MEH LAH KLIK...

Tuesday, April 21, 2009

santai jangan sampai kena bantai

*entry mungkin mengandungi, teks yang menyinggung. baca atas risiko sendiri.

dulu aku selalu baca komik HK, jadi adalah terjemahan bahasa Melayu yang lucu. termasuk sekali, beberapa pepatah cina yang diterjemah terus (?).

"apabila keranda di bawa barulah air mata bercucuran"

ini selalu digunapakai, kalau satu pendekar hendak pergi melawan satu pendekar atau jaguh yang lebih kuat. kiranya sama maksud dengan "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna", atau "nasi sudah jadi bubur".

baru2 ini Green Apple tulis beberapa entry panjang lebar tentang isu murtad. mungkin bagi kita yang biasa2 ini, boleh lah kata "lantak lah, bukan masalah anak beranak aku". atau ada juga mungkin super liberalist... katakan ini hak kebebasan masing2.. (tak ada lain, hak kebebasan, hak kebebasan, pergi tinggal amerika lah.. nak bebas sangat).

sebenarnya isu tukar agama ini dah dibincangkan berulang2. saudara muslimin muslimat sekalian, jangan pula ambil tak pusing, kata ini isu lapok lah... isu basi lah...

isu ini ongoing problem dalam umat Islam. bila ada isu2 berat macam ini, aku lebih suka dengar apa pendapat ulama. terpulang kalau kau nak fikir ikut logik atau aliran kurang ortodoks. tapi tak salah juga kalau kita dengar apa pendapat ulama, yang lebih tahu selok belok hal ini. bila orang nasihat tu dengar.

apa yang ulama tu kata bagi aku ada asasnya. mereka concern. aku dengar untuk pre-caution, sebagai untuk kesedaran diri. supaya lebih berhati-hati.

jangan bila nasi sudah jadi bubur baru sibuk nak cari ustaz, sibuk nak tanya imam. sepatutnya awal2 lagi dah belajar hal ehwal agama ni. bukan setakat belajar nak score SPM dapat A.

orang bukan Islam sentiasa ada usaha untuk menyebar agama mereka. itu kita sudah tahu. tak kan kita nak halang. boleh kah kita halang???.

nanti ada pula bawa lawyer lah, aktivis lah.. to cut thing short, kita tak dapat nak halang

mungkin salah satu usaha ialah cooperate local elements dalam usaha penyebaran mereka. di Malaysia, mereka masukan elemen yang common dengan orang malaysia, di papua new guinea, mereka masukkan elemen papua new guniea, di Morroco mereka masukkan elemen Morroco.

mungkin mereka tak datang terus menerus dengan kata2 dakwah. mungkin mula dengan biskut carcker, beras, gula, kopi, medical care, ubat2 an, penjagaan gigi, etc... to gain trust. "we are here to help".

lepas dah abis asyik masyuk dengan kopi gula beras panadol tu semua... then the real mission shall begin.

umat Islam yang liberal tu... harap2 dapat menjadi selectively liberal. hati-hati. bukan lah aku suruh jadi paranoid. tapi tak salah kita berwaspada. kepada yang lain begitu juga.

kepada saudara muslimin muslimat yang dihormati. apa yang penting kita kukuhkan pegangan akidah kita, pengetahuan Islam. hidup mengikut cara Islam yang sebenar. Islam ialah agama yang indah dan baik. kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

cukupkan Solat dan memahami kandungan Al-Quran adalah permulaan yang baik.

No comments: