MEH LAH KLIK...

Wednesday, May 20, 2009

confession of news junkie.

sekarang ni kan sibuk cerita pasal media baru. terutamanya blog dan juga portal berita internet. tak sudah-sudah, blogger pro pkr kata mainstream media tak betul, tak telus, terikat, tak berani dan berbagai tak. dulu asal blogger (socio politic) mesti orang akan sangka mereka pro pkr, pro nuar beraim, pro roket. baru-baru ni saja ramai blogger socio politic yang pro BN (mainly BPN).

perasan tak dulu-dulu, ramai blogger MP ialah MP dari parti selain BN. sekarang MP BN pun join sekapal nak mendekati pengundi melalui internet.

i have to say, among all politician bloggers, Tun M is the winner. nuar beraim atau kit mungkin nombor 2. tapi aku perhati (secara kasar, tanpa statistik), sejak Tun M tulis blog, blog nuar beraim tak lah semeriah sebelumnya. bilangan komen pun agak jatuh secara mild tak lah drastik, tapi jatuh. blog kit aku jarang jarang masuk. tak berminat langsung.

dulu ada beberapa menteri (zaman pak lah) berblog. sekarang aku pun tak tahu lah sama ada menteri yang kini sudah jadi bekas menteri tu masih berblog. atau sudah jadi bekas blogger.

apa pun sesiapa pun boleh berblog aku rasa, tinggal ada orang nak baca dengan tak nak sahaja. tiada kewajipan.

berbalik kepada cerita media baru. pihak pro pr (pembangkang secara umum, walaupun mereka ialah kerajaan di 5-1 buah negeri- perak still hang), selalu tuduh media mainstream dikawal oleh BN. tetapi mereka sedar tak bahawa media baru juga dikawal oleh PR. in this case, pot calls kettle black. who is pot who is kettle?

media arus perdana dikawal oleh kerajaan, itu kita sudah tahu. kita sudah lama tahu. sebelum ada blogger pun kita sudah tahu. tapi kalau PR telus (bagai didakwa) kenapa media arus baru juga melapor berita berat sebelah untuk BN?. jadi apa jenis kebebasan media yang dibawa ini. apa jenis demokrasi kah ini. demokrasi kita adalah mengikut tafsiran mereka?. ohh... mereka lah golongan berkesedaran?. jika betul mereka ini golongan yang memperjuangkan kebebasan media. maka mereka juga tidak boleh mengawal media.

kiranya sudah jadi fair game. pr kini tidak boleh mengata bn mengawal media perdana, kerana pr juga mengawal media baru. tak percaya? lihat saja portal-portal berita mereka.

berita mungkin sama, cuma gaya penyampaian berita itu yang penuh beza. siapa boleh nafikan bahawa malaysiakini dibawah kuasaan pihak pembangkang?. maka dengan ini sia-sia saja lah battlecry kebebasan media yang pembangkang laungkan. kerana mereka sendiri mengatur media, dan menyiarkan berita dalam gaya yang akan menyebelahi media.

aku sekarang ni selalu membaca malaysian insider. mula-mula aku rasa kandungan nya itu skewed kepada pembangkang, tapi kadang kala ada juga artikel yang sebelahi kerajaan disiarkan. dan selalu juga berita yang kelihatan berimbang disiarkan (boleh dikira adil). apa yang aku perasan ialah, kadang-kadang berita mereka menjadikan individu sebagai target. kiranya macam cara melepas dendam kesumat.

few under belt blows to counter one hook shoot, is not fair. nak lawan, kasi lah tumbukan sauk juga. under belt blow is no no no.

adakah media yang benar-benar adil di Malaysia. Media perdana dikuasai oleh govt. manakala media baru dikuasai oleh pembangkang. tu yang aku cakap fair game. walaupun tak lah fair sangat. sebab capaian pengundi kepada media-media tersebut juga perlu diambil kira. berapa ramai yang boleh capai internet, berapa ramai yang boleh (nak) capai media perdana. sebab tu aku rasa orang-orang muda yang berjiwa rebel lebih ramai terundi pr (juga tanpa fakta statistik).

......................................

tak tahu lah hal seterusnya ini berkaitan atau tidak.

aku belum tandatangan petisyen satu sekolah. anda boleh google sendiri. pautan kepada blog demi negara ada di bar tepi blog ini.

aku sokong 1 sekolah. tak tahu macam mana nak berhujah. tapi bagi aku ini sesuatu yang perlu. di amerika (negara yang ramai imigran), tak kira lah kau dari korea, mexico, jerman, poland, china, pakistan, arab, kau mesti boleh bertutur dalam bahasa inggeris. perasan tak ramai yang tak boleh bertutur Bahasa Melayu dengan baik di Malaysia ni. walaupun Bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan. (pasal cerita penguasaan Bahasa Inggeris tu kemudian cerita ok).

aku pernah ramai jumpa orang Malaysia yang bahasa Melayu mereka tersangat lah tak boleh difahami. 'itu lelaki, datang sini ada pukul saya punya anak juga, kah itu macam' atau 'saya pun hendak mengucap selamat kepada guru saya'. entah apa-apa ok.

'lu kalau meli saya kasi mulah juga, mau itu dvd apa? ada 1 ada 3 celita, ada 1 ada 5 celita, muley kasi diskaun'. entah apa-apa.

bukan lah nak kata Bahasa Melayu aku ni mantap. bukan lah juga nak semua orang boleh bertutur dan menulis bahasa Melayu seperti ahli bahasa, tapi sekurang-kurangnya ditahap memuaskan.

macam mana kau nak jadi orang Malaysia kalau kau bercakap macam orang dari singapura, atau china atau hong kong atau jaipur atau mumbai.

aku tahu ramai orang malaysia yang ada bloodline dari pelbagai tempat. ada yang bloodline dari hunan, ada yang dari tamil nadu, ada dari agra, ada dari pakistan, ada yang dari kanton, ada yang dari pulau jawa, ada yang dari tanah tinggi sumatra, ada yang dari pulau sulawisi, ada dari pattani, ada dari hadarahalmaut yemen, ada dari greece, jepun dan seluruh dunia lah.

tapi aku rasa penting kita recognize ourself, born as Malaysian and a Malaysian at heart. rather than kita cakap kita born with sumatran bloodline and a very Perakian at heart. atau born as sabahan but with strong japanese heritage inside (sabah perasan lebih-lebih dia ada japanese bloodline, walaupun japanese bloodline itu cuma lah koleksi file download anime). bukan maksudnya jatidiri bloodline kita tu dilupakan. tapi dulukan pengenalan kita sebagai orang Malaysia.

btw, sistem aliran sekolah yang berbeza ni juga spawning atau membenihkan rasa suspicious atau bersangkaan sesama kita.

sokong 1 sekolah.

No comments: