MEH LAH KLIK...

Thursday, May 7, 2009

pos ke 500

eh dah 500.... tak apa teruskan berblog.

kecoh di dun perak. emm... biasa lah kan politik. seronok juga tonton lagak kelakuan mereka tu. mana nuar berahim?, kata berjiwa rakyat, apasal biar rakyat saja dibarisan hadapan masa berhimpun?.

oh tadi kira2 selepas pukul 5.30 petang, aku ternampak api besar telah marak dan membakar padang belukar diseberang jalan hadapan rumah aku. mula2 aku pelik bunyi apa lah menggeretup geretup. aku tengok di tingkap tiada pula hujan.. kot2 hujan ais, ais ketul hentam atap rumah, (sebenarnya aku nak angkat kain.. lambat angkat sebab terlajak tidur). bila aku keluar ke halaman, aku tengok api tengah marak. ramai juga orang berhimpun2 di lorong rumah aku, nak tengok kejadian, mostly budak2 lah.

emm... aku jalan ke depan sikit nak tengok lagi. api memang marak, tapi dah ada polis dekat sana, bomba nya belum tiba lagi. jiran aku pun pelik, sebab tiba2 saja ada kebakaran terjadi, dia tanya aku, aku tanya dia. dia kata dia pun terkejut sebab bunyi menggeretup2 tu lah. sebab tu dia keluar jenguk. dia pun call boyfie nya (aku rasa lah). aku pulak pergi lah bilik ambil hp,bukan sebab aku nak call boyfie, nak ambil gambar lah...(baju tak angkat lagi ni). eksaited pula aku tengok kejadian. good blogging material, lagipun dah lama aku tak tempek gambar kan. asyik teks berjela2.

tak lama lepas tu bomba pun datang. tapi serius beb, bomba tu lambat. mungkin mereka sudah pre-informed bahawa kawasan tu tebing sungai dan tiada penduduk, cuma padang belukar. lagipun masa tu masa rush hour jalan jam (konon lah..). wartawan pun ada juga aku rasa. sukar juga mereka nak padam kan. aku rasa ada 3-5 orang bomba tu tadi. kira2 pukul 7 macam tu, api pun dapat dikawal.

tak pasti lah apa punca sebab musababnya. tapi aku agak ada lah tu yang careless main api or buang puntung rokok. sekarang ni kawasan tempat tinggal aku memang panas, bak tinggal tepi relau. musim kering ni jangan lah memandai2 main api hokeh. tadi tu nasib baik kawasan lapang, buatnya ada PTI buat pondok haram kat situ. tak pasal PTI anak beranak jadi korban.

berikut ialah gambar yang sempat ku rakam. lebih cepat dari press kau...
asap tebal.. ya hampoon...

tengok lah macam horror kan... tapi ok saja pun.. cuma asap tu tebal

teka ini kat mana?


hambik kau... tembok longkang sekali aku rakam. tiada dslr katanya...

tu dia....

nak tengok gambar lebih jelas dari angle lain boleh klik ini

malam pulak, memang aku dah plan nak ke bibliothek. nak hantar buku yang dah terlajak tarikh nya. sepatutnya aku pergi awal minggu ni. tapi malas lah, panas lah, tertidur lah, bizi lah (bizi lah sangat). so tadi aku pun akhirnya pergi juga ke bibilothek. bayar denda ok. otw balik aku nak pergi makan, aku terdengar pulak berdentum2. aku pelik apa pula lagi ni. rupanya... ada pancaran bunga api. aku pun sambil drive sambil terjenguk2, tertoleh2. bahaya hokeh. di area yayasan sabah. tak tahu lah siapa yang birthday or sambutan apa... tengok saja lah.

bazir? dah terbeli tu bagus pasang saja. nanti nak pulang balik bunga api tu. tokey tu kata no refund bebeh... so pasang saja lah, dapat juga rakyat macam aku ni tumpang tengok. walaupun aku tak tahu sebab musababnya bunga api tu dipasang.

bunga api tak pula aku ambil gambar. aku kan tengah drive. tak lah aku nak parking tepi jalan semata nak ambil gambar percikkan bunga api guna henpon.

No comments: