MEH LAH KLIK...

Friday, May 8, 2009

serius, introvert tu apa?

doa dan tawakkal tanpa usaha, bagai buat thesis tanpa bab methodology.

my addiction is getting worse. cehwah nak cakap english pulak. aku asyik tidur, surf tenet, jalan2, berangan2. bila nak belajar ni che yah?

emm... tadi aku kembali bersosial semula. may be silence and boredom are not really my friends anymore. yep aku cuma pasang winamp (korang dah guna itune kan? aku masih guna winamp versi tok kadok) selepas pukul 2 pagi. dan mp3 player berharga 60 ringgitku (konfem made in china dan bukan ipod ofkhoz) telah lama sejuk di dalam lemari. music is not my life. muzik sekadar halwa telinga, cuma dimainkan dengan giat jika waktu-waktu berhormon. aku tak boleh menjadi poser dan berasakan suatu hari nanti aku adalah seorang disk jockey disebuah kelab. ataupun berangan pakai celak bagai seekor rakun dan mengelar tangan ku dengan ayat 'i hate my boyfriend'. mahupun mengesek kasut dilantai sambil menonggek seperti kerengga.

last week orang kampung kata aku introvert. betul kah?. aku suka bersembunyi dari orang pada masa-masa tertentu sahaja. introvert kah aku?. bila ada rasa nak bergaul, aku lah yang akan menjadi perlipur lara, the centre of attention, atau kaki mencapub sambil rampas mikrofon. sampai orang lain menyampah layan aku berbual. (al maklum lah dah lama bertapa sorang2, tu yang eksaited bila jumpa orang).

dikala ini, aku tiada perasaan seperti aku mahu grad dulu. dulu ada satu perasaan. perasaan campur gaul. gembira, sedih, teruja, terkesima, perasaan been there done that. dan malangnya, aku tak ingat masa ujian lisan ku dulu aku ada buat slide presentation atau tidak. aku rasa ada. oh... perasaan itu, aku harap aku ada perasaan itu sekarang.

kurang nyalarasa sudah dialami hampir 2 tahun. akhirnya nyalarasaku muncul kembali sedikit demi sedikit, cuma dalam bentuk mellow. lebih realistik, lebih berarah tuju. tiba2 aku berasa dewasa. sebab sudah mula pandai pasang cita-cita. cari hala tuju. hasilnya? belum lagi.

salah satu sebab aku selalu bersembunyi ialah, aku kurang topik untuk dikatakan. to human. kalau untuk blog seraya angkasa boleh ku bicara pasalnya (serius ayat ni bunyi macam aku writing under influence). aku malas bila biasanya topik bualan cuma terhad kepada teori isu-isu akademik tempatan. serius, membosankan. and i dont mean ppsmi. i would like to talk about ppsmi with someone. anyone?

mungkin sesekali topik wayang terkini jadi bualan. tapi topik ini lekas mati ditelan oleh topik akademik serius. kenapa?. sebab resmi nya begitu? atau tandus topik? hujah tak menarik?

aku perlu cari hobi. hobi apa? berkebun bunga? memancing ikan? photography? menyulam kain? eating sport? kamu ada cadangan? setakat ini hobi ku cuma hobi mahal dan sukar, iaitu menggumpul duit. serius, hobi ini sukar.

aku sudah lama tidak ke lab. sebab aku malas. sebab aku ada kelas dan exam. sebab aku malas. sebab aku tak tahu apa nak buat dalam tu lagi. sebab aku malas. sebab aku nak tunggu kain dijemuran kering. (see how important laundry to me? very..).

lagipun ada orang dalam lab tu. bila ada orang aku cepat lekang. nak kencing lah. nak baca buku lah. rujukkan tak cukup lah. forsep hilang lah. nak angkat kain jemuran lah. lapar lah. seribu satu alasan. bila ada orang dalam lab tu, imiginasi ku terhad, terhalang. sebab aku malu, takut-takut tertonjol sifat kurang evolusi di depan khalayak.

boleh tak tinggal aku sorang2 dalam lab tu? baru energy ruang aku boleh serap sepenuhnya untuk teruskan kerja. oh ya... aku juga perlu semua bahan dalam jarak boleh dicapai tangan. tak selesa nak berulang alik tinggalkan tempat duduk. serap2 energy tanpa bahan yang cukup, bagai nak drive kereta sport tapi enjinnya tiada minyak. atau handphone mahal tanpa credit.

serius, aku memang suka buat kerja sorang2. jika dulu, setiap kali buat study group, study group itu selalunya ku kedaikopikan. kecuali semua ahli sudah study benda yang nak dibincangkan, dan tahu/sedar apa benda yang dia tak paham. kalau masa buat study group baru terkial2 buka nota. konfem jadi kedai kopi. dan aku jarang join study group dulu. tak berapa tekal aku dalam situasi begitu. sama ada aku jadi inferior atau aku jadi bossy perasan tak hengat dunia. bukan in between.

ah reminisce lagi... buat aku rasa lebih tua dari usia.

alang2 reminisce. baru-baru ini aku termimpi pasal my former crush kahwin. dia jemput aku dan rakan baik ku, Nel. majlis itu diadakan disebuah restoren ayam. aku pelik kenapa lah dia buat dalam restoren ayam. dan aku lebih kisahkan menu yang dihidang dalam majlis itu bukan pengantin. hahaha.... yep.. ayam tu ayam goreng tepung. nyata lah pengantin (my former crush) cuma watak sampingan, ayam goreng tepung ialah watak utama. selamat pengantin baru M, itu pun kalau ko benar2 dah kawin. kalau belum, kira ini i wish in advance.

masa atau waktu bertukar ubah
masa yang lalu tak akan berulang lagi

p/s: introvert kah aku?

No comments: