rahmat.( sampai sekarang aku pun tak tahu Jackson betul-betul Islam atau tidak).

............

sebut pasal agama2 ni. dalam post Kahuna (blog yang aku suka baca) dia ada tulis (dalam entry atau komen), bahawa kiamat tu sudah dekat bila agama dibincangkan oleh bukan ahli agama (lebih kurang lah).

baru-baru ni aku ada juga baca blog-blog liberal yang membicarakan agama berdasarkan ikut sedap hati dan rasanya. ya mungkin blogger tu berpikir-pikir juga, cuma secara liberal. mereka melupakan konsep amal maaruf nahi mungkar. ini biasa dikalangan pemikir liberal, contoh, si Jibam minum arak dirumahnya, dan ditegur oleh Imam. Bagi si Jibam yang liberal, dosa pahalanya bukan dalam kiraan Imam. maka suka hati dia lah nak minum arak. disini Jibam sudah lupakan konsep amal maaruf nahi mungkar.

aku pun tak tahu sangat pasal agama, tapi dalam forum yang aku selalu ikuti, ada beberapa bukan Islam mocking Islam sesuka hati mereka. sesuatu yang tidak patut. itu aku kira ok lagi lah, sebab mereka bukan Islam. malangnya ada pula, bila ada seorang yang Islam sendiri mocking agamanya. ha yang nombor 2 ini memang buat aku geram.

liberal tu liberal juga. keep it for yourself sudah lah. tak usah lah mocking agama sendiri.

No comments: