MEH LAH KLIK...

Tuesday, June 30, 2009

from my heart: the 3 PMs

tadi before maghrib... aku terlelap. mengantuk sangat, biasa lah masa banyak setan masa tu lah nak terlelap. actually after asar.. pikiran aku punya lah menerawang. sambil tersembur beberapa pendapat yang aku kira boleh dibuat modal untuk entry blog. memang ilmiah lah kalau dibuat entry. how i feel about malaysian 3 PMs.

malangnya tika itu, laptop berada aku kira2 40 minit drive dari bilik aku. dan i am not sure whether internet dah elok belum kat bilik aku tu. malas nak layan. aku di putatan ni sebab kakak aku tiada kawan. lagipun tadi eh, sejak kemarin bukan main kami plan nak shopping mopping di supermarket. aku sememangnya gemar benar bab beli grocery ni. so tadi kami berjaya membeli grocery. balik dari beli2 tu aku masak. chewahh.. nak jogak canang aku yang masak. betul ok.

ni lah.. sebenarnya, yang kisah 3 PMs tu adalah pasal ingatan aku kepada 3 PMs of Malaysia. oleh kerana aku lahir pada zaman Dr. Mahathir. Membesar ketika zaman Dr. Mahathir juga. masa aku 17 tahun going 18 baru lah tukar Tun Pak Lah

ok no matter what i said. i am mahathir's fan. i adore Tun. he is a genius. masa Tun M letak jawatan masa perhimpunan umno, being me.. control juga lah aku nak mengalir air mata. walaupun memang mengalir, cuma aku cover line. masa tu aku ingat Tan Sri Rafidah tolak mikrofon, Datuk Hishamuddin pun ada sama. I am not umno. tapi dah masa tu pasang kat TV, tengok saja lah. dah dekat maghrib masa tu. sangat macam da bomb tak percaya. later that night, Tun Lah, as deputy president ada lah buat statement pasal Tun and berita da bomb letak jawatan. aku macam tak nak Tun M letak jawatan.

ok past forward. masa aku di matrik Tun Lah angkat sumpah jadi 5th PM. masa tu kami (aku dengan kawan2) ada buat satu simbolik kad terima kasih. tak lah Tun M baca kad tu. just sebagai simbolik sahaja. kami sign masing2 dengan ucapan terima kasih dan selamat bersara kepada Tun M. kawan2 aku, adah n mimi bukan main lagi semangat masa tu pergi cafe cluster sebelah sebab nak tengok interview khas tv 3 bersama Tun M dan Tun Hasmah. aku tak pergi tengok, just tengok masa angkat sumpah.

tak payah lah aku list down jasa2 Tun M kepada Malaysia. banyak. walaupun Tun Razak adalah PM favourite aku juga. sebab arwah Tun Razak sangat visionary dan bijak. walaupun berkhidmat dalam tempoh singkat kerana he passed away. tapi aku anak era Mahathir, sudah tentu my top favourite PM ialah Tun M.

honestly masa Anwar Ibrahim 1998's saga, aku agak tak berapa sangat ke arah Tun M. but in the end.. dan now, i know Tun M was right, in order to keep this country together. masa tu jiran sebelah menyebelah di rantau asean ni memang teruk gila terjejas sebab masalah ekonomi. yang paling ketara ialah Indonesia, sampai habis sistem pemerintahan tentera mereka. from pak harto to pak habibie to gusdur to megawati... banyak sangat presiden.

Tun M nak handle ekonomi, nak handle anwar lagi, itu dan ini. Alhamdullilah malaysia pulih faster than others semasa zaman Tun M. Tun Lah, walaupun tak lama, walaupun banyak cakap2. tapi aku suka Tun Lah beri nafas baru untuk pertanian. aku setuju dengan idea 'cukupkan makanan dalam negara'. walaupun aku tak berapa fond Islam Hadhari. tapi aku rasa, part nak membangunkan bidang pertanian tu aku setuju lah.

now, datuk Najib. Datuk Najib, angkat sumpah masa jadi PM, aku tak tengok live. tapi masa tu memang close to my heart ceremony tu. aku dapat tahu melalui update portal berita. mark another era perhaps? Datuk Najib ada pengalaman luas dalam public service. dia cool juga lah... sebab walaupun banyak juga cakap2. dia cool saja. nak jadi ketua kena cool. extra cool. ada cakap2 tu, hati kena sabar. walaupun... tak apa lah aku tahu Datuk Najib knows better how to handle situation kan.

i hope Malaysia dalam keadaan yang baik. stabil, prosper, bukan saja ekonomi, malah dari segi moral, agama, perpaduan, pendidikan,. yes, education always grab my attention. saya harap andai Datuk Najib terbaca blog ni, err... Datuk minta beri perhatian yang lebih banyak kepada Sabah & Sarawak. i mean.. banyak lagi yang memerlukan bantuan dari kerajaan. kalau sudi, boleh lah lawat Sabah selalu.

emm.. i heard masa sambutan merdeka nanti tiada bunga api or konsert2. cuma ada bacaan doa selamat. betul kah? doa selamat tu bagus juga. dalam keadaan sekarang ni. bagus banyakkan berdoa.

No comments: