MEH LAH KLIK...

Tuesday, June 30, 2009

Menyibuk

orang cakap bila selalu teringat kisah lama maksud dah makin tua. betul eh? tadi aku chat dengan bekas cikgu bio aku, dia ni lah yang mendoakan aku supaya menjadi botanist. masa tu aku sangat lah hingusan lagi. dan more or less doa cikgu aku tu dah termakbul secara gradually.

ok lah nak cerita pasal everything under the sun pulak. i dont drink alcohol. tak pernah. as far as i know lah. but i did few times gulp down sparkling wines. now i stop. i dont really remember when was the last time i drank sparkling wines. but i used to enjoy sipping it.

i hate beer. i hate the aroma. never like it. plus the colour of beer is resemble urine. yellowish. no wonder we always label beer as air kencing setan (devil's urine). In facebook or Fs or blog, sometimes i encounter with drinking post. i dont care if it is involving non muslim. but i do care if it is involving Muslim. In Islam drinking alcohol is sinful.

ok i must clarify again, this entry is referring to Muslim who consumes alcohol.

These people, who proud about their social drinking are shameless. so what if you are drinking beer until you are frothing. or mabuk sampai termuntah darah, terkencing-kencing (extremely drunk or drinking into oblivion). it is something you are proud of? is showing off you ability to get drunk all the way to hell makes you feel better? poor you.

i am not perfect. but, recently, i found out, people love to brag about their intoxicated experience in the net. for reason i dont really understand. wah... hype sangat lah hidup kau ni konon eh. open lah kau ni. kau lah melayu teropen di malaysia eh.. err.. or kau tak nak mengaku melayu lagi. muka macam askar kau tu dah sah2 muka melayu, abis tu nak mengaku apa? latino?

In Sabah, drinking is a culture to particular communities. i respect that. as far as i know, only first offering (drink) must be accepted. customary, it is impolite to refuse first offering. but second offering is optional. correct me if i am wrong.

but as a Muslim, i know my right, whenever i was offered alcoholic drink, i turned it down. because I obey my religion, not because I am purposely being impolite. If I can respect their culture, so i guess it is mutual if their respect my religion too. so if you are Muslim, and are offered beer, you can refuse the drink with respect of course. they (party who offer the drink) will understand. they are very cultural, warm, and full of respect kind of people. they are nice. they will understand if you are not drinking alcoholic drink that has been offered to you.

but sometime ada pengambil kesempatan. menggunakan alasan menghormati adat orang lain kerana hendak meminum free flow of alcohol. well.. in this case, i blame orang (muslim) yang tak tahu sempadan ni. exchanging cultural experience katanya, but i think the alasan is merely an excuse. wah... open minded lah konon, liberal lah konon. open minded lah sangat.. at least be a man lah, and admit, you are not consuming the drink because of cultural respecting, but because you want to drink and get wasted without fork out much cash from your wallet.

aku bukan lah nak menerakakan sesiapa. aku manusia biasa saja. tapi minum alkohol itu haram. aku tak suka saudara sesama Islam meminum minuman yang memabukkan. bukan sebab dia (orang) tapi sebab perlakuannya. hukuman, itu antara dia dengan ALLAH SWT.

In semenanjung, i guess it is rare lah a muslim (malay) sit in chinese shop and ordering beer. here in KK, it is something common to see, at one table ada yang pakai tudung duduk makan nasi berlaukkan ikan bakar, tapi meja sebelah ada 2-3 orang pakcik minum tiger waktu tengahari buta.

in other words, kau nak selamba hell order/minum beer nobody kisah, kalau kisah pun dalam hati masing-masing (or blog masing-masing). sometime the social drinker from semenanjung (malay) bila sampai sabah, macam tikus terjatuh dalam gudang penuh dengan padi/beras. bragging tak sudah2 about endless minum-minum ni. ni namanya orang kebaruan.. (kejakunan). baru gain some sort freedom to drink and get drunk (freedom his arse).

this is merely my opinion jak pun. kalau terus-terusan nak minum, tertonggeng, termuntah darah, terkencing, lepas tu bragging pasal kisah kau minum dan bermabuk-mabukkan tu, lantak lah. nak jadi liberal? liberal lah. kau minum, kau punya hati yang tanggung. yang haram tetap haram (darurat, lain cerita). tak ke mana pun kalau mabuk2 ni.

ok tutup kisah2 pemabuk yang berlagak ni. next up aku nak menyibuk pasal cikgu tension. jadi cikgu memang tension, ialah balik rumah nak marking buku, taip soalan exam, bungkus hamper sukan sekolah etc...

tapi aku rasa ada part jadi cikgu tu menarik, dan stress didalam nya adalah jenis handle-able. kalau dah asyik2 merungut stress, stress, tension, hidup ini penuh durjana. hey... cikgu di palestin tu macam mana lah agaknya eh?

kononnya agak susah menghandle remaja yang penuh liku hidup yang durjana. perlu tahu psikologi. perlu tahu macam mana nak approach. kalau dah tension siang malam.. macam mana kau nak approach jiwa remaja penuh liku tu... aku rasa agak bimbo lah kalau seorang cikgu asyik berbuih2 tekankan aspek psikologi in approaching jiwa remaja penuh ranjau dan liku durjana tu. aku tengok cikgu veteren, cool jak pun. adakah seorang cikgu harus secara malar membelek buku psikologi dan kaunseling?

asyik2 teori psikologi itu dan ini. apakah jadi cikgu kena jadi hype dan cool supaya rapat dengan pelajar?, supaya interaksi lebih seperti kawan-kawan. adakah cikgu dengar lagu kumpulan franz ferdinand, radiohead, kaiser cheif, hujan dsb lebih mudah didekati murid berbanding cikgu dengar lagu hetty kos endang?. mungkin?

being a moderate-conservative (equivalent to medium-rare untuk daging grill, atau defensive midfielder untuk bola sepak), aku rasa cikgu dan murid tak boleh jadi macam kawan-kawan selagi mereka berada di institusi yang sama. boundary must be finely drawn, supaya murid hormat cikgu. which is very important, supaya ilmu masuk ke jiwa. hormat need to be earned. bila murid hormat cikgu (bukan takut), bila cikgu beri nasihat, nasihat tu sampai di jiwa murid. nak jadi cikgu cool tak semestinya kena dengar pop brit band, atau rock band, atau memakai t-shirt pop culture. kalau dihormat oleh murid, cool itu akan datang sendiri.

selepas berbeza institusi, (contoh murid sudah masuk U atau sudah dewasa) then baru lah hubungan tu boleh diconvert kepada something yang lebih personal. atau hubungan seperti kawan-kawan. itu pendapat aku.

ok lah.. dah panjang pun tulis2 ni. nanti lah sambung.

Micheal Jackson in memory.

Micheal Jackson was dead. dah tahu kan semua. walaupun masih lagi tak dikebumikan, kerana waris Jackson meminta bedah siasat semula. aku cuma harap cepat lah dikebumikan, kerana, dulu ada berita Micheal Jackson masuk Islam, ada nama Islam, Mikael.

sekarang, aku dengar kedai cd dah keluarkan balik DVD, CD, muzik the late MJ. semuanya up for grab. as memory and appreciation for the King of Pop. His talent was a blessing but sadly, his fame was a curse. aku tak pergi lagi lah kedai jual Cd (speedy). tapi ada fan, terutama yang membesar dengan lagu-lagu Micheal Jackson, telah mencari-cari video muzik dari zaman album Thriller. ada juga beli Cd. di TV 8 tempoh hari ada menyiarkan semula konsert MJ di eropah (hungary?). dalam blog pun banyak yang buat entry tribute to MJ.

emm.. macam ni lah kalau nak hargai bakat seseorang. nak hargai enjoy his music, listen to his song, watching his music video. tak payah nak beri pangkat Dato', Tan Sri, Sir.. konon-konon itu menunujukkan bakatnya dihargai, atau diiktiraf. kalau beri pangkat semasa hidup, ok juga lah. yang awarded post humously tu, i think tak payah lah. penyanyi like MJ was known for his talent. so by appreciate his works, means kita menghargai dia lah.

bukan lah late MJ sahaja. contoh penyanyi di Malaysia ni. dah meninggal baru sibuk nak beri award pencapaian sepanjang hayat lah, artis vetren terbaik lah, nak kasi masa hidup ok. dah meninggal, i think bagus enjoy their works. sama macam Arwah Sudirman. i heard sudah ada pangkat Dato'. aku tak berapa lah tahu or minat, tapi kakak aku suka dengan lagu Sudirman. so hargai bakat artis yang sudah meninggal dengan enjoy their music or films or works.

p/s: lagu MJ yang aku suka, You are not alone, smooth criminal, beat it.

from my heart: the 3 PMs

tadi before maghrib... aku terlelap. mengantuk sangat, biasa lah masa banyak setan masa tu lah nak terlelap. actually after asar.. pikiran aku punya lah menerawang. sambil tersembur beberapa pendapat yang aku kira boleh dibuat modal untuk entry blog. memang ilmiah lah kalau dibuat entry. how i feel about malaysian 3 PMs.

malangnya tika itu, laptop berada aku kira2 40 minit drive dari bilik aku. dan i am not sure whether internet dah elok belum kat bilik aku tu. malas nak layan. aku di putatan ni sebab kakak aku tiada kawan. lagipun tadi eh, sejak kemarin bukan main kami plan nak shopping mopping di supermarket. aku sememangnya gemar benar bab beli grocery ni. so tadi kami berjaya membeli grocery. balik dari beli2 tu aku masak. chewahh.. nak jogak canang aku yang masak. betul ok.

ni lah.. sebenarnya, yang kisah 3 PMs tu adalah pasal ingatan aku kepada 3 PMs of Malaysia. oleh kerana aku lahir pada zaman Dr. Mahathir. Membesar ketika zaman Dr. Mahathir juga. masa aku 17 tahun going 18 baru lah tukar Tun Pak Lah

ok no matter what i said. i am mahathir's fan. i adore Tun. he is a genius. masa Tun M letak jawatan masa perhimpunan umno, being me.. control juga lah aku nak mengalir air mata. walaupun memang mengalir, cuma aku cover line. masa tu aku ingat Tan Sri Rafidah tolak mikrofon, Datuk Hishamuddin pun ada sama. I am not umno. tapi dah masa tu pasang kat TV, tengok saja lah. dah dekat maghrib masa tu. sangat macam da bomb tak percaya. later that night, Tun Lah, as deputy president ada lah buat statement pasal Tun and berita da bomb letak jawatan. aku macam tak nak Tun M letak jawatan.

ok past forward. masa aku di matrik Tun Lah angkat sumpah jadi 5th PM. masa tu kami (aku dengan kawan2) ada buat satu simbolik kad terima kasih. tak lah Tun M baca kad tu. just sebagai simbolik sahaja. kami sign masing2 dengan ucapan terima kasih dan selamat bersara kepada Tun M. kawan2 aku, adah n mimi bukan main lagi semangat masa tu pergi cafe cluster sebelah sebab nak tengok interview khas tv 3 bersama Tun M dan Tun Hasmah. aku tak pergi tengok, just tengok masa angkat sumpah.

tak payah lah aku list down jasa2 Tun M kepada Malaysia. banyak. walaupun Tun Razak adalah PM favourite aku juga. sebab arwah Tun Razak sangat visionary dan bijak. walaupun berkhidmat dalam tempoh singkat kerana he passed away. tapi aku anak era Mahathir, sudah tentu my top favourite PM ialah Tun M.

honestly masa Anwar Ibrahim 1998's saga, aku agak tak berapa sangat ke arah Tun M. but in the end.. dan now, i know Tun M was right, in order to keep this country together. masa tu jiran sebelah menyebelah di rantau asean ni memang teruk gila terjejas sebab masalah ekonomi. yang paling ketara ialah Indonesia, sampai habis sistem pemerintahan tentera mereka. from pak harto to pak habibie to gusdur to megawati... banyak sangat presiden.

Tun M nak handle ekonomi, nak handle anwar lagi, itu dan ini. Alhamdullilah malaysia pulih faster than others semasa zaman Tun M. Tun Lah, walaupun tak lama, walaupun banyak cakap2. tapi aku suka Tun Lah beri nafas baru untuk pertanian. aku setuju dengan idea 'cukupkan makanan dalam negara'. walaupun aku tak berapa fond Islam Hadhari. tapi aku rasa, part nak membangunkan bidang pertanian tu aku setuju lah.

now, datuk Najib. Datuk Najib, angkat sumpah masa jadi PM, aku tak tengok live. tapi masa tu memang close to my heart ceremony tu. aku dapat tahu melalui update portal berita. mark another era perhaps? Datuk Najib ada pengalaman luas dalam public service. dia cool juga lah... sebab walaupun banyak juga cakap2. dia cool saja. nak jadi ketua kena cool. extra cool. ada cakap2 tu, hati kena sabar. walaupun... tak apa lah aku tahu Datuk Najib knows better how to handle situation kan.

i hope Malaysia dalam keadaan yang baik. stabil, prosper, bukan saja ekonomi, malah dari segi moral, agama, perpaduan, pendidikan,. yes, education always grab my attention. saya harap andai Datuk Najib terbaca blog ni, err... Datuk minta beri perhatian yang lebih banyak kepada Sabah & Sarawak. i mean.. banyak lagi yang memerlukan bantuan dari kerajaan. kalau sudi, boleh lah lawat Sabah selalu.

emm.. i heard masa sambutan merdeka nanti tiada bunga api or konsert2. cuma ada bacaan doa selamat. betul kah? doa selamat tu bagus juga. dalam keadaan sekarang ni. bagus banyakkan berdoa.

Friday, June 26, 2009

Transformers: Revenge of The Fallen- Review

tadi aku pergi menonton Transformers: Revenge of The Fallen. tiket ditaja oleh orang kampung, sebagai penganjur yang budiman. dan yang bestnya my 2 yrs old niece pun join sekali tengok. her first tym pergi cinema. yes, she is two. my first tym, when i was.. emm.. masa filem Cinta.

cerita ini mengisahkan, sam witwicky telah pun nak masuk kolej. dan masih bercinta dengan awek (megan fox) yang dulu. muka macam shia dapat megan maka bodoh lah dia kalau break dgn megan ok.

long story short, piece of ntah pa tu, yang metal ada info pasal bangsa prime tu masih ada dalam simpanan sam, secara tak sengaja. so dengan kuasa sakti the fallen dapat sense lah benda tu dan inginkannya. tapi maklumat yang ada dalam piece tu dah termasuk kedalam kepala hotak sam. so, sam kira macam the hawt harddisk lah tu.

maka bermula lah scene robot bedebik2 berlawan2. si optimus prime nak dijadikan cerita telah terkorban dalam perlawanan bersama megatron (kot?) diawal2 movie. dengan itu si sam ni telah di demand oleh the fallen, kalau bumi tak serahkan sam, the fallen akan carik-carik bumi. sam lari sampai ke egypt dimana terletaknya, dengan bantuan seekor robot lama (Jetstre?) yang telah disimpan di dalam smithsonian (oh my.. i like smithsonian museum). entah bridge angkasa mana mereka rentas. mula2 mereka ni di Emareka, tup tup sampai di egypt. mungkin nak kasi effek padang pasir. sebab menurut abang aku, yang minat tengok kartun transformers ni dulu, story line asal memang pertempuran robot di kawasan tandus.

aku suka juga tengok kartun2 transformers ni dulu. tapi time tu aku baru 4-5 tahun. kartun pun cakap orang putih.. apa lah aku paham sangat. baik aku layan drama eman manan. tapi aku suka gak.. lah. satu2 nya watak robot yang aku ingat.. ialah optimus prime. yang lain2 tak. sori bumblebee.. i muda lagi tym tu..

ok, tak nak cerita detail2 sangat. nanti micheal bay jatuh rugi pulak.. nak tahu boleh pergi tengok sendiri. bukan orang lain pun yang kaya tu, yahudi jogak.. (tiba2 racist).

Perasaan selepas menonton;

yg best:
1. scene lawan2 debik.. golek2 letup2.. api, flame fire.. lebih intense dari filem pertama.
2. laki fergie
3. masa mejar josh dunhamel tabik, my niece pun ikut tabik sama.
4. aku suka scene bila bapak sam, said, you are my son, masa ni mereka sedang berlari2 dikejar megatron. lepas tu sam suruh mak bapak dia selamatkan diri. sebab sam nak pas matrix kat mayat optimus.
5. yang part megan fox tangkap seekor decepticon masa kat workshop
6. decepticon megan fox denounce jadi decepticon lalu kata dia sokong autobot
7. scene petra of jordan, walaupun sikit
8. scene smithsonian, walaupun sikit
9. masa fleet us tenggelam tu. terus aku teringat pearl harbour.

yang tak best:
1. extended version of transformers 1. tak lah seorgasmic bagai di dakwa. walaupun ada yang siap tulis kat facebook, "tengok transformers is better than watching threesomes porn while doing it". tapi aku rasa overated. so korang jangan harap feeling dia sama macam tengok the godfather 2 selepas tengok the godfather.

2. ramai gila decepticon. ada yang peminat asal kartun ni tertanya2.. apa kejadah ramai sangat decepticon... dari cerita apa kah decepticon ni lahir, star wars?

3. panjang ya hampoon... 2 jam setengah. aku tinguk lepas solat isyak. korang agak2 lah pergi solat dulu sebelum tinguk.. dan jangan minum air banyak sangat. pergh... nak kench masa movie tak best. lepas movie.. well korang paham2 lah tandas perempuan.. sorang nak kench.. tiba2 habis semua populasi perempuan dalam panggung tu nak kench sama.

4. budak kat belakang aku sepak kerusi. pegang kepala aku. buat bising. masa dia pegang2 kepala aku, aku dah toleh dah.. nasib baik bapak dia say sorry.. kata small matter. aku pun biar saja lah.. nanti kalau aku start membalas, last2 aku pula jadi decepticon.

5. shia lebouf.

6. serius beb.. masa scene kena kejar decepticon di library tu aku terus teringat temple of crystal skull punya scene yang library. sudah nyata, shia lebouf ni tetap shia lebouf, jati diri kuat sangat, berlakon jadi apa pun sama saja.

7. watak leo. owh kamon.. apakah sidekick kena seorang yang bodoh2? or konon2 lawak?. sidekick bodoh terbaik hanyalah randy hickey adik kepada earl hickey dalam my name is earl.

kesimpulan: kalau korang peminat cerita2 dulu yang kartun tu, be prepare to feel dissapointed. tapi cerita ni masih ok lah. kira kira hawt juga untuk summer 2009.

Wednesday, June 24, 2009

hapdet

haih... malas aku nak menghapdet. dengan internet yang macam entah apa2 ni. ni aku di putatan ni sebab kf punya internet kaputt.. ntah2 dah mamp...

ok dah lah aku nak gi masak kejap. wah hari ni mood sangat lah mak-mak sikit, cuci kain, angkat kain, masak... (actually most of the time i spend surf internet).

Saturday, June 20, 2009

Rambling Like Pak Ngah


aku tak pergi teater tadi, sebab tertidur, lagi pun habis dalam pukul 11 mlm. nak pergi sorang nanti, seram pula nak jalan ke parking malam2 ni. keselamatan tu penting. nasib baik SIL#2 telefon. kalau tidak.. huhu.. berlayar habis aku.

macam biasa hari ni aku berjaya menghabiskan berpuluh2 ringgit. bila balik tak ada apa sangat pun aku beli, makanan.. bla2.. dan terima lah hakikat, capitalism punk'd us all.

emm.. about trip to Indonesia. I have done my part, applying and all. tunggu email saja, either they will give me sponsorship or not. merabakkan dompet dan akaun bank pada masa ini tiada dalam pilihan. either i get sponsored and go or without sponsorship i stay. thats it thats all.

banyak gila cerita dalam internet. dalam forum, bukan main lah orang memaki hamun. perkataan maki tu common tapi memang kasar. tapi maki2 common pun kalau dah maki macam orang kerasukkan tu jadi macam tak best. nasib baik ada abang-abang forumer yang bertimbang rasa berjaya menepis troll yang suka memaki hamun. kalau maki ada isu, kira ok lah, at least walau nak maki pun ada lah point dalam isu berkaitan. ini kalau dah maki macam orang mabuk (read at your own risk) contoh: hameno rasuah memang tak guna, bangsat, makan wang rakyat double bangsat, haram jadah. Apa kes? apa hala tuju maki ni?. apa pun isu maki ni kira dah di tuning low-kan.

nak cerita bimbo2 pulak.. tadi masa jalan2 kat mall tu.. (ada urusan, tapi dah alang pergi biar cuci mata sikit). banyak benda juga aku berkenan. walaupun aku jarang shopping dan memang tak pandai shopping, tapi biasalah kan mesti ada berkenan. 2-3 menjak ni, aku memang lah asyik terpikir2 nak beli kasut. dari kasut yang murahan, sampai lah kasut mahal2. tapi tak beli2 juga... (jimat duit beb). kalau gadget tu memang barangan feveret aku nak beli (pun tak beli2 juga, tengok saja). especially hp atau kamera atau blackberry, atau laptop.. geram ok.. tapi tak beli2 juga. sebab duit nak bayar parking pun 2-3 kali kira dalam hotak, sambil ambil grocery pun caculate dalam hotak, takut tak cukup duit.

barang yang aku paling suka beli2 ialah grocery dan makanan2 merepek (keropok). aku punya bekalan minuman pelbagai, yang selalu ialah soya.. aku rasa kalau ada 10 jenama minuman soya, 8 aku dah rasa. aku suka soya yang rasa macam susu dan berkalsium, dan tak manis sangat. soya yang aku tak suka ialah soya yang light macam rasa air cucian beras pun ada rasanya (yang ni pun dah aku try). dulu aku selalu minum susu. sekarang tak lagi, sebab aku rasa susu berlemak walaupun susu rendah lemak. well, susu tanpa lemak, ialah seperti wiski tanpa alkohol.. pernah jumpa wiski tak beralkohol??

kalau minuman, aku tak gemar sangat minuman tambah krimer manis/susu manis. sebab manis. walaupun aku suka juga teh susu. tapi sekarang mesti minum teh o atau tea dengan lemon. baru ada feel macam english. selebihnya aku minum lemon ais, cincau. kadang2 coca cola.. about cola dan minuman berkarbonat. aku ada guilty sikit kalau minum.. sebab my pa tak suka kami minum cola. well, as long as tak beralkohol.. hehe.. apa salah nya, kan?.
kalau selain tea o, tea hijau pun menjadi minuman pilihan. ni aku baru minum ni, ada lagi sikit. tapi teh hijau aku bukan yang dari jepun yang menyihatkan tu.. tea hijau dalam tin yang ada pewarna tiruan, murah sahaja RM 1 setin. well... ada lagi sama murah (kurang beberapa sen ke sama harga lupa lah..) tapi rasa macam air rebusan rumput (malas nak sebut jenama). tak tahu lah menyihatkan atau tak. janji lepas minum tak mabok githooo.. hehe.. ada yang teh hijau dari jepun tu mahal sangat. aku rasa yang paket 10 sachets pun dah berbelas.. ada member beli, harga about RM 30. tak apa dia mampu, aku mampu gak.. tapi aku nak pakai duit tu beli makanan. tak kan lah aku sanggup melanthak tea hijau jepun mahal berahak tu lepas tu tak makan nasi kan... hehe..
aku selalu gak... baca hapdet status kat FB or gambar2... yang orang minum kopi kat starbuck or latte or watever lah menu2 kat starbuck tu.. ramai juga orang asyik kata starbuck sedap, stylo2 lah kot lepak starbuck. ala shabby crappy macam aku ni mana ngam lepak starbuck, nanti nak order kopi pun terbelit2 lidah nak mengorder, pastu bayar nampak sangat pakai duit tabung. aku selalu fikir kopi starbuck tu atau mana2 kedai kopi franchise overprice. ala.. aku kedekut kot.. hehe.. but truthfully, aku memang malu nak duduk minum kat starbuck or any franchised coffee shop.

korang pula suka minum apa?

ok dah dah lah tu rambling macam pak ngah.. anyway aku minat food and beverages. nanti aku try2 bancuh cocktail.. masak? hehe.. tak pandai dah try dah...

p/s: images are randomly googled and re-produce.

Friday, June 19, 2009

Festival Teater Malaysia Negeri Sabah 2009


sila saksi kan beramai-ramai masuk adalah percuma.

aku rasa nak tengok Terra Rossa. tapi malam pula jadual nya. emm.. belum tahu lah lagi tu.. Monsopiad dah terlepas.

besok ada Ter, Kosong dan baju emas maharaja (ni pukul 8 am, konfem out). nah untuk maklumat lanjut klik sini.

tengok teater lebih murah dari tengok movie. (teater percuma lah.. hehehe).

Thursday, June 18, 2009

terjemahan terus

*ya hampoon... sampai sakit belakang aku tunggu blogspot ni terbuka.

ok terus ke cerita selanjutnya

aku melawat berengga dalam tong sampah
lalu sampai ke kelas bahasa inggeris beliau
skrol kebawah
berjumpa dengan cikgu inggeris (aku anggap lah dia ni cikgu inggeris)
selebihnya adalah kenangan

i visited maggot in bin
then end up in his english class
scrolling down
meeting with english teacher (i assume her as an english teacher)
the rest is history

** yes, aku cuba berlaku sinis dengan menterjemah pseudo puisi diatas.

bukan lah aku terkejut sangat bila mengetahui satu plagiat atau meniru ini berlaku. cikgu aku pernah kata dalam sebuah ucapan beliau ketika dalam perhimpunan mingguan sekolah, "dalam akademik perlakuan meniru ialah kesalahan yang paling besar sekali" (lebih kurang lah).actually he was penolong kanan sekolah lama aku yang berucap panjang gila masa perhimpunan, tak pernah ajar aku tapi aku anggap dia cikgu aku juga. apa pun at least, dalam banyak-banyak ucapan beliau yang panjang tu, ada nasihat juga tersangkut di kepala hotak aku.

ok berbalik kepada blog-blog yang aku lawati itu, bila ada komen yang point out bahawa puisi Cake dari Encik McGough itu adalah dibuat dengan menggunakan peribahasa Inggeris. maka aku pun bagai digaru-garu (curious) untuk tahu apa kah maksud peribahasa makan-makan kek ni...

maka aku pun google (tak tahan beb, silap tak lena tidurku, chewahh..). jumpa lah wikipedia.
setelah baca 4-5 kali, (sambil tunggu blogspot loading) aku pun rasa aku paham apa yang dimaksudkan dengan peribahasa makan kek ni. menurut komen yang terdapat dalam blog cikgu inggeris, "Have one's cake and eat it too" tiada setara dalam peribahasa Bahasa Melayu. yang paling hampir ialah "mendengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan". tapi bila aku baca balik wikipedia tu, aku rasa yang hampir setara ialah "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". well maksudnya you cannot have both.

dalam puisi Cake Encik McGough, dia mahukan yang lain dan kawan/kekasih nya mahukan yang lain. maka disini aku rasa peribahasa kek tu bermaksud they cannot have both. (apa barang aku merepek haram ni?).

ok skip merepek. sebenarnya seorang Natasha telah dituduh atau kedapatan atau caught red handed, membuat terjemahan terus puisi Cake Encik McGough ke dalam Bahasa Melayu (sebenarnya ini kisah lama, aku mau juga menyibuk tulis sini, sebab aku rasa menarik). yang aku rasa lucu/pelik/hairan/bercampur baur, seorang Natasha ni terjemah bulat-bulat sebijik sejiban puisi tu sehinggakan terhasil lah "kita boleh makan sesama sendiri".

adakah Natasha tidak menyedari bahawa itu adalah peribahasa Inggeris. aku rasa tidak, sebab she blatantly plagarised McGough's work. itu lah lain kali nak plagarised, jangan lah sampai jual hasil cetak rompak tu. (yes, the plagarised poem is in her book, and the book is available in major bookstore, so i heard/read).

aku tak tahu apa status kes ini. Natasha juga ada komen dengan menafikan dia mencetak rompak hasil karya orang lain (err.. biasalah kan). but my advice to this Natasha, you are pwned by those well read english teachers. yes not by wartawan hiburan (haramjadah) but simply by Malaysians who love to read. then just admit your crime and learn from it. next time, (as suggested by commentators in blog cikgu inggeris) just quote. and some said, bukan 1 saja puisi dia tiru/terjemah tanpa citation tapi 3.

err.. aku ni tak lah tahu inglis sangat, but i know some english poem memang sangat out of planet punya mengarut bunyi nya.. tulis Ninong ninong neenong... (bunyi bagai siren) pun silap2 boleh menang hadiah nobel in literature. macam lagu RHCP lah ding ding dong dong ding ding dong dong ding ding pun tetap dapat anugerah platinum.

aku rasa kalau Natasha setakat coret-coret dalam blog yang bukan untuk financial gain tak lah teruk dia kena bash. ok lah, mana yang baik dijadikan tauladan mana yang buruk dijadikan sempadan. cikgu teknik penulisan aku dulu pernah berkata, rujukan itu penting dalam menulis. harap-harap cik Natasha dapat menyatakan rujukan dalam penulisan akan datang beliau. cuma kesian sikit kat dia, bila her personal life was mocked dalam komen2 itu. tak perlu lah digembar gembur kehidupan beliau. cukup lah hentam part plagiat tu saja. mengembar gembur kehidupan artis ni kan kerja wartawan hiburan (haramjadah).

so a big applaud to those Malaysians who are just simply love to read!!!

p/s: Listerine is refreshing, but i prefer having my tea with lemon

p/s 2: aku bercadang untuk tanya dengan cikgu inggeris aku, apakah peribahasa melayu yang setara dengan peribahasa makan kek tu. *err... cikgu inggeris aku dulu.. cikgu aku sekarang yang tinggal ialah cikgu biologi, biostatistik, biodiversiti, biogeografi, dan semua yang ada bio' di pangkal.

Wednesday, June 17, 2009

cerita dalam sebuah majalah fesyen

banyak cerita aku mahu kongsi, nda tahu lah mana satu mau ditulis.

tadi aku ada baca majalah GQ. edisi lama, entah siapa punya majalah ni. mahal ni kira-kira RM 20. oleh kerana content majalah gayahidup ni cepat expired kerelevanannya (perghh..) aku nda beli lah (selain dari harga yang mencekik dompet). tapi aku suka baca sebab, well banyak gambar cantik (baca: celebrity hensem). orang putih lah... selalu GQ mag ni aku pegang2 jak dikedai. belek2. kiranya first time lah ni aku pegang dan baca betul2.

gambar dalam tu lebih kepada iklan fesyen. ala memang biasa pun kan mag macam ni. tapi belek2 mukasurat belakang sikit, baru ada cerita ala RD style (my favret lah ni soap opera kisah benar berbentuk teks). kisah seorang amerika yang convert Islam. dia convert masa dia anak remaja lagi. ibu bapa beliau tak kisah masa dia convert. menerima dia seperti biasa. hubungan mereka baik, lagipun ibu bapa tu fikir anak mereka sudah jumpa apa yang dia nak. iaitu hidup beragama dalam erti kata sebenarnya. (dalam Islam kan tetap menitik beratkan hubungan dengan ibu bapa, walaupun ibu bapa berlainan agama)

si bapa cakap, dalam interview tu, dalam kristian (di amerika), kau boleh sebut hail mary, lepas tu boleh hidup dengan gaya hidup kau sendiri (nak berzina kah, nak berjudi kah, nak jadi gay kah kau punya pasal- di amerika ok). tapi dalam Islam, bila jadi orang Islam mesti hidup dalam gaya Islam yang sebenar. (kan.. Islam itu cara hidup). itu lah yang anak mereka mahukan. dan dia dapat.

sebagai tipikal amerika, keluarga ini keluarga kristian. dan sebagai tipikal amerika juga, mereka open minded. bila si anak tu nak belajar bahasa arab di arab. maka ibu bapa pun merelakan. ada juga si anak balik ke amerika semula. bila anak tu ingin kembali ke arab, ibu bapa dan adik beradik dia sedih. tapi finally, dia pergi juga. keluarga tu bukan larang dia menghayati agama islam dengan lebih mendalam, cuma mereka sedih tinggal berjauhan. tapi masih berhubungan.

bila di arab, anak tu tadi nak pergi pakistan. di pakistan dia merasakan itu lah tempat yang dia paling selesa untuk tinggal. kira macam hatinya tertinggal di pakistan lah ni. last2 terjoin pergerakkan (paham2 lah kan, aku tidak mahu tulis, sebab nanti ada Cha Yaa Alif memerhati). dia ni kira orang bawah2, pengikut lah, kira dia pun masa tu masih belajar di sekolah pondok. dilaporkan pengetua sekolah pondok dia bangga dengannya kerana dia ni orang putih yang betul-betul hendak belajar agama. berdasarkan latar belakangnya, (well berapa orang anak orang putih amerika yang peluk islam masa umur remaja, dan pergi ke pakistan belajar agama?) kiranya dia ni satu dalam sejuta.

akhirnya dia tertangkap dan dituduh bersekongkol mengkhianati negara. walaupun dia tegaskan bahawa dia cuma membantu saudara Islamnya untuk melepaskan diri dari tertindas oleh pihak lain. tapi macam biasa lah kan.. polis amerika tu tak endah pun alasan tu.

sekarang dia dalam tahanan. bukan tahanan biasa2. yang dikawal ketat, mungkin juga dibrainwash, diletak dalam kurungan berasingan. ibu bapa nya dibenarkan melawat beberapa jam sebulan. aku rasa dia akan tinggal disitu dalam tempoh yang lama. cuma ibu bapanya saja orang luar yang dia boleh berhubung, itu pun beberapa jam. selain tu tiada. (nah.. korang rasa korang sunyi?, bosan?)

menurut bapanya, dia berbual-bual dengan anaknya, tapi anaknya tu tak banyak cakap. dia juga banyak menghabiskan masa dalam tahanan tu untuk mendalami ajaran Al-Quran. (mak nya tak banyak sangat cakap kot masa interview, asyik menurut bapanya saja ni). ibu bapanya masih berharap anaknya itu akan dibebaskan.

moral: lihat lah, Hidayah Allah SWT kepada hambanya. walaupun si anak tu orang putih entah ceruk amerika mana entah, hidayah Allah SWT tetap sampai kepadanya. dirinya sudah diserahkan untuk agama Islam, dan yang aku agak impress, walaupun dia lahir dan pernah dibesarkan sebagai amerika di amerika (amerika toktok), tapi semangat nya untuk mendalami Islam sangat tinggi, sehingga paham bahasa Arab (sebab dia pergi sekolah di Arab). kita yang memang sejak lahir Islam ni pun seharusnya juga menghayati agama Islam dengan lebih baik

moral ke 2: kasih ibu bapa begitu luhur dan berpanjangan. kalau anda seorang anak hargai lah dan balas dengan setimpal. kalau anda sebagai ibu bapa teruskan lah memberikan kasih sayang yang luhur dan berpanjangan kepada anak. tak semestinya sudah convert Islam tidak boleh berbakti kepada ibu bapa yang tidak Islam. tetap ibu bapa juga walau lain agama.

aku harap semua saudara muslimin muslimat mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT. dan mendoakan yang terbaik kepada saudara kita yang sedang ditahan kerana beliau seorang Islam.

Tuesday, June 16, 2009

Photography is the new black?

emm... i think photography as a hobby is too overrated nowadays. aku rasa bila berjalan ke mana-mana.. kiri kanan orang pikul dslr untuk ambil gambar. kelab photo pun tumbuh bagai rumput atau lalang.

good thing; dslr dah makin murah (sabar ya... kalau ada duit lebih dapat lah tu sebiji). dan among photog pun boleh trade in lense. sampai dalam buletin utama dan majalah 3 pun siap sisipkan hobi yang tengah glemer naik mencanak sekarang ni.

aku suka tengok gambar cantik-cantik. terutama gmbar bangunan atau lanskap dan juga gambar wedding. tak berapa click dengan gambar potret. sebab aku rasa bukan dah tak ada originality dalam potret, kebanyakkannya gambar yang sudah diphotoshoped. in order to produce a very good photo, photoshop lah kan. dah lumrah manusia gemar melihat yang mulus dan cantik.

kenapa aku suka gambar wedding? wedding ada banyak emosi positif. wedding salah satu mark for new beginning. and people usually weeping in the wedding as if it is a funeral. begitu aneh emosi manusia. tadi aku goggle social theory. tapi tiada satu pun dari hasil carian goggle tu aku baca. cepat-cepat aku tutup dan buka benda lain. nyatalah aku belum ada rasa ingin benar-benar tahu tentang hubungan sosial manusia secara theory.

ok berbalik kepada hobi photography. jarang aku jumpa photographer yang ambil gambar dengan 'jiwa'. (pendapat peribadi). memang ramai photographer yang dapat mengambil gambar2 yang cantik, maveles.. menarik, artistik. tapi aku tak rasa 'jiwa' atau 'honesty' semasa mereka ambil gambar. (aku tak rasa, mungkin orang lain rasa).

kebanyakkan photographer ambil gambar dengan bertujuan menghasilkan gambar yang terbaik. sehinggakan gambar itu kurang jiwa. tengok saja gambar2 pra perkahwinan. biasanya kisah-kisah gambar kurang jiwa ni banyak terpancar dalam gambar pra perkahwinan. they look very exhausted in photo where they should look vibrantly cheerful from inside. walaupun semua photo-photo tersebut cantik, tapi apa yang aku nampak ialah kelesuan pasangan bakal pengantin yang meluangkan masa mereka untuk sesi photography sambil terkejar-kejar membuat persiapan perkahwinan.

lest we forget, tujuan mengambil gambar ialah untuk mengabadikan kenangan. kenangan yang polos, tanpa senyuman plastik. kenangan yang indah itu lebih baik dari gambar yang terbaik. ada beberapa photographer yang aku dapat rasa honesty dan jiwa dalam gambar mereka ambil, seperti ini, ini, saifulnang (photog perkahwinan terbaik di malaysia aku rasa), dan this very young lady

ok mengenai photog ini. i dont know her personally, accidentally found her blog, and she has captured some beautiful photo. no, not the very common photo of mount kinabalu or pantai tg. aru. tapi subjek2 yang remeh tapi ditangkap gambarnya dengan suntikan 'honesty' dan 'jiwa'. aku bukan lah tahu sangat teknik fotografi. tapi her photos ada feeling.

bukan sekadar nak tunjuk, 'hey.. i got a dslr camera, look at photos captured by me.' dia capture simple subject, injected some soul, atau ada story behind the gambar.

to photog out there, dont just capture a beautiful photo, capture a memory.

p/s: aku tak pernah rasa bosan tengok gambar gunung kinabalu dan tanjung aru.

Monday, June 15, 2009

cikgu-cikgu jadi blogger

tengok title entry ni macam cereka dalam astro 'suami-suami takut isteri'. tapi ini hal lain.

warning: this entry really makes me sound like an ameno's pawn. therefore, ameno should thanks me. to those anti-ameno and BN, i need not to say sorry for your stupidity. muhahahahahahahaha

tadi masa melompat-lompat blog, ada jumpa dan baca blog urang kitni. aku kira the blogger ini urang membakut juga (jangan-jangan kilala). secara umum nya aku rasa dia ni sore blogger. ada saja nda puas hati. blog ni macam blog baru. nda kisah lah kan masing-masing ada pendapat sendiri. nda ngapa bah tu. biasa lah bah. cuma ada beberapa entry yang kalau ikut pendapat aku agak rasis dan agak 'anti kampung pimping'. pendapat aku saja. ada juga entry yang memberikan pendapat bagus, contohnya pasal isu penyelenggaraan kemudahan awam di pekan membakut, isu hospital, isu keperluan orang kampung seperti jalan raya.

now, politic is like drug. drug clouded people judgement and prevent user from thinking correctly. kan? (ceh, tajumpa cigu inglis, mati kana ucapkan.. hehe). kalau semua perkara pun mahu dilihat dan dikait dari sudut politik (termasuk isu papan tanda dan babi) maka tiada siapa boleh berfikir dengan baik.

berfikir scara politik akan menyebabkan kita senang bias. sebab dalam politik tiada siapa mahu kalah. kan? semua mau manang, semua mau becakap, semua mau berpendapat. walaupun tanpa justifikasi yang berkaitan.

entry papan tanda tulisan jawi.

komen pendek: Theresarized.

komen panjang:

macam mana lah tulisan jawi tu menidakkan hak kaum lain?. jadi tiada isu lah tulisan jawi ni. macam terpengaruh dengan isu yang dimainkan oleh pihak chauvanist dari semenanjung saja. font jawi tu punya lah kecil saja, terselit sikit. aku rasa nda ramai pun yang sempat membaca masa berlimpas disimpang atu. itu pun kau mau provok kah?

papan tanda ni tujuannya ialah untuk memberi maklumat kepada orang ramai yang mengguna jalan raya. memudahkan urusan. tidak sesuai untuk dijadikan modal provokatif. kalau itu papan kau biar saja sana, nda juga mengacau bah tu. lagipun ada tulisan rumi juga dipapan tanda tu.

senang cerita "PARANOID". itu lah kalau semua benda pun mau dipolitikan, diprovok, dilaga-lagakan. apa untungnya blogger ini memprovok papan tanda yang ditulis jawi itu? apa untungnya? orang kadazandusun dapat papan tanda bahasa kadazandusun? orang cina dapat papan tanda tulisan cina? orang brunei dapat papan tanda yang ditulis mengikut phonetik bahasa brunei? kalau dapat pun apa lah tu?

papan tanda muhibbah? ok, kalau ada lah papan tanda muhibbah ni, maksudnya papan tanda lama yang ada tulisan rumi dan jawi dalam bahasa melayu tu haruslah digantikan sedangkan papan tanda tu masih elok dan baik keadaannya. nah.. ini kah langkah yang bijak untuk berjimat cermat wang pembayar cukai?

isu yang lebih sesuai dihighlight ialah, jalan yang tiada papan tanda. bukan jalan yang ada papan tanda. aku pernah susah cari jalan di kawasan kk (taman perumahan) sebab papan tanda ditulis dengan karekter cina. langsung tiada huruf rumi. nah... itu lagi besar masalah nya. tapi tidak juga aku cakap aku punya hak sebagai bukan cina ni terhakis. itu papan tanda saja. papan ampai-ampai behujan bepanas pun mau jadi isu.

oh ya isu yang nda ada kaitan sangat, bahasa melayu unik sikit, ada 2 sistem tulisan yang diterima pakai, rumi dan jawi. rumi ada pengaruh dari orang putih, jawi ialah pengaruh dari orang arab. ada berapa bahasa di dunia ni mempunyai 2 sistem tulisan yang diterima pakai?

babi, babi, babi, dan babi dalam tin

komen pendek: DAPrism

komen panjang:

orang suruh register supaya senang pantau. nanti ada outbreak tidak lah terjejas kesihatan penternak babi tu dan keluarganya. senang bendung sendang dicegah. kalau lokasi ladang ternakkan babi tidak diketahui. maka macam mana pihak berkuasa mahu menolong penternak babi tersebut sekiranya berlaku serangan wabak penyakit.

sebenarnya benda yang sama digunapakai untuk sebarang jenis ternakkan. cuma bila sebut babi saja mula lah tu... (sebut betul-betul) DIPOLITIKKAN. unless kau baru balik dari menjalankan misi angkasawan di angkasa lepas, kau mesti tahu pasal influenza H1N1. tahukah WHO pun sekarang ni alert gila pasal pandemic ni. cuma nasib baik lah selsema babi ini bukan lah seteruk selsema sepanyol, atau black death.

register tu supaya senang dipantau, senang ditolong kalau ada masalah, senang dibendung kalau ladang tu tidak mengikut peraturan. bodoh!!!. nanti penternak babi haram tu mati dijangkiti penyakit, nah salah kan lagi pihak berkuasa. orang mau tolong cegah.

tahukah anda pihak berkuasa mexico masih tercari-cari dimana punca swine flu. kalau dorang register semua ladang babi tu, senang lah mau locate tempat kejadian. kalau penternak babi haram ni berleluasa, susah mau locate kalau ada masalah. orang suruh register untuk pencegahan tapi tuduh mau ambil duit hasil jualan babi penternak babi.

ini lah kalau gagal berfikir diluar kotak political bullshit. masalah kesihatan yang sibuk diperkatakan seluruh dunia pun disalahkan kerajaan. orang nak tolong, supaya bila babi penternak babi tu kena selsema tidak merebak ke ladang babi lain. tidak merebak kepada manusia.

kalau iya pun mau kasi provok cuba cari isu lain. boleh kah?

ini yang orang sibuk pantau ni ladang ternakkan babi yang bisnes besar punya. kalau setakat babi kampung 4-5 ekor untuk sendiri makan tu, tiada lah apa sangat. cuma pihak berkuasa concern sebab boleh mendatangkan keburukkan (sekiranya babi itu ada penyakit atau pembawa penyakit). btw, babi ni ok saja pun di Sabah ni. bukan lah binatang asing sangat. cuma takut mendatangkan penyakit. penyakit merbahaya yang dibimbangi diseluruh planet bumi.

pasal babi dalam tin, kau pastikah babi dalam tin import dari china, dari brazil, dari german, dari luar negara tu bebas tercemar dari penyakit selsema babi. orang kasi stop import tu untuk proses pencegahan. untuk screening. same thing masa kisah melamine dari china. ada yang cakap (kabar angin) kisah racun melamine china tu sudah lama tapi kana tapuk sebab ada sukan olimpik 2008. takut orang fobia. tapi lama-lama kedengaran juga, ada susu beracun melamine.

bila kerajaan hentikan import daging babi dalam tin tu sama lah macam menghentikan susu dan produk tenusu dari china semasa keracunan melamine tu.

pasal rokok, aku pun rasa, enforcement agak lemah. (means aku setuju juga dengan pendapat blogger tu untuk kisah rokok).

ok lah nanti aku sambung mencarut dan mengarut lagi. the blog is merely provoking issues and sadly, narrowing prespective.

sky is the limit. better set your limit.

aduh, punya lembab ini screamyx (ek eleh macam nda biasa pula bah).

sebenarnya banyak perkara yang boleh dihadapi dalam sehari semalam. terutamanya bila kita buka internet. susah kah untuk kita hidup tanpa melangkah jauh dari had atau limit?. kalau terjauh seinci dua itu biasa, mungkin sejajar dengan sifat kita sebagai pelupa, alpa, atau kadang-kadang impulsively stupid. tapi jika sudah berhektar-hektar jauhnya terpesong, sudah nyata hidup itu tidak disempadani had.

contoh had:

1. tidak boleh jadi gay atau homoseks. either kahwin dengan pasangan berlainan jantina (yang asli dan tulen) mengikut lunas-lunas norma atau hidup secara celibate sehingga berkahwin. (contoh sahaja).

baru-baru ini aku chat dengan seorang kawan. dia sudah pindah tinggal di amerika. bila chatting melarat lah cerita sambil tukar-tukar pendapat. dalam melarat-larat tu dia tanya apa pendapat aku tentang golongan homoseks. (di amerika, homoseks ini bukan perlakuan sumbang tetapi hak asasi manusia).

i stated clearly, i against sodomy or any homosexual activity by any means or any names (e.g. liwat, gay, lesbian, pengkid). why? simple, because it is forbidden by my religion. i dont need any other reason.

BUT, i acknowledge the existence of homosexual people. yes, they are exist, in our community. i dont simply crucified them (i cant actually). and most of the time i look at them beyond their sexual preference. for me, gay people is also people, apart from being gay, they are someone's child, someone's friend, someone's parent (may be). i look at them as person first, and their sexual orientation second. if i hate a person it is because of him or her not because his/her sexual preference. need not to be gay to annoy me. what happened if someone in your family is gay, could you chase them away, or denounce him/her?. could you?. i am far from 100% liberal.

kalau a friend jadi gay. tapi he kept the gay part of him for him self. so masing-masing lah kan. tak kan lah aku nak putus kawan yang baik serba serbi (kecuali dia dah jadi homoseks) semata-mata he is coming out of closet. sedih memang sedih. even though i will never approve homosexual activity, but he is a person juga. i cant judge him simply base on his orientation. same thing with pondan lah. kalau pondan tu baik, ok2, mulut tak hanjeng, kerja baik2, tak kan nak judge dia semata2 dia pondan, sedangkan dia ada kualiti-kualiti yang lain. adakah seorang pondan tak boleh jadi manusia yang baik?. ini lah yang aku masih belajar, 'look at person as a person'.

aku pernah kenal pondan tapi dia tetap pergi sembahyang jumaat. tak pulak aku cakap kat dia 'sia-sia lah kau sembahyang'. kan bagus tu, dia pergi sembahyang jumaat. walaupun dia agak 'akak-akak'. tapi time sembahyang dia pakai juga something proper, e.g. baju melayu, or tshirt biasa.

i am neither liberal or rigid. but limitation is something must. btw, ini pendapat saja. if you are wondering, sama ada aku ni support gay's right, jawapannya: tidak. kalau tanya sama ada aku ni homophobic, jawapannya: not really.

Saturday, June 13, 2009

Lab Rat.

this week i am feeling so kevin mccalister. why? i've been home alone twice, last tuesday and today. in 2 different houses. how's lame is that. sometime i like being alone. most of the time actually, but scary. ok forget the scary part.

my other hausies are not here, and i am not sure we are they. i think everyone have something to do. i prefer not to disturb them.

English.

ermm... actually i commented on Khairy Jamaludin's note in FB about 'wajib lulus BI'. my comment; 'bagaimana dengan murid luar bandar?'. and another commentator commented 'pelajar luar bandar pun cerdik' or something similar to that. which i assume as a response to mine.

I went to school in Sabah rural area. both primary and secondary. i didnt go to boarding school because i only got 1 A in my UPSR, got C for my English. i was ok with it, my only aim at that time was to squeeze myself into arabic class. i did.

English have been always an issue. since yesteryears. i think the most affected would be the transition batches. those who born in 1983-1986. we are like in the buffer zone. when i was in matric college, science and math were taught in Malay. Exam questions were also in Malay, but some books are in english. better and full with more information books are in english. (at that time) Malay books were only text books, or module for syllabus. the contents have enough notes for exam but less in information.

but when i was doing my bachelor, some subjects are in english, some are in Malay. The reason why we cannot use fully english as a medium because ukm was established with role to hold up the flag of Bahasa Kebangsaan. but we still need to learn some of selected subjects in english, because that is the current policy. science and math must be taught in english. some lecturers were very lenient, they conducted class in bilingual. Notes were in English, but student were allowed to answer exam paper in Malay. Our lecturers were very generous. they must be. if not, habis lah keputusan exam kami. (me too, planning to be a generous teacher, someday).

pro; student who is poor in english need not to burn him/herself to answer science paper in English.

con; student has been given opportunity to avoid english. Again.

sometime we need to push this english down to our student's throat. itu pun kalau nak semua pandai dalam english lah. kalau tak selamanya kita akan buang masa bertekak, bersimposium pasal ppsmi. ada pro ada con. atau lebih tepat serba salah.

ok thats what happened in university level. how about in school?

in my former school, even teaching Bahasa Melayu was a problem. no wonder my former Bahasa Melayu teacher was very 'makan budak' type. she must be. if not, we will never learn how to write a summary. me probably, selama-lamanya guna perkataan 'yang' dipermulaan ayat masa buat karangan. everytime after exam or test. she usually read mistake that we did in our exam paper in front of class. one by one, she wont let go not even one soul. so we wont repeat the same damn mistake ever again.

terima kasih cikgu faridah. when i finished my spm, then i understand why she was very 'makan budak' type. she have to fight our thick head and worse, our thick tounge.

being a true full blooded Membakuti or to be more specific urang pimping, i speak thick Brunei dialect (should i say language?), everyday. i started speak proper Bahasa Melayu only when i was in matric (itu pun sebulan dua juga baru ok, selalu juga tersasul-sasul kurapak berunai). so can you imagine what kind of language we used in school?. kalau orang semenanjug baru sampai membakut, mesti terasa macam di luar negara mungkin. well, welcome to the other side of country.

masa ujian lisan saja mengada-ngada cakap bahasa melayu masa sekolah. teachers from semenanjung were converted as 'one of us'. they must be able at least to understand our dialect, better if they can speak like us do. macam mana tak terconvert, kalau kami dah main belasah kurapak berunai setiap masa, mahu atau tidak, mesti cikgu tu terpaham apa yang kami cakap.

the true problem appeared to surface when we wrote essay in Bahasa Melayu. haa.. mula lah.. perkataan seperti 'terabah', 'menyangkayut', 'menerais', 'melagau' tertulis di karangan kami. macam mana cikgu aku tak marah, aku pun marah kalau begitu. vocab used is impossibly comprehened. nasib baik cikgu aku local. kalau cikgu luar, lagi tension berganda-ganda. we dont even speak proper bahasa melayu. bahasa melayu rojak pun tidak. yes, i must say, we are very proud of our origin. our forefathers must be proud of us.

sekolah aku ada bangsa lain juga. but we were too dominant, especially the ever grand urang pimping. tapi budak-budak lain tu semua paham dialek kami, even ada yang pandai cakap.

itu kelas bahasa melayu tu. can you imagine teaching english in my (ex) school? the class could easily turn into some kind of daunting forest. i bet my former english teacher knows better. so if pass english paper is made compulsary... you do the maths.

memanglah ada juga murid luar bandar pandai. tapi di tempat aku, some schools (especially sekolah rendah) dont even have proper teacher, let alone proper books. harap buku teks sekolah. korang ingat semua pelajar tu ada buku kerja tambahan, buku teks terbitan pelangi. ada yang ada, ramai yang tiada. and teacher pun ada yang problem... nak tahu pergi sendiri lah check sekolah-sekolah di kawasan ulu.

i heard ramai cikgu yang dipindah ke kawasan ulu atau super ulu ni cikgu bermasalah. di kawasan aku sendiri ada cikgu pergi sekolah pukul 7.30 am balik pukul 10 am. ni sekolah rendah ni. bila masa sekolah rendah murid sudah tercicir. ramai murid yang masuk sekolah menengah tak pandai membaca. see how sad the situation is?.

kalau sekolah bandar, bandaraya, pekan, kampung contoh, desa wawasan boleh lah target nak dapatkan 20 orang murid upsr 5 A. yang ulu ni, kalau ada 2 orang yang dapat 1 A pun dah kira bonus. sebab ramai yang tidak pandai membaca. they went to school for 6 years but they cannot even read. do you expect they can pass english? this is bitter reality. but it is happening.

ada juga lah yang sekolah dekat bandar, dalam bandar, punya murid tercicir tak pandai membaca. itu pun masalah juga tu.

so how? just let them tercicir forever only the fittest will survive? or how? boleh wajib kan lulus bahasa inggeris kalau masalah keciciran sudah diatasi sepenuhnya. may be percentage of keciciran is low. tapi tetap ada. let those who cannot read tercicir? drifted?

murid tak pandai membaca ni boleh masuk sekolah menengah. so lets assume, by the time they are in form 2 dia sudah pandai membaca. dia tertinggal jauh... itu baru pandai membaca, belum tentu paham apa yang dia baca. may be, by the time they are in form 5, their level is still bubbling in menengah rendah level. do you expect these poor pupils will pass their english and eventually pass their spm? macam kes zaman aku dulu, nak harap lulus (bukan credit) bahasa melayu pun cikgu mengurut dada kerisauan. bahasa inggeris tu tak tahu lah.

the survival of the fittest lah ni... tak lulus, tak proceed. biar lah.. drifted macam tu... how about their future?

baru saja aku terbaca dalam RD, kisah budak kolej buka syarikat mengangkut sampah. the founder of company said, if there is something wrong, it must be the system not the people. kepada bijak pandai sekalian, aku berharap (berharap saja lah kan..ke jadi 'jangan harap'?), bincang betul2 jangan guna emosi atau hati busuk, tapi gunakan minda yang berwawasan, minda yang berilmu, jiwa yang tenang... minta fikirkan cara yang sebaik-baiknya untuk menyelamatkan anak-anak malaysia supaya tidak jadi tikus makmal sistem. atau pun constantly changing policy. letak ke tepi dulu parti politik siapa paling popular. kalau anda benar-benar sayangkan malaysia, sila buktikan dengan mementingkan anak-anak malaysia lebih dari kerjaya politik anda.

dan aku nak memetik juga lah kata-kata che det, 'orang sekarang buat keputusan bukan sebab pendidikan tapi sebab nak dapatkan undi' (lebih kurang lah). dan yang penting che det juga berpendapat, tanya dengan ibu bapa apa yang mereka nak untuk pelajaran dan kebaikkan anak mereka.

aku nak tambah, tanya juga murid apa yang mereka nak... (at least tanya, mana tahu ada 'hang nadim').

aku juga setuju dengan pendapat tukar tiub. kalau nak tingkatkan bahasa inggeris guna sastera inggeris. walaupun most of the time aku tak berapa click dengan isi kandungan tukar tiub, tapi dia cakap yang betul. sastera inggeris tu banyak perkataan. sastera tu boleh ada drama atau play. bila banyak perkataan di baca boleh tambah kosa kata. untuk melatih lidah berkata dalam inggeris boleh buat pementasan drama atau play shakesphere atau apa-apa karya inggeris. bertutur dalam bahasa inggeris semasa pementasan play. tatabahasa, boleh digilap oleh cikgu. sambil membaca juga boleh gilap tatabahasa.

my english is far from perfect. langit dan bumi. jauh panggang dari api. so does my standard Bahasa Melayu. i am still learning, keep on learning. tapi bila melihat budak sekolah di kampung aku yang agak rendah pencapaian akademik nya, buat aku rasa sedih. mereka ketinggalan. ada juga lah dulu aku dan kawan-kawan cuba buat kelas percuma untuk bantu mereka melalui late KMWM. tapi tak berpanjangan due to a lot of problems. kalau budak2 tu set appoinment, nak ulangkaji dengan aku every weekend, or suruh aku check latihan mereka, i'll do it for free. dengan syarat mereka yang mesti beriya-iya, want it so badly. bukan aku.

sambil tu boleh aku pun recall balik benda dulu2. tapi no one interested. ada juga my cousin yang tanya aku soalan kimia. tapi jarang sekali. bukan aku pandai sangat, tapi mana yang boleh tolong aku tolong. atau aku nak tolong.

acapkali aku salahkan pemuda ameno kawasan or bahagian. sebab bagi aku, they can play bigger role in upgrading local academic achievement, with thier source and work force. but sadly they do nothing. habis tu nak harapkan siapa? AMK atau dewan pemuda pas? oh.. dikawasan aku ni mostly totok bn, so AMK dan seumpamanya tu hidup segan mati pun segan. pas? hehehe... huhuhu hahaha...

please take note mr khairy, see your kawan2 ni...korporat sungguh. where is biro pendidikan? who? what? ada kah such thing? ke tulis atas kertas mesyorat saja.

Friday, June 12, 2009

Penjajah tak cukup tanah

tak payah sibuk-sibuk tuduh amerika jajah minda anak muda, amerika jahat, amerika itu amerika ini. asal ada kebejatan sosial, masalah ekonomi, bom meletup salahkan amerika.

tu ha.. jiran yang bernama Temasek tu tengah masuk jarum. The modern Temagi dah datang salam tangan. dia nak cari spot di Johor lah tu, kasi kompeni temasek berkembang biak, lepas tu boleh suruh orang malaysia kerja untuk Bos china tamasek. al maklum lah, Malaysia ada 1 kasino, dia nak buat 2 kasino, check balik tanah tak cukup daaa.... Malaysia ada sepang dia pun nak jugaakk.. bantai berlumba kat jalan raya.

hoi tak sedar2 ke diorang nak cari tapak tu? nak ambil tanah...

first of all kasi singkir itu trojan horse, roket lah siapa lagi. kalau tak, sampai bila2 pun ada duri dalam daging.

Belanjawan

aiseyh.. macam terlebih bajet. aku withdraw rm50 jak untuk minggu ni.sebab aku ada beberapa puluh dalam wallet. biasa nya aku bajet seminggu rm100-rm150 saja lah belanja. my brother (initially tulis 'abang', but nanti orang salah sangka pulak aku scavenging duit bf, nan ado aku berboipren, let alone nak kikis duit) dengan baik hati ganti duit minyak dia kasi rm 20. rm 20 tu boleh drive seminggu puas2 (actually aku cuma ulang alik kampus, pergi makan yang paling jauh pun di McD depan roundabout, tiada masa aku mau makan jauh2 ke TLC atau 1B, dan balik putatan). kadang ada balance sikit tu minyak untuk next week.

scholar belum masuk lah. yeah semester sudah tamat scholar belum masuk, aku survive semester ni dengan duit my parents, duit saving yang kecil-kecilan dan duit scholar last sem. oh dan juga duit adik beradik (ni biasanya aku dalam bentuk makanan bukan minta cash term mentah2). ok jangan risau makan minum cukup untuk menambahkan ukur lilit waist.

kemarin, lunch ditaja (oleh my bro juga), tapi dinner aku makan McD, iya lah asyik lalu saja terliur lah juga kan... lepas tu aku gatal2 lah masuk kedai select shell tu, konon nak cari teh hijau dalam tin (ada orang kata teh hijau meningkatkan metabolisma, so banyak lah kalori mcD yang terbakar, konon lah), aku dah ambil 2 tin, then aku terpandang rak majalah. dah lama juga tak beli majalah. aku selalu baca online material sahaja untuk bacaan sampingan. so aku rembat lah satu RD, RD tu RM15, mahal siot juga, tapi since aku rasa berbaloi-baloi, lagipun dia pack sekali edisi bulan2 lepas satu buah, yang content nya ku kira masih relevant. so aku dapat 2 buah RD dengan harga RM 15.

lepas tu majalah Edge keluaran May, kelihatan menarik untuk dibaca. dulu masa edisi yang ada muka khairy jamaludin aku terasa nak sangat beli... tapi tak terbeli (malas nak cari). since Edge ni local, maka murah lah sikit kurang RM 8. zappp sekelip mata aku bayar about RM 25. masuk makan mekD kira2 RM40 juga habis tak sampai dalam masa lebih kurang 90 minit. rasa menyesal pun ada. sampai aku agak termenung sejenak (sejenak tu kira-kira 2-3 saat) depan kaunter. dalam hati 'apa barang lah aku nak ni sampai habis RM 25'. padahal nak beli air tin saja pun masa masuk kedai tu, impulsive buying.

hari ini, aku makan lunch amazingly murah. RM 3 sahaja. tak tau lah cashier tu salah kira. tapi murah lah. aku ambil nasi+kuah+ayam seketul dengan tea o ais. tapi tadi pergi cuci kereta.RM 10. makan bun RM 1.50. dinner RM 7.80. buat kunci baru RM 3 (nanti aku cerita). kira ok lah.. standard. mula2 aku ingat tadi nak makan ciken wing, tapi perut aku ni mana lah cukup ciken wing seketul paling kurang 3 ketul tak pun 5 ketul. aisey man.. tahan sajalah. 1 ketul= RM 1.50. kalau beli 3 = RM 4.50. belum tentu kenyang. last2 aku terus makan nasi and tom yam and minum lemon ais. why tom yam? somehow tomyam buat aku cepat kenyang. so aku tak mengada2 nak beli munchies ke keropok atau ciken wings 3 ketul. yang lemon ais tu, bukan lah aku sombong tak nak minum air masak, tapi lemon kan ada elemen menyahtoksik (ke anti oksida?), konon lah...

oh kunci. tadi kunci aku masalah sikit. memang dah karat dalam tombol tu. tombol pintu tu pelik sikit dan tahap keselamtan bertaraf industri. nak cucuk kunci kena hentak2. sekali aku hentak.. bengkok kunci aku. nasib baik tak patah didalam tombol. tak pasal kena report jabatan pula. so oleh kerana kunci dah bengkok, aku pun pergi lah duplicate kunci baru. yang berharga 2 ketul ciken wing.

oleh kerana aku dinner pukul 6 ptg sekarang aku dah lapar balik. uisyhh.. dugaan. ada saja pun megi dalam lemari tu. tapi malas pula.

sekarang ada beberapa puluh lagi tinggal. harap2 betulah tu scholar masuk minggu depan. sebab kisah scholar masuk 'minggu depan' ni dah beberapa kali aku terima. sudah nya dah masuk 'bulan depan' pun belum masuk lagi. berapa banyak minggu depan lah. i am frustrated every time i go to ATM. semakin depleted. tu pun actual duit scholar tu cuma about RM 200 sahaja. selebihnya tu ialah my saving. saving duit scholar masa dulu2. since masuk matrik. tapi duit scholar, orang kasi, kita tak boleh lah nak komplen lebih2. nanti orang kata tak bersyukur pula.

dulu masuk matrik, kerajaan kasi rm1000 per sem, so ada rm 2000 lah (zaman aku ok, zaman kini mungkin dah dikurangkan). aku tak kacau duit tu (atas perintah ayahanda). matrik kira ok-ok saja, lagipun di Pulau tu apa sangat lah yang kau nak beli. belanja makan minum2 then sikit2 untuk fotostat, beli sabun, beli shampoo, beli pen dan kertas, tambang bot/bas/teksi, joli sikit2. actually banyak lah juga.. rm2000 tu kena parents support beberapa ratus lagi lah untuk survive selama setahun. especially those yang kena beli tiket flight. kadang2 kisah budak matrik tak cukup duit ni agak dramatik. sampai ikat2 perut tak makan (herannya ada orang yang bila makan berkira bila pasal beli mekap, baju, beli booze, segala mak nenek tak pulak).

bila masuk U baru aku guna rm 2000 tu buat belanja. and my parents tambah juga lah sikit2 mula2 tu. dapat ptptn full, tapi atas perintah ayahanda, tak buat loan ptptn. pas tu dapat scholar. so before dapat scholar tu (duit scholar macam biasa akan lebih lambat dari biasa), survived on RM 2000 matrik, dan my parents' money. nasib baik dapat, if not, huhu.. agak daif lah aku. dapat scholar, bila awal2 sem, takut juga nak shopping sakan. iyo memang lah masuk tu ribu2 juga (tak lah sebanyak ptptn, kira ok lah), cuma aku takut semput sebab dah terlebih speed kat petak mula. so aku cuma shopping bila hujung2 sem (biasanya sebelum balik kampung after exam, atau study week). means, aku cuma shopping dengan duit yang balance2 saja. tu pun jarang aku guna semua, sebab aku simpan sikit untuk belanja hu ha hu ha masa cuti sem. sambil belanja adik beradik lah ni. (hasilnya sekarang, mereka pula belanja aku).

macam tu lah berterusan sampai abis study. masa sambung study sekarang, first sem agak teruk lah. depend fully dengan my own 'Tripp Darling'. dan juga sikit duit balance2 scholar dulu. first sem aku tiada scholar langsung. (fuh.. bayang kan kalau waktu buat bachelor aku fully depend on my parents? tersedak-sedak juga nak abiskan 3 tahun).

nasib baik juga (yes, suddenly i feel lucky), aku masuk IPTA, masa bachelor, yuran ukm murah, relatively. sila masuk ukm untuk yuran yang murah (err.. uitm lebih murah). tapi masa first sem, Msc. terasa bangat, yuran agak mencekik dompet. sebebat duit terpaksa dicampak kat kaunter pembayaran hokeh. which is sometime very demoralising. but i am lucky, 2nd sem, aku cuma sempat bayar pendahuluan rm 1000, then dapat scholar. and aku belum dapat refund rm 1000 tu sampai sekarang. dah berulang2 kali aku tanya. bila dia nak duit kita, on the spot saja dia nak kita campak duit, bila minta refund, berdolak dalik. siyall tak siyall tu? of khoz siyall.

korang nak sambung belajar, sila lah pilih tempat yuran murah. dan make sure source of funding is reliable. bukan kejap boleh bayar yuran tapi tidak tanggung cost of living, kejap ada belanja beli buku kejap tidak. serius aku cakap, duit tu sentiasa jadi masalah. yuran tu tip of iceberg saja. tu belum masuk kau punya cost of living, joli katak, research expenses. pernah aku attend satu research proposal untuk PhD. research expenses dia mencecah harga sebiji proton waja. siapa nak sponsor? alih2 bergayut juga kat kerajaan. bukan pulak aku nak puji2 kerajaan. tapi hakikatnya tu begitu. aku tak pernah pula dengar pembangkang kasi biasiswa atau dana siswa atau dana penyelidikan kepada pelajar. ada kah?

dan bukan ko sorang saja yang meminta ihsan belas kerajaan untuk gratia pengajian. beribu ratus lagi. so mungkin, they will benevolently spend some taxpayers money to fund your study. tapi jangan lah harap proses untuk kau dapat duit tu sekelip mata. means kau kena ada back up juga lah. tak kisah lah duit epf korang ke, duit saving ke, duit pajak tanah kebun ke.. ramai juga pelajar atau bakal pelajar berharap dengan research grant. ada yang dapat, ada yang tidak, ada yang dapat half way. means belum habis study, kontrak RA dah expired. then blank nak cari source of funding, apply lagi jadi RA dengan research grant lain (itu pun if any).

sebab tu ramai stuck tak buat PhD. lagi, masalah utama ialah duit. semua mengharap ditaja institusi atau kerajaan. semua mengharap tajaan. berapa orang yang buat PhD. di Malaysia 100% adalah belanja dari duit poket (atau duit ibu bapa) sendiri?. bukan senang nak sambung belajar tanpa funding. dan ramai juga nak buat PhD. di luar negara. kalau kos buat PhD di Malaysia kira RM 100 ribu (konon lah). mungkin kos buat PhD. di europe (tidak termasuk UK) mencecah 300 ribu euro. bayang kan ada 100 orang nak buat PhD. di europe dan semua bergantung harap dengan tajaan kerajaan sepenuhnya..

aku punya plan senang saja. tak mampu bayar euro atau pound atau dollar sambung di Malaysia. at least jimat duit. memang lah malaysia tiada spring tiada snow, culture pun itu-itu juga. at least murah. aku pun ada hati nak sambung belajar di europe atau oz atau nz (sori, amerika, kanada, aku tak minat lagi). tapi nak buat macam mana, for now memang tak mampu nak bayar yuran oversea tu. kawan aku yang buat PhD. di amerika kata, yuran satu sem dia USD10,000. kalau buat 6 sem, dah USD 60, 000. siapa yang pandai main forex tu sila lah kirakan, aku rasa lebih kurang beratus-ratus ribu ringgit juga tu. belum masuk kau punya sewa, beli baju sejuk, beli boot, makan, minum, beli laptop, hantar anak ke nuseri, fotostat, pergi field, joli ayam.

tiada duit kalu, jangan lah memaksa untuk sambung study di oversea. satu-satunya cara, tunggu disponsor saja lah. sometime aku terpikir2 apa barang PhD. ni? kenapa orang belajar Ph.D? compulsary? naik pangkat? dapat sponsor? menimba ilmu? saja2? nak main salji? menimba pengalaman? menyebarkan ilmu? nak tulis paper? nak dapat title? menggapai impian?

sometime clerical job is look like a much better option. serius, di kampung aku, orang tak pandang pun all those sijils, those As, CGPAs, you have no pay slip, you are nothing. tak kisah lah kau grad with hons. ke, dean list ke, top 100 in your faculty ke, kau tekejar2 bas nak pergi kelas, kelas kau hari2 start pukul 8, atau nota banyak gila nak di baca sampai meleleh hingus. jangan mimpi mereka ambil tahu semua tu. mereka cuma kisah, kau boleh produce duit atau tak.

abis spm, apply kerani SPA, dapat, kerja 2 tahun, bertunang, kawin. dats it. you are a person. kalau kau lepas spm, masuk kolej, masuk U, grad. duk rumah setengah tahun, masuk U ke-2, tak bekerja, tak apa, bercinta pun tak, check FB 18 kali sehari, ulang alik masuk lab, you are nothing. balik2 soalan yang ditanya, kau belajar apa? kerja apa lah lepas ni? aku dah tak ada selera nak jawab those Qs. satu, title program aku ni lain sikit namanya, so kena pula buat brief explanation (i always hate this part), then lepas tu tanya 'kalau belajar biologi lepas tu mau kerja apa?. ikutkan hati mau saja aku jawab 'kalau undi cukup, jadi YB pun boleh'.

so, money rules... unless you are monk in hidden temple somewhere near himalaya lah kot baru kau tak kisah pasal duit ni langsung.


p/s: gila panjang entry kali ni.

Wednesday, June 10, 2009

Issues

unity government, muzakarah, or whatever you may call it. Some in Pas want it, some are not likely, their partners in PR against it.

ok before i write more about this, actually i watched Astro Awani with the Khairy J in it discussing or arguing about unity government with A Pas MP on the phone to more or less represent Pas' view.

if ameno-pas wants to talk and discuss about Issues, i think it is good. dont just talk but try to find the best solution. issues like economy, social, and national unity are national issue, so instead of being noisy pembangkang yang tak habis-habis membangkang, it is better if Pas tell their opinion directly to ameno. it is much better if they included all Bn and all Pr in their discussion (but i bet, chaotic...). try to find solutions for national issues. whats wrong with that?

note: KJ is eloquent, but his face expression is sometime bothering. i am afraid i agree with some of his points.

i dont think lah, ameno-pas are going to sleep on the same bed, at least not anytime soon. cuma kalau nak berbincang, apa salahnya?. oh may be it is because, ameno and pas are malay based parties, if ameno and pas are discussing issues, then it will reflect malay's unity? may be.

releks lah bai.. bincang saja pun. if the outcome from the discussion is something good for let say national economy and harmony, so it is good for all lah kan. ini belum bincang, baru nak berbincang dah semua pakat-pakat buat PC rebut mikrofon bangkang. dah namanya pembangkang kan....

roket is furious, at least i think so. but st. anwar managed to do some damage control. by stressing in his blog. the Pr is fine, it is Bn's fault smearing their strong as oak alliance. as usual it is Bn's fault, merekayasa cerita bahawa Pr bercakaran. well lest you forget, Pr is also a political alliance, so sepak terjang politic is must.
.........................................................................................................................................................................

on KJ,

ermm.. KJ, i know a someone who really fond KJ. she is KJ's fan. me? not really. but KJ is brilliant ermm.. youth, at least his oxford's ceritificate proved that. i dont really know about politic. not more than what i read and see on media. but i think KJ's is too western for malaysia, at least for malay. or at least for me.

actually i would like to see KJ more as a youth leader than a rookie politician who are facing all kind of allegations. i want to know his opinion and solution about issues, like education or economy (since he is an oxford graduate and he read economics and politics). especially education.

well KJ will never visit my blog. haha.. (he havent reply my email). so all the best to you Khairy.

cara-cara mengawet binatang kecil (tikus)

sebenarnya ada pembaca yang berminat untuk mengetahui cara-cara mengawet burung dan tupai. ini diluar sikit dari bidang aku (aku buat tumbuhan) tapi oleh kerana another part of my study is about biodiversity maka sapu semua lah flora dan fauna di planet bumi. ok sini aku tulis secara ringkas macam mana nak awet binatang2 seperti tikus.

tikus ni mamalia kecil so kau boleh apply cara ni untuk tupai. sebenarnya bahan dan alat lebih kurang sama sahaja cuma skill kau nak belah-belah bangkai (err... spesimen) tu yang penting. so first of all kau kena tahu tujuan kau.

contoh tujuan kau nak awet spesimen itu ialah untuk pameran, maka kaedah yang sesuai ialah awetan kering. kalau kau tak tahu apa tujuan kau nak awet spesimen, maka kau kena cari dulu tujuan. Aim and objectives ni boleh jadi peluru makan tuan. so buat betul2 dan kalau tak pasti, belajar lagi atau tanya orang yang pakar (bukan aku).

berikut ialah bahan dan sedikit teknik untuk mengawet tikus.

Bahan:

1. Tepung Jagung
- ini bahan tersenang sekali nak dapat.

2. Magnesium Karbonat
-kerja dengan bangkai, dah namanya nak mengawet, benda ni penting untuk mengawet kulit spesimen.

nak pakai arsenik pun boleh, agak toksik. tak pasal kau jadi nuar berahim.

Alat:

1. scaple blade
2. gunting tajam (untuk potong kulit)
3. forsep
4. gunting tulang
5. senduk otak (sudu kecil biasa2 pun boleh)
6. dawai (ala yang dawai ampaian kain pun boleh)
7. kapas
8. benang dan jarum

nota: guna kit pembedahan makmal, kalau korang belajar biology korang mesti tahu apa benda nya tu. jangan guna peralatan dapur, untuk mengelakkan masalah keracunan atau jangkitan penyakit. jangan jadi bodoh ok.

Teknik:

1. Mula2 bunuh tikus. guna kloroform. pastikan betul2 mati (bukan pengsan). hati2 guna kloroform sebab... eleh ni pun nak kena kasi tau ke?

2. cabut sikit bulu tikus di bahagian abdomen dia, lepas tu guntingkan kulit tikus. hati2 jangan sampai terodok habis terburai isi perut tikus tu. satu kerja pulak kau kena tangkap tikus lain lagi. masa ni tabur2 lah tepung jagung kat tikus tu, mana tau tikus tu berdarah. at least tak lah bersememeh.

3. proses skinning. ini susah sikit. nak mengulisi ni kena ada steady hand (sebab tu aku tak buat kerja ni sebab tangan aku menggeletar). pisahkan kulit dari otot (daging) perlahan2 guna scapel. buat sampai paha. patahkan tulang paha tikus tu (guna gunting tulang kalau tak nanti habis rabak tikus tu). keluarkan kaki dengan cermat (sesudah dipatahkan), jangan sampai tercabut habis. sekarang tulang paha tikus tu hanging dengan badan tikus semata2 attachment dengan tapak kaki. (i know sound nonsense tapi kalau kau buat mesti kau tahu ni). dan ingat untuk add on korang punya tepung jagung jika perlu. bila sampai bahagian kepala tu hati2 sikit. tanya lah dengan siapa2. aku tak tahu nak explain macam mana nak korek otak tikus dengan tidak menjejaskan kulit tikus. yang aku tahu, tengkorak tikus tu harus dikeluarkan. *jangan sampai kulit muka tikus tu cedera.

4. pas tu perlahan2 pisahkan badan tikus dari kaki dia. tarik keluar ekor dengan forsep. potong daging yang menghubungkan paha dan badan tikus. hati2 jangan sampai terburai isi perut tikus. kemudian pisahkan. lepas tu bersihkan daging2 yang ada di tulang paha tu. bersihkan betul2 sampai ke tulang. kalau tak nanti berulat lah tikus tu dan busuk. sekarang sepatutnya korang dah ada sekeping kulit tikus. (ala2 macam karpet hamparan kepala beruang).

5. kulit tu bersihkan lah lemak2 yang tertinggal. sapu kan magnesium karbonat. buat badan palsu menggunakan dawai dan kapas. untuk ekor, kapas tu korang lilit around the wire. wire tu panjangnya lebih kurang dengan ekor tikus. untuk badan, gumpal kapas lebih kurang dengan saiz dan bentuk badan tikus, agak2 lah besar mana tikus tu begitu lah besar gumpalan kapas. masukan badan palsu perlahan2 dalam kulit, kalau agak kering kulit tu renjis air sikit. nanti koyak pula.

6. dah siap. jahit balik tempat yang korang potong mula2 tadi. lepas tu keringkan spesimen dalam oven. agak2 lah jangan lama sangat nanti rangup pula tikus tu. than boleh lah disimpan. comel spesimen ni kalau betul2 pandai buat.

Tips:

1. korang pergi lah field trip ke muzium yang berdekatan. Muzium Negara atau Muzium Negeri, zoo pun ok juga rasanya. seboleh2nya waktu hari bekerja, lepas tu tanya lah staff disana. sebab biasanya ada staff muzium yang kerjanya mengawet spesimen. jangan kata tikus, rusa dan harimau pun mereka terer nak awet.

2. cuba surf laman web muzium luar negara (kalau boleh pergi lebih baik). aku dah surf, tapi tiada lah langkah2 nak mengawet ni step by step dia tempek dalam website. tapi biasanya ada gambar spesimen yang siap diawet. so boleh lah nak compare dengan kerja korang.

3. tanya pembantu makmal. mana tahu makcik lab korang tu terer gila nak awet spesimen, walaupun nampak dia tu makcik2, tiada Ph.D, tapi jangan lah korang eksyen nak mamp. makcik lab aku dulu, pernah berkursus berbulan-bulan di amerika untuk awet spesimen. dia memang pakar lah nak mengawet2 ni. yep amerika bebeh... ko ado? nan ado...

4. buat homework. yang ni paham sendiri lah kan. macam aku, aku suka blogging, so aku share lah sikit pasal cara mengawet binatang. rajin2 tanya google tu. yang ni aku tulis dalam Bahasa Melayu. so pandai2 lah search dalam english. aku nak belajar awet binatang ni bayar RM 250 sejam hokeh.. ni aku kasi free saja. baik hati kalu, kasi klik aku punya iklan di bar atas dan side bar tu..

5. practice make perfect. macam maths jugak. practice practice practice. (masalahnya dalam kes ni, kau praktis membunuh, so kena bunuh banyak tikus lah ya..)

nanti kalau aku rajin aku kasi tau macam mana nak awet spesimen burung. kalau rajin lah noks.. kalau tidak, tak ada lah. kali ni tiada gambar. malas aku nak ambil gambar, korang google lah sendiri.

bon voyage?

malasnya mau upload gambar... buat memenuhkan memori card saja tapi tidak share pun those piccies in blog.

anyway, my suppose to impulsive trip to sandakan may need to be postponed due to some problems. first of all, money matters, second, time. actually someday last week i received an offer to participate a course. masalahnya nak pergi kursus tu nak kena buat pasport, beli tiket kapal dan memerlukan sedikit belanja persediaan. i havent confirm whether i am going or not. but i really want to go. due to the wedding (which turned to tamu gadang glutton version) a lot lot of works have been delayed.

first thing first, confirm kan dulu aku boleh join the course tanpa membayar beberapa ratus dollar amerika. secondly, dah confirm semua, then baru lah aktiviti membuat pasport, beli tiket2 bermula. i never travel this far before, paling jauh pun road tripping around borneo atau malaya sahaja. so aku agak chuak lah nak travel jauh2 sorang2 (bukan lah sorang sangat pun).

wabak influenza pun buat aku paranoid juga. tadi aku pergi airport, ada lah pre-caution oleh pihak berkuasa di pintu masuk negara. takut juga ok. bila ada orang putih lalu sebelah aku cepat2 aku menjauhkan diri. gila paranoid. plus aku memang tak berapa gemar backpacker orang putih (black pun aku tak suka gak.. lagi lah macam penipu saja muka sorang2), bukan aku tak suka sebab aku ni jenis tak welcoming pelancong. tapi sebab aku rasa backpacker tu pengotor dan tak mandi berminggu2, ntah2 seluar dalam pun tukar seminggu sekali sahaja.

boleh2 travel south east asia 3-4 bulan, beg dia sebijik dua saja... satu bag besar, satu beg kecil dengan pouch. (ini aku agak saja lah mereka travel kalau satu region ni buat sekali harung sampai berbulan-bulan).

berbalik kepad course tu... emm.. aku betul2 nak pergi lagipun relatively tak lah mahal sangat. kira ok-ok sajalah bayaran, sebab ada course-course seumpamanya yang lebih mahal dan jauh nun ntah dimana2. cuma aku ni tak tahu sangat nak mengurus hal ehwal antarabangsa. kalau takat nak suruh aku pergi sekitar malaysia ni, 3 bulan pun boleh.

1 more thing, my body has some kind of mechanism to repel new place. tiap kali aku bertukar tempat tinggal, aku selalunya jadi tak sihat. it was happened before masa aku masuk matrik, the first 2-3 weeks, tiba2 aku kena asma (mungkin sebab minggu orientasi penat sangat), masa first year pun sama gak.. aku batuk n demam siap menangis (part ni agak wajib lah, aku memang tak segan nak mengalirkan air mata). masa masuk asrama balik setahun setengah yang lalu, the worst, aku masuk emergency room sebab gastric yang dramatic... (actually boley saja tak payah pergi, tapi hausmet aku baik. mereka risau aku sakit so mereka tolong lah).

padahal aku ni dah 20 something (my former classmates yang baya aku dah ramai yang beranak pinak ok). tapi aku still lah macam budak tingkatan 1 first time masuk asrama bila aku bertukar tempat tinggal. ironically sekarang (now now) aku practically living in my suitcase, sebab dalam seminggu aku boleh bertukar 3 tempat bermalam. dah lebih setahun setengah juga aku hidup macam ni. yang penting kotak ubat sentiasa ada dalam beg. kejap2 selsema lah, panas badan lah, batuk lah... tapi dah ok saja sekarang. nak melatih badan supaya cepat serasi dengan tempat lain.

harap2 segalanya berjalan lancar. banyak benda aku kena siapkan ni. tapi aku hidup tetap tak buat kerja, kecuali menghadap laptop surf internet. sekarang ni pula dah pandai gatal2 online guna hp.

prior to the course (kalau dapat pergi), aku kena juga build up my stamina. maklum lah asyik meyulam perut sampai terboroi. aku kalau kat field memang lah hanchur. so at least kalau aku ada stamina ok-ok sikit tak lah nampak lunyai dan lembik. mana lah tau masa course tu tiba2 'attention, please put your boots on, we will go for mount hiking within 20 minutes'. silap2 kejung aku kalau aku tak prepare awal2.

p/s: bon voyage to Officer Alip. have a safe journey, please take a lot of piccies and share them with a homely creature like me.

p/s 2: harap biayanya gratis.

Saturday, June 6, 2009

blog yang boring ialah blog yang tidak banyak gambar

hambik kau aku punya title panjang sangat....

ok quick update. kibod yang aku guna sekarang sangat best untuk menaip. apa pun aku update sikit je lah ya... ni tengah ramai orang dirumah ni tapi aku pergi bersembunyi dibilik orang lain (since my room kena pakai jugak) sebab aku malas nak membuat senyuman palsu banyak2.

apa lagi... last nite (or early morning actually) aku tolong masak daging. just want to credit myself saja, bukan aku ni rajin pun. aku saja nak cari something yang boleh kasi diri sendiri sedikit kredit supaya tidak nampak malas sangat.

so jangan pulak kata aku hipokrit, memang aku mengaku aku tolong supaya tidak diumpat malas gila. 1 thing about kenduri kendara ni, you are in debt for life. kalau orang tolong kenduri kau, kau wajib tolong kenduri orang (means pertolongan yang diberikan kepada kau itu diharap balasan). kalau tak sampai tak sudah kau diumpat keji walaupun umpat keji lite2

Wednesday, June 3, 2009

closeted drummer

just back from post party dinner. i consumed pretty large amount of meat. the food is fantastic. but the situation is waaayyyyyyy awkward. awkward with capital A. actually it is a post wedding party. another party (3days 2nights) will be held this coming weekend. food fiesta to be persist.

anyway i am not really in mood to write about wedding. everyone, back and front, right and left is in wedding mood. practically everyone. the only thing i like so far is i had chance to blast the gedabak (a traditional skin drum) in Kulintangan jamming session last night. i could play the easiest tune of traditional Brunei's Kulintangan (some said, Gulintangan but i prefer to pronounce it with 'k'). i hope i can play the 'taidung' tune but sound like some shitte drop from buffalo's arse.

i am the youngest in the 'band'. my mum hit the tawak-tawak (the Gong), the rest of aunties took care another tawak-tawak, piece of canang (small gong) and the vital Kulintangan (the staple instrument, some kind of xylophone). In Gamelan Music, Kulintangan is equivalent to Bonang but arranged like Gambang. i played Gamelan in my freshman year, also the drum.

i played traditional instrument alongside my mum and aunties. closing some generation gap perhaps?