MEH LAH KLIK...

Monday, April 13, 2009

mana button nak tukar font ni?

hokeh, aku tak tahu lah, sama ada blogger yang bermasalah, screamyx, kompite-kompite, atau kombinasi semua atau mana-mana 2 perkara tersebut.

aku penat sebenarnya ni. tapi nak jogak update blog kan.. blogger tegar katanya. macam ni hari ini aku sudah mencipta rekod, iaitu pergi drive balik rumah kf selepas subuh. ya, tuan2 dan puan2 selepas subuh ya. sebelum pukul 6 pagi aku dah start enjin. lepas tu melurukan kereta pinjam merentasi jalan raya ibu negeri yang masih belum sesak. tidak lah lengang. tapi tiada masalah trafik jam lah tadi.

tak pernah2 hokeh. kaka cakap dia tak caya aku boleh bangun, dan drive balik afta subuh. haha. aku boleh aja, cuma perlu kan sebab yang kukuh. dan kelas pukul 9 pagi bukan lah sebab yang kukuh untuk aku drive balik selepas subuh.

ok, ni sebab kukuh nya, aku kena attend satu seminar dan aku bentang poster. aku datang lambat, sebab dalam jadual poster ni lambat. tau2 ngam2 aku masuk dalam dewan, 5 minit lepas tu pembentang kena bersoal jawab dengan para tetamu. pergh... nasib baik aku datang awal 5 minit. kalau tidak... hehe.. tak bertuan lah poster aku.

pass forward, lepas kami tersengguk2 di kerusi masing2 dengan perbincangan saintifik menjadi halwa telinga. kami dapat reward, iaitu makan malam. yang lunch, 10 am tea, and 4 pm tea tu memang ada (mau lengang seminar kalau tak ada aktiviti melanthak ni). tadi aku drive on my own saja lah, ke makan malam tak formal. santai sahaja. i like.. hehe.. i always like dinner.

dan sebenarnya (ceh, tiru yuna, lagu kau memang best!) semua orang pun penat, tapi we still manage to sit and have dinner together. malam esok ada dinner lagi, ikut jadual lebih formal dari malam ni punya.

my part as presenter dah settle more or less lah. tapi aku nak juga attend talks yang lain. lagipun esok turn kawan2 yang share lab dengan aku buat talk. aku nak belajar juga. the best part (selain dari hidangan yang lazat dan percuma, plus free flow of tea) aku boleh mingle2 dengan orang jabatan. hehe.. aku ni tak glemer. orang tahu nama aku tapi tak tahu siapa tuan punya nama, orang tahu aku, tapi tak tau nama aku. aku pun bukan tahu orang sangat, kecuali orang2 kat lab tu saja. bila mingle2 macam tu kiranya aku dapat jogak kenal2 orang di jabatan *wink *wink.. haha..

ya lah nanti tak ada orang kenal kita, nak minta tolong susah lah sikit kan...

p/s: *kepada yang berkenaan, dan sebenarnya.... aku suka tengok kau pakai formal macam tu... (walaupun belt kau tak kena~ sempat kritik yuu..) pakai lah selalu macam tu.

No comments: