MEH LAH KLIK...

Friday, June 12, 2009

Belanjawan

aiseyh.. macam terlebih bajet. aku withdraw rm50 jak untuk minggu ni.sebab aku ada beberapa puluh dalam wallet. biasa nya aku bajet seminggu rm100-rm150 saja lah belanja. my brother (initially tulis 'abang', but nanti orang salah sangka pulak aku scavenging duit bf, nan ado aku berboipren, let alone nak kikis duit) dengan baik hati ganti duit minyak dia kasi rm 20. rm 20 tu boleh drive seminggu puas2 (actually aku cuma ulang alik kampus, pergi makan yang paling jauh pun di McD depan roundabout, tiada masa aku mau makan jauh2 ke TLC atau 1B, dan balik putatan). kadang ada balance sikit tu minyak untuk next week.

scholar belum masuk lah. yeah semester sudah tamat scholar belum masuk, aku survive semester ni dengan duit my parents, duit saving yang kecil-kecilan dan duit scholar last sem. oh dan juga duit adik beradik (ni biasanya aku dalam bentuk makanan bukan minta cash term mentah2). ok jangan risau makan minum cukup untuk menambahkan ukur lilit waist.

kemarin, lunch ditaja (oleh my bro juga), tapi dinner aku makan McD, iya lah asyik lalu saja terliur lah juga kan... lepas tu aku gatal2 lah masuk kedai select shell tu, konon nak cari teh hijau dalam tin (ada orang kata teh hijau meningkatkan metabolisma, so banyak lah kalori mcD yang terbakar, konon lah), aku dah ambil 2 tin, then aku terpandang rak majalah. dah lama juga tak beli majalah. aku selalu baca online material sahaja untuk bacaan sampingan. so aku rembat lah satu RD, RD tu RM15, mahal siot juga, tapi since aku rasa berbaloi-baloi, lagipun dia pack sekali edisi bulan2 lepas satu buah, yang content nya ku kira masih relevant. so aku dapat 2 buah RD dengan harga RM 15.

lepas tu majalah Edge keluaran May, kelihatan menarik untuk dibaca. dulu masa edisi yang ada muka khairy jamaludin aku terasa nak sangat beli... tapi tak terbeli (malas nak cari). since Edge ni local, maka murah lah sikit kurang RM 8. zappp sekelip mata aku bayar about RM 25. masuk makan mekD kira2 RM40 juga habis tak sampai dalam masa lebih kurang 90 minit. rasa menyesal pun ada. sampai aku agak termenung sejenak (sejenak tu kira-kira 2-3 saat) depan kaunter. dalam hati 'apa barang lah aku nak ni sampai habis RM 25'. padahal nak beli air tin saja pun masa masuk kedai tu, impulsive buying.

hari ini, aku makan lunch amazingly murah. RM 3 sahaja. tak tau lah cashier tu salah kira. tapi murah lah. aku ambil nasi+kuah+ayam seketul dengan tea o ais. tapi tadi pergi cuci kereta.RM 10. makan bun RM 1.50. dinner RM 7.80. buat kunci baru RM 3 (nanti aku cerita). kira ok lah.. standard. mula2 aku ingat tadi nak makan ciken wing, tapi perut aku ni mana lah cukup ciken wing seketul paling kurang 3 ketul tak pun 5 ketul. aisey man.. tahan sajalah. 1 ketul= RM 1.50. kalau beli 3 = RM 4.50. belum tentu kenyang. last2 aku terus makan nasi and tom yam and minum lemon ais. why tom yam? somehow tomyam buat aku cepat kenyang. so aku tak mengada2 nak beli munchies ke keropok atau ciken wings 3 ketul. yang lemon ais tu, bukan lah aku sombong tak nak minum air masak, tapi lemon kan ada elemen menyahtoksik (ke anti oksida?), konon lah...

oh kunci. tadi kunci aku masalah sikit. memang dah karat dalam tombol tu. tombol pintu tu pelik sikit dan tahap keselamtan bertaraf industri. nak cucuk kunci kena hentak2. sekali aku hentak.. bengkok kunci aku. nasib baik tak patah didalam tombol. tak pasal kena report jabatan pula. so oleh kerana kunci dah bengkok, aku pun pergi lah duplicate kunci baru. yang berharga 2 ketul ciken wing.

oleh kerana aku dinner pukul 6 ptg sekarang aku dah lapar balik. uisyhh.. dugaan. ada saja pun megi dalam lemari tu. tapi malas pula.

sekarang ada beberapa puluh lagi tinggal. harap2 betulah tu scholar masuk minggu depan. sebab kisah scholar masuk 'minggu depan' ni dah beberapa kali aku terima. sudah nya dah masuk 'bulan depan' pun belum masuk lagi. berapa banyak minggu depan lah. i am frustrated every time i go to ATM. semakin depleted. tu pun actual duit scholar tu cuma about RM 200 sahaja. selebihnya tu ialah my saving. saving duit scholar masa dulu2. since masuk matrik. tapi duit scholar, orang kasi, kita tak boleh lah nak komplen lebih2. nanti orang kata tak bersyukur pula.

dulu masuk matrik, kerajaan kasi rm1000 per sem, so ada rm 2000 lah (zaman aku ok, zaman kini mungkin dah dikurangkan). aku tak kacau duit tu (atas perintah ayahanda). matrik kira ok-ok saja, lagipun di Pulau tu apa sangat lah yang kau nak beli. belanja makan minum2 then sikit2 untuk fotostat, beli sabun, beli shampoo, beli pen dan kertas, tambang bot/bas/teksi, joli sikit2. actually banyak lah juga.. rm2000 tu kena parents support beberapa ratus lagi lah untuk survive selama setahun. especially those yang kena beli tiket flight. kadang2 kisah budak matrik tak cukup duit ni agak dramatik. sampai ikat2 perut tak makan (herannya ada orang yang bila makan berkira bila pasal beli mekap, baju, beli booze, segala mak nenek tak pulak).

bila masuk U baru aku guna rm 2000 tu buat belanja. and my parents tambah juga lah sikit2 mula2 tu. dapat ptptn full, tapi atas perintah ayahanda, tak buat loan ptptn. pas tu dapat scholar. so before dapat scholar tu (duit scholar macam biasa akan lebih lambat dari biasa), survived on RM 2000 matrik, dan my parents' money. nasib baik dapat, if not, huhu.. agak daif lah aku. dapat scholar, bila awal2 sem, takut juga nak shopping sakan. iyo memang lah masuk tu ribu2 juga (tak lah sebanyak ptptn, kira ok lah), cuma aku takut semput sebab dah terlebih speed kat petak mula. so aku cuma shopping bila hujung2 sem (biasanya sebelum balik kampung after exam, atau study week). means, aku cuma shopping dengan duit yang balance2 saja. tu pun jarang aku guna semua, sebab aku simpan sikit untuk belanja hu ha hu ha masa cuti sem. sambil belanja adik beradik lah ni. (hasilnya sekarang, mereka pula belanja aku).

macam tu lah berterusan sampai abis study. masa sambung study sekarang, first sem agak teruk lah. depend fully dengan my own 'Tripp Darling'. dan juga sikit duit balance2 scholar dulu. first sem aku tiada scholar langsung. (fuh.. bayang kan kalau waktu buat bachelor aku fully depend on my parents? tersedak-sedak juga nak abiskan 3 tahun).

nasib baik juga (yes, suddenly i feel lucky), aku masuk IPTA, masa bachelor, yuran ukm murah, relatively. sila masuk ukm untuk yuran yang murah (err.. uitm lebih murah). tapi masa first sem, Msc. terasa bangat, yuran agak mencekik dompet. sebebat duit terpaksa dicampak kat kaunter pembayaran hokeh. which is sometime very demoralising. but i am lucky, 2nd sem, aku cuma sempat bayar pendahuluan rm 1000, then dapat scholar. and aku belum dapat refund rm 1000 tu sampai sekarang. dah berulang2 kali aku tanya. bila dia nak duit kita, on the spot saja dia nak kita campak duit, bila minta refund, berdolak dalik. siyall tak siyall tu? of khoz siyall.

korang nak sambung belajar, sila lah pilih tempat yuran murah. dan make sure source of funding is reliable. bukan kejap boleh bayar yuran tapi tidak tanggung cost of living, kejap ada belanja beli buku kejap tidak. serius aku cakap, duit tu sentiasa jadi masalah. yuran tu tip of iceberg saja. tu belum masuk kau punya cost of living, joli katak, research expenses. pernah aku attend satu research proposal untuk PhD. research expenses dia mencecah harga sebiji proton waja. siapa nak sponsor? alih2 bergayut juga kat kerajaan. bukan pulak aku nak puji2 kerajaan. tapi hakikatnya tu begitu. aku tak pernah pula dengar pembangkang kasi biasiswa atau dana siswa atau dana penyelidikan kepada pelajar. ada kah?

dan bukan ko sorang saja yang meminta ihsan belas kerajaan untuk gratia pengajian. beribu ratus lagi. so mungkin, they will benevolently spend some taxpayers money to fund your study. tapi jangan lah harap proses untuk kau dapat duit tu sekelip mata. means kau kena ada back up juga lah. tak kisah lah duit epf korang ke, duit saving ke, duit pajak tanah kebun ke.. ramai juga pelajar atau bakal pelajar berharap dengan research grant. ada yang dapat, ada yang tidak, ada yang dapat half way. means belum habis study, kontrak RA dah expired. then blank nak cari source of funding, apply lagi jadi RA dengan research grant lain (itu pun if any).

sebab tu ramai stuck tak buat PhD. lagi, masalah utama ialah duit. semua mengharap ditaja institusi atau kerajaan. semua mengharap tajaan. berapa orang yang buat PhD. di Malaysia 100% adalah belanja dari duit poket (atau duit ibu bapa) sendiri?. bukan senang nak sambung belajar tanpa funding. dan ramai juga nak buat PhD. di luar negara. kalau kos buat PhD di Malaysia kira RM 100 ribu (konon lah). mungkin kos buat PhD. di europe (tidak termasuk UK) mencecah 300 ribu euro. bayang kan ada 100 orang nak buat PhD. di europe dan semua bergantung harap dengan tajaan kerajaan sepenuhnya..

aku punya plan senang saja. tak mampu bayar euro atau pound atau dollar sambung di Malaysia. at least jimat duit. memang lah malaysia tiada spring tiada snow, culture pun itu-itu juga. at least murah. aku pun ada hati nak sambung belajar di europe atau oz atau nz (sori, amerika, kanada, aku tak minat lagi). tapi nak buat macam mana, for now memang tak mampu nak bayar yuran oversea tu. kawan aku yang buat PhD. di amerika kata, yuran satu sem dia USD10,000. kalau buat 6 sem, dah USD 60, 000. siapa yang pandai main forex tu sila lah kirakan, aku rasa lebih kurang beratus-ratus ribu ringgit juga tu. belum masuk kau punya sewa, beli baju sejuk, beli boot, makan, minum, beli laptop, hantar anak ke nuseri, fotostat, pergi field, joli ayam.

tiada duit kalu, jangan lah memaksa untuk sambung study di oversea. satu-satunya cara, tunggu disponsor saja lah. sometime aku terpikir2 apa barang PhD. ni? kenapa orang belajar Ph.D? compulsary? naik pangkat? dapat sponsor? menimba ilmu? saja2? nak main salji? menimba pengalaman? menyebarkan ilmu? nak tulis paper? nak dapat title? menggapai impian?

sometime clerical job is look like a much better option. serius, di kampung aku, orang tak pandang pun all those sijils, those As, CGPAs, you have no pay slip, you are nothing. tak kisah lah kau grad with hons. ke, dean list ke, top 100 in your faculty ke, kau tekejar2 bas nak pergi kelas, kelas kau hari2 start pukul 8, atau nota banyak gila nak di baca sampai meleleh hingus. jangan mimpi mereka ambil tahu semua tu. mereka cuma kisah, kau boleh produce duit atau tak.

abis spm, apply kerani SPA, dapat, kerja 2 tahun, bertunang, kawin. dats it. you are a person. kalau kau lepas spm, masuk kolej, masuk U, grad. duk rumah setengah tahun, masuk U ke-2, tak bekerja, tak apa, bercinta pun tak, check FB 18 kali sehari, ulang alik masuk lab, you are nothing. balik2 soalan yang ditanya, kau belajar apa? kerja apa lah lepas ni? aku dah tak ada selera nak jawab those Qs. satu, title program aku ni lain sikit namanya, so kena pula buat brief explanation (i always hate this part), then lepas tu tanya 'kalau belajar biologi lepas tu mau kerja apa?. ikutkan hati mau saja aku jawab 'kalau undi cukup, jadi YB pun boleh'.

so, money rules... unless you are monk in hidden temple somewhere near himalaya lah kot baru kau tak kisah pasal duit ni langsung.


p/s: gila panjang entry kali ni.

No comments: