MEH LAH KLIK...

Thursday, April 30, 2009

long way to go?

nak tunggu blogger ni loading punya lah lama. hisyh... hampir seharian masa aku diisi dengan tiada kegembiraan. macam2 hal. biasalah ini sindrom akhir semester, semua pun down, down, down. masa2 macam ni, sindrom ni akan merebak dengan sendirinya.

risau ok.

dah dapat balik teks yang aku hantar untuk review. rasa macam nak daftar kelas di british council terus-terusan saja aku rasanya.dah tinjau pun dalam web mereka, tak pulak letak berapa harga kena bayar(if any, aku tak jumpa, ke free?). yeah saya sokong ppsmi (tiba-tiba). ya lah setakat nak menulis entry bodo2 dalam inggeris tu boleh lah. siapa pun boleh. masalahnya bila nak tulis teks yang serius untuk dibaca oleh nich community maka, susah lah kan.

then the old old song play again. Graduan Tempatan Lemah dalam Bahasa Inggeris. jadi macam mana? suruh KJ buat tour/kempen/bengkel besar-besaran dengan tajuk "How to speak flawless English with British accent like Khairy"?. KJ juga yang kena... think Khairy, think... macam mana nak tingkatkan kemahiran bahasa inggeris graduan.

dah jelas lagi bersuluh aku tiada bakat menulis2 ni. ingat ya, writer reads. mungkin tak cukup membaca lah ni...

sabar2 practice make perfect.

i have spend most of my life answering exam questions. rasanya sejak aku 7 tahun sampai sekarang, tiap2 tahun aku mesti jawab exam. termasuklah, ujian bertulis sekolah memandu. by now, more or less, dah hampir tepu.

kalau peperiksaan awam yang besar2 macam upsr, sru(sijil rendah ugama), pmr, spm... tu semua result aku cukup2 survive untuk next stage sahaja. tak pernah score straight A ok. dah besar2 sikit baru nampak A tu.. itu pun disinari dengan A-. biasa2 saja. pernah kah aku 4.00? not yet lah tu... hehehe... bila ntah nak dapat.

ada sekali tu kan... ada kah kawan aku kata "kau tak kerja lagi kah?" apa punya soalan lah... i wasnt sure whether ni concern or saracasm or entah lah... kawan aku yang soal tu dah kerja, gaji pun baik punya banyak. memang aku nak kerja. cuma aku nak jadi pro. nak ke arah pro tu, ambil masa yang lama (dan belanja yang banyak). so jangan soal lebih2, unless kau yang bayar aku punya belanja hokeh.

salah satu sebab aku mengelak kenduri kendara, wedding (memang tak suka pun), sukaneka, jumpa orang, tegur orang, etc.... sebab most likely people will ask aku, "kerja apa?". bila aku kata aku masih belajar.. feedback yang aku dapat, more or less sarcastic atau comparative. sarcastic tu biasa lah kan, "eh.. bukan kau dulu sudah belajar di***?". biasanya aku jawab, "iya itu dulu, sekarang di###". lepas tu tanya lagi "belum habis?" (baca: "tak habis-habis lagi?").

feedback aku classified sebagai comparative pulak macam ni. bila aku jawab "masih belajar". respon yang aku dapat ialah, "ooh... belum habis belajar, si kevin sudah kerja di kk" atau "eh belum kerja, si khloe sudah kerja di sandakan". and so on... termasuk lah si james dean sudah beli viva baru dan si sophia loren sudah bertunang or kawin" so on... i know your son/daughter/anak jiran/anak buah/anak menakan/cucu cicit/keturunan bau-bau bacang sudah kerja. its ok. tidak payah lah kasi banding. sebab when i strike back, percayalah hubungan kita akan keruh dan kau akan tuduh aku sombong/jahat/dengki.
bila mengata maka akan terkeluar lah segala dirty laundry termasuklah, how si sophia loren tu kawin, hantaran terlampau tinggi sampai husband dia loan bank. sleep with penghutang lah kau.

nasihat saya, better jangan start.

once in majlis kenduri keluarga, kena tanya "jadi kau belajar ni, nanti kerja apa?" "doktor?". aku belajar pure sains, bukan perubatan. tak percaya? meh aku belah dada kau.. test aku boleh jadi doktor kah tidak.. siapa berani cuba.

boleh juga aku apply jadi cikgu. tapi aku tidak mau lah nanti tiada fokus. sekejap mau itu, sekejap mau ini... kiranya tamak lah. aku tahu, aku sangat lah tidak pandai dalam multi-tasking. tasks yang ada ni pun tidak terbuat. apatah lagi mau ditambah2. buat satu demi satu. bukan tidak mahu apply. belum lagi apply. keep my option open. ok apa jadi cikgu. boleh lah join sepak terajang isu ppsmi secara lebih terus dan dekat. plus aku pun suka juga kalau boleh teaching2 ni. boleh aku ajar budak2 tu teori evolusi darwin.

teaching job ni kiranya laku lah... tapi ingat bila kena posting jauh2 tu jangan pula merungut2.

i have plan. tapi bukan lah rigid. sebab kita cuma merancang kan.. Allah SWT menentukan. harap2 dapat lah.

No comments: