MEH LAH KLIK...

Wednesday, June 17, 2009

cerita dalam sebuah majalah fesyen

banyak cerita aku mahu kongsi, nda tahu lah mana satu mau ditulis.

tadi aku ada baca majalah GQ. edisi lama, entah siapa punya majalah ni. mahal ni kira-kira RM 20. oleh kerana content majalah gayahidup ni cepat expired kerelevanannya (perghh..) aku nda beli lah (selain dari harga yang mencekik dompet). tapi aku suka baca sebab, well banyak gambar cantik (baca: celebrity hensem). orang putih lah... selalu GQ mag ni aku pegang2 jak dikedai. belek2. kiranya first time lah ni aku pegang dan baca betul2.

gambar dalam tu lebih kepada iklan fesyen. ala memang biasa pun kan mag macam ni. tapi belek2 mukasurat belakang sikit, baru ada cerita ala RD style (my favret lah ni soap opera kisah benar berbentuk teks). kisah seorang amerika yang convert Islam. dia convert masa dia anak remaja lagi. ibu bapa beliau tak kisah masa dia convert. menerima dia seperti biasa. hubungan mereka baik, lagipun ibu bapa tu fikir anak mereka sudah jumpa apa yang dia nak. iaitu hidup beragama dalam erti kata sebenarnya. (dalam Islam kan tetap menitik beratkan hubungan dengan ibu bapa, walaupun ibu bapa berlainan agama)

si bapa cakap, dalam interview tu, dalam kristian (di amerika), kau boleh sebut hail mary, lepas tu boleh hidup dengan gaya hidup kau sendiri (nak berzina kah, nak berjudi kah, nak jadi gay kah kau punya pasal- di amerika ok). tapi dalam Islam, bila jadi orang Islam mesti hidup dalam gaya Islam yang sebenar. (kan.. Islam itu cara hidup). itu lah yang anak mereka mahukan. dan dia dapat.

sebagai tipikal amerika, keluarga ini keluarga kristian. dan sebagai tipikal amerika juga, mereka open minded. bila si anak tu nak belajar bahasa arab di arab. maka ibu bapa pun merelakan. ada juga si anak balik ke amerika semula. bila anak tu ingin kembali ke arab, ibu bapa dan adik beradik dia sedih. tapi finally, dia pergi juga. keluarga tu bukan larang dia menghayati agama islam dengan lebih mendalam, cuma mereka sedih tinggal berjauhan. tapi masih berhubungan.

bila di arab, anak tu tadi nak pergi pakistan. di pakistan dia merasakan itu lah tempat yang dia paling selesa untuk tinggal. kira macam hatinya tertinggal di pakistan lah ni. last2 terjoin pergerakkan (paham2 lah kan, aku tidak mahu tulis, sebab nanti ada Cha Yaa Alif memerhati). dia ni kira orang bawah2, pengikut lah, kira dia pun masa tu masih belajar di sekolah pondok. dilaporkan pengetua sekolah pondok dia bangga dengannya kerana dia ni orang putih yang betul-betul hendak belajar agama. berdasarkan latar belakangnya, (well berapa orang anak orang putih amerika yang peluk islam masa umur remaja, dan pergi ke pakistan belajar agama?) kiranya dia ni satu dalam sejuta.

akhirnya dia tertangkap dan dituduh bersekongkol mengkhianati negara. walaupun dia tegaskan bahawa dia cuma membantu saudara Islamnya untuk melepaskan diri dari tertindas oleh pihak lain. tapi macam biasa lah kan.. polis amerika tu tak endah pun alasan tu.

sekarang dia dalam tahanan. bukan tahanan biasa2. yang dikawal ketat, mungkin juga dibrainwash, diletak dalam kurungan berasingan. ibu bapa nya dibenarkan melawat beberapa jam sebulan. aku rasa dia akan tinggal disitu dalam tempoh yang lama. cuma ibu bapanya saja orang luar yang dia boleh berhubung, itu pun beberapa jam. selain tu tiada. (nah.. korang rasa korang sunyi?, bosan?)

menurut bapanya, dia berbual-bual dengan anaknya, tapi anaknya tu tak banyak cakap. dia juga banyak menghabiskan masa dalam tahanan tu untuk mendalami ajaran Al-Quran. (mak nya tak banyak sangat cakap kot masa interview, asyik menurut bapanya saja ni). ibu bapanya masih berharap anaknya itu akan dibebaskan.

moral: lihat lah, Hidayah Allah SWT kepada hambanya. walaupun si anak tu orang putih entah ceruk amerika mana entah, hidayah Allah SWT tetap sampai kepadanya. dirinya sudah diserahkan untuk agama Islam, dan yang aku agak impress, walaupun dia lahir dan pernah dibesarkan sebagai amerika di amerika (amerika toktok), tapi semangat nya untuk mendalami Islam sangat tinggi, sehingga paham bahasa Arab (sebab dia pergi sekolah di Arab). kita yang memang sejak lahir Islam ni pun seharusnya juga menghayati agama Islam dengan lebih baik

moral ke 2: kasih ibu bapa begitu luhur dan berpanjangan. kalau anda seorang anak hargai lah dan balas dengan setimpal. kalau anda sebagai ibu bapa teruskan lah memberikan kasih sayang yang luhur dan berpanjangan kepada anak. tak semestinya sudah convert Islam tidak boleh berbakti kepada ibu bapa yang tidak Islam. tetap ibu bapa juga walau lain agama.

aku harap semua saudara muslimin muslimat mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. dan mendoakan yang terbaik kepada saudara kita yang sedang ditahan kerana beliau seorang Islam.

No comments: