MEH LAH KLIK...

Tuesday, May 5, 2009

finally i am not alone in this crusade

plastic bag. hehe... sebenarnya aku sudah almost 2 months, bawa beg sendiri untuk pergi beli grocery. bukan handbag atau bagpack. cuma bag shopping giant. ala yang warna coklat tu (warna hijau pun ada). sebab terlalu banyak bag plastik sudah dalam bilik aku ni. haha.... aku tidak suka buang bag plastik. kalau aku selamba buang bag plastik yang masih bersih. means i dont practice what i preach.

ok honestly tidak lah baik sangat. aku selalu juga buang beg plastik even tapau polesterin tu pun hari2 aku guna. emm... kita buat apa yang boleh dulu. kiranya kasi kurang lah pencemaran alam sekitar. aku akui sukar hidup tanpa beg plastik. mungkin sebab aku sudah biasa hidup dengan menggunakan beg plastik sejak dahulu kala.

emm...hari ini abang krenmaut a.k.a abang ben ada tulis entry pasal pengharaman beg plastik di south australia. bagus lah... i support. kalau tak boleh hilang kan 100% pun, kurangkan lah mana yang mampu.

oh ya... beg shopping giant aku tu tertinggal di kampung. macam tiada semangat pula mau membeli belah (erkk.. ptuih!). betul... hehehe. tak apa, aku ada lagi beg seumpamanya. walaupun saiz lebih kecil dan macam tak best. aku bawa saja lah beg yang kecil tu nanti untuk shopping di giant.

tapi kan, cashier giant tu ada yang agak lembab sikit. bila aku keluarkan beg shopping aku tu, dia just biar saja aku punya grocery.. . dia tak masukkan dalam tu. apa bodo punya cashier tak paham2 lagi, aku bawa beg tu sebab nak hangkut grocery lah.

ada juga cashier yang tanya, "nak plastik?". yang ni ok sikit. bila aku bagitau just masukkan grocery dalam beg shopping tu. dia pun masukkan, macam biasa. cheif cashier pandai sikit (sebab tu dia cheif kot?) bila aku pass beg shopping aku. dia tak tanya lah nak plastik atau tak. just masukkan grocery macam biasa ke dalam beg shopping aku.

emm... bersama lah kita menjaga alam sekitar. walaupun cuma sekadar mengurangkan penggunaan beg plastik, aku rasa thats means a lot to our planet. ke arah bumi yang lebih baik!.

p/s: cikgu aku kata, kita tak boleh nak conserve alam sekitar sorang-sorang.

No comments: