MEH LAH KLIK...

Sunday, May 3, 2009

saja taip

ohh.. baru balik dari cuti hujung minggu. macam biasa saja. meh kita review cerita hujung minggu.

mula2 pasal AIM vs AF.
aku tak semangat sangat tengok AF maka, aku tengok AIM. walaupun bila iklan atau persembahan tak bagus (ditelinga dan pandangan mata ku) maka kita tukar channel lah. lagipun AF buat muzikal semalam, senang cerita tak minat.

yang menang? biasa saja... lebih kurang expected lah.cuma nak komen kenapa lah baju berciri military menjadi pilihan. MUH n hujan.. (military or marching band??), dan joe dan rakan2 hiphop beliau. ada apa dengan military? adakah fesyen terkini? trendy? emm... kalau tak silap iklan belia kat tv pun sibuk promote sukan paintball (entah lah apa iklan tu, tapi ada tunjuk budak pegang pump untuk paintball tu). siap ada calit2 kat bahu lagi.

oh ya sekarang ni EPL sedang mencapai kemuncak kah? dengar cerita MU akan menang piala perdana inggeris. lepas tu ada liga juara2. aku rasa kat forum pun sentiasa hangat bila bincang topik bola.

being a female, there is no obligation for me to understand the off side rule. (why female hardly understand the off side rule?? is it because the double x chromosomes thingy??). dulu aku separuh faham lah juga. tapi tanpa ulang tayang atau ternampak linesman angkat bendera.. mustahil aku tahu itu offside. (dulu aku minat MU hokeh.. dan england juga).

since aku tak nampak aku punya minat tu ke mana2. well.. i am not english, i am not from manchester, i never lived in manchester or england. i am malaysian. so aku decide, even aku nak terus minat bola pun aku akan tengok local football. walaupun kau dan aku tahu, it's suck. so tak payah minat lebih2.

aku pun tak paham, kenapa peminat bola sepak inggeris di malaysia ni sanggup lah beriya2 tengok bola inggeris dan liga juara-juara... kira macam orang perasan lah ni. bola kat negara sendiri tak bagus, tengok lah bola dari negara orang. pilih lah mana2 pasukan2. agak2 perasan jadi orang liverpool pilih liverpool, agak2 perasan orang manchester pilih lah MU (or ManCity..), agak2 perasan jadi orang london sokong lah chelsea atau arsenal...

ada yang pula sanggup defend dia punya kelab kegemaran bagaikan dia the true full blooded english yang memang sejak dahulu kala keturunannya ada season ticket ke stanford bridge, old traffod, anfield, atau emirates stadium (ni kah home turf arsenal??? aku dah lupa dah... ke masih di highbury??).

i wonder juga, kenapa biasanya sokongan terhad kepada the big four?. punya lah banyak kelab lain di epl tu. everton, boro, spurs etc... oh sebab kelab lain tu tukang cukup korum? sebab yang top di tangga liga cuma the big four???? so tak best lah sokong kelab intermediate saja kan?

kalau tak silap aku dulu2 kala lah kan... yang famous ni cuma triple red teams tu saja. mu,lv, ars. yang chelsea ni dulu tak sangat. even newcastle pun lebih kuat (sebelum aku suka MU, suka Newcastle dulu). well itu kisah dulu. dah si Ruski the billionaire tu curah duit dia ke chelsea kan.. maka bernafas semula lah chelsea. ramai yang anggap jose as special sebab dia menang the premiership semasa first season di chelsea. abis tu rafael tu apa? extra special? sebab dia menang champion league pun masa first season di liverpool (betul kah? verify please....).

dulu aku selalu baca kolum bola dari england. so dari situ lah aku banya tahu cerita2 pasal epl. sekarang? malas lah... my favourite columnist? mungkin wife danny murphy... dan ada lah lagi few regular yang aku tak ingat namanya.. (ada seorang footballer dari finland yang main kat epl dulu jadi columnist, aku suka juga kolum dia). ada orang kata, jose tak lah special sangat, sebab foundation dah kena bina sebelum dia sampai chelsea lagi (by sir bobby??).

emm.. sir alex? korang kira berapa manager bertukar2 di epl tu.. tak payah lah kira team lain. kira the big four saja cukup. tu dia sir alex masih disitu. orang kata... ada seorang saja yang boleh suruh dia pencen serta merta... his wife. masa mula2 arsene sampai di arsenal, if i am not mistaken cuma dennis bergkamp saja pemain bukan english yang regular di arsenal. selepas arsene, makin kurang pemain english di arsenal. since, rafael datang liverpool berapa orang spanish sudah mendarat di sana? jose? tak ramai orang portugal datang chelsea.

i heard one of reason malaysian favour EPL. firstly, sebab bahasa, iya lah kan, EPL mestilah banyak news and any maklumat berkenaan dalam english. memandangkan malaysia sangat mengutamakan bahasa inggeris, maka kiranya senang lah peminat bola nak tahu hal ehwal kelab kesayangan mereka. bayangkan kau minat barcelona fc. pas tu buka2 web, mostly dalam spanish, or worse in catalan. atau bayangkan peminat inter milan? atau bundesliga bayern meunchen? hehehehe. aku tahu ada juga yang minat kan? tak silap ada kelab peminat juventus di malaysia ni (the old lady ?).

kedua, ada orang kata, bahawa jadual perlawanan epl lebih time friendly. emm... La Liga, main ahad malam isnin??

ketiga, entah lah... dah orang lain banyak minat kat situ.. kira trendy lah ni. mainstream minat epl, kalau tiba2 kau minat liga belanda maka, itu akan menjadikan kau peminat bola bergenre 'indie'.

nak minat tu minat lah... tak kisah pun. tapi nak exchage spat dengan member2 semata team bola dari england tu. rasanya tak payahlah. emm... like i said before epl fans in malaysia are like devotees without a temple.

p/s: taip sambil pakai jersey warna biru tua ajax amsterdam (tak tahu menahu pun pasal team ni... just pakai jersey ni sahaja).

6 comments:

Realm of Lati0s said...

Chakrasonic gak terbaik mlm tuh.. :jariku:

Jlascanteen said...

saya suka faizal tahir.. hehe

Realm of Lati0s said...

awww.... rambut pendek kekkekeke

Jlascanteen said...

hahaha... macam tak ngam mula2 dia berambut pendek. tapi.... tak kisah yang penting muziknya.

berteromber said...

nak jelaskan skit pasal bola...

kenapa org malaysia suka epl..?
ni aku jawap..sebabnya malaysia ni dulu jajahan british...pengaruh tu memang dah ada...dan tv malaysia dari tahun2 80an dah tayang english football (zaman tu rancangan Big League Soccer)..zaman sekarang je ni ko boleh tgk lain2 liga kat tv...dulu mana ada...100% liga english...tak kena mengena ngan trendy nyer..aku follow English league sejak tahun 82...nengok liga Spain la trendy..bebudak dulu lebih kenal Notingham Foresr ngan Spurs dari Real Madrid/Barcelona...

kenapa org Malaysia tak sokong team dari Malaysia?
sapa cakap tak sokong...aku still sokong team johor...tapi disebabkan kita ni dah disogokkan ngan standard bola yg tinggi...bila tgk team tempatan...alahai...dulu aku mmg pergi stadium sapot Jphor...tapi zaman tu tak der live BPL kat tv...zaman sekarang ni...cuba ko pilih...nak tgk bola team tempatan kat stadium dgn tiket RM10 yg mutu permainannya ntah apa apa ntah....atau lepak kedai mamak...pekena teh tarik RM1.20 boleh duduk straight sampai 2 game dgn world class punya performance...cuba ko pilih?...hehe

panjang siut aku nya komen...hehehe...just my 2 cents.

Jlascanteen said...

tak apa... komen saja, tak kisah.

eh... bila aku cakap "dulu2" dalam entry tu, maksudnya tahun 90's. tahun 1982 aku belom lahir lagi.

dulu masa sekolah rendah ada juga pergi stadium tengok bola. sekarang ni saja tiada.

sesiapa nak sapot bola... ikut suka lah.. tak kisah pon.