MEH LAH KLIK...

Wednesday, May 13, 2009

post- showdown number 1

gila ahhh....

baca macam tidak baca.....wujud kah perkataan "influencing"? dan aku senang2 saja keliru antara glaciation dan plat tektonik. aduh.....

siap budget2 tadi berapa lah markah yang aku dapat. jawab 8 soalan, markah penuhnya 100. adui.... yang aku ingat bangat cuma lah GAFI event. itu sahajork.. siap tulis dengan yakin bila kah terbentuknya Panama tu... 24 millions years ago. yang lain2 tu meraba-raba. walaupun pengawas exam encik H sangat lah baik. tapi tetap aku tidak boleh jawab seperti air yang mengalir dari pergunungan alps semasa musim panas.... (air mengalir kah sana? kah beku jak sepanjang tahun).

nasib baik lah... semalam ada instinct mau baca pasal biome... tidak lah ku hapal. tapi boleh lah. dia suruh buat esei ringkas. aku bantai buat 2 page siap dengan typo, dan grammar error. biasa lah. jawab exam macam balas sms sudah. english ku yang caca marba. serius beb, panik aku sejenak bila tengok soalan2 tu. tangan pun berpeluh2. aku tahu aku panik. lepas mula jawab tu dah ok dah. reda sikit.

apa pun aku agak keciwa... =(

then balik tadi, singgah kedai kejap untuk cuci kereta yang sudah berhabuk2 tu. lepas balik. penat nya ya hampooon. macam aku pulak yang cuci kereta tu. aku tunggu maghrib saja. kalau ikut memang aku sudah landing2 di katil. lepas jak sembahyang maghrib.. aku tunggu kejap. lepas tu... tidur... ni baru lepas mandi dan cuci kain. isyak belum sembahyang lagi ni... hisyh...

ada 1 paper lagi. lepas tu tenang lah sikit hidup ku (ceh.. padahal ok jak pun hidup selama ni). ku doakan ku berjaya.... amin.

p/s: tiada selera aku mau makan... hehe
p/s 2: i want shane healy, please.....

No comments: