MEH LAH KLIK...

Thursday, May 7, 2009

reminisce

how much times we waste while waiting for lift? (or you prefer to call it, elevator?). how much times we waste while waiting to load a webpage. in latter case, screamyx helps us to waste a lot.
...........

bilik kecil ku sangat panas. bagai duduk di tepi relau disebuah kilang kayu arang di Kuala Sepetang (ok, exaggerate). serius lah, panas. emm.. jiran2 lelaki kat belakang ni pun buka tingkap sampai ada yang cabut mosqito net. tu dia... betapa pemanasan global telah mencapai tahap tak tertahan (again, exaggerate). aku buka tingkap juga tadi, tapi sekarang aku dah tutup. first sebab aku takut, kemudian, tentunya lah nyamuk. walaupun aku ada mosquito net, tapi tak memadai untuk menghalang nyamuk.

aku ada cairan penghalau nyamuk elektrik. tapi dah tak nak guna sebab benda tu pernah tumpah dulu, sekitar pukul 2- 3 pagi. trauma aku nak lap bahan kimia beracun tengah2 pagi buta. macam mana benda tu tumpah? haha... aku tak nak kongsi cerita yang itu.

sekarang aku guna natural insect repellent stick. diperbuat dari bahan semulajadi (serius benda ni ada sebelah kiri aku masa taip ni). benda ni macam deodorant stick korang. tapi jangan lah sapu benda ni di armpit. sapu di kaki dan lengan (muka jika perlu hahaha) cukup.

dah mengarut pasal nyamuk pulak... kalau tak ubah topik, nanti sampai aku taip pasal kerengga dan nama saintifiknya pulak dan segala jenis serangga lain. (haha.. tipooo.. aku bukan tau pasal serangga sangat pon..).

line internet teruk gila hari ni. sampai aku belasah tidur sepanjang hari. susah aku nak dapat update tentang perak. ya, aku memang menyibuk. saja lah... tiada kaitan keturunan aku pun dengan isu perak. dah benda tu trendy kan... psst.. havent your heard, politic is the new black.

entah kenapa, aku asyik teringat lah kisah dulu2. especially my short bittersweet memory in Labuan. bila aku dengar lagu jason mraz you & I both, mesti aku teringat Labuan. sebab time tu lagu ni glamour. masa handphone camera tak sampai 1 mp sama harga dengan seekor kerbau.

orang cakap bila selalu teringat kisah dulu2 ni salah satu indicator kita dah tua. heh.. aku muda lagi ok. apa pun it just numbers kan.. tak hadap lah aku nak menipu umur aku berapa. umur tu blessing lah. (padahal.. hehe).

ok back to Labuan story, emm... dah hampir 7 tahun since i left labuan. aku tak pernah datang balik. dah berapa tahun aku plan nak pg sana. asal cuti sem saja, mesti aku plan nak pergi Labuan. tak pergi2 juga sampai aku grad. dan sampai sekarang. Labuan tu bittersweet. tapi macam biasa, aku suka nak kenang yang manis2 saja, yang pahit2 tu aku tak lupa.

tak silap aku, kawan aku yang aku kenal di Labuan lah yang paling diverse sekali hasilnya. sekarang kawan aku yang dari sana tu ada yang dah nak jadi doktor, ada yang convert, ada yang secara perlahan keluar dari jadi closeted gay, yang dah kawin jangan cerita lah... dah 7 tahun beb.

aku terima mereka seadanya. i mean, mereka ni bukan lah jahat pun. bahkan pandai2 belaka. iya lah manusia ni macam2 kan. mesti ada buat silap, atau buat benda yang diluar jangkaan sekali sekala. actually ramai saja pun yang tinggal kawasan kk, tapi, aku malas nak contact. aku rasa mereka pun malas nak contact aku. dulu ada yang cadang nak buat reunion. aku memang tak berapa suka reunion. sebab macam kita tak nak let go benda dah lepas. why not, move on. kalau nak reunion, jumpa lah masa wedding (aku tak suka wedding pulak.. hehe). kalau nak plan betul2, tempah2 katering, cari arang nak bakar ayam semua tu, memang aku tak berapa berkenan. aku yang bujang tak bekerja tiada tanggungjawab (dan tak berduit) ni boleh lah datang kot... yang dah anak 3, kerja offshore, bertunang, berlaki tu semua... mesti banyak benda penting nak dibuat.

reunion yang terancang macam tu banyak bazir masa dan duit dan tenaga. dulu masa kita belajar boleh lah nak plan parti tiap2 minggu. tapi bila dah besar ni banyak tanggungjawab. nanti dah plan iyo iyo oh.. orang tak dapat datang lah pulak.. outstation lah, nak beranak lah, melawat mertua lah... you know. so nak bereunion, buat yang impromptu. macam masa wedding. jimat sewa dewan, jimat bayar makan.. hehehe. cuma perlu bawa sampul duit atau hadiah untuk pengantin. atau masa open house hari raya. (haha.. nak tunggu aku host open house tu... agak lama lagi lah ya kawan-kawan).

seriusly. kawan yang aku selalu teringat ialah yang masa di labuan, then yang sekolah rendah n menengah, then masa kampus. yang masa sekolah tu, mostly sekampung. tapi sekarang dah masing2 ada hal masing2 kan.. tak ada lah nak jumpa selalu. kalau jumpa pun secara kebetulan. yang kawan kampus aku ingat juga lah... ni kawan aku kat FB sekarang. tapi mostly aku contact dengan budak modul haiwan, walaupun aku ambil tumbuhan dulu. hehe... aku kawan saja semua. budak genetik pun aku kawan semua, cuma tak biasa sangat. cuma my roomate, bie, adibah dan syazwan saja yang aku biasa betul. oh ya.. sukri dan fahmi juga... (biasalah budak lelaki sikit saja.. senang aku nak ingat nama). student tumbuhan bilangan lelaki perempuan kira2 macam balance. modul ni lah aku rasa paling ramai dah kawin. cuma budak lelaki course aku lah belum ada yang dah kawin.. tak tahu lah kalau mereka dah kawin senyap2.

apa pun... kalau ada sesiapa nak pergi kk, just inform lah.. tak lah aku janji nak bawa korang pusing satu sabah or kk. tapi kalau setakat nak pergi minum2 atau pergi bowling, sambil snap2 gambar untuk diupload ke FB/fs tu, ok saja. mana tau untung2 ku ajak korang ketemu orang tua ku... hahaha (bukan selalu aku bawa kawan jumpa family aku ok).

No comments: