MEH LAH KLIK...

Monday, June 15, 2009

cikgu-cikgu jadi blogger

tengok title entry ni macam cereka dalam astro 'suami-suami takut isteri'. tapi ini hal lain.

warning: this entry really makes me sound like an ameno's pawn. therefore, ameno should thanks me. to those anti-ameno and BN, i need not to say sorry for your stupidity. muhahahahahahahaha

tadi masa melompat-lompat blog, ada jumpa dan baca blog urang kitni. aku kira the blogger ini urang membakut juga (jangan-jangan kilala). secara umum nya aku rasa dia ni sore blogger. ada saja nda puas hati. blog ni macam blog baru. nda kisah lah kan masing-masing ada pendapat sendiri. nda ngapa bah tu. biasa lah bah. cuma ada beberapa entry yang kalau ikut pendapat aku agak rasis dan agak 'anti kampung pimping'. pendapat aku saja. ada juga entry yang memberikan pendapat bagus, contohnya pasal isu penyelenggaraan kemudahan awam di pekan membakut, isu hospital, isu keperluan orang kampung seperti jalan raya.

now, politic is like drug. drug clouded people judgement and prevent user from thinking correctly. kan? (ceh, tajumpa cigu inglis, mati kana ucapkan.. hehe). kalau semua perkara pun mahu dilihat dan dikait dari sudut politik (termasuk isu papan tanda dan babi) maka tiada siapa boleh berfikir dengan baik.

berfikir scara politik akan menyebabkan kita senang bias. sebab dalam politik tiada siapa mahu kalah. kan? semua mau manang, semua mau becakap, semua mau berpendapat. walaupun tanpa justifikasi yang berkaitan.

entry papan tanda tulisan jawi.

komen pendek: Theresarized.

komen panjang:

macam mana lah tulisan jawi tu menidakkan hak kaum lain?. jadi tiada isu lah tulisan jawi ni. macam terpengaruh dengan isu yang dimainkan oleh pihak chauvanist dari semenanjung saja. font jawi tu punya lah kecil saja, terselit sikit. aku rasa nda ramai pun yang sempat membaca masa berlimpas disimpang atu. itu pun kau mau provok kah?

papan tanda ni tujuannya ialah untuk memberi maklumat kepada orang ramai yang mengguna jalan raya. memudahkan urusan. tidak sesuai untuk dijadikan modal provokatif. kalau itu papan kau biar saja sana, nda juga mengacau bah tu. lagipun ada tulisan rumi juga dipapan tanda tu.

senang cerita "PARANOID". itu lah kalau semua benda pun mau dipolitikan, diprovok, dilaga-lagakan. apa untungnya blogger ini memprovok papan tanda yang ditulis jawi itu? apa untungnya? orang kadazandusun dapat papan tanda bahasa kadazandusun? orang cina dapat papan tanda tulisan cina? orang brunei dapat papan tanda yang ditulis mengikut phonetik bahasa brunei? kalau dapat pun apa lah tu?

papan tanda muhibbah? ok, kalau ada lah papan tanda muhibbah ni, maksudnya papan tanda lama yang ada tulisan rumi dan jawi dalam bahasa melayu tu haruslah digantikan sedangkan papan tanda tu masih elok dan baik keadaannya. nah.. ini kah langkah yang bijak untuk berjimat cermat wang pembayar cukai?

isu yang lebih sesuai dihighlight ialah, jalan yang tiada papan tanda. bukan jalan yang ada papan tanda. aku pernah susah cari jalan di kawasan kk (taman perumahan) sebab papan tanda ditulis dengan karekter cina. langsung tiada huruf rumi. nah... itu lagi besar masalah nya. tapi tidak juga aku cakap aku punya hak sebagai bukan cina ni terhakis. itu papan tanda saja. papan ampai-ampai behujan bepanas pun mau jadi isu.

oh ya isu yang nda ada kaitan sangat, bahasa melayu unik sikit, ada 2 sistem tulisan yang diterima pakai, rumi dan jawi. rumi ada pengaruh dari orang putih, jawi ialah pengaruh dari orang arab. ada berapa bahasa di dunia ni mempunyai 2 sistem tulisan yang diterima pakai?

babi, babi, babi, dan babi dalam tin

komen pendek: DAPrism

komen panjang:

orang suruh register supaya senang pantau. nanti ada outbreak tidak lah terjejas kesihatan penternak babi tu dan keluarganya. senang bendung sendang dicegah. kalau lokasi ladang ternakkan babi tidak diketahui. maka macam mana pihak berkuasa mahu menolong penternak babi tersebut sekiranya berlaku serangan wabak penyakit.

sebenarnya benda yang sama digunapakai untuk sebarang jenis ternakkan. cuma bila sebut babi saja mula lah tu... (sebut betul-betul) DIPOLITIKKAN. unless kau baru balik dari menjalankan misi angkasawan di angkasa lepas, kau mesti tahu pasal influenza H1N1. tahukah WHO pun sekarang ni alert gila pasal pandemic ni. cuma nasib baik lah selsema babi ini bukan lah seteruk selsema sepanyol, atau black death.

register tu supaya senang dipantau, senang ditolong kalau ada masalah, senang dibendung kalau ladang tu tidak mengikut peraturan. bodoh!!!. nanti penternak babi haram tu mati dijangkiti penyakit, nah salah kan lagi pihak berkuasa. orang mau tolong cegah.

tahukah anda pihak berkuasa mexico masih tercari-cari dimana punca swine flu. kalau dorang register semua ladang babi tu, senang lah mau locate tempat kejadian. kalau penternak babi haram ni berleluasa, susah mau locate kalau ada masalah. orang suruh register untuk pencegahan tapi tuduh mau ambil duit hasil jualan babi penternak babi.

ini lah kalau gagal berfikir diluar kotak political bullshit. masalah kesihatan yang sibuk diperkatakan seluruh dunia pun disalahkan kerajaan. orang nak tolong, supaya bila babi penternak babi tu kena selsema tidak merebak ke ladang babi lain. tidak merebak kepada manusia.

kalau iya pun mau kasi provok cuba cari isu lain. boleh kah?

ini yang orang sibuk pantau ni ladang ternakkan babi yang bisnes besar punya. kalau setakat babi kampung 4-5 ekor untuk sendiri makan tu, tiada lah apa sangat. cuma pihak berkuasa concern sebab boleh mendatangkan keburukkan (sekiranya babi itu ada penyakit atau pembawa penyakit). btw, babi ni ok saja pun di Sabah ni. bukan lah binatang asing sangat. cuma takut mendatangkan penyakit. penyakit merbahaya yang dibimbangi diseluruh planet bumi.

pasal babi dalam tin, kau pastikah babi dalam tin import dari china, dari brazil, dari german, dari luar negara tu bebas tercemar dari penyakit selsema babi. orang kasi stop import tu untuk proses pencegahan. untuk screening. same thing masa kisah melamine dari china. ada yang cakap (kabar angin) kisah racun melamine china tu sudah lama tapi kana tapuk sebab ada sukan olimpik 2008. takut orang fobia. tapi lama-lama kedengaran juga, ada susu beracun melamine.

bila kerajaan hentikan import daging babi dalam tin tu sama lah macam menghentikan susu dan produk tenusu dari china semasa keracunan melamine tu.

pasal rokok, aku pun rasa, enforcement agak lemah. (means aku setuju juga dengan pendapat blogger tu untuk kisah rokok).

ok lah nanti aku sambung mencarut dan mengarut lagi. the blog is merely provoking issues and sadly, narrowing prespective.

2 comments:

_Vu-JiE_ said...

terkejut baca phrase 'anti kampung pimping'.
tu kampung saya. T___T
i'm on my way to that blog. :)

Jlascanteen said...

dia tidak lah extrem sangat, cuma ada lah beberapa ayat dia macam perkauman dan like i said, anti kampung pimping