MEH LAH KLIK...

Friday, May 22, 2009

Night at The Museum 2: Smithsonian



aku review freestyle sahaja ya. keyboard aku tak berapa friendly hari ni, maklum lah kompite pinjam.

malam tadi aku pergi tengok wayang seperti tajuk diatas. first time tengok midnight movie ok. terima kasih kepada pihak penaja yang sudi membelanja tiket wayang.

mula-mula malas nak pergi, sebab i have to drive on my own. ok lah lupakan masalah domestik mari kita review.

cerita Night at the museum 2 (smithsonian). adalah sambungan cerita yang dulu. bezanya setting tempat. dulu di NHM America New York, kali ini di tempat yang lebih luas iaitu di Smithsonian Washington D.C.


Larry yang dulunya seorang pengawal muzium kini adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. tapi beliau masih ingat dengan rakan-rakannya (diorama yang hidup pada waktu malam) di NHM. rupanya diorama berkenaan akan dipindahkan ke arkib negara kerana sudah outdated dan tak popular.

arkib negara tu di smithsonian lah. si capuchin tu pula nakal, curi sekali tablet magik dari egypt tu. maka segala diorama kat smithsonian pun hidup.

ok mula-mula aku ingat mesti boring gila ni. rupanya tidak. kalau korang tengok NATM 1 dulu, ha kali ini semuanya dalam sekala 2 kali lebih meriah. sebab makin banyak diorama. walaupun ada macam fiksyen.

meriah yang amat sangat sampai aku ketawa, ketawa dan ketawa. my favourite has to be masa scene Abraham Lincoln tu. aku teruja tengok scene tu kerana, tempat tugu Abraham duduk tu, merupakan salah satu scene kegemaran aku dalam filem Planet of The Apes (versi mark whalberg). Tapi dalam ending Planet of The Apes tugu itu bukan Abraham tapi General Thades.

Lagi satu yang utama kenapa aku suka movie ini ialah Smithsonian itself. aku telah menganggap ada beberapa sacred places for those who interested in Natural History. 1. NHM British (sebab banyak spesimen dari Malay Archipelago disimpan disini) 2. NHM America NY. 3. Smithsonian.

sebenarnya, Smithsonian ni termasuk dalam assignment aku sem lepas. sebab tu aku macam peminat novel harry porter tengok filem harry porter. memang lah dalam filem NATM 2 ni banyak fiksyen dan mengarut. Tapi Smithsonian tu lah faktor terbesar kenapa aku tertarik yang amat dengan movie ni.

aku tak pernah pergi ke mana-mana sacred places. tapi dari yang aku tengok di movie ni, smithsonian is waayyyy larger than NHM america. yang rangka dinosour besar gabak tu ada satu duplikat di NHM British. err... assignment yang dulu tu bukan setakat assignment pasal NHM di Amerika sahaja tapi NHM of the World. Apakah NHM di setiap benua di donia. so... aku agak gembira lah tengok movie ni. Dah yang buat filem tu orang amerika, takkan dia nak buat muzium yang jauh2 kan... sedangkan kat amerika pun bersepah2 muzium yang mantap2. ada lagi muzium glemer, iaitu di Chicago. tu belum masuk kebun botani lagi tu hehe.

ok back to the NATM 2. Larry juga telah terjumpa Amelia, seorang patung wanita pertama yang mendapat flying cross. ada bunga-bunga cinta kerana cupid 3 ekor kat fountain tu pun hidup sekali. bila 3 ekor cupid ni flying around mereka akan menyanyi2 lagu pop. termasuk lah lagu jason mraz... menarik! masa tu juga lah Amelia akan feeling feeling dengan Larry.Tapi Larry buat dek saja kerana dia tahu Amelia ni akan jadi patung balik esok pagi.

yang tak bestnya, si Amelia ni fly kan diorama dan Larry ke NY semula pada malam tu jogak. dan kapal kecil untuk 2-3 orang tu muat pula nak menghangkut segala diorama tu. teman menonton movie aku kata, "eh muat kah..?". muat tak muat pun... movie tu memang dah mengarut tahap hisap gam, apa salahnya mengarut tak logik terus kan... banyaklah akan korang persoalkan kalau nak berlogik. dah movie hisap gam, kalau nak logik korang kena tengok discovery channel yang channel science gila boring nak mamp tu. cerita pasal atom sebutir dia boleh buat rancangan 1 jam setengah. kalau cerita pasal gene lagi lah... dari zaman prior mendel sampai lah ke zaman PCR, tak gila panjang boring tu (eh.. macam aku tengok saja rancangan tu hehehe, siap tahu jalan cerita).

kesimpulannya, movie ni sesuai nak ditengok untuk seronok2. sambil mempromosi aktiviti melawat muzium. muzim kat malaysia ni diorama dah ok cuma kena polish lagi lah. part Natural History tu saja yang hidup segan mati tak nak... hehehe. orang amerika suka melawat muzium gamaknya...tu pasal muzium macam cool gila. i heard ada beberapa collection kat NHM British jauh lebih menarik. tak taulah, ini orang yang dah pergi bagitahu. mereka siap ada all access pass lagi. masuk ikut backdoor, bukan guna tiket yang beli kat kaunter tu. huhu... bila ntah aku nak dapat pas tu..

actually, muzium atau NHM atau collection depository tak lah secool atau semenarik macam dalam NATM 2 ni. percaya lah sebab aku bekerja dengan collection didalam depository. macam kerja dalam peti ais ok. dan most importantly buat kau rasa hidup kau tak berapa menarik dan tak berapa cool. lagi cold adalah.. sebab tu aku tak masuk lab hari ini. minggu ni cuma sekali saja aku masuk Lab. hehe malas.

Btw, Akhmanrah dan Kahmunrah tu macam bullS sahaja. setahu aku outside egypt, koleksi egyptian yang terbaik ialah di NHM British. mungkin sebab egypt ex colonial british kan... macam malay archipelago jugak. tapi tak apa nama pun filem hisap gam.

selamat menonton... i warned ye.. siapa yang masih dalam mood boikot tu, sila tahu bahawa NATM 2 tu ada bau bau yahudi yang bikin, sekian. jangan kata aku tak khabar ok.

p/s: tak lama lagi summer movie akan menggegar pawagam, looking forward nak tengok Terminator dan Transformer. kepada pembikin filem malaysia, jangan mengada2 nak release filem korang banyak2 masa summer ok. tak paham-paham lagi ke?

No comments: