MEH LAH KLIK...

Saturday, April 4, 2009

makan malam di pinggir kota

aku baru balik dari makan malam dipinggir kota. ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur. terima kasih.

menu seperti biasa, kami orang sabah (termasuk 3 pemain import yang sudah convert jadi sabahan), maka, makan dikedai harus ada ikan dan makanan laut. tapi aku lebih banyak makan ayam. dan ada satu benda ni... aku sangkakan mi kuey teow dengan masak kicap cair, sekali makan rasa dia pelik tapi sedap. rangup dan ada rasa limau. sekali... sejenis rumpai laut daa... pertama kali aku makan benda tu.

lepas makan ada aktiviti menyanyi. tak perlu afundi. cuma perlu tahan diri untuk mendengar suara sendiri yang macam... haha (aku lah tu). aku rasa ini kali ke dua aku memalukan diri sendiri dengan menyanyi di depan khalayak. lagu pilihan, imagine dari john lennon dan finally found someone dari barbara streisand feat bryan adam. dua-dua lagu itu aku suka. dan berjaya menghancurkannya.

makanan amat sedap, terima kasih dan selamat ulang tahun kepada pihak penganjur. kalau aku ingat nanti aku belikan hadiah lewat. nanti2 lah upload gambar itu pun jika rajin.

good food. good music (my vocal is not for singing. obviously.). good company. good time.

p/s: kalau john lennon tahu aku nyanyi lagu dia, mesti dia sangat gembira dia sudah mati kena bunuh dan kalau yoko tahu aku menyanyi lagu imagine, dia mesti lega john tercinta sudah mati.

p/s 2: barbara dan bryan pasti bangga aku menyanyikan lagu duet mereka yang sangat unknown dan forgettable itu... mana boleh lawan lagu cinta celine dion hokeh... haha kira syukur lah aku tahu nyanyi lagu korang.

No comments: