MEH LAH KLIK...

Tuesday, April 21, 2009

Sepatah Kata

kebaruan.

tahu maksud kebaruan? maksudnya... lebih kurang "excited gila dapat barang baru/alami situasi baru".

macam konon2 baru pergi Jerman 3 hari 2 malam. lepas tu balik kampung, tidak habis2 cakap pasal Jerman. mau minta passing remote TV pun cakap bahasa jerman. walaupun tunggang tebalik.

atau baru beli kamera dslr.. tidak habis... dslr sana, dslr sini, dslr, dslr, dslr.. ada orang panggil ini riak dslr-wi. sama juga macam orang baru beli macbook... wah.. cakap pun bukan lagi "kompite saya", atau "laptop saya", tapi "my Macbook".

cukup lah contoh nanti orang cakap dengki pula... sebab tidak mampu beli dslr dan macbook.

tadi, ada orang tiba2 telefon aku. 2-3 kali misscall. bila aku call balik, dia letak. nombor telefon tidak dikenali. aku teks tanya siapa, tidak balas. call balik 2-3 kali, 2-3 kali juga dia angkat dan letak, akhirnya dia angkat juga, untuk bercakap. lepas tu dia cakap, something yang sangat sound like kelantanese...aku boleh tangkap dialek kelantan sikit2. he keep on saying about something or someone name dani. akhirnya aku letak. sesudah puas katakan, dia silap dail nombor dalam bahasa melayu standard. apa nak buat, aku tidak boleh cakap dialek kelantan. kalau cakap pun.. memang tak jadi. kawan aku cakap, bunyi mace ore kecek si-ae, (macam orang cakap siam).

sama juga bila kawan aku mahu belajar cakap sabah. atau orang mengajuk cakap sabah. silap2 bunyi macam indonesia. ada pula main hentam suka sedap tekak nak letak "bah" setiap kali penghujung ayat. pengacara tv selalu buat ni, yang more or less boleh bikin panas.

aku selalu galakkan kawan2 bukan sabah belajar cakap sabah. orang ada minat mahu tahu, kita pun minat juga mahu bagitau. tapi masalahnya... bila mereka rasa macam payah2 sangat. terus lah hilang minat. its ok. at least pernah ada minat.

ada juga yang kebaruan. trying too hard mahu cakap sabah dalam masa yang singkat. tu yang kadang2 nampak lawak. (macam aku lah cuba2 nak cakap dialek kelantan... memang lah bunyinya lucu). orang yang trying too hard ni... selalu dia guna perkataan tak ikut konteks ayat.

dulu ada cikgu aku, dia mahu cakap ayat yang ada perkataan "menjerit" contoh ayat; "Robert menjerit ke arah musuh ketatnya". tapi dia cakap "Robert "melagau" ke arah musuh ketatnya". "melagau" maksudnya "memanggil". sepatutnya "menjerit" digantikan dengan perkataan "menarais" baru betul.

tapi tidak apa masa tu cikgu tu baru 2-3 tahun di sabah. sekarang dia masih ada di sabah. dari bujang sampai sekarang ada 3 orang anak sudah dia. kira ok lah cikgu ini.

so kalau nak belajar bahasa ni, kena buat sikit2. tapi constant. aku rasa itu sebabnya kenapa masih ramai yang kurang mahir bahasa inggeris (termasuk aku) walaupun tempoh wajib belajar bahasa Inggeris agak lama (6 tahun sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah). sebab kita belajar tidak terus menerus. dalam kelas bahasa inggeris pun cakap dialek tempatan. dalam kelas bahasa melayu pun cakap dialek tempatan juga (aku lah ni dulu).

kadang2 sifat kebaruan ni lucu, tapi kadang2 sifat kebaruan ni bikin panas. macam menembirang saja gayanya. mentang2 baru pigi Jerman, sudah sana dia cakap pasal Jerman saja.

baru sampai sini nda sampai setahun sudah gaya seribu labih.... >> kebaruan bah itu!

No comments: