MEH LAH KLIK...

Tuesday, April 28, 2009

tiba-tiba aku ada exam minggu depan. Menarik!

dari malam ke siang ke malam ke hampir siang balik... aku try nak faham buat kira-kira ni... hadoi.. kau pernah buat kira2 jangka hayat kambing biri-biri alaska, manusia, Blanus glandula, Poa annua, Phlox drumondii, dalam masa 2 hari? (macam mana lah orang ambil sains aktuari tu agaknya...). kalau kau pernah kira2 jangka hayat spesies2 ni semua, kau tahu lah perasaan aku sekarang.

actually maths biasa saja pun. jauh panggang nak buat pembezaan atau pengamiran. cuma tambah, tolak, bahagi, darab paling susah pun ln atau log. masalahnya aku ni maths agak lah tak berapa nak pandai. jadi senang aku salah punch button calculator tu. hasilnya, aku kena kira semula, dan re-check apa yang aku kira. to cut thing short, jodoh aku dengan mata pelajaran ilmu hisab (including statistics) adalah sudah pudar dan semakin pudar.

yang maths tu senang lah sebab ada calculator (ceh senang konon, padahal nak menjerit saja tiap kali jawapan nampak sangat tak logik). cuma nak paham konsep tu hehehe.... untuk Blanus glandula macam mana nak kira, untuk Homo sapien macam mana... and so on... bak kata orang, lain spesies lain survivorship curve nya.

tadi jawapan yang aku dapat sangat lah... hadoi... adakah patut, purata jarak generasi untuk manusia ialah 60++ tahun. nampak sangat salah. maksudnya purata untuk manusia perempuan untuk melahirkan anak ialah ketika umur 60++ tahun. raja lawak astro pun tahu jawapan tu tak logik hokeh!. buat penat saja, aku berpeluh2 kira tadi.... emm... rubbing some salts to the wound, bekalan elektrik mati kira 11.++ pagi hingga before 2 pm. nah... azab hokeh. dah 2 hari berturut2 pulak tu.

nak cerita gossip tetangga pulak, tadi masa aku tengah berpeluh2 sambil buat kira2 tu, ada suara lelaki menjerit2. aku tak pula pasti butiran apa yang dia jerit. oleh kerana kawasan tetangga aku ni memang sunyi, (cuma ada bunyi ambulan, anjing menyalak, kucing bergaduh) aku pun curious juga lah. menjerit yang hammat menyeramkan. bergaduh lah tu (aku rasa). sesekali, ada suara perempuan menyahut jeritan itu. mereka cakap bahasa melayu, tapi aku tak dapat tangkap apa yang mereka gaduhkan.

sudah lah tiada karan, aku pula tengah buat matematik, ada pula bf/gf (kawasan aku ni 90% bujang, kalau ada yang dah kawin pun, mostly pasangan mereka tinggal tempat lain) tengah bercakaran. aku dah ada suspek couple mana yang gaduh. tapi tak dapat lah nak tahkik aku punya sangkaan itu. aku rasa nak jerit saja kat mereka supaya jangan bising. tapi... i know useless juga... so biarkan lah. last2 senyap juga 2 ekor mangkuk tu. nak gaduh jerit2 semua... pergi jauh sikit voley tak? saya tengah buat matematik ni (ceh, macam lah masalah dunia yang aku nak kira itu..poyo!).

oleh kerana aku tengah buat kiraan jangka hayat manusia tadi, bila aku google2, terkeluar lah cerita pasal spanish flu. kan sekarang tengah kecoh pasal selsema babi. emm... kira ada kaitan lah juga tu. how human population is affected by plague. banyak lah cerita2 disebalik2. korang google lah sendiri. dulu aku ada tengok tv cerita pasal black death di europe dan small pox, juga di europe (sweden rasanya..) yang telah meragut banyak nyawa dalam tempoh yang singkat. then recently pula ada avian flu. kiranya deadly pendemic lah ni semua. seram juga... tambah2 pula yang black death tu. lepas tu dalam tahun 1980's ada cerita pasal AIDS pulak.

dulu, aku ada belajar pasal malthus. tak lah semua, just bila mention demografi, selalu nama dia ni terkeluar. oleh kerana dia ni orang dulu2 (baca: sejarah), maka aku suka lah nak menyibuk pasal dia. so aku ada buat satu agakkan (aku tak kata teori ya... cuma agakkan mentah2 saja). nature has way to control human population. how? in the form of disaster (e.g. tsunami, earthquake) or plague (e.g. black death) or famine. famine is a major problem in africa, but there is less natural disaster occured there. makin banyak populasi, makin banyak lah disaster, atau penyakit atau famine yang berlaku (cth: china, india, indonesia, >>negara berpopulasi tinggi). macam tu lah lebih kurang... macam ini adalah salah satu cara adjustment by nature supaya bumi tidak melebihi muatan pembawaan.. (apa aku mengarut ni..).

ok dah lah tu, nak sambung baca blog lain pulak...

2 comments:

YUNI said...

maths?? haha.. u've told me before.. know what? i really can imagine when u tell the story. such u was calculating for the math... mcm mn tekunnya ko mengira.. & then.. bila ada sumthing2 happen.. like ur neighbour tgh gaduh tu.. still remember when sumthing happen in our block & how was our reaction?? haha.. i miss those moments Jla..
umm.. yeah u'r rite.. nature has its own way on how to control human population. tu kerja Allah s.w.t. la...
anyway.. ur writing becomes more & more interesting. words pun bez!! haha.. selambaaa ja!!

Jlascanteen said...

hi ning.. hehe.. biasa lah maths ni kan...
sorry... tidak balas ur msg, because i was busy. sekarang pun kinda busy. tidak lah busy yang sangat. biasa lah minggu exam