MEH LAH KLIK...

Saturday, June 20, 2009

Rambling Like Pak Ngah


aku tak pergi teater tadi, sebab tertidur, lagi pun habis dalam pukul 11 mlm. nak pergi sorang nanti, seram pula nak jalan ke parking malam2 ni. keselamatan tu penting. nasib baik SIL#2 telefon. kalau tidak.. huhu.. berlayar habis aku.

macam biasa hari ni aku berjaya menghabiskan berpuluh2 ringgit. bila balik tak ada apa sangat pun aku beli, makanan.. bla2.. dan terima lah hakikat, capitalism punk'd us all.

emm.. about trip to Indonesia. I have done my part, applying and all. tunggu email saja, either they will give me sponsorship or not. merabakkan dompet dan akaun bank pada masa ini tiada dalam pilihan. either i get sponsored and go or without sponsorship i stay. thats it thats all.

banyak gila cerita dalam internet. dalam forum, bukan main lah orang memaki hamun. perkataan maki tu common tapi memang kasar. tapi maki2 common pun kalau dah maki macam orang kerasukkan tu jadi macam tak best. nasib baik ada abang-abang forumer yang bertimbang rasa berjaya menepis troll yang suka memaki hamun. kalau maki ada isu, kira ok lah, at least walau nak maki pun ada lah point dalam isu berkaitan. ini kalau dah maki macam orang mabuk (read at your own risk) contoh: hameno rasuah memang tak guna, bangsat, makan wang rakyat double bangsat, haram jadah. Apa kes? apa hala tuju maki ni?. apa pun isu maki ni kira dah di tuning low-kan.

nak cerita bimbo2 pulak.. tadi masa jalan2 kat mall tu.. (ada urusan, tapi dah alang pergi biar cuci mata sikit). banyak benda juga aku berkenan. walaupun aku jarang shopping dan memang tak pandai shopping, tapi biasalah kan mesti ada berkenan. 2-3 menjak ni, aku memang lah asyik terpikir2 nak beli kasut. dari kasut yang murahan, sampai lah kasut mahal2. tapi tak beli2 juga... (jimat duit beb). kalau gadget tu memang barangan feveret aku nak beli (pun tak beli2 juga, tengok saja). especially hp atau kamera atau blackberry, atau laptop.. geram ok.. tapi tak beli2 juga. sebab duit nak bayar parking pun 2-3 kali kira dalam hotak, sambil ambil grocery pun caculate dalam hotak, takut tak cukup duit.

barang yang aku paling suka beli2 ialah grocery dan makanan2 merepek (keropok). aku punya bekalan minuman pelbagai, yang selalu ialah soya.. aku rasa kalau ada 10 jenama minuman soya, 8 aku dah rasa. aku suka soya yang rasa macam susu dan berkalsium, dan tak manis sangat. soya yang aku tak suka ialah soya yang light macam rasa air cucian beras pun ada rasanya (yang ni pun dah aku try). dulu aku selalu minum susu. sekarang tak lagi, sebab aku rasa susu berlemak walaupun susu rendah lemak. well, susu tanpa lemak, ialah seperti wiski tanpa alkohol.. pernah jumpa wiski tak beralkohol??

kalau minuman, aku tak gemar sangat minuman tambah krimer manis/susu manis. sebab manis. walaupun aku suka juga teh susu. tapi sekarang mesti minum teh o atau tea dengan lemon. baru ada feel macam english. selebihnya aku minum lemon ais, cincau. kadang2 coca cola.. about cola dan minuman berkarbonat. aku ada guilty sikit kalau minum.. sebab my pa tak suka kami minum cola. well, as long as tak beralkohol.. hehe.. apa salah nya, kan?.
kalau selain tea o, tea hijau pun menjadi minuman pilihan. ni aku baru minum ni, ada lagi sikit. tapi teh hijau aku bukan yang dari jepun yang menyihatkan tu.. tea hijau dalam tin yang ada pewarna tiruan, murah sahaja RM 1 setin. well... ada lagi sama murah (kurang beberapa sen ke sama harga lupa lah..) tapi rasa macam air rebusan rumput (malas nak sebut jenama). tak tahu lah menyihatkan atau tak. janji lepas minum tak mabok githooo.. hehe.. ada yang teh hijau dari jepun tu mahal sangat. aku rasa yang paket 10 sachets pun dah berbelas.. ada member beli, harga about RM 30. tak apa dia mampu, aku mampu gak.. tapi aku nak pakai duit tu beli makanan. tak kan lah aku sanggup melanthak tea hijau jepun mahal berahak tu lepas tu tak makan nasi kan... hehe..
aku selalu gak... baca hapdet status kat FB or gambar2... yang orang minum kopi kat starbuck or latte or watever lah menu2 kat starbuck tu.. ramai juga orang asyik kata starbuck sedap, stylo2 lah kot lepak starbuck. ala shabby crappy macam aku ni mana ngam lepak starbuck, nanti nak order kopi pun terbelit2 lidah nak mengorder, pastu bayar nampak sangat pakai duit tabung. aku selalu fikir kopi starbuck tu atau mana2 kedai kopi franchise overprice. ala.. aku kedekut kot.. hehe.. but truthfully, aku memang malu nak duduk minum kat starbuck or any franchised coffee shop.

korang pula suka minum apa?

ok dah dah lah tu rambling macam pak ngah.. anyway aku minat food and beverages. nanti aku try2 bancuh cocktail.. masak? hehe.. tak pandai dah try dah...

p/s: images are randomly googled and re-produce.

3 comments:

gayour said...

gua pernah ke sabah tapi tak sampai ke membangkut. hanya di k.k hingga ke kudat temasuk theatre ahmad nisfu kat ums.
masih tak lupa 'termakan' lebih cili kudat yang pedas ya amat! ARGHHHH!

Jlascanteen said...

wah... kartunis selebriti masuk blog wa... nanti kalau bro gayour datang sabah, jangan lupa singgah membakut.. 1 half hrs drive from kk

green apple said...

aku skang munuum teh o je, sebab aku rasa everytime aku minum teh tarik, badan aku naik 3 kilo.