MEH LAH KLIK...

Tuesday, May 19, 2009

weblog dan blogger

cis...

salah satu keburukkan melompat blog ialah, kita akan terjumpa blog yang buat kita menyampah secara tidak sengaja. ok, tadi aku saja2 gatal melompat2 blog. tiba2 masuk dalam 1 blog yang menyiarkan gruesome picture (i.e. orang putus kepala) ngeri ok. aku tak tahu lah apa jenis perangai lah suka tengok gambar ngeri-ngeri ni. kalau filem seram tu aku boleh terima. mungkin jenis orang yang suka kejutan.

kalau orang suka tengok porn kita boleh label dia sebagai pervert. kalau suka tengok gambar ngeri? entah lah. tak kisah lah apa jenis kengerian. benda pelik itu menarik? entah. gruesome atau gambar hantu atau gambar pelik2 ni memang aku tak berkenan. bikin aku susah tidur malam.

ok tutup cerita blog dengan gambar2 gruesome itu.

sekarang ni politik dah suam-suam kuku. aku rasa penanti nanti pun tak berapa panas sebab it is not going to be clash of the titans. so blog-blog politik agak suam-suam kuku. cuma bicara pasal kes nuar beraim nak saman anifah. selebihnya... pasal pas.

bagus juga kalau cerita politik ini suam. sebab asyik politik yang panas, orang dah tak endah benda lain dah.

ok, menyentuh pasal politik mesti nak cerita pasal liwat. unless you have been living outside Malaysia and have no access to tv, radio or internet for the past 10 years, i think everyone know how sodomy related to politics in Malaysia.

meh cerita panjang2 sikit, orang amerika lebih kisah kes liwat dari kes bunuh. aku rasa sebab, bunuh kisah orang mati, dan liwat kisah bagaimana seseorang menjalani kehidupan. orang dah mati, mati lah kan. kau ubah akta, kau kelentong putar alam macam mana pun orang tu dah mati. tapi liwat ni berkaitan hidup. so putar alam, pusing kelilling, atau apa sekali pun tetap ada effect.

err... korang dah tengok Milk? aku belum.

secara ringkasnya, di amerika dan malaysia, kes bunuh itu jenayah. di malaysia kes liwat itu jenayah tapi di amerika liwat itu masuk dalam kategori hak asasi manusia.

ok tutup pasal cerita blog politik.

ada juga aku jumpa blog menarik. ermm.. blogger nya orang semenanjung, tapi study di sabah. dia punya english, bagus. jauh lebih bagus dari aku. and dia taip entry singkat2. ngam lah, untuk aku baca. hehehe baca entry english aku tak gemar baca yang panjang2. easily exhausted. dia ada juga tulis dalam bahasa melayu. kira campur-campur. tapi selalunya dalam english.

belum lagi aku link dia. nanti-nanti aku link lah tu. hehe.

dari blog itu aku jumpa lagi satu blog filem. cerita pasal filem. dia review pasal filem kami. i bet blogger itu juga orang filem. aku pengikut tegar siri tv kami. tapi belum lagi tengok filem kami. emm... siri tv kami tu aku suka cerita nya. walaupun aku rasa cerita itu terlalu urban untuk aku. iya lah, aku tak pernah pergi gig dan hidup aku tak lah cool atau secaca marba macam mereka. pendek kata unrelated. somehow aku suka juga siri tv itu.

sekarang ni dah macam kebiasaan, band indie itu band indie ini. aku tak gemar bila wartawan (baca: wartawan melodi) kata 'muzik indie'. there is no such thing. mana ada genre muzik 'indie'. yang ada cuma band atau ahli muzik indie. kebanyakkan (sependengaran aku lah) band muzik indie ini memainkan lagu Brit Pop, atau rock n roll atau rock atau ska atau punk rock atau pop rock. indie itu bukan genre muzik. tapi merujuk kepada pemuzik yang bergerak sendiri tanpa terikat dengan label syarikat rakaman. indie diambil dari perkataan independent.( betul tak ni???).

indie is the new mainstream. di saat mainstream sudah tepu dengan artis dari program realiti tv. secara perlahan-lahan pemuzik indie berjaya mencari ruang lot dalam hati pendengar muzik tempatan. walaupun ada perkhabaran bahawa ada band indie yang sudah pandai demand. aku rasa itu biasa, jangan berlagak pijak kepala sudah.

sekarang remaja-remaja pun bersepah lah nak jadi pendengar muzik indie. macam dalam cerita Kami itu. cool lah konon. dulu ingat tak, disaat MCR menerjah corong radio dan siap datang malaysia buat konsert, anak remaja semua bertukar menjadi emo. celak mata, kuku hitam, lipstick hitam, muka pucat. lepas tu rempit pulak. di saat filem remp-it farid kamil menjadi the new ali setan. oppss.... ali setan is much better. (aku rasa ali setan ni antara top 10 wayang melayu yang aku minat). lepas tu shuffle pulak.

kalau korang perati2 semuanya bermusim. hiphop pun bermusim, shuffle pun bermusim emo pun bermusim. cuma rempit saja lah kot yang sepanjang tahun ada.

sekarang ada filem bohsia kan.... eh.. dah lama juga tak dengar kisah2 bohsia ni. dulu masa 90's bohsia ni lah yang terglemer sekali. buka paper bohsia, buka tv bohsia. sekarang ada juga ke bohsia? atau sudah re-brand menjadi minah rempit. bohjan pula rebrand jadi mat rempit, dalam pakej yang lebih menarik?.

jangan pulak ada musim menjadi gay. u know what i mean.

emm.. melarat sudah. ok tutup pasal cerita indie, rempit dan sebagainya ni.

blog yang lain2 kebanyakkan blog yang i visit regualarly. walaupun ada beberapa yang hiatus sementara. biasalah kan, sibuk atau malas nak update blog. rakan-rakan tak ramai yang ada blog. kalau ada pun jarang update. so tak berapa menarik.

forummer ramai yang ada blog. tapi oleh kerana mereka itu mat-mat metal, selalu isi kandungan blog pun metal related, dan juga hal2 kehidupan keluarga mereka.

blog sudah jadi a part of my activity. oleh kerana kegiatan hidup ku tak berapa giat, so blogging and internet occupied quite large portion. oh my i need to go outdoor!

No comments: