MEH LAH KLIK...

Wednesday, June 10, 2009

cara-cara mengawet binatang kecil (tikus)

sebenarnya ada pembaca yang berminat untuk mengetahui cara-cara mengawet burung dan tupai. ini diluar sikit dari bidang aku (aku buat tumbuhan) tapi oleh kerana another part of my study is about biodiversity maka sapu semua lah flora dan fauna di planet bumi. ok sini aku tulis secara ringkas macam mana nak awet binatang2 seperti tikus.

tikus ni mamalia kecil so kau boleh apply cara ni untuk tupai. sebenarnya bahan dan alat lebih kurang sama sahaja cuma skill kau nak belah-belah bangkai (err... spesimen) tu yang penting. so first of all kau kena tahu tujuan kau.

contoh tujuan kau nak awet spesimen itu ialah untuk pameran, maka kaedah yang sesuai ialah awetan kering. kalau kau tak tahu apa tujuan kau nak awet spesimen, maka kau kena cari dulu tujuan. Aim and objectives ni boleh jadi peluru makan tuan. so buat betul2 dan kalau tak pasti, belajar lagi atau tanya orang yang pakar (bukan aku).

berikut ialah bahan dan sedikit teknik untuk mengawet tikus.

Bahan:

1. Tepung Jagung
- ini bahan tersenang sekali nak dapat.

2. Magnesium Karbonat
-kerja dengan bangkai, dah namanya nak mengawet, benda ni penting untuk mengawet kulit spesimen.

nak pakai arsenik pun boleh, agak toksik. tak pasal kau jadi nuar berahim.

Alat:

1. scaple blade
2. gunting tajam (untuk potong kulit)
3. forsep
4. gunting tulang
5. senduk otak (sudu kecil biasa2 pun boleh)
6. dawai (ala yang dawai ampaian kain pun boleh)
7. kapas
8. benang dan jarum

nota: guna kit pembedahan makmal, kalau korang belajar biology korang mesti tahu apa benda nya tu. jangan guna peralatan dapur, untuk mengelakkan masalah keracunan atau jangkitan penyakit. jangan jadi bodoh ok.

Teknik:

1. Mula2 bunuh tikus. guna kloroform. pastikan betul2 mati (bukan pengsan). hati2 guna kloroform sebab... eleh ni pun nak kena kasi tau ke?

2. cabut sikit bulu tikus di bahagian abdomen dia, lepas tu guntingkan kulit tikus. hati2 jangan sampai terodok habis terburai isi perut tikus tu. satu kerja pulak kau kena tangkap tikus lain lagi. masa ni tabur2 lah tepung jagung kat tikus tu, mana tau tikus tu berdarah. at least tak lah bersememeh.

3. proses skinning. ini susah sikit. nak mengulisi ni kena ada steady hand (sebab tu aku tak buat kerja ni sebab tangan aku menggeletar). pisahkan kulit dari otot (daging) perlahan2 guna scapel. buat sampai paha. patahkan tulang paha tikus tu (guna gunting tulang kalau tak nanti habis rabak tikus tu). keluarkan kaki dengan cermat (sesudah dipatahkan), jangan sampai tercabut habis. sekarang tulang paha tikus tu hanging dengan badan tikus semata2 attachment dengan tapak kaki. (i know sound nonsense tapi kalau kau buat mesti kau tahu ni). dan ingat untuk add on korang punya tepung jagung jika perlu. bila sampai bahagian kepala tu hati2 sikit. tanya lah dengan siapa2. aku tak tahu nak explain macam mana nak korek otak tikus dengan tidak menjejaskan kulit tikus. yang aku tahu, tengkorak tikus tu harus dikeluarkan. *jangan sampai kulit muka tikus tu cedera.

4. pas tu perlahan2 pisahkan badan tikus dari kaki dia. tarik keluar ekor dengan forsep. potong daging yang menghubungkan paha dan badan tikus. hati2 jangan sampai terburai isi perut tikus. kemudian pisahkan. lepas tu bersihkan daging2 yang ada di tulang paha tu. bersihkan betul2 sampai ke tulang. kalau tak nanti berulat lah tikus tu dan busuk. sekarang sepatutnya korang dah ada sekeping kulit tikus. (ala2 macam karpet hamparan kepala beruang).

5. kulit tu bersihkan lah lemak2 yang tertinggal. sapu kan magnesium karbonat. buat badan palsu menggunakan dawai dan kapas. untuk ekor, kapas tu korang lilit around the wire. wire tu panjangnya lebih kurang dengan ekor tikus. untuk badan, gumpal kapas lebih kurang dengan saiz dan bentuk badan tikus, agak2 lah besar mana tikus tu begitu lah besar gumpalan kapas. masukan badan palsu perlahan2 dalam kulit, kalau agak kering kulit tu renjis air sikit. nanti koyak pula.

6. dah siap. jahit balik tempat yang korang potong mula2 tadi. lepas tu keringkan spesimen dalam oven. agak2 lah jangan lama sangat nanti rangup pula tikus tu. than boleh lah disimpan. comel spesimen ni kalau betul2 pandai buat.

Tips:

1. korang pergi lah field trip ke muzium yang berdekatan. Muzium Negara atau Muzium Negeri, zoo pun ok juga rasanya. seboleh2nya waktu hari bekerja, lepas tu tanya lah staff disana. sebab biasanya ada staff muzium yang kerjanya mengawet spesimen. jangan kata tikus, rusa dan harimau pun mereka terer nak awet.

2. cuba surf laman web muzium luar negara (kalau boleh pergi lebih baik). aku dah surf, tapi tiada lah langkah2 nak mengawet ni step by step dia tempek dalam website. tapi biasanya ada gambar spesimen yang siap diawet. so boleh lah nak compare dengan kerja korang.

3. tanya pembantu makmal. mana tahu makcik lab korang tu terer gila nak awet spesimen, walaupun nampak dia tu makcik2, tiada Ph.D, tapi jangan lah korang eksyen nak mamp. makcik lab aku dulu, pernah berkursus berbulan-bulan di amerika untuk awet spesimen. dia memang pakar lah nak mengawet2 ni. yep amerika bebeh... ko ado? nan ado...

4. buat homework. yang ni paham sendiri lah kan. macam aku, aku suka blogging, so aku share lah sikit pasal cara mengawet binatang. rajin2 tanya google tu. yang ni aku tulis dalam Bahasa Melayu. so pandai2 lah search dalam english. aku nak belajar awet binatang ni bayar RM 250 sejam hokeh.. ni aku kasi free saja. baik hati kalu, kasi klik aku punya iklan di bar atas dan side bar tu..

5. practice make perfect. macam maths jugak. practice practice practice. (masalahnya dalam kes ni, kau praktis membunuh, so kena bunuh banyak tikus lah ya..)

nanti kalau aku rajin aku kasi tau macam mana nak awet spesimen burung. kalau rajin lah noks.. kalau tidak, tak ada lah. kali ni tiada gambar. malas aku nak ambil gambar, korang google lah sendiri.

7 comments:

Tukar Spender said...

Bunuh "TIKUS"? Apa hak anda seorang manusia yg dicipta oleh ALLAH juga untuk MEMBUNUH ciptaan & HAK MUTLAK ALLAH yg lain hanya semata semata untuk mengAWET. (Kecualilah bintang itu memang sudah mati).Mungkin anda mengangap TIKUS & binatang2 yg sealam dgn nya adalah PEROSAK dimuka bumi. Tapi tau ka anda, bahawasanyA setiap ciptaan ALLAH ada TUJUAN & KEBAIKANYA utk Manusia. Kita hanya bersifat KHALIFA.Khalifa yg sepatutnya menjaga semua ciptaan ALLAH termasuklah SEMUT.ISLAM amat menitik beratkan KEBERSIHAN luaran maupun DALAMAN.Nak sembahyang mesti BERSIH, Nak makan mesti HALAL & sebagainya.Kalau semunya memperaktikan apa yg ISLAM ajar, tikus takan berkeliaran.Mereka hanya mecari sisa sisa makan yg dibuang oleh Manusia PENGOTOR tanpa mengunakan TOOL yg sepatutnya.Semut juga takan mengacau anda jika tiada sisa makanan yg bertaburan atau makanan yg didedahkan.Gagak, anjing & sealam dgnnya. Bintang2 yg saya sebut tadi adalah bintang2 ciptaan ALLAH yg suka dibunuh tanpa mengunakan AKAL oleh orang yg mengaku berUGAMAkan ISLAM.Majlis Perbandaran Shah Alam pernah memberikan ganjaran RM1 utk seekor TIKUS yg dibunuh.DiKlang pulak, seekor GAGAK.DiSelayang, seekor ANJING.Kita hanya KHALIFA di muka bumi.Seperti Ramli Sarip berlagu.."HANYALAH KEHIDUPAN". Wasalam..(P/S: Semut pun aku tak pernah bunuh)

Jlascanteen said...

Aku bunuh tikus jika perlu sahaja. Bukan bunuh saja2. Kalau kau tak suka, terpulang lah. Why don't you let The God judge me.

Raz said...

Tak pernah bunuh semut??? janganlah hipokrit. Membunuh secara umum memang perbuatan yang keji. Tapi membunuh untuk dimakan dibolehkan. Membunuh untuk diawet??? tak pasti

Hidup kita juga tidaklah selalu perfect. Kalau anda hidup di Australia dan tempat itu memang kawasan pembiakan tikus. Kita perlu bunuh tikus untuk langkah kawalan. Ya manusia selalunya menjadi penyebab kepada kerosakan alam ini

Anonymous said...

bro. u kenal dan rekemen sesapa yg buat proses awet binatang peliharaan tak, kucing or arnab. Send kat saya aminkapar@yahoo.com

Latifah said...
This comment has been removed by the author.
Latifah said...

slm boleh tlg awet sugar glider sy x? beliau dah mati sy syg dia sgt2.. x tau nk suh sapa awetkan

Anonymous said...

ampas lo tiko