MEH LAH KLIK...

Wednesday, May 20, 2009

buku-buku

tadi aku ternampak, perkataan 'Google' di Google tu telah bercorak seperti fosil (boleh bayang kan tak?). Lalu aku click link tersebut. ohh... rupanya fosil lemur (Darwinius(?)) telah dijumpai di Jerman. Ternyata ini hanya disensasikan, aku tak rasa teori Darwin sudah ditahkik secara sah. Sebab, lemur lebih primitif dari beruk. sangat primitif. Sah, ini cuma sensasi.

Tambahan pula tahun ini, 2009, merupakan ulang tahun kelahiran Darwin yang ke 200 (pada Februari lalu). Selain itu juga ialah tahun ini juga ialah tahun ke 150 sejak Origin of Species diterbitkan(Nov. 1859).

Aku tak kaji pasal primat secara khusus. Cuma minat sikit-sikit. Aku belajar tumbuhan secara khusus, dan merancang melakukannya untuk tempoh masa yang lama. Sekarang aku rasa sudah masuk tahun ke-4. Sekadar 4 tahun tu, asas pun belum lepas sangat.

Berbalik kepada Darwin, entah berapa kali aku cuba untuk menghabiskan membaca Origin of Species. Berulang-ulang kali percubaan, tak pernah habis. Padahal buku tu nipis saja. Sebenarnya banyak buruk sangka telah dilemparkan kepada Darwin ni. Bukan lah aku nak pertahankan dia. Tapi aku rasa, ustaz ustazah waktu aku sekolah dulu tu tak pernah baca Origin of Species. Mereka (bukan terhad kepada ustaz ustazah sahaja, sesiapa yang berkenaan) main belasah saja salahkan Darwin, kononnya Darwin kata manusia ni sama keturunan dengan monyet. Disamping itu, tak ramai yang tahu tentang buku Descent of Man. Buku Descent of Man ni lebih tebal, sama juga, aku tak baca lagi.

salah sangka atau salah konsep, aku pun tak tahu. Sebab aku belum baca. Nanti lah aku baca perlahan-lahan. Banyak gila perkataan dalam tu. Mungkin sebab tu ustaz ustazah tak nak baca, sebab banyak perkataan.

Bagi aku Origin of Species ni macam The Prince tulisan Machiavelli, often quoted but not read. Untuk rekod, aku sudah baca The Prince beberapa tahun dulu, dipinjam di perpustakaan universiti. Aku suka. Banyak strategi politik yang masih diamalkan oleh ahli politik sekarang. yang aku paling ingat ialah. Lebih baik ditakuti dari disayangi. Seni Peperangan dari Sun Tzu, tak pula aku minat nak baca.

Siapa pernah baca Modal dari Karl Marx?. Aku tak pernah. Aku pernah cuba baca My Struggle (Mein Kempf) tulisan Adolf Hitler, tapi macam biasa tak habis juga. lebih kurang sipi-sipi.

Aku rasa sebab utama buku-buku tu semua aku susah nak habiskan untuk baca ialah cuma Origin of Species dan The Prince saja aku pernah jumpa hard copy. Descent of Man, Mein Kempf, aku cuma baca melalui soft copy. Origin of Species yang hard copy, aku tak habis baca, sebab masa tu aku sibuk dan aku takut nak baca. iya lah, aku tak tahu apa akan jadi selepas aku baca. al maklum lah iman aku ni biasa-biasa saja, takut tergelincir dimana yang tak patut. sebab tu aku tangguh-tangguh kan. aku tak yakin lagi. bila dah yakin aku nak baca, hehe.. hard copy dah tak ada, cuma ada soft copy. Personally, aku rasa baca Descent of Man lebih 'sukar' dari baca Origin of Species. Descent of Man juga lebih berhaluan kiri. Err... bab 1 tu pun dah... ermm.. anda baca dan nilaikan lah sendiri.

Salah satu buku fiksyen yang tak sengaja berkaitan dengan apa yang aku belajar ialah The Black Tulip tulisan (ehem..) Alexandre Dumas. Sudah tentu aku baca terjemahan Bahasa Inggeris, sebab aku tak faham French. Perghh... aku siap syorkan buku itu kepada teman-teman sekelas. sebab kami masa tu tengah merangkak rangkak belajar taksonomi tumbuhan. maka aku pun tersangat lah gembira aku terjumpa buku The Black Tulip itu. Ayat yang aku paling ingat, '...to marry a man who loves you as much as he loves his flower, and to whom you love in return..'. Lebih kurang la, tak ingat sangat.

Buku tulisan Dumas yang aku beli cuma satu, The Musketeers. Tapi filem-filem adaptasi, Musketeers, Man in the Iron Mask, The Count of Monte Cristo, dah tengok.

Erm... balik ke Darwin. Aku rasa teori evolusi ni banyak kesannya terhadap ahli biologi, seperti the big bang atau graviti kepada ahli fizik. Tapi untuk menyalahkan nama Darwin semata-mata untuk teori evolusi itu adalah tidak adil, bagaimana dengan Huxley? atau Wallace? atau Lamarck?. Ya, Origin of Species lebih dulu dari Man's Place in Nature dari Huxley. Apa yang dibincangkan di Origin of Species? apa yang dibincangkan di Descent of Man? apa yang dibincangkan di Man's Place in Nature?.

anda boleh rujuk wikipedia untuk maklumat ringkas.

apa pun aku suka tengok filem Planet of the Apes. Sebab aku rasa dalam filem itu evolusi sudah jadi horizontal (tak tahu macam mana nak jelaskan...). anda google lah sendiri.

No comments: